Lepas sampai ke Ueno Station semula, aku tak buang banyak masa. Masa itu emas.
Aku ambik Ginza Line ke Asakusa. Yang ni tak covered by JR pass so kena beli tiket lain. Menangis la kau kat situ. Tapi harga nya cuma.. 160 Yen. Perjalanan lebih kurang 5 minit je. Keluar dari Asakusa Station tu aku merayau masuk ke Nakamise Shopping Area.
Sebenarnya saja singgah sini sebab nak usha kot nak beli apa apa cenderamata. Tapi biasalah tempat ni memang la ramai orang. Boleh berlaga laga bontot di buat nya.
Kaminari Gate yang famous di sini
Asakusa adalah salah satu daerah di Tokyo di mana suasana di Tokyo dari dekad yang lalu masih boleh dirasai di sini.
Tarikan utama Asakusa adalah Sensoji, kuil buddha yang popular yang dibina pada abad ke-7. Kuil ini terletak di penghujung Nakamise, sebuah jalan membeli-belah yang menyajikan pelbagai makanan ringan tradisional tempatan dan cenderamata untuk dibeli.
Asakusa boleh diterokai dengan berjalan kaki. Namun sekiranya berminat pelancong boleh berlegar legar dengan menaiki beca atau jinrikisha; beca yang di tarik dengan kuasa manusia. Kos menaiki beca ini untuk 30 minit untuk dua orang adalah sekitar 8000 Yen. ( RM 243 )
Deretan kedai kedai di Nakamise Shopping Area.
Pelbagai benda boleh di beli
Fridge Magnet. Aku tak beli pun sebab aku dah beli masa dulu...
Tokyo ! Beg ni
Dah alang alang sampai di kawasan ni aku, aku jalan je terus sampai ke Sensoji Temple di hujungnya. Ada temple yang agak terkenal di sini. Orang pun boleh tahan ramai.
Sensoji Temple
Sensoji juga dikenali sebagai Kuil Asakusa Kannon adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di Asakusa. Ia adalah salah satu kuil yang berwarna-warni dan popular di Tokyo.
Legenda mengatakan bahawa pada tahun 628, dua adik-beradik memancing patung Kannon, dewi rahmat, daripada Sungai Sumida, dan walaupun mereka meletakkan patung itu semula ke dalam sungai, ia sentiasa dikembalikan kepada mereka. Oleh yang demikian, Sensoji dibina berdekatan untuk dewi Kannon. Kuil ini telah siap pada 645 dan menjadikannya kuil tertua di Tokyo.
Sensoji Temple di Asakusa
Berhala di dalam Main Hall.
Entrance
Tokyo SkyTree kelihatan dari Asakusa
Aku tak spent banyak masa di sini. Just pegi ambik ambik gambar jer.
Tak de nak explore kawasan kawasan di belakang dan melawat shrine shrine yang lain yang ada sebab dulu aku dah menapak agak lama di sini.
Dari sini tujuan utama aku adalah ke Tokyo SkyTree. Boleh nampak dari Asakusa ni, tapi nak pegi tu aku tak pasti. Ada subway baru di buka ke Tokyo SkyTree tu tapi aku dok agak agak, macam boleh jalan kaki, so aku gamble je jalan kaki.
Moga moga sempat naik ke atas dan tengok sunset di Tokyo nanti.
Menapak meninggalkan Nakamise Shopping Area dan orang yang ramai ramai tu. Tak beli apa apa pun
Beca siap sedia untuk di sewa
Tokyo SkyTree kelihatan dari tebing sungai Sumida
Sumida Park. Kalau musim cherry blossom, tempat ni adalah tarikan utama juga di Tokyo ni. Boleh juga naik ferry untuk naik bot pesisir
Tokyo SkyTree
Serious aku tak de peta.
Aku just berjalan ikut kaki dan ikut bangunan jer. Berjalan dengan laju. Tapi aku perasan ada sorang minah salleh ni depan aku. Sebab dia pun macam tak de arah tuju tapi aku syak dia pun nak pegi tempat yang sama.
Tapi dia laju gila berjalan. Aku dok follow dia. Cuba cuba nak compete, ada satu part aku nampak dia sesat dan patah balik dan aku terus configure jalan lain. So dia kat belakang aku. Tup tup dia still dapat potong !
Hahaha. Punya lah panjang langkah dia.
Sudahnya memang confirm kami menuju ke tempat yang sama. Jauh jugak la berjalan.. tapi akhirnya sampai juga di Tokyo SkyTree yang menjadi destinasi.
Sampai !
Masa aku sampai last trip dulu, Tokyo SkyTree ni masih belum di buka. Tapi aku memang memasak niat nak naik tower ni. Kali ni pastikan jadi.
Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan mercu tanda Tokyo yang baru.
Ia terletak di Sumida City Ward, tidak jauh dari Asakusa. Dengan ketinggian 634 meter ia adalah bangunan tertinggi di Jepun dan struktur kedua tertinggi di dunia pada masa siap. Sebuah kompleks membeli-belah yang besar dengan akuarium terletak di bawahnya.
Tapi nak cari tempat nak beli tiket tu agak pening. Ada family Mat Salleh ni pun terpingga pingga. Dia tanya aku, aku pun tak tau. Last sekali aku jalan je dan dia follow.
Tup tup jumpa !
Kaunter tiket terletak di tingkat 4. Kena naik banyak escalator
Tarikan utama Tokyo Skytree adalah dua dek pemerhatian yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan di seluruh Tokyo.
Dua dek tertutup terletak pada ketinggian 350 meter dan 450 menjadikannya sebagai observation dek tertinggi di Jepun dan antara yang tertinggi di dunia.
Dua dek tertutup terletak pada ketinggian 350 meter dan 450 menjadikannya sebagai observation dek tertinggi di Jepun dan antara yang tertinggi di dunia.
Tembo Deck setinggi 350 meter adalah deck pemerhati yang di bawah dengan 3 tingkat lantai observation deck yang menyajikan pemandangan yang hebat dari semua lantainya. Tingkat atas mempunyai lantai yang tinggi, tingkap luas yang menawarkan panorama 360 darjah bandaraya Tokyo. Lantai tengah mempunyai sebuah kedai cenderamata dan Musashi Sky Restaurant, yang menyajikan masakan fusion Perancis-Jepun, manakala tingkat yang paling rendah mempunyai kafe dan beberapa panel kaca di atas lantai dan boleh melihat semua jalan ke bawah dan pangkal menara .
Tiket SkyTree
Dalam lif ni
Observation deck yang bawah
View
Cafe. Memula aku macam nak duduk minum tapi ramai lak orang. Kena queue
Pencakar langit di Tokyo
Observation deck
Tembo Deck yang ke dua dengan ketinggian 450 meter adalah antara yang tertinggi di dunia.
Untuk naik ke deck ni kena beli tiket lain. Harga nya 3090 Yen berbanding dengan yang lower deck cuma 2060 Yen.
Memula aku plan nak naik tapi tengok cuaca macam tak menarik mana, berkabus dan tak nampak jelas so aku batalkan niat suci tak berapa murni tu.
Layan ambik gambar di deck bawak je sudah lah. Janji aku dah sampai sini.
Sumida River
Sunset
Tokyo at Sunset
Glass floor. Boleh tengok ke bawah. Tapi ramai sangat orang so berebut rebut nak ambik gambar kat sini. Tempat ni pun kecik jer
Panorama Tokyo
Terus ke bawah
Ambik gambar lebih kurang then aku turun ke bawah... cukup lah.
Kasih
Hadirmu bersama kenangan dulu...
Memanggil resahku...
Jiwamu..
Bersama rindu...
Kau sulam di mimpi...
Apakah sempurna idamanku...
Korus:
Dan kau kekasih...
Ku mengerti...
Dikau sempurna...
Bagai merindui sang puteri
Bersama sayap saktimu...
Ke kayangan terbang bersamaku
Jiwa..
Di sentuh di puja
Di belai manja..
Apakah kan kekal selamanya
Dikala waktu..
Tangan ku dihulur...
Bintang kejora...
Dapatkah ku menjaga sejujurnya
Dalam lif turun ke bawah
Ada kedai cendermata di bawah
Maka, selesailah jalan jalan menjengah Tokyo SkyTree tower ni.
Puas hati lah dah dapat jejakkan kaki. Dapat jugak naik ke atas cuma tu la cuaca tak berapa menarik jadi ambik gambar pun tak berapa best.
Aku recommend tempat ni kalau sesapa ke Tokyo. Nak dan rasai sendiri. Pastinya memberi pengalaman yang berbeza kepada setiap pengunjung.
Abis ni, aku kena gegas balik ke ShinYokohama. Malam ni jugak aku kena balik ke Nagoya. Tak pasti Shinkansen jam berapa, tapi aku tak mau lewat sangat, at least aku sampai Nagoya sebelum tengah malam dan tak susah nak cari penginapan aku di sana nanti...
Ayuh !
Blah... !
bersambung..............
Beg Tokyo..cantik..
ReplyDeleteNice cityscape view, sedikit berjerebu, but still awesome ;3
ReplyDeleteFridge magnet kipas putih kat Asakusa tu, hahah aku ada beli a few, antara souvenirs untuk sedara-mara n friends... aku paling suka fridge magnet shuriken 4-star tip! XD
Alahai nape senang sangat jumpa fridge magnet tu..masa kita pergi susah bagai nak rak mencari fridge magnet huhuhuhuu.. :D
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteKut Sham sampai sini.. mau penuh sebeban plastik krug-krag tu dgn fm kut. Dh hobi ngumpol fm kan.
Kitorang gi Skytree haritu, stopped kat station baru tu lah. Memang banyak escalator kena naik kan. Pening sat masa tu. Sendu2 pun weather, lawa gak gambar sunset ko. Aku dan amik gambar view malam je, keluar dari sini pun dekat nak tutup dah.
ReplyDeletegigih membaca pasal nak ke Jepun....hihihi
ReplyDeleteNohas : banyak choice kot sini.. malas nak usha jer..
ReplyDeletePlain : yang tu FM paling murah kan? hahah kalau yang batu bergambar segala mala view tu mahal skit....
tapi fm di jepung memang mahal kot. kurang2 300 yen..
TT : memang masa first pegi dulu aku dtg sini dan jumpa FM kat sini je. lepas pegi tempat lain di sekitar jepung memang susah nak cari area yang jual souvenir ni.
so next time. terjah terus ke sini !
selamat pengantin baru !!
Sham : kalau banyak2 dah tak best nak kumpul. lagi banyak magnet yang dah tertanggal..
ReplyDeletenow beli buat syarat je.. tak beli banyak dah. selain mahal.. berat juga...
BK : cuaca memainkan peranan penting beb..
kalau sendu.. memang sendu la jadinya. mood pun x de nak ambik gambar... sebab aku expect bayar mahal mahal dpt view maha lawa..
MKL : asyik jalan je. jeles aku dengar...
apa apa pun. have fun nanti !
Nakamise shopping area tu x pernah lengang part paling best time laga2 bontot tu lah meremang bulu roma berdiri tegak tabik hormat
ReplyDeleteHuhuhu rugi hari x pegi tokyo skytree tu sbb partner travel x minat nk pegi, lenkali nk travel sorang x perlu nk ikut kepala org kan bang
JM : situ la shopping souvenir paling best kat Tokyo kot.. wajib pegi tu kan?/
ReplyDeletehehehe.. lain kali travel berdua pun ok. tapi kena cari kepala yang ngam.. suruh dia agree siap siap sebelum pegi. x pegi jugak.. selam dia dlm sungai
Gigih baca buat kali ke 2, pasal kali ke 2 nak menjelajah Jepun.
ReplyDeletemoga sedikit sebanyak membantu perjalanan Tuan.
Delete