Sunday, October 26, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 24 - Ibaraki : Hitachi Seaside Park - Part 1

Hari ke dua terakhir di Jepun. Kiranya macam hari terakhir jugak lah sebab esok pagi pagi aku akan berangkat balik ke tanahair tercinta.

* pegang dada.. sebak.

Semalamnya aku bertungkus lumus study mana aku nak pegi hari terakhir di Tokyo ni. Plan aku cuma nak ke Tokyo SkyTree je lah. Tapi tu aku bajet petang boleh pegi. Dan sepagi yang ada, aku merangka rangka dan menimbal balik samaada aku nak pegi Hitachi Seaside Park atau tidak !

Mungkin dapat view macam ni

Tempat ni ada dalam plan asal aku, tapi selepas aku tengok bunga yang banyak semalam kat Showa Kinen Park tu aku rasa macam cukup cukup lah aku menjadi kumbang yang menghisap bunga....... Chewah !

Tapi kalau aku tak pegi, aku nak pegi mana lagi?

Tu yang aku berkira kira. Akhirnya.. aku fikir macam ni lah. Sebab niat awal aku nak ke Hitachi Seaside Park ni, so aku pegi je lah. Mungkin tempat tu sama macam tempat semalam,. tapi mungkin jugak ada benda lain yang menarik yang aku boleh tengok.

Jadi... sebelum tidur semalam, aku nekad akan ke Hitachi Seaside Park di Ibaraki pagi ni.

Entrance hotel

Aku check out awal pagi. Tapi beg aku simpan kat lobby. Senang nanti malam, aku bakal ambik Shinkansen dari Tokyo ke Nagoya, aku singgah je kat Shin Yokohama ni ambik beg aku. Tak de la aku terpaksa nak pikul beg ke sana ke mari.

Untuk pagi ni, aku perlu ambik Shinkansen dari Shin Yokohama ke Tokyo Station dan dari Tokyo Station ambik Yamanote Line ke Ueno Station.

Train ke Ibaraki akan berlepas dari Ueno Station !

View dari dalam Shinkansen

Dari Yokohama ke Tokyo

Untuk ke Ibaraki, kena ambik train ke station Katsuta. Jarak perjalanan adalah selama 84 minit. Lama jugak la tu. Dan kena naik Limited Express Super Hitachi 7. Perjalanan ini adalah covered by JR Pass !

Sewaktu sampai di Ueno Station, aku pegi ke kaunter untuk reserve seat Super Hitachi Line ni, tapi minah tu cakap kat Ueno Station tak boleh reserve. Dan dan tu pulak, dia cakap train dah nak gerak so dia suruh je aku naik.

Berlari aku kejar train ni takut kena tinggal. Nasib baik sempat. Bangga dengan diri sendiri, walaupun obese aku masih mampu memecut !

Tapi masuk train je hidung macam serombong kapal sebab mengah.

Dan macam biasa, train agak penuh. Ada satu dua je kekosongan, so aku menempek sebelah makcik ni. Tapi tak dapat la window seat dan tak berjaya la aku nak snappy gambar di perjalanan.

Train Limited Express Super Hitachi 7. Train baru dan agak laju

Train dia agak selesa. Lebih selesa daripada naik Shinkansen. Sebab seat baru... dan perjalanan smooth jer.

Untuk ke Ibaraki ni, train akan meninggalkan Ueno Station menuju ke belah utara kira kira 123 kilometer dari bandaraya Tokyo. Aku agak cuak jugak sebab kawasan ni adalah kawasan yang prone gempa bumi. Jangan la apa apa benda jadi time aku nak pegi ni.

View pedalaman Jepun

Duduk melayan perasaan je la dalam train. Akhirnya sampai di Katsuta Station.

Sempat aku beli roti untuk bawak bekal bagi mengalas perut kalau lapar nanti.

kedai Bakery

Pemandangan di Katsuta Station

Dari Katsuta Station ni, untuk ke Hitachi Seaside Park tu, kena naik bas. 

Sebaik saja keluar dari Katsuta Station ni, pegi ke belah kiri dan tunggu bas di platform nombor 2. Ada Lawson Mart kat situ.

Aku pun main tanya orang. Then bila nampak bas tu, aku tanya drebar tu.

"Hitachi Seaside Park?"
"Oaaaaaa"

Angguk angguk. Ya lah tu.

Tambang bas adalah 400 Yen dengan jarak perjalanan lebih kurang setengah jam. Bas ni akan berhenti betul betul di entrance Hitachi Seaside Park tu.

Dalam bas. Tak ramai orang

Sampai di entrance Hitachi Seaside Park ni, kena beli tiket masuk. Harga tiket adalah 400 Yen.

Dan barang di ingat, park ni adalah besar gegila saiz gorila. Jadi.. ada few options untuk bergerak di dalamnya. Pertama boleh naik tram dengan bayaran 500 Yen. Tram ni akan ikut laluan dia dan kita boleh stop kat mana mana saja kita nak berhenti nanti dan boleh naik balik semula tram ni bila nak bergerak ke kawasan yang lain.

Option ke dua adalah dengan naik basikal !! 

Semalam aku dah kayuh basikal dah letih dah. Lagipun aku tak rasa aku bakal kurus kalau kayuh basikal kat sini. Abis abis pun nanti peha je jadi macam peha Beyonce.. tapi badan macam tong drum. Tak ke lagi buruk jelmaan macam tu?

Dan option ke tiga adalah jalan kaki !

Hey. Kalau korang memang berdaya saing.. silakan lah. Mind you park ni adalah besar gila. So jangan cuba cuba la nak jalan kaki.

Aku decide nak naik tram je sebab aku nak kejar masa. Kalau kayuh basikal kang sesat barat lagi. So beli tiket tram dan pose pose kacak walaupun sebenarnya tak kacak mana !

Tram pusing pusing dalam Hitachi Seaside Park

Tram tu akan start bergerak dan lalu kat kawasan kawasan yang ada dalam park ni. Ferris Wheel yang menjadi tarikan dalam Hitachi Seaside Park ni

Dan dalam park ni ada amusement park dan ada park park tema lain lain dan kebun kebun bunga

Malangnya time aku pegi ni, bunga bunga dan kebun kebun tu masih belum ditanam sepenuhnya. Masih dalam proses menanam dan gembur gembur tanah lagi. So banyak park yang aku lalu macam tu je. Tak singgah.

Amusement Park

Tram akan pusing satu park ni..... dan kalau kita nak turun, boleh je turun mana mana yang kita nak sepanjang laluan.

Dan sudah tentu la aku aim nak sampai kat tempat ni !

Tempat yang sungguh iconic dengan Hitachi  Seaside Park ni. Kawasan berbukit yang luas dan landai dan di tanam dengan bunga bungaan yang banyak.

Saujana mata memandang !

Kat area tram berhenti ni ada tempat jual jual makanan, toilet dan tempat istirehat. Boleh spend masa jugak menunggu di sini kalau tak nak panjat bukit ni.

View pertama yang di lihat

Pokok pokok biru tu nama dia Baby Blue Eyes dan di tanam sekitar bulan April

Di bawah tu ada pokok pokok kuning tu...

Sebenarnya pokok pokok ni masih awal nak berbunga... masih belum penuh lagi

Tapi view agak stunning !

Tram tu akan berhenti di satu kawasan sebaik saja sampai kat kawasan bukit ni.

Kat situ ada kedai kedai jual makanan, ada toilet etc. Aku lepak kejap makan roti kat situ dan hisap rokok. Pastu baru usha...

Memula pegi kat ladang pokok kuning ni. Canola ke nama dia?

Ladang Canola

Ada toilet kat belah sana

Di tanam dan di jaga rapi

Hitachi Seaside Park

Baby Blue Eyes

Ada laluan jalan kaki untuk naik ke bukit

Proses menanam sedang dilakukan. Nampak la makcik makcik dok cucuk tanam dan bersih bersihkan kawasan ni.

Ada loceng di atas puncak bukit

Nama pun Seaside Park.. taman ni terletak di pinggir laut

Di kawasan atas bukit ada kerusi dan tempat rehat

Nasib la cuaca panas tapi sebab berangin so tak de la terik mana

Pelawat

Dan pusing pusing naik turun bukit, akhirnya kembali ke pokok sebatang ni balik semula

OK...  Lepas pada tempat ni, aku memang tak de plan nak ke mana mana dah dalam park ni. Rasa macam aku dah tengok apa yang ada kat sini, so aku ingat macam nak balik terus je lah ke Tokyo. Tak perlu nak spend lama lama.

Nak kata berbaloi nak datang sini, hmmm tak tau la nak cakap. Tapi view macam ni bukan senang nak jumpa. Pokok pokok tumbuh melata dan saujana mata memandang. Kalau autumn, dia orang akan tanam pokok Red Kokia tu pulak. Pun macam lawa.

So kesimpulannya.. kalau nak datang sini, make sure datang time April untuk Baby Blue Eyes atau time autumn waktu Red Kokia tu.....Tapi tempat ni memang unik dan tersendiri.

Nampak macam baldu biru...............???? No?



Sehelai Baldu Biru
Yang Kau Berikan Dulu
Lambang Cinta Mu Itu
ku Simpan Di Kalbu Ku
Pasti Jua ku Buntu
Ohhh

Buntu

Cinta Si Baldu Biru
Yang ku Dambakan Dulu
Ternyata Hanya Palsu

Anggaplah Baldu Biru
Semurni Cinta Ku
Kepada Mu

Sejenak ku Teringat
Saat Manis Dulu
Semadi Di Hati Ku
Ingin ku Bersama Mu
Seperti Masa Lalu
ku Merindu

Tangisan Beribu
Celaru ku Celaru
Rindu ku Menghantui

Ohhh

Hampa ku Hampa
Cinta Kau Yang ku Damba
Meranalah

Malam Terus Kelabu
Baru Kini ku Tahu

Bagai Ditusuk Sembilu

Baldu Biru Itu
Yang ku Beri Dulu
Menghiasi Kamar Mu

Baldu Biru Mu Dulu
Membaluti Tubuh Ku

Ku Terharu

Oooo

Ku Terharu
Oooo

Baldu Biru
Ku Terharu

Oh Oh Oh Baldu Biru
Ku Terharu
Baldu Biru !

Ambik tram aku bergerak... balik ke entrance depan semula...

bersambung..............

14 comments :

  1. oh.. so kat sini dorang tanam bunga/pokok ikut musim la..?

    ReplyDelete
  2. LP : yezza... kalau musim panas baby blue nak tumbuh kot.. sama jugak mcm tulips.

    dia kena suam suam kuku je..

    ReplyDelete
  3. ohh... menarik gak tu! harap one day dapat laa tengok dengan mate sendiri.. hihihi =D

    ReplyDelete
  4. LP : amin Insya allah. nanti aku doakan.

    ReplyDelete
  5. ok aku agak heran! aku pi masa autumn, kochia herbs tu penuh atas bukit tu. masa bila pulak diorang tanam eh? hahaha!

    meng, aku kirimkan magnet kurobe dgn bkt tinggi utk ko thru lilyriani sbb dia nak paskan kat ko polaroid spec tu...harap maklum :)

    ReplyDelete
  6. Biq : Wahhh mak esah dah balik bertravelan.. cepat update nak tau citer travel dgn baby ixora nih..

    thanks FM tu. aku dah dpt.. tapi bz belum ambik lagi..

    cepat share gambar kurobe tu.. aku nak seka air mata...

    kochia merah tu masa autumn.. masa summer dia kaler hijau kot

    ReplyDelete
  7. ok roger.

    hahaha aku nak langsaikan padang-bkttinggi dulu...adeh!

    uih best gile travel ngan ixora...jam2 tu dia nak susu, jam2 tu dia berak, angkut stroller naik turun tangga, kejar timetable train, beg troli besar tercabut tempat pegang, perghhhh...yg pasti, eczema dia baik kat sana sbb sejuk! hahaha...

    utk teaser ko sambil sekat air mata, ko layan instagram aku dulu kat http://instagram.com/biqquebikuchan

    ReplyDelete
  8. Biq : huk aloh. aku insta pun tak de...

    tak pe. aku tunggu dan nantikan update terkini di blog nanti..

    bravo baby ixora. memula tu biasa la. nanti dah biasa oke la tu.

    anyway congrats to u both. berjaya travel dgn baby...

    ReplyDelete
  9. MKL : view jahat tak per jangan hati busuk..

    hahahaha

    ReplyDelete
  10. Boleh tau, sewaktu ke hitachi dengan view foto kamu bunga-bunga nemophilia biru tersebut, diambil tanggal & bulan kapan tepatnya? Thank you

    ReplyDelete
  11. Red kokia tu cantik gila...baby blues eye pun apa kurangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la pegi time summer. mana tau nasib baik dpt tengok kokia tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...