Sampai di Station Kawaguchiko, aku masih berkira kira.
Balik terus ke Yokohama as planned. Atau?
Merayap ke Hakone? Hmm hebat gak idea ni, at least aku boleh tengok Mt Fuji dari arah belah lain pulak. Tamak kan? Tapi tak pe. Orang kata, kalau tamak selalu dapat banyak !!!
Melilau aku di station Kawaguchiko tu.
Dalam station tu ada ruang rehat dan ada banyak gambar gambar Fuji yang tergantung. Salah satu gambar tu menarik perhatian aku.
Aku pegi tanya kat bahagian tiket bas, tanya cemana nak ke Hakone, nampak macam sulit sikit kena naik dua tiga bas dan mostly tak covered by JR Pass. Then aku fikir lagi, aku rasa nak tanya cemana nak ambik gambar Fuji macam dalam gambar yang aku nampak kat dinding tu.
Aku pegi tanya minah kat tempat tiket keretapi.
"Sizuka ! Cemana nak ambik gambar macam kat sana tu?"
* acu senapang patah.
Dan minah kat situ beriya iya membantu aku cemana nak ke situ. Nampak macam tak berapa sulit dan doable. Plus aku rasa tak mengambil banyak masa. Lagi menarik, tempat tu on the way ke Otsuki yang mana train akan lalu jugak on the way aku nak ke Yokohama nanti.
Aku terus beli tiket dengan harga 300 Yen.
Dan tak lama lepas tu train dah siap siap nak bergerak, terus je aku naik.
Train mula bergerak meninggalkan station Kawaguchiko. Dan seperti yang di bagitau oleh minah tu, aku kena berhenti di station Shimoyoshida, iaitu kira kira 5 station je dari St Kawaguchiko ni.
Settled !
Station yang di maksudkan
Di area Station Shimayoshida ni, pokok pokok cherry ni tengah mekar meriah
Dekat station ni sekali lagi aku tanya makcik kat kaunter train ticket tu.
"Mak Giant, Where is the pagoda?"
* sambil acu senapang sekali lagi
( mati la penipuan je tu )
Dan makcik tu dengan pantas meninjuk ke arah bukit tak jauh dari station Shimoyoshida tu. Boleh nampak sebahagian bukit dari station tu.
Kawasan bukit di mana pagoda tu didirikan
Dan aku berkira kira, nak angkut beg sekali ke cemana. Sebab aku tau pikul beg nak panjat bukit macam sesuatu yang memudaratkan tenaga yang ada. Jadi aku tinggal je kat station tu.
Aku siap pesan kat mamat kat situ.
"Sinyu, I am gong to leave my beg here"
Mamat tu muka cuak. Dia faham tapi dia nak cakap balik macam payah. Tapi aku faham dia cakap, aku boleh simpan kat station tu dengan bayaran 400 Yen, tapi aku kedekut ! Aku rasa macam tak worth it je nak bayor. Aku cakap aku nak tinggal je kat tepi dinding dalam ruang menunggu station tu.
"I am sorry. If... "
Berpeluh peluh dia nak cakap. Dia nak cakap, kalau hilang dia tak bertanggung jawab.
"It is OK Sinyu. There is nothing to worry about. I am not gonna be long"
Aku yang terlebih confiden. Ya la. Kat Jepun.. Susah sikit orang nak mencuri kot. ( aku bersangka baik )..
Last sekali aku tinggal je kat tepi dinding. Mamat tu pasrah je.
Hahahaa.
Aku beredar. Nampak macam ada few orang menuju ke tempat yang sama.
Dari station Shimoyoshida tu kena cross rail track, pastu jalan ikut rumah rumah orang. Sebab bukit tu jelas kelihatan so boleh main agak agak je nak ikut jalan mana. Lagi pun kat area Fujikyu Railway ni memang boleh nampak orang ramai siap dengan kamera. Dia orang ni gemar sangat nak ambik gambar train lalu lalang so tempat ni agak meriah. Mungkin dia orang nak ambik gambar train lalu dengan pokok sakura yang berbunga mekar.
Tak sampai 10 minit pun jalan kaki, akhirnya aku dah sampai di kaki bukit. Ada anak tangga dengan entrance yang penuh dengan cherry blossom !
Meriah !
Timing aku memang tepat sebab cherry memang betul betul tengah blooming kat area ni.
Timing aku memang tepat sebab cherry memang betul betul tengah blooming kat area ni.
Entrance naik
Sampai kat area ni, orang pun kelihatan ramai. Tak syak lagi, ini la tempat nya, dan aku akan cuba mendaki.
Ayuh ! Mula kan langkah mu. Awas gerak langkah mu Meng !
* shuffle atas tangga dengan gaya ikan kekek
* shuffle atas tangga dengan gaya ikan kekek
Naik separuh daripada tangga tangga yang ada. Nampak Tori Gate dengan Fujisan
Malangnya cuaca agak berkabus dan langit tidak biru
Tapi area ni cherry memang sedang mekar.Tak seperti di kawasan Lake Kawaguchiko tu
Dan perjalanan naik bukit agak terpongeh la. Bertabahlah demi view yang lawa.
Akhirnya sampai di kawasan pagoda
Tu dia...... Chureito Pagoda
Chureito Pagoda merupakan lima pagoda bersejarah di sisi gunung yang menghadap Fujiyoshida City dan MountFuji dari jauh. Pagoda ini adalah sebahagian daripada Arakura Sengen Shrine dan dibina sebagai memperingati keamanan pada tahun 1963. Terdapat hampir 400 anak tangga ke atas bukit ini.
Lokasi ini menawarkan pemandangan Mt Fuji dalam kombinasi dengan pagoda, terutamanya semasa musim cherry blossom pada pertengahan April apabila terdapat beratus-ratus pokok mekar dan juga semasa musim warna musim luruh yang biasanya berlaku pada separuh pertama bulan November. Tempat ini amat popular di kalangan jurugambar kerana ia memberikan view keindahan negara Jepun dengan pagoda, Mt Fuji dan pokok Sakura pada lokasi yang sama.
Arakura Sengen Shrine adalah kira kira 15 minit berjalan kaki dari Station Shimoyoshida di sepanjang laluan keretapi Fujikyu Line (35 minit, 960 yen daripada Otsuki atau 10 minit, 300 yen daripada Kawaguchiko).
Layan gambar keindahannya........
Untuk mendapatkan view pagoda dengan Mt Fuji, kena naik atas bukit sikit lagi
Laluan tersedia
Dari belakang pagoda ke arah Mt Fuji
Sayangnya Fuji tak berapa clear
Dan sebenarnya orang agak ramai di atas ni..
Siap ada kebakaran dan asap di tepi Mt Fuji tu time ni
FujiQ Highland dari atas bukit ni
Pokok pokok cherry
Aku spent lebih kurang 20 minit kat atas ni.
Cuaca kira OK lah cuma tak berapa clear. So tak de sebab aku nak berlama lama di atas ni kecuali nak layan view apa adanya. Nikmati keindahan alam dan bersyukur dengan apa jua yang Tuhan rezeki kan serta peluang yang diberikan selama ini untuk melihat dunia ini.
Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.
Terima kasih Fuji.. Aku akan merindui kamu. !
Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.
Terima kasih Fuji.. Aku akan merindui kamu. !
Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh
Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu
Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa di hatiku
Menuai senyumanmu
Abis ambik gambar then aku turun semula.
Tori Gate di waktu turun semula
Mt Fuji
Anak anak tangga
Laluan balik semula ke Station Shimoyoshida
Rumah rumah dengan kebun kebun
Rail track
Fujikyu Line
Bangunan Station Shimoyoshida
Sampai kat train station ni aku beli tiket untuk menyambung perjalanan. 900 Yen lagi untuk sampai ke Otsuki.
Map Fujisyimoyoshida
Batu batu yang dikhabarkan berasal dari letusan gunung Fuji satu ketika dulu
Lepas tu train sampai dan aku boarded train terus ke Otsuki.
Aku suka train ni sebab dia bergerak slow, then cuaca lak sejuk sejuk best macam dalam aircond. Train tak payah pakai aircond. Bukak tingkap je terasa sejuknya.
Nyaman dan best. View lak scenic sepanjang perjalanan.
Dalam train
Train berhenti di salah satu station di perjalanan ke Otsuki
Cherry blossom
Cherry lagi
Akhirnya train selamat sampai di Otsuki.
Di sini boleh la kalau nak teruskan perjalanan balik ke Shinjuku atau Tokyo, tapi sebab aku plan nak ke Yokohama so aku ambik train yang terus ke Yokohama.
Sebaik je sampai tu, ada minah jaga, aku tanya dia cemana nak ke Yokohama then dia baik hati bantu aku.
Ni minah tu tolong tulis
Dari Otsuki Station, aku naik train ke Hachioji then tukar JR Yokohama sampai ke Shin Yokohama.
Memula board train tu OK lagi sebab tak ramai orang. Semua train ni covered by JR Pass.
Dalam train pulak tak penuh. Layan perasaan sebab seating dia tak sebest Fujikyu Line tadi
Layan tengok orang. Akak ni siap siap nak gi opis ek? Keje sales girls kah? Sempat dia bersolek dalam train. Kalau train tetiba berhenti, tak ke tertonyoh benda alah tu ke bijik mata?
Layan view jap... feel feel. Pusing balik tengok tengok....................
Akak tadi dah tertidur.
Beriya riya kau bersolek berbulu mata 14 tingkat, pahtu tido ?
"Oi.. Oi.. kau dah kenapa Akak? Ayuh kita cergaskan diri. Jangan malas. Dengan kiraan 8 ..... kita lompat bintang, sekarang...... !!! 8 lagi ...8..7..6..5..4..3..2..1...!!!!"
Agak agak aku kena terajang tak? He he he.
bersambung................
Kijoae... Papparazi minah tgk bersolek utk mimpi dia tuh...
ReplyDeleteSekali pandang macam Ziana Zin lak minah tuh hahahhahaa
ReplyDeletePepapun tahniah , kerana jadi EXPLORER macam DORA ... hahahahhahaa
Suka sangat baca kisah kisah you!!!
Puas sungguh tengok Fuji-san dan cherry blossom disini..awesome..
ReplyDeletehah!!
ReplyDeletebetullah mata aku..
aku ingatkan lens kau penuh chop jari.. rupa-rupanya hasap!!
Kematu bontot nak mengkhatamkan segala post yg dah tertinggal baca..
ReplyDeleteBang.. rumah yg ada kebun tu kan kan.. skim pencen idaman kami tu bang..
Sambil layan bonsai.. petik kacang botor tepi pagar.. Cik Asben layan itil ayam.. eii.. super like..
(sorry bang... ter-emo lak)
Lawonyaaaaaa!
ReplyDeleteamir : mung lebih tau dari aku deh?
ReplyDeleteGhaz : terima kasih... doraMeng je ni.. kalau doraemon ada pintu suka hati .. mana mana buleh pegi..
Nohas : kalau cuaca menarik lagi cun kot...
time sakura lawa. time autumn maybe lawa jugak kot...
Dr S : betul.. ada kebakaran terbuka di situ. x tau sapa yang bakar sampah..
ReplyDeleteatau dia org buat bbq.. tapi tak hajak?
* hempas pinggan.
Sham : betul betul... rumah kebun tu bagus nanti dah tua... santai2 sambil bercucuk tanam.
setuju jugak part tu..
Nil : terpongeh jugak nak memanjat tu
Bang Meng, Pegi pon lalu kan stesen Shimoyoshida ni..? Rasa kalau pegi dh singgah thrill lg dak tgk Fujisan kt Lake Kawaguchi? Sbbnya esok nak blk pepagi..nak pegi Osaka..takot kalut lak nak menyinggah time balik
ReplyDeleteboleh.. kalau petang cun gak kot nampak sunset... kalau buleh gi la dua dua.. dekat sini dgn dekat lake pun dua dua lawa..
Deletecantiknye time ade sakura. nak kena repeat ni. kitorg bru blk dr japan. idea nak g chureito ni pon sbb bace blog abg meng. klo x, langsung x merase nak tgk fujisan sbb kat kawaguchiko awan tebal sgt..
ReplyDeletemaknanya kena repeat lah tu.. tak pe. tempat best gi banyak kali pun okeye
Delete