Monday, October 6, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 04 - Nagoya : Tsurumai Park | Osu Kannon | Sakae

Buntu dah tak tau nak ke mana. Akhirnya aku naik subway menuju ke Tsurumai Park.

Aku ke sini sebab minah kat Nagoya Station cakap, kat sini mungkin ada cherry blossom yang belum abis lagi. Tak puas puas padahal aku dah mabuk tengok cherry blossom kat area Meijo Park tadi macam dah muntah darah banyak dengan sakura.

Tapi aku fikir, biar je la aku ke sini sebab aku boleh lepak lepak kat park dan aku boleh tidur !

Mengantuk wehhh ! So misi ke sini adalah nak cari port untuk meniduri diri sendiri.

Naik subway then keluar station tu terus sampai ke park ni.

Park masih meriah dengan orang berhanami. Cherry blossom dah tak berapa meriah sangat

Tsurumai Park ni kiranya antara park yang ada di Nagoya City ni dan menjadi tempat melepak orang orang tempatan. 

Ada macam macam facilities kat sini jugak selain daripada tempat istirehat dan berpicnic.

Tsurumai Park

Ada orang jual jualan juga

Kolam dan mercu tanda Tsurumai Park

Kalau orang ke sini berhanami tapi aku ke sini adalah nak cari port untuk membuta !!

Oh yeah. Aku jumpa tempat bawah pokok agak redup. Stok boleh baring baring. Duduk bersandar kat pokok, tutup muka dengan cap dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....................

Hanyut !!!!!!!!!!!

Boleh tahan gak terlelap. Sampai la aku terjaga dan tersedar banyak burung gagak atas pokok. Maunya nanti aku kena berak dengan mereka.

Bangun, beralih ke tempat lain..

Zas...............

Hanyut sekali lagi.................

* pengsan

Kau mampu tidur kat park berdengkur ria tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang??

Ah. Tak kisah dah. Bukan dia orang kenal aku pun. Kan? Kan? Yang penting, aku dapat melenakan mata dengan nyenyak nya............

Bangun bangun, genyeh mata tengok jam dah hampir petang. Kalau ikutkan dah boleh balik untuk check in sebab check in pukul 3 petang. Tapi takkan la aku nak balik then nak keluar balik? Dah mendapat tidur yang cukup walaupun agak tidur tidur ayam, aku pun bergerak meninggalkan Tsurumai Park tu, naik subway semula dan turun di city area Osu.

Tak tau kenapa aku nak datang sini, sebab aku tengok ni antara tempat menarik untuk di lawati di Nagoya kot, plus terletak di tengah tengah bandar dan berdekatan dengan tempat yang aku nak pegi seterusnya nanti so aku pun saja la pegi singgah.

Osu Kannon

Osu Kannon ini merupakan sebuah buddha temple yang terletak di kawasan Osu di Nagoya City ni.

Nama rasminya adalah Kitanosan Shinpuku-ji Hōshō tapi memang lebih dikenali sebagai Osu Kannon.

Kuil ini pada asalnya dibina pada kira-kira tahun 1333 di OSU-GO, kampung Nagaoka dalam Owari Province, yang kini dikenali sebagai bandar di Gifu Hashima Prefecture. Pembinaan telah ditaja oleh Maharaja Go-Daigo, yang melantik Shōnin Nōshin sebagai ketua imam yang pertama.  

Akibat banjir yang kerap berulang, kuil itu dipindahkan ke lokasi sekarang pada tahun 1612 oleh Tokugawa Ieyasu. Dalam 1820, sebahagian besar kuil dibinasa api, tetapi ia dibina semula pada tahun 1970-an. Dewan utama mempunyai tanglung kertas merah tergantung dari siling di mana jemaah boleh mengikat wang kertas kecil dengan sekiranya berhasrat dan ingin berdoa.

Kuil Osu Kannon ini menempatkan koleksi banyak buku-buku. Ia menempatkan kira-kira 15,000 buku klasik Jepun dan China. Antaranya adalah salinan tulisan tangan yang tertua daripada Kojiki terkenal, yang menggambarkan sejarah mitos purba Jepun. Perpustakaan ini juga mempunyai banyak buku-buku lain yang ditetapkan sebagai khazanah negara dan meyimpan khazanah budaya yang penting. 

Kawasan Osu Kannon

Osu Kannon Temple

Osu Kannon Temple

Di kawasan Osu Kannon Temple ini jugalah terletaknya Osu Kannon Shopping Street yang terkenal di Bandar Nagoya ini.

Kalau nak shopping di Nagoya, ini la kawasannya. Ada banyak orang jual jual dan juga banyak restoran dan kedai makan di dalamnya.

Aku masuk kejap je, pusing pusing dan keluar balik. Tak de apa nak cari pun.

Osu Kannon Shopping District

Antara kedai yang ada di dalam

Dari Osu Kannon tu, aku menapak terus ke area Sakae untuk ke Nagoya City Science Museum.

Ayuh menapak !!!

Kedai di tepi jalan

Kelihatan Nagoya City Science Museum di hadapan sebuah dataran padang yang luas.

Nagoya City Science Museum  adalah sebuah muzium yang terletak di Sakae, Nagoya.

Muzium ini menempatkan planetarium yang terbesar di dunia dan mempunyai tiga bahagian utama iaitu teknologi moden, sains hayat dan sains umum dengan pelbagai tapak pameran. 

Pada tahun 2012 muzium ini telah diubahsuai bertepatan dengan perasmian Planetarium Nagoya. 

Tingkat atas muzium ini kini dikhaskan untuk paparan tentang angkasa dan teknologi masa depan, menggunakan tablet skrin sentuh dan teknologi lain. Banyak pameran telah disesuaikan khusus untuk kanak-kanak, seperti keretaapi model di tingkat tiga dalam seksyen pengangkutan.

Muzium ini juga mempunyai ciri-ciri pada pautan wilayah setempat Chubu untuk sains dan industri.

Bangunan muzium

Arca depan muzium

Keretapi lama di perkarangan muzium

Keretapi ini sudah di jadikan cafe

Sphera globe ini merupakan planetarium yang terbesar di dunia !!!!  

Ada replika roket di halaman 

Bangunan muzium serta kedai cenderamata

Kawasan persekitaran musium of Science Nagoya

Nagoya City Science Museum

Aku tak masuk pun. Just usha usha dari luar jer. Hari pun macam dah petang, kalau masuk kang tak leh berlama lama, rugi je bayar tiket.

Tapi aku tak rasa ralat pun, tengok dari luar pun dah OK.

Berhadapan dengan Nagoya City Science Museum ini terdapat pula Nagoya Art Museum

Kasut sapa yang besar ni???

Di dalam muzium ini terdapat koleksi koleksi art yang telah dihasilkan oleh penghasil tempatan dan juga luar negara. 

Time aku sampai sini, macam tutup tempat nya, so bergambar dengan kasut merah tu jer lah. Actually kasut merah tu adalah arca apa benda ntah. Ada lagi arca arca lain di kawasan laman dia ni.

Planetarium Nagoya

Lepas abis merayau kat dua muzium tu, aku menapak ikut laluan ke jalan besar. Main ikut kaki jer tapi berjalan di Nagoya ni tak pening sebab jalannya lurus. Orang pun kurang dan kereta tak banyak di jalanan. Cuma kena berhati hati jugak lah. Tapi aku yakin, berjalan sorang sorang kat Nagoya ni Insya Allah selamat.

Jalan jalan tak sampai 20 minit berpandukan peta yang ada, akhirnya aku sampai di Electric Museum Nagoya.

Nak tengok apa ada kat sini.

Electricity Museum Nagoya

Bangunan nya.

Tak de apa pun sebenarnya di sini. Muzium tu dalam bangunan dan time aku pegi tu dah tutup. Tapi ada cafe kat bawah tu dan ada wifi free. So aku layan whatapps kejap kat situ. 

Hiks.

Dah abis tu, dah tak tau nak ke mana. Hari pun dah petang. Letih lesu badan. Aku akhirnya buat kata putus, balik je la ke hostel. Dah tak de apa aku nak pegi di Nagoya ni. Tak de apa yang menarik sangat. Cuma banyak la muzium kereta, noritake dan few tempat lagi kalau nak usha tapi aku rasa biasa biasa je. Malas lah nak pegi.

Aku memang tak expect nak pegi banyak tempat pun di Nagoya ni sebab ni cuma tempat aku landing dan balik je nanti. Banyak destinasi lain yang aku bakal terjah nanti.

So rasa macam dah khatam Nagoya City untuk hari ni, akhirnya dengan pass yang ada. Aku naik subway dan balik semula ke Nagoya Station.

One Day pass. Agak rugi sebenarnya beli sebab aku tak utilized habis habisan

Kali ni jalan menuju ke hotel penginapan dan tak susah. Aku dah tau kat mana. Dah boleh bajet, keluar dari station tu nak menapak ke belah mana.

Tapi masa kat Nagoya Station tu aku cari tempat nak exchange Japan Rail Pass tu sebab esok aku dah nak start activate kan. Aku siap reserved ticket ke Takayama jugak esok.

Itu la destinasi aku seterusnya di bumi Jepun ni.

Senang je semua prosesnya. Tak de masalah.

Sambil sambil tu aku usha terminal dan entrance masuk untuk naik Shinkansen esok. Senang, kalau aku lambat ke apa tak de la aku terkocoh kocoh tak jumpa cari.

Nagoya Station

Jalan menuju ke hotel

Hari dah menjelang senja

10 minit jalan kaki dari Nagoya Station tu akhirnya aku sampai di hotel semula. Nama hotel ni adalah New Shochikubai Hotel  

Suasana depan hotel. Nampak tu Nagoya Station di belakang sana

Urusan check in semua biasa je. Beg aku dah memang ada kat situ.

Aku book hotel ni sebab dekat dengan Nagoya Station. Dapat single room. Nama hotel New Shochikubai Hotel, tak berapa nak recommend sangat tapi harga agak berpada pada lah dalam RM 105 per night. Memadailah. Dapat kunci, angkut beg, naik lif dan bukak pintu............

Tadaaaaaaaaaaaaaaa

Senja dari kamar

Bilik kecik tapi memadai. Aku suka sebab single. Bilik air kat luar. Bilik mandi kat tingkat bawah untuk lelaki. Tapi memang bersih. Mandi pun best cuma nak kena turun naik lif lah.

Wifi agak laju. Ada TV dalam bilik, layan la pasang tapi tak tengok pun. Dok main internet je lah aku ni.

Lepak lepak kat bilik, aku masak maggie cup malam tu. Kenyang la.

Siap turun mintak air panas dengan makcik makcik Jemah kat bawah tu.

"Hot water ! Hot water !"
"Hot? hot?"

Dia bercakap berdua. Tak faham la tu. Jenuh lak aku buat aksi air panas takat 100 darjah celsius siap efek asap dan sauna. Baru mereka faham.

Dia orang siap bagi aku 1 tarmos. Padahal kat floor aku duduk tu, ada je tempat air panas kat tepi. Hahahaha. Tak perasan.

Tempat merokok pun ada depan lif so tak payah aku turun naik.

Banyak sangat notice. Replacement construction costs la.....

Malam tu tidur lena. 

Upah tak cukup tidur dan balas dendam sebab tak dapat tidur puas puas siang tadi dan semalam. Mengubat hati yang kecewa tak cukup tidur.



I can think of younger days
When living for my life was everything a man could want to do
I could never see tomorrow
I was never told about the sorrow

And how can you mend a broken heart?
How can you stop the rain falling down?
Tell me how can you stop the sun from shining?
What makes the world go 'round?

How can you mend this broken man?
How can a loser ever win?
Somebody please help me mend my broken heart
And let me live again

I can still feel the breeze that rustles through the trees
And misty memories of days gone by
But we could never see tomorrow
It would be that no one, no one ever told us about the sorrow

So how can you mend a broken heart? And mine is
How can you stop the rain falling down?
How can you stop the sun from shining?
What makes the world go 'round?

And sometimes after saying, say
La, la, la, la, la, la, yeah, la, la, la, la
Tell me, help me mend my, my broken heart
I just wanna, I just wanna, I just wanna, I just wanna
I just wanna live again, baby

How can you mend this broken man?
Somebody tell me, and how can a loser ever win?
Baby, help me mend this old broken heart
I think I, I know I, I believe I, I feel like I gotta
I feel like I'm going to live again

How can you mend this broken heart?
Somebody please tell me
How can you stop the rain from falling down?
Although my clothes are all wet, tell me
How can you mend my, please help me mend my broken heart
I think I, I believe I, I got a feeling that I want to live and live and live

Esok pagi aku nak sambung berkelana.............

Highlight Nagoya

bersambung.......

9 comments :

  1. dlu nak pergi muzium sains tu, diorang tutup Jumaat minggu ketiga T_T

    ReplyDelete
  2. Sempat tidur di bawah pokok sakura..

    ReplyDelete
  3. Gambar matahari yang menunjukkan senja tu, aku imagine tetiba kuar ultraman. Banyak sangat tengok tv dolu2 ni.

    ReplyDelete
  4. Byk gmbr bangunan je ni ... More sakura plssss.... Hehehe

    ReplyDelete
  5. Byk museum? Nampak nya x perlu ber lama2 d nagoyz kerna x de tempat yg bolem Jm rasa inzal. Ehhh habang meng tahu x inzal tu ape?

    Ahahaha matilah anak murid tanya cikgu besor

    ReplyDelete
  6. SJ : haaa aku ckp kau kena repeat. aku hari tu mcm dah petang sgt. masuk takut rugi je tak sempat abis tour dah kena keluar..


    Nohas : ngantuk sgt... belasah je. hahaha

    lena jugak la..


    BK : aku imagine keluar resaksa jer. pastu jet jepun lalu cuba cuba tembak..

    imaginasi meraban


    PM : sakura dah tak de.. timing salah. yang kat meijo tu je yang tinggal saki baki nya... nanti ada jumpa lagi kat fuji

    ReplyDelete
  7. JM : yup. banyak muzium di sini.. kalau suka buleh la..

    inzal? hahahaha...

    malas nak jawab panjang lebar...

    ReplyDelete
  8. A.Meng apesal xrecommend hotel tu?

    ReplyDelete
  9. Nil : sebab jauh skit dari nagoya station tu. dlm 800 meter jer. cuma byk lagi hotel2 lain yang lebih dekat. kalau book awal buleh dpt yang dekat dan murah jugak.

    last resort ok je la hotel ni kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...