Thursday, November 24, 2011

5 Dalam 1

CERITA 1

Hari tu aku pegi beli rokok kat kedai Pakcik Pekak. Tau soalan pertama dia.

"Eh. Lama atuk tak nampak kau. Ingat kan dah berhenti merokok"
"Tak de lah. Ada"

Padahal aku memang ada stok lepas beli rokok dari balik Perth hari tu so aku tak de la turun beli rokok. 

Pastu Pakcik tu sibuk la nak berborak dengan aku. Dan la hujan lebat. Dah agak letih aku dengar dia bercerita pasal orang buang sampah kat area rumah dia tu, then baru dia bagi tau aku.

"Oh. Dunhill tak de. Dah abis !"

Cait !

Penat je aku berdiri sepi memasang telinga. Terpaksa la aku menapak dalam hujan pegi kedai Auntie India sanah.


CERITA 2

Ini gambar aku ambik hari tu masa nak pegi Tanjung Harapan.

Budak ni naik motor bawak beg macam tu. Pastu bila dia laju, tangan kat beg tu berterbangan sambil mulut kat beg tu menganga macam mintak tolong je.

Kasihan.



CERITA 3

Gaban kemaruk nak makan Mille Crepe. Jadi kami pegi makan dengan IG sekali.

Dekat Food Foundry tu pekerja dia tu pelik sikit. Muka melayu tapi sebenarnya bukan orang Melayu.

Gaban order tadi.

"Air tembikai ada?"
"Tembikai no"

Dia geleng kepala.

"Watermelon ada?"
"Watermelon yes"

Hahahaha. Bantai gelak kita orang. Sewel. Tak faham bahasa la tu agaknya.



CERITA 4

Dah la sebelum tu aku pegi makan dengan IG kat pasar. Yang kelakarnya tengah nak makan tu, beratur la. IG beratur belakang aku, belakang IG tu ada pompuan melayu pakai tudung dan belakang dia ada makcik cina.

Tengah cedok cedok makanan tu, cina tu tanya pompuan tu.

"What is this"
"Banana"
"What?"

Makcik cina tu macam pelik lah.

"Banana heart"

Haahahhaa. Aku dengan IG terus la tahan nak tergelak sampai nak keluar bunyi badak.

Jantung pisang lah. Tapi ya ke nama dia Banana's Hearts? Aku pun tak tau. Macam kelakar pulak bunyi dia. Jadi bahan lawak jugak la hari ni sampai kering kering kita orang gelak lepas tu.




CERITA 5

Tadik balik rumah macam biasa aku guna tangga. Aku nak naik tangga. Aku dengar ada orang berborak.

"Aku nak bontot !"

"Aku cakap aku nak bontot la. Kau tengok la. Ada tak bontot?"

Marah marah lak tu. Bercakap kat telefon.

Macam macam orang ni. Aku rasa dia call sesapa kot mintak belikan bontot ayam kat pasar malam ! Tapi motip la nak mengamuk sebab tak dapat bontot?

5 comments :

  1. kikikikik..bontot ayam goreng memang sedap

    ReplyDelete
  2. beg katon domo tu mmg comel x sangka ada dak laki nak bwk kihkihkih...

    ReplyDelete
  3. food foundry kt mana meng? kelihatanny inzal makanan tuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...