Friday, October 10, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 08 - Shirakawago : Shirakawago - Part 1

Hari ke tiga di Jepun. 

Bangun pagi agak awal. Cerahnya awal. Plus aku dah tak berapa boleh tidur. Tidur malam tu agak tidur tidur ayam. Biasalah aku ni kalau tidur hostel dan ada orang, aku sedaya upaya tak mahu menganggu tidur orang lain. Aku risau aku berdengkur.

So asal aku rasa macam hanyut je cepat cepat aku beralih tempat. 

Sengsara weh tidur macam tu. Tak lena. Tapi apa boleh buat. Tu je penginapan yang ada malam tu. Aku usha jugak kot ada single room, sebab masa aku booking memang tak de. Bila sampai cuba nasib sekali lagi tapi memang tak de. So aku settle down dengan sharing room jer. Harga semalam dalam RM 80.

Dalam bilik hostel tu ada 6 katil, tapi masa aku memula tidur, aku perasan ada 1 katil je ada orang. Awal awal dia dah tidur dari aku. Pastu aku terjaga bunyi ada orang masuk. Aku dok diam diam je. Perasan sorang naik atas double decker aku, dan sorang lagi kat katil sebelah.

Tapi masa aku bangkit subuh tu aku perasan yang atas aku tu dah tak der.

Pelik jugak.

Rupa rupanya, dia pegi tidur kat katil sebelah secara berkelamin !

Aku rasa pakwe makwe kot. Sebab aku jumpa dia orang masa kat lobby lepas aku balik makan semalam. Rasanya couple tu dari Thai. 

Tak kisah la tu. Dia orang masih lagi lena waktu aku bangkit. Bangun bersiap siap sebabnya pagi ni aku akan ke Shirakawago. Agenda yang agak penting untuk trip aku ke Jepun kali ni.

Shirakawago. Tempat tujuan hari ni.

Lepas mandi dan bersiap siap, aku pun turun ke lobby. Siap kemas barang semua dan check out sebab aku tau aku akan balik dari Shirawakago tengahari dan aku dah kena check out.

Aku just simpan beg kat hostel tu. 

Tour start pukul 8 di mana kami semua kena berkumpul naik bas merah dekat dengan Takayama Station sana. Tak de la jauh sangat tapi kena la menapak. Aku perasan ada dua tiga orang jugak yang ambik tour sama dengan aku. Pagi tu macam semua dah siap sedia.

Berjalan ke Takayama Station hari masih sejuk gila. Belum pukul 8 pagi pun.

Berjalan ke station Takayama

Sejuk jugak la pagi tu dengan angin sepoi sepoi membeku.

Masa aku sampai kat tempat tu, tak de orang lagi tapi slow slow lepas tu ramai yang datang menunggu termasuk beberapa orang yang aku cam dari hostel yang sama. Ada mat salleh ni sorang dia pun macam terpinga pinga tak pasti, so dia tegur aku dan kami berborak borak.

Tepat jam 8 pagi, bas merah pun tiba. Seorang lelaki siap siap memanggil kami naik bas ni.

Mamat tu tengah panggil orang ! Bas merah, baju dia pun merah.

Aku tak menunggu lama terus je pegi dekat dia.

"Shirakawago?"

Aku tanya dia.

"Yes.. Good morning. Where are you from?"
"Malaysia"
"Oh.. Malaysia.. Selamat Pagi ..."

Ahaks. Nak tergelak aku. Teringat pulak kisah Makcik Zubaidah semalam tu. Tapi yang ni nampak advance sikit.

Dia ambik tiket dan check sebelum dia suruh aku naik.

"You sit here Occccay...."

Peramah bukan main. Sebab aku first naik bas so aku dapat seat paling depan.

Satu persatu orang yang turut serta dalam trip ni naik bas. Dan dia sibuk assign seat sebelum bas kiranya penuh dan kami bergerak meninggalkan Takayama menuju ke Shirakawago.

Perjalanan ke Shirakawago

Perjalanan ke Shirakawago dari Takayama agak smooth. Traffic agak lancar tapi perjalanan kiranya mengikut highway menyusuri tepi tepi kawasan berbukit.

Ada banyak terowong aku perasan.

Dan mamat tu sibuk la bercakap kat depan. Dan aku tak leh nak lari daripada mendengar je la dia membebel.

Antara terowong yang di tempuh

"Hello.. Good morning. How are you................????"

Sibuk la dia bercakap. Dari satu hal ke satu hal. Dia perkenalkan diri nya. Nama Yamamoto !

Agak ceria dan periang orangnya. Agak ramah dan banyak cakap. Dan paling tak leh tahan, kejap kejap aku rasa macam dengar rancangan memasak.

Sebab cara dia bercakap berlagu lagu macam Chef Wan !

Mr Yamamoto

Tak leh tahan ayat dia.

".................... because........................."

Dia punya because tu sengau sengau sikit. Pastu tangan ke bahu, mata ke atas.

Bukan sekali, tapi banyak banyak kali. Nak tergelak aku. Dah la aku duduk depan sekali. Pastu dah macam nak menari pun ada. Tarian piring. Kejap pusing kiri, kejap pusing kanan. 

"If you have any question you can ask me. You can ask me anything becauseeeeeeeeee........ I know this place very well. I come to Shirakawago 2 times every day. 2 Times.. so you can ask me anything...."

Ambik. Bunyi lagi.

Nak jugak aku sound.

"Weh. Kau ni dah kenapa menari nari dalam bas ni? Nak kena hempuk?"

Tapi kelakar la pulak mamat ni dan menghiburkan. Kalah Puan Zubaidah.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam tapi dengan celoteh dia tu tak berapa terasa.  Lagi lagi dia dok cerita pasal binatang yang menjadi mascot Hida Takayama iaitu Sarubobo.

Sarubobo bermaksud "monkey baby" dan merupakan maskot Wilayah Hida Takayaman ni. 

Anak patung Sarubobo telah secara tradisinya dibuat oleh ibu-ibu untuk anak-anak perempuan mereka sebagai azimat atau tangkal untuk perkahwinan agar kekal bahagia atau kelancaran sewaktu beranak. Anak patung Sarubobo juga dikatakan mencegah penyakit dan kemalangan.

Dia siap bawak anak patung tu dan bagi kat semua orang pegang untuk bergambar.

Tak kuasa den nak melayan. Lagi nak ambik ambik gambor dengan binatang merah tu.

Nak tengok patung Sarubobo ni kat gambar atas yang warna merah tu. Kalau di Hida Takayama ni memang popular la patung tu, dan boleh di jumpa di mana mana.

Masuk terowong

Perjalanan di teruskan lagi melepasi satu terowong ke terowong yang lain.

Sepanjang perjalanan tu tak silap aku kena lepas 11 terowong yang ada termasuk terowong yang ke tiga terpanjang di Jepun ni. Panjang jugak lah dalam 9 kilometer. ( aku ingat ingat lupa ni ). Tapi memang agak panjang lah.

Dengar mamat tu membebel pastu buat tarian piring, akhirnya, perjalanan tersebut berjaya sampai ke Shirakawago juga.

Perkampungan Shirakawago ini dikelilingi oleh gunung ganang dan kawasan pergunungan. Dan di sini la merupakan salah satu UNESCO site yang terkenal di Jepun ini yang memaparkan senibina rumah lama perkampungan di Jepun yang di panggil Gassho Zukuri.

Kawasan pergunungan di perkampungan Shirakawago

Dan sebaik saja sampai di kawasan Shirakawago ni, tour bas terus bawak kami ke tempat viewpoint. 

Viewpoint ni terletak di atas sebuah bukit di mana dari atas bukit ini dapat tengok perkampungan Shirakawago GasshoZukuri Village.

Layan gambar.

View point

Pergunungan di Gifu

Perkampungan Ogimachi, Shirakawago

Rumah rumah lama di perkampungan ini

Atap berbentuk GasshoZukuri. Ini kiranya rumah yang paling besar dan paling terhadapan

Gunung gunung masih bersalji

Kawasan bergunungan

Mt Haku. Antara pergunungan yang popular di Jepun

Masih musim winter. Tak banyak pokok yang ada

Kawasan pertanian

Antara yang berada di viewpoint

Pemandangan

Kami di beri masa lebih kurang setengah jam di atas view point tu sebelum bergerak turun dengan bas.

Tapi bas tak boleh masuk ke kawasan Shirakawago tu, ada special area untuk parking dan dari situ, kena jalan kaki untuk tengok rumah rumah dan perkampungan ni secara lebih dekat.

Barang di ingat, kalau naik tour bas macam ni, dia orang akan bawak ke view point tadi tu, tapi kalau naik bas biasa, bas akan parking dan kena lah menapak panjat bukit untuk sampai ke viewpoint tadi.

Jadi !

Kalau fit dan berdaya saing, boleh la pilih mana yang mahu. Tapi bagi aku, lebih senang naik tour bas macam ni.

Sampai kawasan parking. Ini bukan rumah yang asli. Ini kedai cenderamata

Lepas bas dah parking, Yamamoto bagitau kami di beri masa 1 jam 2 jam untuk melilau. Free and easy lah. Jalan sendiri. Dia jugak bagitau mana mana rumah yang kami boleh masuk kalau nak.

Masing masing dah tak sabar. Last last mamat Yamamoto tu cakap sorang sorang. Hiks...

"You have to be here by 11.30.. becauseeeeeeeeeeee............ if you dont..............."

Ayat dia mesti ada 'because' dengan idgham yang panjang. Hahahah. 

Dari parking bas kena naik jambatan rentas sungai ni

Ni kawasan muzzium dan kedai kedai cenderamata di kawasan parking !

Ni antara binaan pertama lepas merentas jambatan dari kawasan parking.

Dah ramai jugak orang berkeliaran. Ada yang dengan tour guide masing masing dan ada jugak yang sendirian

Salah satu binaan lama di sini. Rumah rumah ini kena di jaga dan di kekalkan tanpa di buat sebarang perubahan tanpa kebenaran pihak UNESCO. Dan kebanyakkan rumah rumah ini masih di diami dan berpenghuni.

Antara rumah yang di jadikan muzium. Yang ni kalau nak masuk kena bayar

Sebenarnya muzium muzium ni tak ubah seperti rumah yang aku lawat di Hida Folk Village semalam. Rumah lama ini di jadikan muzium untuk pelawat melihat sendiri gaya kehidupan penduduk di sini

Main street. Ada kedai etc

Shirakawago

Terdapat tanaman di tanam di kawasan ini mengikut musim musim tertentu. Time ni winter, tak de apa pun yang di tanam

Perkampungan Ogimachi

Senyap dan sunyi. Tapi nampak jugak la kelibat orang 

Perkampungan GasshoZukuri. Nampak tak bentuk bumbung rumah macam dua tapak tangan berdoa? ( Cara mereka berdoa dengan hujung jari kedua dua tangan bertemu macam huruf A )

Aku rasa agak menarik tempat ni sebab unique. Plus kawasan dan persekitarannya nampak tenang dan best.

Cuma aku ralat sebab tak bawak makanan. Kalau tak aku boleh lepak lepak makan. Plus aku lapar dan tak jumpa apa benda yang boleh aku makan. Aku ada nasik instant dan sambal ikan bilis tapi tertinggal kat hostel. Arghhhhhh.

Perut berkeroncong !!!!

Kalau ada nasi lemak, mesti mantap. Boleh feel feel ambik mood di bendang. Tapi realitinya tak derrr.

* menangis keluar ikan bilis sekor sekor dari bijik mata

Masa ni lah baru ingat tanahair. Ingat makan sedap sedap. Ingat OR dan anak anak.. Ingat semua lah !!!

Padan muka diri sendiri,....



Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

bersambung.........

21 comments :

  1. yeayy... dalam wishlist!
    Ada kawan saya pergi time snow. lawa yg amat tempat ni.

    salam kenal....

    ReplyDelete
  2. Port yg sgt menarik utk tambah umat Nabi Muhammad. Suka sgt life kampong mcm ni. Eiiii.. sgt la the..

    Bang..
    Sham tgk ghupa mamat Yamamoto tu teringat lak satu katun feature dlm citer Bleach. Alahhh.. katun rambut pacak-pacak tu.. sejibik..

    ReplyDelete
  3. :) heheh...lawak dgr cite makcik zubaidah n motomoto neh. :)

    ReplyDelete
  4. sejam tu sempat ke cover semua tempat meng? mcm kejap sangat

    ReplyDelete
  5. meng, kitorang ingat nak pi sini tapi mandangkan kena panjat viewpoint sambil kendong ixora aku bertabah jugak la...seb baik ko kata ada tour bas, nanti aku usulkan blk kat sekupang...

    tgk zizan jejak jepun skang tiap rabu 10pm, best gile kot dia pi kurobe dam tu! jenuh menapak...

    ReplyDelete
  6. tarian piring? ahahah..

    sesuai ni puan zubaidah & mr yamamoto bergabung. kalau bukak travel agency sendiri mesti customer service tiptop..

    ReplyDelete
  7. S : salam kenal... time snow pun OK...cuma ada limitation nak bergerak kot..

    boleh di cuma..


    Sham : nak menambah buleh.. tapi tak tau la kedap bunyi ke tidak. kang ramai lak orang berkumpul keliling rumah.. hahahha

    Wah. peminat anime rupanya mak budak ni...


    agip : aku terus teringat hello moto !!

    bila nak buat tag aku tu??? x travel memana ka?


    ReplyDelete
  8. Azra : terima kasih azra di atas penaakulan kau tu. memang sejam tak cukup. aku merapek situ. dah baiki. rasanya dia bagi 2 jam.

    tu la lama sgt nak update dah jadi pelupa dah...


    Biq : haaa tapi skrg rasanya ada free bas dari bawah naik ke view point ni. cuma tak sure musim apa dia ada... tak de la terpongeh nak dokong ixora..

    anyway.. slow slow buleh kot.. chaiyok !! bila nak pi ni? jeles btol aku. dah lama dowh tak travel ni...


    Mya : tak payah nak travel agent sgt la normaya..

    hahahaha..

    aku rasa dia org boleh jadi duo. sorang rap sorang menari inang

    ReplyDelete
  9. Wishlist!! cantik nyer tmpt nie..yg x tahan citer si yamamoto tue..hehe. dpt membayang kan gaya dia tue...hehe.

    ReplyDelete
  10. gambo mabeless sgt!! nk buat wallpaper mulehhh???

    ReplyDelete
  11. nak ke viewpoint tu memang mencabar..tak sanggup nak mendaki..

    ReplyDelete
  12. meng.. dah draft tag ko..tp minggu ni busy. musim performance review..x smpt nk tulis blog. blogwalking jerrr mampu.

    tunggu ye. :)

    ReplyDelete
  13. Syieda nk pegi tu dh beli tiket balik lum..isshh..i is jeles u olls

    tidur berkelamin..sah..si lelaki tu tdo x lena xde org sebelah buat bantal peluk

    ala..naper ckp dari msia ce ckp dari hitaly nk tgk apa yg dia reply :-)

    bagus jugak aksi Yamakocho tu..x lah bosan dlm bas..

    ReplyDelete
  14. ciku ada baca kat blog chawanna gak pasal tempat ni.cantik.Ada bajet lebih nnt nak gak g sini..hari tu tak sempat..hihi

    ReplyDelete
  15. An : jangan dok bayang sangat. kang terkenan kang..

    ahaks..


    Lw : buleh jer...


    MKL : welcome.


    Nohas : tu la pasal. kalau winter cemana la agaknya.

    ReplyDelete
  16. Agip : thenfks kerana sudah kena tag dengan aku. hahahah..


    JM : tak bosan la.. tapi lama lama menyampah la pulak.

    hahaha nasib la time balik dia pun sama membuta...


    Ciku : boleh ciku.. Insya Allah. di murahkan rezeki silakan la pegi....

    ReplyDelete
  17. hahaha. memang silap la ko tak bawa nasi. tapi depa kata byak gak kedai makan situ. hal atau har je la. haha

    ReplyDelete
  18. KZ : ada tapi mcm tak bukak je. may be sejuk kot... so semua tutup pintu. aku lak malas nak sergah..

    ReplyDelete
  19. Menyampah jumpa Mr Yamamoto, terhibur sikti kalau jumpa Maria Ozawa..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg kdg hidup ni tak de pilihan., kena pasrah !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...