Wednesday, October 22, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 20 - Tachikawa : Showa Kinen Park - Part 1

Bangkit pagi pagi dengan semangat membara !

Perlu ke nyanyi lagu Negara Ku tanda cintakan tanahair?

Aku rasa aku dah tau mana aku nak tuju pagi ni. Semalam aku dok study baca baca sikit kat internet dan aku rasa aku nak pegi usha sakura di Tokyo !

Walhal time tu Tokyo dah abis musium sakura ni, tapi dari pembacaan aku, ada satu tempat yang mana cherry blossom adalah paling last. Jadi...................  ini lah tempat yang aku nak pegi.

Haloba. Padahal aku rasa aku dah tengok cherry blossom macam nak muntah time di Shimoyoshida tempoh hari. Tapi tu lah. Sebab kat Tokyo aku tak de banyak agenda dan tempat nak pegi, so aku rasa aku nak pegi park dan try nak menembak di sana. Dus. Dus. Dus.

Dari pembacaan aku kalau nak ke tempat ni, makan masa setengah hari. Kira OK lah. By tengahari nanti aku boleh balik ke Tokyo semula dan pusing pusing area Tokyo pulak !

Sarung jacket dan kelengkapan menahan suasana sejuk, aku keluar dari hotel ke Shin Yokohama station.

Station Shin Yokohama

Dapat tiket Shinkansen dari Shin Yokohama ke Station Tokyo. Dari Shin Yokohama ke Tokyo, seat tak boleh nak reserve so boleh je naik mana mana train termasuk la Nozori yang laju tu

Tapi aku naik mana yang available dulu. Janji sampai cepat !

20 minit, Shinkansen sudah pun sampai di station Tokyo. 

Di area Tokyo ni, ada banyak train stations yang besar besar gedabak size macam Tokyo Station ni. So kalau nak ambik local train ke mana mana di luar Tokyo kena tengok la dari station mana yang dia orang start.

Macam aku nak ke Tachikawa ni, aku ambik train dari Tokyo dan terus ambik local train ke Tachikawa ni.

Dan nasib aku agak baik, keluar dari Shinkansen, aku terus je kat platform JR Chuo dan train dah nak bergerak. Tak reserve pun terus je masuk.

Nasib ada seat !

Perjalanan ke Tachikawa memakan masa lebih kurang 50 minit sebelum turun dan ambik lagi satu local train JR Ome Line ke Nichi Tachikawa. Cuma satu station jer. Semua train ni covered by JR pass. So tak payah nak bayar bayar dah. Bawak diri jer.

Keluar dari station je terus nampak laluan terus ke Showa Kinen Park.

Ini la destinasi aku pagi ni !

Belah kiri Nichi Tachikawa Station. Belah kanan ke arah Showa Kinen Park

Nampak cherry blossom dah hampir nak gugur

Tak sampai 5 minit jalan kaki dari station tu aku dah sampai ke entrance

Untuk masuk ke park ni, kena bayar 401 Yen. Tempat ni merupakan public park so sesapa pun buleh nak masuk.

Aku tak tau nak expect apa masa kat sini. Aku ingat kalau aku tak jumpa shoot yang cun cun aku blah je lah. 

Tapi park ni agak besar so nak bergerak ke tengah tengah taman tu agak jauh kalau nak berjalan. Lagipun aku tak plan nak spend banyak masa so aku decided nak sewa basikal jer. Sewa basikal adalah 400 Yen untuk satu hari. 

Tempat sewa basikal

Dapat basikal terus je aku pusing pusing dalam park ni tanpa pedoman. 

Misi, mencari port cun nak ambik gambar. 

Tengok apa aku jumpa !

Ada tasik

Ada sampan 

Cherry Tree masih ada yang tersisa

Kalau awal sikit mungkin lebih cun di kawasan ni

Pusing pusing lebih kurang dalam park yang besar ni. 

Kena ada map kalau tak boleh sesat. Tapi dalam park tu ada la signage. Cuma aku tak selesa sikit sebab time ni bibir aku dah start kering kontang. Dah siap berdarah. Cuaca sejuk dan kering. Aku dah lah tak de lips gloss. Tak pernah nak ada.

Kena banyak minum air je lah.

Sampai kat satu area tu, nampak maca ada pokok pokok lawa jugak tapi tak boleh masuk ke dalam so aku park je basikal kat area parking. Basikal basikal ni ada kunci nya, so tak de la nak risau sangat. Lagipun rata rata orang naik basikal je dalam ni. Pakcik pakcik tua adalah yang jalan kaki dan jogging, tapi aku tak rasa aku mampu. Dan kalau nak, ada tram jugak yang pusing pusing dalam kawasan park ni.

Tinggal basikal di sini. Tu basikal aku yang seat cokelat tu. Muda tak? Nasib tak ambik basikal sebelah yang ada bakul tu...

Lepas parking tu aku jalan ke tengah dan nampak satu padang yang luas.

Ada sebatang pokok tengah tengah padang. Hmmm nampak view macam lawa juga

Sebatang pokok di tengah padang

Tapi tengok banyak bunga dah layu sebelum berkembang.

Ah ! Sadis !!!



Hati ku hancur mengenang dikau
berkeping keping jadinya
kini airmata jatuh bercucuran
tiada lagi harapan

Tiada seindah waktu itu
dunia berseri seri
Malam bagai siang
seterang hatiku
penuh harapan padamu

Kini hancur berderai....
kesedihan berantai
kuncup di hatiku yang lama kusimpan
hancur kini sebelum berkembang aaaaaaaa

Mengapa ini harus terjadi
di tengah ke bahagiaan
ingin ku rasakan
lebih lama lagi
hidup bersama dengan mu.....

Tapi tak per.

Jangan bersedih dukalara. Dari jauh nampak macam ada taman taman yang menarik jugak. So aku nak pegi usha lah !

Jumpa seat. Aku lepak sini jap sambil tengok pokok pokok kuning tu. Pokok apa aku tak tau nama dia

Lawa jugak lah

Ada tempat duduk. Dan laluan jalan kaki 

Di sebelah sana banyak cherry tree yang dah macam nak tandus.

So aku jalan kaki je pusing ke arah sana

Padang yang luas

Cherry tree yang dah keguguran.. tapi cuaca sangat best untuk jalan jalan...

Showa Kinen Park

Pastu aku jalan jalan sebab nampak macam ramai orang di belah sana.

Tup tup aku nampak banyak pokok pokok purple ni.

Tak tau nama apa pokok ni. Ini kah lavender ????

Tapi macam cun

Tetiba macam berada dalam hutan bunian

Siap ada laluan

Dan sungai yang di penuhi dengan sakura yang dah gugur

Aku sesat kejap dalam kawasan ni

Area ni tak berapa ramai orang sangat

Dan tiba tiba mata aku terpandang ke arah lain.

Di belah sana warna warna nya lebih memukau....... dan orang lebih ramai.

Dan bersemangat terus aku nak gi usha. Tengok tengok.........

Tulips??????????????????

Owh.. tetiba aku di rasuk dengan warna

Dan aku macam orang lain tertonggeng tonggeng nak snappy

Bunga bunga tulips beraneka warna

Purple

Kuning

Mabuk bunga

Pink

Kawasan tulip sebenarnya besar gila...................

Dah rasa macam tak perlu ke Keukenhoff lagi dah. Sini pun naik muntah tengok tulip ni.

Berlambak tulip di sini. Boleh bikin mabuk bunga............ Aku rasa aku datang tepat pada waktunya. Memang ianya masih berkembang....

bersambung...................

11 comments :

  1. Subhanallah..cantiknya..japan dlm wishlist nk pergi..lagi2 time musim bunga. jap nk tanya, ni live update ke? time pergi ni bulan berapa?

    ReplyDelete
  2. sesat sesat pun ok janji dapat shoot gambar cantik...old skool giler beskal, kalau naik yang sebelah tu mau gelak sesorang ni...

    ReplyDelete
  3. Super cantikk.....nasib tak jadi mat bunge abg Meng.

    ReplyDelete
  4. abam meng,

    mohon copy pic utk simpanan senirik bole?? mau buat desktop background..lawo sgt pic nye..

    ReplyDelete
  5. LA : tak live updates pung... dah lapse berbulan bulan dah.

    ini trip bulan 4 dulu ....


    Orga : kalau tu.. aku tak sampai hati nak naik.. takut basikal tu menjerit.. hahahah


    NasaM : ada la penjiwaan bunga bungaan tu dlm jiwa.. hahaha


    LWa : dipersilakan...

    ReplyDelete
  6. nice blog ya ampun tulipssssssssssssssssssssss okeh pengsan jap,okeh bangun balik,tulipssssssssssssssssssssss pengsan lagi huwaaaaaaa cantiknya subhanallahhhhhhhh.....

    ReplyDelete
  7. SI : meh sini nak lempang 14 kali. mesti tak bangun bangun dah.

    hahahaha..

    ok. nanti kena time dia buleh ke jepun. tengok sendiri di sana...

    ReplyDelete
  8. Stesen nichi tachikawa eh? Bkn tachikawa. So dr tachikawa tu kena amek train lain lg nak ke park ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tachikawa dekat town.. nichi tachikawa station dia betul2 depan park ni.

      kalau dari tachikawa.. naik train 1 station je terus sampai entrance park. kalau tak nak.. jalan je kaki dari tachikawa st tu. x berapa jauh sgt tapi berpeluh gak la ketiak popo

      Delete
  9. Mabuk bunga tulip...time winter habuk le...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...