Saturday, October 11, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 09 - Shirakawago : Shirakawago - Part 2

Sebab tak de apa boleh di buat selain daripada merayau ambik gambar, jadi kena layan gambar je lah sekitar kawasan Shirakawago ni.

Ayuh !

Ogimachi Village

Antara arca di dinding rumah

Ni bekas bekas snow sebelum tu la kot. Ada iglo siap

Sebab kawasan ni sejuk dan air sungai pun sejuk. Kedai tak payah pakai peti sejuk. Letak dalam air ni jer then biarkan ianya sejuk secara natural

Dan lagi menarik, longkang longkang dia air sangat jernih dan di penuhi dengan banyak ikan. Jangan cuba cuba nak tangkap aaaa !

Shirakawago. Dah tak tau nak tulis caption apa

Kebanyakkan rumah rumah ini menjadi muzium, restoran dan ada few jugak yang masih berpenduduk.

Ini adalah rumah yang paling besar.  Wada Ke House. Macam muzium. Nak masuk kena bayar. Kat belakang atas bukit tu tempat viewpoint aku pegi memula tadi

Kolam dan rumah 

Tenang dan damai kawasan ni

Wada Ke House. Asalnya ini rumah orang paling kaya. Sekarang menjadi muzium

Ada tempat merokok jugak ( tak leh hisap di sebarangan kawasan ), ada toilet dan kedai kedai

Tak faham

Jalan utama. Bas pelancong tak leh masuk dalam ni. Bas tu rasanya bawak ke viewpoint atas bukit sana.

Main street di Ogimachi Village

Kolam

Fridge Magnet. Aku kena sound masa ambik gambar ni. 

"No Photo !!"

Tu je kot makcik kedai tu pandai cakap. Tapi pedulik lah. Aku dah ambik pun. Sebab dia tak bagi aku ambik gambar, aku malas nak beli FM kat kedai dia. 

* marajuk

Deretan kedai kedai

Sungai yang mengalir di kawasan perkampungan ni

Rumah

Antara 112 buah rumah yang ada.

Rumah rumah yang ada dengan senibina yang hampir serupa

Bumbung dengan atap jerami yang tebal untuk menampung salji

Tori gate

Dah abis abis pusing dah.

Mostly aku just duduk lepak dan layan perasaan. Tengok tengok apa yang patut. Tak de banyak benda yang boleh di buat unless nak masuk muzium muzium tu.

Tapi bagi aku tempat ni worth to visit sebab keunikkannya. 

Abis pusing pusing, time pun dah nak abis aku balik ke parking.

Jambatan balik ke parking

Peta kawasan

Ni gambaran Shirakawago ni waktu winter

Ini time summer

Ini time fall

Bagi aku datang musim apa pun tempat ni memang memiliki keistimewaannya tersendiri. 

Tapi kalau time snow paling lawa la kot sebab memutih je. Tapi kena ingat, time snow mungkin some pathway tu tak boleh di lalui so kena fikir jugak limitationnya.

Kalau fall mungkin lawa sebab background perkampungan ni ada banyak pokok dan kawasan hutan dan gunung ganang, mungkin warna daun yang bertukar lebih kasi naik seri kawasan ni.

Ni kat kawasan parking. Tourist info Center

Overall. Tempat ni adalah recommended. Tempat ni punya seni dan budaya Jepun yang tinggi dan patut di pelihara selamanya. Sebenarnya Shirakawago ni dah masuk dalam list aku masa first trip dulu tapi aku fikir, setakat datang nak tengok bumbung bumbung rumah ni jer.. macam tak menarik. Tapi keputusan aku untuk datang jugak ke sini kali ni adalah keputusan yang tepat.

Lagi cerita pasal Shirakawago

Tepat waktu seperti yang di janjikan, semua berkumpul semula di parking. Yamamoto dah siap menanti. Dia sibuk la tanya orang dan ajak berbual. Aku malas nak melayan sangat. Aku rimas tengok tangan dia berpusing pusing macam nak menari.

Naik je bas, sampai waktu untuk bergerak semula balik ke Takayama.

Naik bas masing masing dah start membuta.

Terowong

Dan lebih kurang sejam lepas tu kami sampai semula di Takayama.

"If you have any question, any place you want to go in Takayama you can ask me... becauseee.... I am from Takayama. I know this place very well......."

Part because tetap ada dengung nya..

Pastu tangan kat bahu, mata ke atas. Pusing pusing buat tarian piring !

Hahahah.

Patut pasang lagu joget joget mesti Yamamoto ni menari nari...



Menyusun tari ala tari
Sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang
Gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi
Seni sejati
Pusaka asli ala asli
Hai ibu pertiwi

Melenggang gaya ala gaya
Gerak wanita
Dengan tari ala sayang
Tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi
Seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa
Oh sepanjang masa

Langkah serentak ala sajak
Sama bergerak
Sigak gaya ala sayang
Pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan
Tanda berani
Tiada gentar ala sayang
Hai membela diri

Menjunjung tinggi amboi tinggi
Seni budaya

On the way balik ke Takayama, aku nampak banjaran pergunungan di belakang pekan Takayama ni

Kawasan pergunungan di liputi salji.

Aku sambung excited.

Lepas ni, ke sana la aku punya destinasi !!!!!!

Aku excited, tapi at the same time, aku adalah sangat cuak. Dup dap dup dap.

bersambung...............

14 comments :

  1. Gamba no 13 tu signboard kedai makan bohhh

    ReplyDelete
  2. download la google translate app, bleh snap picture yg ada characters bahasa asing pastu app tu bleh translate characters tu ke english ;3

    awesome pics bro! ;D

    ReplyDelete
  3. Supermeng bersalin baju...cantik hijau. mesra alam..
    Makcik tu marah sebab ambik gambar fm jer, dia nak org ambik gambar dia sekali.

    ReplyDelete
  4. Meng ...

    Actually teringin nak tgk gaya Yamamoto tuh !!!!

    Patut capture video !

    (Terus terasa ... sebab pasti orang lain tgk my gaya macam Yamamoto hahahahahahahah !!!!!!!)

    Suka ngan Tarian Piring !!!!!


    Dgr video nih ulang ulang ... siap dgr /tgk video video lain lagi ... sebab automatic link kan

    ReplyDelete
  5. Hek elehhhhh.. ambik gambar fm pun nak sentap.. ape kes??
    Tapi kut Sham kena marah cmana pun.. benda melekat kat besi ni wajib beli.. ke sebuah kedai ni je yang jual bang?

    ReplyDelete
  6. supermeng ni kerja apa? banyak jalan2 je. ada tips nak jadi mcm supermeng tak? hehehe

    ReplyDelete
  7. merajuk tak dapat le FM yang cantik tu.....

    ReplyDelete
  8. walau ape pun musim dia, tetap gak cantik menawan kelbu..

    ReplyDelete
  9. confirm lepas ni this place akan masuk dalam list..

    ehh.eehh.ada org tu merajuk..ingatkan x pandai merajuk hihih

    ReplyDelete
  10. amir : betul la kot sebab aku singgah hisap rokok depan tu.

    tapi kedai tu mcm tak bukak pung.


    Plain : aku ni konsorvetif.. maklum la orang tua...


    NM : aku x paham kenapa dia nak marah. dari aku nak beli terus tak jadi beli. hahahaha

    saja tukar baju. baju lama hantar dobi


    Ghaz : tak tergamak nak capture video hahaha. kang tak lalu makan setahun

    ReplyDelete
  11. Sham : tak la.. ada banyak kedai. kedai tu kedai first. excited tu yang ambik gambo... sebab tak jadi beli sini. gi beli kat kedai lain..


    FHH : keje aku jalan jalan la... abis kan duit. dah tak de duit dok umah je la diam diam.

    kau boleh ganti aku pulak lepas ni.


    MKL : beli jugak tapi tak beli banyak sebab mahaiii

    ReplyDelete
  12. LW : betul.. lawa semua seasong.. sila pegik..

    jangan lupa bawak bekal nasik lemak


    JM : sila masukkan dlm iti.. pegi japanese alps sekali. jangan lupa bawak baju kimono utk sesi photog..

    heheheh

    ReplyDelete
  13. Disember baru nak pi sana..kasihan kan..Meng dah lama pergi..nagis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tak pe lah. skrg mesti tempat ni dah lain. maybe lebih menarik dari dulu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...