Friday, October 24, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 22 - Tokyo : Imperial Palace | Ueno Station | Ueno Park

Kembali ke Tokyo !!!

Tokyo Station

Perjalanan naik train dari Tachikawa ke Tokyo di penuhi dengan acara tidur tidur ayam.

* peluk ayam dan tarik selimut

Train agak penuh tapi nasib baik la aku dapat seat awal awal lagi. Cuma tak best nya, seat dia mengadap dan nak tidur dengan aksi buruk bakal mengundang umpat keji orang.

Jadi terpaksa tahan mata. Cuma sesekali, ngantuk sangat terlelap jugak lah sesaat dua. 

Sampai di Tokyo Station, keluar dari station yang besar tu.

Misi kali ni adalah nak pegi ke Imperial Palace.

Dalam bangunan Tokyo Station

Masa last time aku sampai sini tahun 2012 dulu, bangunan ni tengah renovate. Sekarang dah siap.

Keluar dari bangunan Tokyo Station tu aku menapak ikut kaki. Banyak bangunan pencakar langit di sini. 

Layan je la sambil tunggu nak cross jalan. Kawasan ni bersih dan tenang je walaupun banyak bangunan tinggi dan menjadi kawasan tumpuan di bandaraya Tokyo ini.

Pencakar langit di Tokyo

Jalan ke Imperial Palace

Melewati kawasan bangunan yang banyak di area Tokyo Station

Satu yang semua orang akan setuju kalau pernah melawat Jepun ni. Walaupun Tokyo sangat besar, tapi semuanya seolah olah di uruskan dengan baik.

Baik dari segi sampah sarap. Landscape. Facilities dan lain lain, semuanya macam sentiasa di jaga. Lebih lebih lagi adalah tahap keselamatan di sini. Walaupun berjalan sorang sorang, tapi tak de rasa takut dan terancam. Baik dari segi pejalan kaki lain mahupun kenderaan yang lalu lalang.

Begitu jugak nak merokok. Walaupun aku ni perokok tegar, tapi aku suka jer certain area tu tak boleh merokok dan hanya boleh merokok di kawasan kawasan tertentu. Aku sendiri pun tak suka merokok sampai nak ganggu orang lain dengan asap asap rokok yang berterbangan.

View pertama sampai di kawasan Imperial Palace

Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti mana satu yang di panggil Imperial Palace. Nak kata nampak istana, tak de la nampak sangat. Tapi memang bila sampai di kawasan ni, ada macam satu park yang besar dan ada mout dan wall mengelilingi kawasan berair macam typical kawasan palace palace lain di Jepun ni.

So aku pasti, aku dah sampai di kawasan yang di maksudkan.

Tapi mana nak tuju?

Kawasan di Imperial Palace, Tokyo

Imperial Palace Tokyo, terletak di tapak bekas Istana lama zaman Edo, sebuah kawasan taman yang besar dikelilingi oleh mout dan dinding batu yang besar di tengah-tengah Tokyo. Lokasinya hanya jarak berjalan kaki dari Stesen Tokyo dan merupakan kediaman Japan's Imperial family.

Edo Castle merupakan kediaman shogun Tokugawa yang memerintah Jepun dari 1603 sehingga tahun 1867. Pada tahun 1868. Apabila turun takhta, Imperial Residence dipindahkan dari Kyoto ke Tokyo. Pada tahun 1888 pembinaan Imperial Palace baru ini telah siap dibina. Istana ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua, dan dibina semula dalam gaya dan senibina yang sama selepas itu.

Dari Kokyo Gaien, plaza yang besar di hadapan Imperial Palace ini, pengunjung boleh melihat Nijubashi Bridge. Salah satu dari dua jambatan yang membentuk pintu masuk ke kawasan istana dalaman.  

Kawasan plaza di hadapan Imperial Palace Tokyo

Actually, aku jadi bodoh kejap kat sini.

Sebabnya, nampak orang ramai tapi tak tau orang pegi mana. Masing masing macam berkumpul kat depan kawasan ni tapi tak de ke mana mana. Memula aku ingat, bukan timing untuk masuk ke dalam tapi sebenarnya kawasan Imperial Tokyo ni memang tidak di buka untuk orang awam. Cuma ada tarikh tertentu je sekali dalam setahun.

So aku pun jadi macam orang lain. Buat bodoh tak tau apa kat sini.

Sambil sambil tu duduk dan betul betulkan urat betis. Lenguh jugak berjalan jauh jauh ni walaupun rasa macam dekat jer. 

Nijubashi Bride. Nijubashi bermaksud double bridge sebab asalnya adalah jambatan kayu dua bijik 

Tapi sebenarnya aku ada nampak orang berjalan kaki kat belah dalam sana. Tak tau mereka dari mana. Maybe ada tour kot

So agak kecewa sebenarnya aku dengan tempat ni sebab aku expect aku boleh la nampak rupa istana nya. Tapi kawasan tu sendiri besar gila dan di kelilingi oleh dinding batu. Jadi yang nampak hanya pokok pokok jer lah.

Tapi orang boleh tahan ramai especially budak budak sekolah.

Sebab tak tau nak gi mana dah, so aku ambik keputusan untuk balik ke Tokyo Station.

Kawasan persekitaran di hadapan Imperial Palace Tokyo

Merayau ikut kaki berpandukan signage jalan, akhirnya membawa aku semula ke Tokyo Station.

Dari situ, aku naik train sampai ke Ueno Station. Misi aku sebenarnya adalah nak ke Asakusa dan juga Tokyo SkyTree.

Ueno Station

Sampai di Ueno Station, keluar dari platform train tetiba nampak Hard Rock Cafe Ueno ni.

Dulu punya lah melilau aku cari HRC ni, tapi sekarang, tetiba je dah depan mata. Tak de dalam plan nak melawat tempat ni lagi sebab aku pernah duduk minum minum kat sini berteman kan abang Sumo yang patah hati dulu.

Tapi kali ni since terjumpa lagi sekali. Aku saja masuk dan usha usha.

Hard Rock Cafe Ueno Station

Resto

Ni entrance Rock Shop dia kat sebelah resto

Nak ambik gambar pin, masuk la pelakon tambahan

Pin pin

Restoran nya dari luar Ueno Station. Hard Rock Cafe Ueno ni kecik jer...

Keluar dari Ueno Station, aku melilau cari entrance ke Ueno Park.

Saja nak usha kawasan ni sebab kawasan ni merupakan kawasan cherry blossom paling happening time kena waktunya. Tapi aku tau time aku pegi tu dah abis musim, so aku tak expect apa apa. Just nak pegi usha dan tengok tengok keadaan jer.

Area Ueno Station

Dulu aku pernah ambik gambar kat sini jugak

Ueno Park yang terletak bersebelahan dengan Ueno Station. Cherry Tree dah hijau semuanya....

Jumpa Tori Gate ni macam kat Kyoto

Turun ke bawah dekat dengan area tasik.

Shinobazu Pond

Burung

Ueno Park ini terkenal kerana di sini la terletaknya banyak muzium muzium utama Jepun termasuk Tokyo National Museum, the National Museum for Western Art, the Tokyo Metropolitan Art Museum and the National Science Museum. Di sini juga terletak Ueno Zoo. Zoo pertama yang di bina di Jepun ini.

Aku tak spend banyak masa kat sini. Just pusing pusing tengok tempat dan ambik gambar jer.

Ueno Toshogu Shrine was built in 1616 and is one of numerous shrines across the country that are dedicated to Tokugawa Ieyasu, the founder of the Edo Shogunate. The Ueno Toshogu Shrine used to be incorporated into Kaneiji Temple until 1868.

Pagoda

Tori Gate

Statue

Tokyo National Museum

Memang dah tak de cherry blossom di kawasan ni. Aku memang dah lewat dan memang kat Tokyo musim cherry blossom dah abis.

Tapi tak pe lah. I have seen enough. Saja je nak usha lagi. Tamak haloba tu selalu ada... redha dan pasrah menyusul lepas tu....

Lepas tu balik ke Ueno Station. Hari pun dah hampir petang. Aku fikir fikir, kalau ikut plan, aku nak ke SkyTree Tokyo.. tapi bila fikir balik.. baik je aku ke Odaiba. 

Odaiba adalah tempat yang aku nak pegi dulu tapi tak sempat. Since aku masih di Tokyo, aku rasa baik aku pegi hari ni, esok je la aku pegi Tokyo SkyTree !

Setelah menimbal balik, aku ambik train ke Shimbashi sebelum tukar train untuk ke Odaiba !

Dalam kepala aku dah nampak view rainbow bridge yang aku nak tengok sangat. Kali ni pastikan jaya !!

Area Shimbashi

Dari Shimbashi, aku naik train ke Odaiba. Membawa serpihan hati yang terluka? Oh.. perut sebenarnya yang berdukalara sebab belum di isi lagi hari ni.

* ambik posisi depan train lalu mendepangkan tangan ala ala cerita Titanic !



Di matamu aku tak bermakna
Tak punyai arti apa-apa
Kau hanya inginkanku saat kau perlu
Tak pernah berubah

Kadang ingin ku tinggalkan semua
Letih hati menahan dusta
Di atas pedih ini aku sendiri
Selalu sendiri

Serpihan hati ini ku peluk erat
Akan ku bawa sampai ku mati
Memendam rasa ini sendirian
Ku tak tahu mengapa aku tak bisa melupakanmu

Ku percaya suatu hari nanti
Aku akan merebut hatimu
Walau harus menunggu sampai ku tak mampu
Menunggumu lagi

Serpihan hati ini ku peluk erat
Akan ku bawa sampai ku mati
Memendam rasa ini sendirian
Ku tak tahu mengapa aku tak mampu

Serpihan hati ini ku peluk erat
Akan ku bawa sampai ku mati
Memendam rasa ini sendirian
Ku tak tahu mengapa aku tak bisa melupakanmu

bersambung...........

12 comments :

  1. Sambal ikan bilis dah abih ke time ni?

    ReplyDelete
  2. Meng ...

    First time in Japan is in 1989 for 6 months kat Nagoya ...

    Pass tuh another month in Osaka in 1992 for 2 months

    Pass tuh another year in Yokohama in 1997-1998


    Jepun always brings a good memory to me ....

    ReplyDelete
  3. masa pergi dulu, masih ada lagi construction work depan Tokyo Station..huhu..

    Tokyo memang best..

    ReplyDelete
  4. euno park tu kalau musim bunga mesti cantik kan..

    ReplyDelete
  5. Perasaan yang sama on Imperial Palace tu. Penat menapak sampai hilang 50 kg! :D

    ReplyDelete
  6. Kalau pelakon tambahan kat cermin HRC tu meng....memang ramai peminat....hihihi..Adakah itu Meng ?

    ReplyDelete
  7. Supermeng,

    Cantik gambar2 yang ko amik. Boleh jadi panduan. Aku belom samapai Jepun tapi ada dalam perancangan

    ReplyDelete
  8. amir : abih dohhhh !!!!!
    tu yang merana kejap tu.. hahaha..


    Ghaz : indeed... kenangan lama masih memburu eh..

    tak pe. kang buleh gi revisit. sama la.. i wish to revisit calgary tapi.. tak tau laa..cemana..


    Nohas : ambik masa jugak nak siap tu. tapi ok la.. dah lawa..

    ReplyDelete
  9. LP : bukan euno la.. ueno.. park tu memang penuh bunga bunga.. baik time cherry mahupun autumn..

    memang menarik kot..


    FM : tu la tu. tapi ada org yang jalan jalan dlm istana tu sapa?

    gundik mereka?


    ReplyDelete
  10. MKL : of chos la bukan...

    kalau muka aku sah sah tgh pegang camera.


    BK : terima kasih..
    ok. nanti kau pegi la jepun tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...