Thursday, October 16, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 14 - Fujikawaguchiko : Lake Kawaguchiko - Part 2

Masa naik bus Retro Fujikyu Lake Kawaguchiko tu, aku memang plan nak pegi ke point yang paling hujung. Lupa dah nombor berapa tapi bas last berhenti kat situ la sebelum berpatah balik dan lalu kat jalan jalan tadi semula balik ke Station Kawaguchiko.

Di kawasan paling hujung ni ada macam park jugak dan yang paling menarik landscape kat sini betul betul menawan kalbu.

Tapi !!!

Point paling last

Tak jadi menawan kalbu sebab................

Pokok pokok yang sepatutnya menjadikan landscape di kawasan ni tampak lebih lawa masih belum betul betul berbunga mekar. 

Kalau di ikutkan, pokok pokok bulat bulat kat atas tanah dalam gambar atas tu akan mengeluarkan bunga kaler purple. Dan bila semuanya jadi purple.. maka bertambah lawa lah kawasan ni dengan latarbelakang Mt Fuji yang berdiri megah di hujung sana.

Lake Kawaguchiko

Pokok pokok ni la akan jadi kaler purple.. tapi masa ni dia baru di tanam lagi.... Kalau dah jadi tu mesti lawa. Kiranya aku awal seminggu sebelum tarikh blossomnya ( hujung bulan april )

Nah ! Aku belanja gambar dari google time pokok pokok herba ni berbunga ria....

Dan di kawasan ni jugak banyak lalang lalang di biar tumbuh di tepi tasik

Memberi sedikit impak pada pemandangan

Dekat kawasan hentian yang last ni ada tourist center. Ada kedai dan kemudahan awam yang lain. Boleh di katakan, tempat ni memang menjadi tumpuan umum. Mungkin sebab pokok pokok tu la kot.

Selain daripada kat sini, ada jugak part lain yang ada di tanam dengan moss pink atau lebih dikenali sebagai Springtime Fuji Moss Phlox Festival. Tapi time aku kat sini tempat tu masih belum di buka lagi. Rasanya hujung April to May baru bukak kot. Tapi yang tu kalau nak masuk kena bayar. 

Apa apa pun, kalau kena timing nya, area yang aku pegi ni pun dah cukup lawa. Especially kalau bunga bunga purple tu dah mekar menguntum. Tapi memang tak de rezeki !

Bangunan kedai dan tourist info center

Mt Fuji. Rasa nak selak selak je awan awan putih tu nak kasi clear skit

Lake Kawaguchiko

Menjelang tengahari, awan dah banyak so puncak Fuji dah tak berapa nampak jelas

Layan few gambar lagi

Dan di kawasan pesisir tasik

Lepas lepak lepak kat kawasan ni tak de nak buat apa, then aku plan nak balik ke hotel je lah.

Rasa penat dah. Jalan kaki ke sana ke mari. Walaupun tak rasa jauh mana, tapi campur tunggu bas apa semua tu buat letih jugak jadi nya.

Ni baru nak cover Lake Kawaguchiko. Belum lagi tasik tasik lain kalau aku nak terjah.

Time ni aku fikir, memang macam dah malas dah nak pegi ke tempat lain. Aku dah tengok apa yang sepatutnya ada di area Fuji Five Lakes ni. Satu tasik je dah pancit. Nak pegi ke tempat tempat lain, dah la kena naik bas lagi.

Sudahnya aku akur dengan kemalasan sendiri.

Perut pun lapar ni.

Tunggu bas, then aku balik ke hotel...............

Sebab route Retro Fujikyu bas tu macam pelik sikit. Masa pegi dia lalu depan hotel aku, tapi masa balik dia tak lalu dah. Dia ikut jalan lain. Terpaksa la aku turun kat mana ntah then jalan kaki ke hotel.

Ini area tasik sebelah sini. Sebelah sana tu adalah hentian last yang aku pegi tadi.... Berpusing satu tasik jugak la naik bas tu

Ada pulau pulau kecik

Nak gi dekat tapi malas

Ada pulau kecik dan ada temple kat tengah tengah tasik Kawaguchiko ni

Lake Kawaguchiko. Mt Fuji dah kira belakang aku berdiri ni

Ada jambatan tak siap ke sebab dah roboh?

Macam lawa lak

Lake Kawaguchiko

Pinggir tasik

Jambatan yang merentas Lake Kawaguchiko

Dah abis berpeleseran tanpa tujuan, aku menapak balik ke hotel.

Tak susah nak cam hotel aku tu sebab letaknya betul betul sebelum naik jambatan. Tapi masa aku sampai kat hotel tu rasanya waktu belum pukul 3. Tak boleh nak check in lagi.

Nak tak nak terpaksa menunggu jugak.

Aku melilau lilau lagi usha usha dengan harapan, bakal jumpa kedai makan !

Mt Fuji

Dari hotel tu menapak lagi ke depan ikut jalan besar.

Jalan jalan dengan harapan jumpa kedai makan ke atau convenience store. Tapi orang kata rezeki ek.. tetiba je nampak sign macam masjid.

Sinar dan harapanggggggggggggggggggggggggg !!!!!!!!!!!!!

Tada !!   Rasa macam kedai makan. Teruja ni.

Serious aku rasa teruja !!!

Macam nak berlari je nampak kedai ni dari jauh. Memecut laju mengalahkan G Shanti. Dah terbayangkan makanan lazat ke tak lazat ke tapi aku kena makan jugak. Kang aku pengsan kat sini.

Dan sebetulnya, orang kata. Kalau dah rezeki tu memang akan ada rezeki, tapi kalau memang bukan rezeki.. jangan harap la nak dapat masuk dalam mulut walaupun dah lekat kat celah gigi.

Kedai tu tutup !!

Cis ! Bedebah kau bedah. Penat aku berlari.....

* tolak G Shanti masuk tasik Kawaguchiko

Tu kedai Pakistan tak silap. Menu halal la tapi cuma bukak tengahari je dari pukul 1 sampai kol 2. Pastu petang baru bukak balik semula dari pukul 6 - 8 malam.

Abis?

Aku dah lapar ni cemana???????????????

* perlu ke tarik G Shanti dari dasar tasik dan paksa dia memasak?

Ada lagi satu kedai Thai kat atas dia. Aku usha jugak. Kot kot la boleh order Fried Rice ke apa. Tapi sama jugak. Operation hour dia tengahari kejap pastu malam baru buka semula.

Argh..... ! Sudahnya aku balik ke hotel aka Ryokan dengan airmata berlinangan.

Namanya Ryokan Nashimiya Onsen

Waktu dah time. Nak check in tapi tak de orang lak. Jenuh aku tekan loceng

Tengah aku dok usha usha baca tu tetiba ada sorang mamat keluar dari bawah meja !!

Hahaha. Macam Juon.

Terkejut aku. Rupanya ada pintu kecik kat bawah tu sambung ke bilik lain kat belakang dinding.

"Hi.. Can I check in now?"

Dia angguk. Lelaki Jepun yang tak pandai cakap omputih. Susah jugak la nak berkomunikasi dengan dia. Lain aku tanya, lain dia jawab. Sudahnya aku redha je lah.

Malas nak tanya dah. Yang penting, dia kasik aku kunci dan aku boleh check in.

Dapat kunci, naik atas sebab bilik aku di tingkat atas. Teruja sebab nak duduk Ryokan !

Tapi ryokan ni dah agak moden sikit la tak de la macam yang zaman dulu dulu tu. AKu expect aku boleh feel feel ala ala Samurai kat sini, tapi macam tak berapa menjadi.

Dalam ryokan. Luas jugak bilik nya.  

Segala kelengkapan tidur. Nak muat 10 orang pun boleh dalam ni

Dan yang best nya.. dari dalam bilik boleh nampak Mt Fuji !!!!

Di luar balkoni. Mt Fuji kat belakang sana

Kelengkapan dalam Ryokan ni mencukupi. Ada peti sejuk. TV dan macam macam lagi lah.

Siap ada kimono lagi. Tapi bilik air kat luar. Biasa lah kalau duduk Ryokan ni, mandinya Onsen dan ada SPA serta sauna. Tapi aku belum gi usha lagi. Kat atas tu ada toilet je tak jauh dari bilik aku.

Ryokan ni nampak sunyi tak ramai orang, tapi best jugak lah........aman damai.

Siap ada green tea di sediakan dengan biskut. Aku feeling feeling Samurai sesat.. buat air untuk diri sendiri dan minum sendiri. Nasib tak pakai kimono

Sebab lapar, benda pertama aku buat adalah makan maggie cup lagi !

Ergh. Kembang tekak dah asyik makan maggie je. Tapi tu je la yang ada di samping biskut biskut. Boleh la bertahan sebelum aku pegi restaurant tadi tu malam nanti.

Haaaa.. Bersabar dan bertabah Meng. Nanti petang petang skit boleh makan.

Dan bagi mengubati kelukaan hati dan perut yang separuh terisi.. Mari buang masa dengan...............

Jap ! Nobita nak tidur.............

Aku sempat terlelap. Ngantuk dan keletihan.

Bangkit lebih kurang pukul 5 petang. Tengok kat luar, then rasa macam nak keluar merayau sikit lagi nak cari sunset.

Bersiap lebih kurang dan aku keluar semula.

Jalan utama yang lengang

Ni bangunan apa pun tak tau. Ada kat tepi jambatan tu

Kelihatan Mt Fuji di sinari cahaya petang

Matahari mula menghilang. Masa ni aku di atas jambatan

Mt Fuji yang kelihatan

Tapi posisi aku atas jambatan tu tak menarik. 

Sunset belah kanan dan Mt Fuji belah tengah. Tak nampak nak tengok sunset over Mt Fuji. Kena pegi area lain kot baru boleh dapat view macam tu.

Sudahnya aku jalan je cross jambatan tu. Angin menderu deru buat rasa dingin mencucuk hingga ke tulang temulang. Tapi suasana cukup mendamaikan kalbu.....

Dah crosss jambatan

Sunset over jambatan Lake Kawaguchiko

Tak de apa nak buat gak la. Tunggu moment moment indah datang nak ambik gambar tapi macam tak muncul je.

Hari pun makin gelap.

Aku cross jambatan semula dan balik ke Ryokan. Tapi aku pegi ke kedai makan tadi la konon nak makan. On the way tu nampak tak jauh dari situ ada Family Mart !

Ha.. Family Mart ni adalah convenience store yang agak glamer di Jepun. Merata rata boleh jumpa. Macam 7 eleven tapi kedai dia lebih besar dan banyak barang.

Tak jadi aku nak gi makan kat kedai tadi tu sebab aku rasa nak beli nasik instant tu je. Kat Ryokan tu ada microwave. Boleh panaskan nasik dan makan dengan serunding dan sambal ikan bilis yang masih berbaki.

Makanan aku bawak tu pun dah nak abis. So baik aku abiskan je terus. 

Lagipun malas nak gi kedai tadi tu tanda amarah sebab siang tadi aku pegi dia tutup !

* mati la tak de orang ambik kesah pun.

Beli barang di Family Mart

Dah beli tu then balik ke Ryokan semula.

Dan detik detik debaran di hati mula terasa.

Sebabnya?

Sebabnya aku nak mandi ! Tapi sebab tau kan tempat tempat macam ni dia tak de proper tempat mandi. Cuma ada air panas macam SPA tu.

Dan nak mandi kena mandi bogel. Takkan la aku nak berkemban. Nak basahkan seluar kang jenuh nak tunggu kering.

Jenuh aku check kawasan kot ada orang ke apa. Bagi laluan dulu lah kalau ada yang nak mandi. Tapi tak de. Agak agak selamat, ha...............

Aku yang terjun dalam kolam tu.

Hahahaha....

Boleh tahan panas,. Separuh masak telur jadi nya....

Syok jugak la hilang sengal sengal badan dapat mandi air panas macam ni. Tapi onsen ni kecik benar tak sempat nak kuak lentang.

Lega. Dah siap siap mandi apa semua, naik ke bilik dan makan !!!

Ni benda benda kat tempat mandi...

Malam je.. tak de apa nak buat dah.

Nasib baik la ryokan ni ada wifi. TV pun OK cuma rancangan TV tu macam tak boleh nak masuk mana. Aku layan internet je lah sampai tertidur.

Sejuk cuaca malam di Fujikawaguchiko ni.

Tapi tidur lena jugak la berkelubung macam pocong.............. enak nya berselimut dalam kepompong. Selimut sendiri.. bukan selimut tetangga !



Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang

Sedar sedar menunggu mentari pagi.

Jenguk kat luar...

Mentari pagi terbias di puncak Mt Fuji.....................

Sempat ambik gambar pastu, tarik selimut dan sambung tidur lagi..................

bersambung............

18 comments :

  1. superb..view Mount Fuji dari tempat tidur..sambil baring boleh tengok Fuji-san..

    ada juga lagu Selimut Tetangga..

    ReplyDelete
  2. bestnye ryokan tu... tapi part mandi kene vogeh2 tu yg haru sket

    ReplyDelete
  3. Abg meng mesti rindu gila kat Jepun...awesome Jepun

    ReplyDelete
  4. Untungla dapat bilik depan Gunung Fuji. Part kat kaunter masa nak check in tu aku nak tergelak. Tu la ko dok sebut Juon lagi... kan dah jumpa! Anyway, gambar cun. Aku teruja.

    ReplyDelete
  5. Klu aku mesti xlena tido nak merenung fuji san tuh...

    ReplyDelete
  6. cantiknye pic last tu..lagi lagi..2 episode terus sehari xleh ke abg meng haha

    cm best je stay kt ryokan tu.tp kalau perempuan macam mane hihi

    ReplyDelete
  7. Cantiknya view fuji dari bilik kau tu.
    Haah kalau perempuan cemana nak mandi? Bogel jugak ke?

    ReplyDelete
  8. kalau ada lelaki lain, dorang pun mandi sama kolah dengan kau ek? naked together-gether?ewww...........................

    ReplyDelete
  9. Nohas : tu la pasal. ryokan ni tak best sangat. harga pun mahal tapi view menarik. nasib baik laaa


    Azra : memang kena bogel kot. hahaha nak berkemban pun buleh.. nasib la tak de orang


    MKL : tak de la rindu mana pung... biasa2 jer..


    ReplyDelete
  10. Ali : tu la.. terkejut aku tetiba je terjongoh kepala dari bawah. aku rasa dia merangkak ikut pintu kecik tu ke belakang..

    ada dengar suara budak2 belakang dinding.. family dia kot.


    Amir : malam tak nampak sgt. lagi pun sejuk gila nak bukak balcony malam malam...


    Diy : jangan haloba.. hahhaa aku dah susun setiap kol 12.. dia akan published sendiri. tunggu sajork la sampai hujung bulan ni..


    Mya : aku tak check la pompuang punya tempat mandi tu cemana. tapi rasanya sama je la kot....

    ReplyDelete
  11. NanaT : itu la yang aku takutkan..hahah tapi dah pernah buat kat korea dulu. so kira belasah je la kot.. hahaha...

    tapi masa nak cam toilet tu pun aku tak pasti mana satu lelaki punya dgn pompuan punya... siap pegi panggil mamat juon tu tanya..

    takut gak tengah2 aku berbogel ada wanita terjah.

    nanti abang cas cas di nodai di tepi kali..

    ahaks

    ReplyDelete
  12. sawan mata aku nengok gambar-gambar kau Meng!!!!

    cantik gila !!!!

    ReplyDelete
  13. Kenapa perlu kejam si Fuji tu asyik menunjuk gagah depan ko. Aku imagine Meng, tengah duk syok ko hilangkan lenguh badan...tetiba abang2 berbadan sasa masuk. Join mandi together2.

    ReplyDelete
  14. kalau bunga tu dah keluar kaler purple, mau pecah skrin laptop ni sebaab gambar ohsem giler, ahaha...boleh pulak tengah tido bangun snap mnt. fuji pastu sambung balik...

    ReplyDelete
  15. Amiza : Cantik lawa...


    Dr : sawan mata tak per.. jangan sawan otak... hehehe


    BK : kau memang ahh.. potong stim jer. aku terfikir jugak kalau aku tgh mandi ada orang masuk cemana?

    aku rasa tetiba aku membongkok dan buat buat sedang cuci lantai dalam keadaaan sopan.

    cinderella tak aku?


    Orga : dah kunci jam nak bangun pagi...

    nasib la aku x dpt purple tu kalau tak pecah hang punya skrin na...

    ReplyDelete
  16. Mcmn aku boleh x mengomen entri2 Jepun ni....kena study entri ko ni se satu balik...Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. keretapi laju sangat...

      ke ko banyak mengelamon hazamon?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...