Saturday, November 12, 2011

Catatan 11.11.11

Coretan ini diilhamkan pada 11.11.11 sebagai tanda syukur atas segala nikmat dan perlindungan yang Allah kurniakan pada kita semua. Agar iman dan taqwa kita sentiasa semarak dan hari hari mendatang kita usahakan lebih baik dari hari ini. Ingatlah bahawa perang yg paling hebat dalam hidup adalah perang melawan hawa nafsu sendiri. Mengatasi sifat hasad dengki, tamak haloba kepada harta benda serta membendung nafsu haiwan dan syaitan dalam diri. Semoga berkat Jumaat yg mulia ini kita sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan keampunan Allah.

Begitu abang bermetafora dengan diri sendiri.

Korang ado?

Well. So apa istimewanya tarikh hari ni?

Bagi aku biasanya. Tak de apa apa pun. Mungkin sebab hari ni hari Jumaat so tak sabar nak cuti. Itu saja.

Korang?

Ada yang bertunang lanang? Berkahwin kahwinan? Atau pun mengandung meneran neran nak beranak di tarikh istimewa ini?

Apa apa pun.

Hari hari mendatang pun kita kena lalui dengan penuh kesyukuran dan juga keimanan.

Hari ni nak cerita pasal makan je.

Ni menu hari tu oleh OR. Aku makan dengan penuh gaya. Makan banyak sampai kenyang. Best okeh.





Sedap...........

Oh. Bukan nak puji sembarangan, tapi sebab memang sedap.

Udang butter tu macam tak jadi sikit sebab kurang sarang burungnya, tapi rasa tetap inzal. Ketam lebih hebat. Isi ketam banyak dan best makan ketam yang gemuk gemuk. Sampai luka jari jemari aku ni.

Tu sayur apa tu? Buncis ? KACANG BENDI ( mati la tak kenal sayuran) 

Dulu aku tak makan okeh sebab macam berlendir. Aku rasa aku start makan sayur tu dua tiga tahun kebelakangan ini.

Maklum la dulu abang duduk Italy Makcik Mona masak sayur sayur antarbangsa sajork.

* lari...

So apa ideal makanan untuk korang makan hari hari?

Macam aku, kena ada ayam/daging/ikan dan ada sayur. Tu paling kurang lah. Kalau ada lebih lagi best. Kalau kat kedai aku ambik la telur masin ke, telur dadar ke apa apa lah. Penambah selera.

Tu yang jadi gemuk tak  tentu hala ni kan?

Tapi aku kalau makan lauk mesti lebih dari satu lah. Kalau tak rasa macam tak meriah je dalam pinggan. Kuah pulak aku ambik sekadar perlu. Tak de la banjir, dan tak de la kering kontang.

Cukup cukup kata orang.

Cemana pula pemakanan korang?

Begitu abang sibuk tanya pasal orang. Haks.

Tengahari tadi aku makan kat Mamak Pelita, aku bengang okeh dengan mamak ceduk lauk tu.

Kat Pelita tu kita tak boleh nak ceduk sendiri kan? So dia ambik la nasik dan aku cakap.

"Lauk campur"
"OK. Lagi bos?"
"Kentang tu sikit"
"Kentang sama kambing"
"No. Kentang saja"
"Ala bos ambik sama kambing la"
"Kentang saja"
"Ambik kambing lah"

Eh. Angin aku di buatnya. Aku nak kentang je. Aku mana makan kambing sibuk la dia nak bagi aku kambing. Last sekali aku geram aku cancel je.

"Tak payah lah !!!"

Panas hati  terus aku blah.

Yang pasti, aku menjadi lapar lepas tu. Padan muka tak?

Stress okeh. Ikut suka aku la aku nak makan apa. Aku yang bayar !

Hari tu aku dapat koleksi cokelat Ritter Sport pelbagai warna ni.



Tapi ritter sport ni macam tak sedap sangat.

Kaler sama tapi rasa sedikit lain.

Oh. Air Excel tu aku dapat, hari tu company aku sponsor apa event ntah, ada lebihan. Harta rampasan di bahagi bahagikan.

Aku tak try minum pun lagi. Tak tahu sedap ke tidak.

Haaa

Hari tu raya haji aku dapat kuih batang buruk ni. Sedap jugak. Sikit sikit aku makan hari hari dah nak abis dah. Berdebu mulut.


Dan macam dah lama tak makan MC.

Ada orang pegi makan pastu melakukan perbuatan keji hantar kat aku kasik air liur abang meleleleh.

Kau tak tau ke, kalau aku tak dapat rasa ni nanti Mario dan Maria dalam perut abang ni membuat tendangan maut tak puas hati.

So aku kena gi mencari nanti.


Oh.

Kenapa aku bercerita pasal makan je ni?

Mungkin aku lapar. Aku belum makan lagi kot.

* ukur lilit perut dengan talia rafiah.

Hah. Aku rasa aku dah kurus sikit.

Apakah berkat 11.11.11 ini berat badan abang akan menurun dan abang akan menjadi ramping dan lebih kacak daripada biasa???

Perlukah kita tunggu 12.12.12 untuk mendapatkan hasilnya????

* memandang ke langit dengan airmata berlinangan.

Happy weekend semua.................. !

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...