Saturday, October 4, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 03 - Nagoya : Sister City of Los Angeles | Nagoya TV Tower | Oasis 21 Nagoya

Akhirnya aku mengambil kata putus. Memandangan aku budget dalam Nagoya Castle tu macam tak de apa sangat dan aku agak mahu menjaga bajet sendiri, jadi aku tak masuk pun Nagoya Castle tu.

Sorry. Tak berjaya menambat hati. Plus... save duit. Kalau dia bubuh pameran porn ke dalam tu maybe aku masuk !

So aku menapak keluar tanpa rasa bersalah lepas ambik gambar lebih kurang kat luar gate tu.

Keluar balik ke jalan utama dan menapak sampai ke persimpangan jalan, di situ terletaknya station subway Nagoya Castle ni. Tak berapa jauh sangat.

Ada fountain ni kat simpang jalan. 

City Hall of Nagoya

Ada jugak orang melepak lepak makan lunch. Enjoy je tengahari duduk kat park dan makan bekalan masing masing. Agak agak dia orang bawak Nasi Goreng tak?

Dari situ aku naik subway konon nak menuju ke Sakae. Tapi aku teringat nak pegi ke Nagoya TV Tower dulu. 

So aku keluar dari station subway lepas 1 station dari Nagoya Castle tu. Aku tak kisah sangat sebab sebenarnya aku ambik day pass masa kat Nagoya Station tadi. So day pass ni valid untuk 1 hari ke mana mana aku nak pegi jadi boleh naik mana mana rangkaian subway di Nagoya yang ada 6 warna tu. Ada certain line covered by JR pass tapi aku belum activate pun lagi.

Tiket One day pass subway di Nagoya adalah JPY 740 untuk subway sahaja.

Keluar dari station Hisayaodon tetiba aku di sajikan dengan bangunan bangunan pencakar langit di downtown Nagoya ni.

Bangunan di Nagoya

Dari jauh kelihatan Nagoya TV Tower. Ini la tujuan aku seterusnya.

Masa nak melintas jalan tu, aku terperasan ada bridge ni yang menyambung ke jalan dekat Nagoya TV Tower tu

Tapi tiba tiba aku terperasan something !

Biar betik. Di mana kah aku berada kini. Sekali lagi, aku rasa macam bingung ! Adakah aku berada di Nagoya? Atau.................

* tolak Detective Conan masuk gaung

* pekup mulut Alice in the Wonderland sampai pengsan pastu humban tepi jalan

Kalau tadi di Meijo Park tu tetiba aku rasa aku berada di Holland, ni pulak tetiba aku rasa berada di Los Angeles !

Serious tak tipu ! Oh okay.. separa tipu.

Peta Los Angeles dan dunia

Tetiba macam rasa sesat di Los Angeles apabila aku nampak Walk of Fame ni.

Sebijik jiban macam di Hollywood. Cuma suasana je berbeza.

Aku jalan dan cuba cuba tengok apa yang patut.

Walk of Fame

Charles Bronson. Pelakon  kan ni? ke bintang porno?

Ha.. Kenal jugak si Julio ni. Cuma dia je tak kenal aku

Taman yang menjadi tanda persahabatan

Hah. Takkan tak kenal pakcik Rambo ni. Dia pun ada !

Then baru la aku realized yang Nagoya merupakan Sister City of Nagoya.

Tahu tak sister city tu apa?

Sister City atau bandar berkembar adalah satu bentuk perjanjian undang undang yang di buat di antara bandar bandar di dunia ini yang mempunyai geography dan politik yang berbeza untuk menggalakkan budaya dan komersial. Konsep bandar berkembar ini di mulakan pada 1947 bertujuan untuk memupuk budaya yang berbeza dan antara bekas musuh sebagai tindakan keamanan dan perdamaian. Selain itu, ianya juga untuk menggalakkan perdagangan dan pelancongan.

Pada zaman baru-baru ini, bandar berkembar semakin telah digunakan untuk membentuk hubungan perniagaan antarabangsa yang strategik antara ahli bandaraya.

Selain daripada Los Angeles, Nagoya City juga merupakan Sister City dengan bandar bandar berikut.

United States Los Angeles, United States (affiliated Apr. 1, 1959)
Mexico Mexico City, Mexico (affiliated Feb. 16, 1978)
China Nanjing, China (suspended as of February 2012)
Australia Sydney, Australia (affiliated Sept. 16, 1980)
Italy Turin, Italy (affiliated May 27, 2005) 

Now, tugasan untuk hari ini. Apa kah Sister City untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Cepat ! Sapa dapat dia terror. Dapat hadiah penginapan 3 hari 2 malam. Makan di tanggung, berak cangkung di rumah sendiri.

OK. Sambung lagi pasal Sister City of Nagoya ni.

City of Los Angeles


Plak perjanjian depa

Di sign oleh Datuk Bandar kedua dua bandaraya tersebut

Dan Star of Fame ni juga ada di sepanjang jalan dalam kawasan pengistiharaan Sister City of Nagoya ni

Andy Wlliams. Kaki sapa tu, sila ke tepi !

Yang ada ramainya adalah artis stok Kilauan Emas. Yang muda muda belia tak de. Maybe sebab benda ni dah buat dah lama dah.

Apa apa pun, menarik jugak la tetiba jumpa tempat ni. Boleh gambar gambar plus park dia macam boleh lepak duduk duduk sebab ada air terjun dan kolam. Cuma cuaca agak panas sikit.

Jumpa lak makcik ni. Makcik yang hopelessly devoted to .... who?

Jemput dia nyanyi jap....



Guess mine is not the first heart broken
My eyes are not the first to cry
I'm not the first to know
There's just no getting over you

You know I'm just a fool who's willing
To sit around and wait for you
But, baby, can't you see
There's nothing else for me to do?
I'm hopelessly devoted to you

But now there's nowhere to hide
Since you pushed my love aside
I'm out of my head
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you

My head is saying, "Fool, forget him."
My heart is saying, "Don't let go.
Hold on till the end."
And that's what I intend to do
I'm hopelessly devoted to you

But now there's nowhere to hide
Since you pushed my love aside
I'm out of my head
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you

Bandar Nagoya

Dan akhirnya, lepas taman Sister City of Los Angeles tu maka sampai la aku di bawah Nagoya TV Tower tu.

Berdiri setinggi 180 meter, Nagoya TV Tower merupakan menara tertua di Jepun. Lebih lama daripada Tokyo Tower sendiri. Ada lif menbawa sehingga 100 meter sky balcony untuk melihat suasana dan bandar Nagoya especially area Sakae. 

Kat bawah tower tu ada kedai cenderamata, park dan restaurant boleh lepak lepak kalau mahu.

Nak naik atas kena bayar JPY 500 !

Hmmmm Bayar lagi. Malas lah. Usha je sudah.

Nagoya TV Tower 

Macam Eiffel Tower jugak rupanya

Taman di sekitar Nagoya TV Tower

Ticket kaunter dan lif naik ke atas. Aku tak usha pun sebab tak de plan nak naik atas.

Dari area Nagoya TV Tower tu, aku cross jalan sebab dah nampak banguanan yang menjadi landmark Nagoya City ni.

Dulu aku ingat macam stadium, tapi rupanya Oasis 21 ni adalah hub perhubungan serta mall. Ada station subway, station bas dan jugak mall serta few food outlets. Yang menariknya di bahagian bumbungnya kawasan glass terbuka dan ada air. Nampak macam swimming pool dan boleh naik ke atas tu. 

Tapi sebenarnya bertujuan untuk memerangkap air untuk menyejukkan kawasan bangunan ni.

Cool jugak lah. Tapi shopping mall dia biasa biasa jer. Ada Mc D kat bawah !

Nagoya TV tower dari Oasis 21

Nagoya TV Tower dari Oasis 21 Nagoya

Oasis 21 Nagoya

Aichi Prefectural Museum of Art

Nagoya TV Tower macam dalam sesi baikpulih

Aku jumpa port. Tapi panas la pulak.

Lepak lepak kat situ tengok orang. Fikir nak gi mana lagi ni? Macam tak de arah tujuan. Mata dah mula mengantuk. Badan letih lesu.

Hmmmmmm

"Qasidah, Hamidah.. Jalan dah...................."

Nak gi mana? Penat gila rasa. Nak balik hotel pun bukan boleh check in. Argh !!!!

Aku turun makan Mc D dulu kat bawah sebab perut lapar, pastu ambik subway bergerak ke destinasi seterusnya. 

bersambung........

4 comments :

  1. tak puas jalan-jalan kat nagoya aritu... sempat pergi Toyota Museum dengan Osu Kannon je...

    ReplyDelete
  2. X menarik sgt area nagoya city ni ehh sbb x nampak pun mamat hensem. Matilah nanti d tuduh anak dara gediks!!!

    ReplyDelete
  3. sister city? aku baru tahu benda ni.


    KL bersistah dengan delhi, Isfahan (iran? seriously???) dan Dubai. (Hilton Hotel please,3H2M ok! )

    tapi kenapa mesia banyak abang bangla, neps dan indo ? adakah mereka ini sistah kandung dan diatas tu sistah tiri?

    ReplyDelete
  4. SJ : itu penanda utk repeat la tu. ahaks..


    JM : org semua gi keje kot time ni.. tak ramai yg berkeliaran..


    NanaT : haaaa bangla, neps dgn indo adalah BROTHER CITY !!!..

    sister2 kena cun cun je. dari esfahan etc.. delhi tu.. sister angkat jer.. ahaks..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...