Tetiba macam dungu sekejap.
Tetiba nampak banyak bunga bungaan.
Tetiba banyak bunga tulips tulipan
Tetiba nampak kincir angin.
Tetiba rasa macam Alice in Wonderland.
* mati lah semalam jadi Detective Conan, hari ni tukar watak
* mati la clash identity
Tetiba ada suara dari langit.
"Eiiiii macam Dayang Senandung.. muka je putih.. tangan hitam.............. ~!!!!!!!"
* mati lah semalam jadi Detective Conan, hari ni tukar watak
* mati la clash identity
Tetiba ada suara dari langit.
"Eiiiii macam Dayang Senandung.. muka je putih.. tangan hitam.............. ~!!!!!!!"
"Syaitoooon !!!!!!!!!!!!!!! Suara siapa kah itu?"
* picit picit kepala
"Aku ! Aku adalah Abam Gagah !"
"Abam Gagah?"
"Aku ! Aku adalah Abam Gagah !"
"Abam Gagah?"
"Abam.. tolong saya !!! Tunjukkan saya jalan yang benar.. di mana kah saya berada sekarang?? Oh.. saya penim.. Abam.. toloong saya.. abammmmmm......."
Senyap dan sunyi. Bingai la abam tu. Tak membantu.
Senyap dan sunyi. Bingai la abam tu. Tak membantu.
Tapi aku jadi mental kejap sebab tengok bunga tulip tetiba ranum dan banyak.
Sang tulip
Tulip tulipan
Bukan tulip
Bunga bungaan
Taman tamanan
Terpaku jap aku speechless
Tapi tak per.
Jangan panic. Relaks. Relaks. Drama je tu....
Tetiba baru la aku nampak banyak pokok cherry blossom dan aku pasti yang aku memang berada di Jepun.
Macam nak pinjam je basikal ni
"Ada makanan lebih tak? Tumpang sorang aci?"
Boleh tahan besar Meijo Park ni sampai aku tercari cari kat mana Nagoya Castle tu sebenarnya berada.
So aku menapak ikut kaki. Sambil layan suasana. Sambil ambik gambar.
Duduk kat kerusi tu jap sebab penat
Layan tengok kolam kecik ni
Dan akhirnya aku menapak lagi...
Dan akhirnya.................
Baru la aku jumpa.
Nagoya Castle
Tapi Nagoya Castle ni terletak di seberang sana. Ada moat sekeliling castle ni. Nak tak nak aku terpaksa buat pusingan untuk ke sana. Boleh tahan la haus tapak kaki. Belum kira haus tekak lagi.
Menyesal tak beli air.
Ramai pulak tu yang berhanami berkelah kelah. Nak je aku lari rempuh dia orang dan curi makanan. Dapat curi air pun jadi lah. Dahaga.
Moat keliling castle
Boleh tahan nak kena memanjat nak sampai ke sana
Makcik makcik ni ambik gambar. Kamera masing masing memang serious malu aku nak tunjuk kamera aku........
Ha.... dia dekat tapi jauh..........
Itik dan sakura. Tidak boleh dipisahkan
Agak agak peluh dan merecik satu liter, pernafasan pun dan keluar bunyi dengus badak, akhirnya aku tiba jua di pintu masuk nak naik ke Nagoya Castle.
Barang di ingat, tu baru pintu masuk.
Actually, kalau memang nak ke Nagoya Castle ni, boleh je turun kat subway station Nagoya Castle ni, tapi sebab aku gatal nak ke Meijo Park tadi tu. Ha.. tu yang pijor muka berjalan.
Cuaca sejuk tapi kalau sang mentari masih memancarkan panasnya. Memang peluh merecik recik la jawapnya....
Nagoya Castle. Ikut sana
Ada bangunan besar. Tak pasti bangunan apa tapi macam stadium tertutup
Map kawasan Nagoya Castle
Pintu masuk dan tempat jual ticket
Nagoya Castle
Nagoya Castle ini di buka pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali masa tahun baru Dec 29 - Jan 1.
Nagoya Castle merupakan sebuah landmark terkemuka di Nagoya ini dan menjadi mercu tanda terkenal terutamanya two golden carp di bahagian bumbungnya tu. Asalnya ia merupakan rumah kepada Oda Nobunaga, salah seorang panglima perang terkenal Jepun. Sebahagian besar bahagiannya telah musnah semasa perang. Nagoya Castle sekarang ini merupakan replika asal, dan telah siap pada tahun 1959. Di dalamnya terdapat sebuah muzium yang menarik, observation deck serta di kelilingi taman taman.
Tiket masuk berharga JPY 500.
Aku berdiri depan tempat jual tiket tu.
Fikir.
"Titakoti termakan lima kati. Mak Mak Minah nak beli bunga apa? Sekarang awak boleh keluar, tetapi awak jangan nakal. Cak kopek kopek kecuk !"
Nak masuk ke tidak ni? Nak masuk macam sayang duit, takut tak de apa apa. Tak nak masuk.. sayang jugak sebab dah sampai !!! Nagoya Castle ni antara castle yang aku teringin nak masuk. Tapi...?????
Garu garu dagu lagi.
"Titakoti termakan lima kati. Mak Mak Minah nak beli bunga apa? Sekarang awak boleh keluar, tetapi awak jangan nakal. Cak kopek kopek kecuk !"
Nak masuk ke tidak ni? Nak masuk macam sayang duit, takut tak de apa apa. Tak nak masuk.. sayang jugak sebab dah sampai !!! Nagoya Castle ni antara castle yang aku teringin nak masuk. Tapi...?????
Garu garu dagu lagi.
Bila memandang gambarmu
Hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu
Menawan kalbu
Mengapa hanya bayangan
Tak sanggup berjauhan
Andainya kita bersua
Betapa mesra
Kudampingimu oh sayang
Hatiku berlagu riang
Teringat malam dan siang
Bertambah sayang
Sungguh ku terpesona
Terasa kau bersama
Memberi kucupan mesra
Daku bahgia
Semakin hari kukenang
Jiwaku rasa tak senang
Semakin hari kupandang
Semakin sayang...
Semakin sayang...( 2X )
bersambung..................
pose pose student laku tak? jambang misai suma kena ah shaved.
ReplyDeletekot student rate lagi murah...~
Arghhh... sambung lagiiiii... ko masuk ke tak ni? Cantiknya tulip tulipan... rasa nak peluk!
ReplyDeleteBang..
ReplyDeleteMasa ko pi nembak tulip tulipan tu.. ko menyarap ke bang.. tak kena gigit tungau ke (kenal tungau tak?)
P/s;
Tetiba feeling mcm dlm citer Memoirs of a geisha lak masa nmpk pokok cherry blossom.
cantiknya tulip..asal pendek jer citer?..bulan berapa pegi ni meng?
ReplyDeleteCastle2 kt sana mostly serupa je kan
ReplyDeletePerghhh camera dslr macik nippon tuh, dengan lense dia yang gedabak... pergh... aku lagi ler malu dengan camera aku, sony cybershot aje... slr ke dslr ke hape tu aku tak pandai... wahkakaka~ XD
ReplyDeleteOda Nobunaga?? Waah... aku tau sikit2 pasal dia, satu historical figure nippon yang power...
Best meniarap dan berbaring dalam taman tulips noh en.meng... cuaca cun pulak tu, ii kanji desu ne~ ;3
cantik Meijo Park di musim spring..
ReplyDeleteMeijo park!! Cantik tu view kat situ x rugi lah stop d stesen tu. Yang pasti nagoya castle lebih kurang je design dgn osaks castle cuma warna yg beza
ReplyDeleteBelum satu hari dh masuk part 3, klau 8 hari nampaknya ber part part siku lipatlah hihihi tp x pe Jm setia bersama mu heeeee
Superb.... Untung sgt pegi time sakura berkembangan ...
ReplyDeletehuii. cantik scenery tuu.. entry ni paling lawak sebab ade abam dayang senandung... kahkahkahhhhhh
ReplyDeletep/s: abg meng g sini bulan brape yek?
NanaT : sama je rasa harga dia.. kalau convert memang rasa mahal tapi sebenarnya mana mana pun entrance fee lebih kurang rate tu je la kat jepung nuh..
ReplyDeleteAli : tak masuk. demi menjaga bajet dan speku dlm tu mcm tak menarik. hehee
Sham : tak payah meniarap .. letak je kamera pastu auto fokus. tu yang kdg kdg fokus tak betul...
Tungau tu tahu la.. kecik kecik dulu selalu kena.. hahahaha
Riss : bulan 4 hari tu. dah bagi bagi dah entry ni.. tulis pendek je. gambar je lebih
AO : yup.. semua sama je lebih kurang.. nagoya.. osaka.. hiroshima etc.. lebih kurang jer
ReplyDeletePlain : makcik2 tu punya tele memang mengerikan. pastu banyak lak tu usung sana sini.. ngeri dan jelesi jer.
kamera apa apa pun ok je plain. janji pandai menembak... slr tu lebih pd membantu jer..
oda tu aku sendiri pun tak pernah kenal. dia lagi lak tak kenal aku.
hahahaa...
meniarap? aku x meniarap pun. letak je kamera tu dan petik.
kalau aku meniarap kang jadi bahan tontotan jerr
Nohas : cantik la. banyak sakura. timing kena betul..
ReplyDeleteJM : harap bertabah.. entry jepun adalah sebulan.
hahahaha..
PM : ya betul. kebetulan je. x expect pun..
TZ : bulan ampat.. time sakura la.. tapi lewat skit
Agak2 berbaloi tak ke Meijio Park ni?
ReplyDeleteNak g Nagoya gak, tapi lost xtau nk fokus mane..huhu
part kamera gempak makcik2 pakcik2 jepun tu mmg sadis ok...rasa malu je pakai lens stended huhu...
ReplyDeleteNil : meijo park kalau time sakura san ok la kot. kalau biasa biasa dia mcm park biasa jer..
ReplyDeletetapi kalau pegi nagoya castle tu dia sebelah je. buleh usha. kalau autumn kot la ada foliage ke buleh menembak. tapi park itself.. tak de apa apa pun
Biq : betul....
kagum terlebih kang dgn dia org ni. ke sana murah murah?
dia org pakai mark I mark II tu.. setakat cikai2 mcm kamera kita kita ni... mak aiii... mainan je utk dia orang kot