Bermula al kisah perjalanan ke Myanmar.
Aku ni nampak je rajin tapi sebenarnya pemalas. Trip bulan 5 hari tu baru nak update. Tapi aku kalau tak siap semua entry aku tak akan post. So memang agak berkurun gak la nak siapkan entry ni. So dah siap baru boleh jadikan hidangan.
Sila pegi buat kopi secawan.
Sila pegi buat kopi secawan.
Kalau cerita pasal trip Myanmar ni ada dukalara di sebaliknya. Sebelum sebelum ni dua tiga kali aku pernah beli tiket ke sana, tapi asyik tak jadi jer.
Sebab sebab tak jadi adalah malas nak gi buat visa.
Sebab kedua adalah malas gi buat visa.
Sebab ketiga pun sama. Malas gi buat visa.
Tapi keinginan selalu menuncak dan aku masih menyimpan niat dan hasrat walaupun aku tau aku malas nak gi buat visa. Nasib la flight tiket ke Yangon ni biasanya murah murah jer jadi tak de lah ralat sangat.
Selain dari visa, aku ni kalau boleh nak hentak sekali harung je pegi Myanmar ni so sedaya upaya aku cuba nak cover semua tempat sekaligus. Tapi memandangkan cuti tak banyak maka akhirnya aku terpaksa akur. Aku pegi je la mana yang sempat. Kalau ada rezeki di lain masa aku akan cuba pegi lagi.
Urusan buat Visa - Myanmar semua selesai awal pada tu lagi so lepas tu aku menghitung hari untuk berangkat ke sana.
Urusan hotel apa semua pun kena prepare. Sebab last minit aku tak berapa ada banyak choice, tapi masa aku cari tu then aku book je lah terus. Hotel di Yangon agak mahal sebenarnya.
Itinerary aku pun tak confirmed sebab aku tak boleh nak confirm selagi aku tak jejak kaki ke Yangon tu dulu. Memang nak buat Yangon, Bagan dan Inle Lake tapi bila aku timbang tara... nanti terkejar kejar aku pulak yang penat. Silap silap pengsan di tempat orang.
How?
Aku kena pasrah dan redha. Tak perlu nak aim high sangat, janji................ rock !
* tak tau la apa yang rock nya.
Trip ke Myanmar ni jadi lagi agak huru hara sebab hari aku bertolak tu adalah hari pertama KLIA 2 beroperasi untuk semua penerbangan Air Asia. Jadi aku dah expect, dia orang baru start di tempat baru ni mesti ada hiccup sana sini. Harap harap aku tak tersangkut di mana mana lah.
Lepas solat Jumaat di Putrajaya, kebetulan hari tu aku ada meeting aku terus suruh member dropped kat Station ERL Putrajaya. Dah mintak excuse siap siap dari bos.
Masa dekat kaunter ticket nak beli ERL ke KLIA 2 tu, terpingga pingga kejap sebab aku tak pernah beli tiket. Tak pernah naik train lagi ke airport. Eh. Pernah lah tapi naik di KL Sentral. Bodo bodo alang kejap, nasib la mamat kaunter tu baik.
Dah dapat tiket, turun ke platform dan bersedia untuk naik train.
Sebab masih berpakaian kerja, aku tukar baju belakang tiang tiang tu jer. Hiks.. Harap tak de orang skodeng tengok aku menunjukkan perut ikan buntal di khalayak ramai.
Train sampai
Pilihan yang bijak
Naik train sampai KLIA then train ke KLIA 2. Tak perlu nak tukar tukar train. Pose pose cantik je dalam tu sambil tengok kiri kanan.
Orang pun agak ramai. Ramai yang nak ke KLIA 2 tu so aku menyibuk jugak macam orang lain.
KLIA 2 - First day beroperasi untuk semua pesawat AA
Sebab aku pernah ke KLIA 2 masa dia mula mula di buka so tak de la payah sangat nak aim mana nak pegi apa semua. Janji waktu sampai di KLIA 2 tu, aku cari port hisap rokok dulu.
Sambil sambil tu tengok tengok keadaan sekitar.
Bangunan Terminal
Jadual penerbangan Yangon AK 0502 - 5.50 petang
Urusan check in semua pantas
Masa kat KLIA 2 sempat gi cari money changer nak tukar duit.
Actually malam sebelumnya dah pegi kat money changer yang aku biasa tukar tu, tapi dia dah tutup. Tak sempat. So tawakal je la gi tukar kat airport. Aku masih ada saki baki duit dollar sebenarnya tapi memandang dari apa yang aku baca, kalau nak gi Yangon dan Myanmar ni, nak tukar duit dia orang, kena bawak USD yang crispy crispy. Duit duit renyuk memang dia orang tak terima !
Kat airport tu memang la bank bank semua ambik murah je nak tukar duit. Tapi sebab tak de choice, terpaksa.
"Kak bagi saya duit keras keras"
"Nak ke mana?"
"Yangon"
Dan kakak Maybank tu baik hati bagi aku duit yang macam baru lepas kena goreng.
Garing !!!
Hasil tukaran
Bila semua dah ready, boarding jer.
Lepas kastam apa semua then tengok gate, aku kena boarding kat gate yang dekat je dengan terminal, so tak payah pegi jauh jauh.
Tapi... sebab first time kot, kelam kelibut sikit dengan immigrationnya, dengan kastamnya.. pastu nak cari gate lagi.
Orang punya la ramai !!!!
Masalahnya, flight ke Yangon tak de gate. Gate ada tapi belum bukak sebab gate dia turun ke terminal domestic. Dah semua orang berlonggok longgok tengah laluan orang ramai.
Situ masih aman.
Gate hujung sekali
Ramai jugak yang melepak di sini
Satu yang aku rasa sangat keji adalah.................. tak de kedai duty free !
Aku dah aim nak beli rokok ! Tapi cemana nak beli rokok? Kedai lain pun tak de. Ada few restoran baru nak bukak. Sudah la... terkubur impian aku nanti nak merokok di Yangon. Dah la aku tak bawak spare rokok pun. Yang ada pun cuma sekotak tapi dah berkurang. Memang ingat nak beli kat duty free !!
Tak boleh jadi. Rengsa aku di buatnya.
Dah la kat terminal tu tak de smoking room ! Ahhhhhhh hiba aku jadi nya tak dapat menyedut nikotine.
Ke hulu ke hilir aku tanpa arah tujuan. Sempat jugak aku tengok tetiba manusia berkumpul berkerumun kat sorang mamat ni. Aku perhati jugak lah apsal, rupa rupanya.. ada pelakon tu apa nama... ahhhh jap .. Keith Foo !! Dia ada flight ke Bali rasanya, then ramai la orang lain yang sibuk tahan dia nak ambik gambar.
Aku siap message OR lagi tanya pasal pelakon tu sebab ada cerita petang petang yang dia tengok mamat ni berlakon. Aku cam muka tapi tak tahu nama. Memula ada hati gak aku nak shoot gambar dia dari jauh, tapi bila fikir macam paparazzi pulak.
Tak jadi !
Aku siap message OR lagi tanya pasal pelakon tu sebab ada cerita petang petang yang dia tengok mamat ni berlakon. Aku cam muka tapi tak tahu nama. Memula ada hati gak aku nak shoot gambar dia dari jauh, tapi bila fikir macam paparazzi pulak.
Tak jadi !
Lagipun aku tak puas hati kenapa orang orang sibuk tahan dia nak bergambar? Kenapa tak tahan aku je dan nak ambik gambar dengan aku?
Aku tak cukup artis kah?
* tendang pasu bunga tak puas hati
* tendang pasu bunga tak puas hati
Tapi tu tak penting. Apa yang penting.. aku rasa aku kena buat sesuatu. Dengan ketiadaan rokok dan tak boleh merokok aku jadi tak tentu arah.
Puas menunggu akhirnya tengok tengok flight ke Yangon delayed ke pukul 6.30 petang. Jadual asal 5.50 petang.
Hah.. ada masa. Ayuh sel sel otak cepat berhubung !!!!
Aku patah balik keluar ke gate nak scan tu.
"Kak, saya nak mintak keluar kejap boleh tak? Fight saya delay lah"
"Nak gi mana?"
"Saya nak gi hisap rokok kejap"
"Ooo. Kat hujung sana boleh"
"Saya dah pegi tadi, tak boleh pun"
"Ooo. Kat hujung sana boleh"
"Saya dah pegi tadi, tak boleh pun"
Baik pulak kakak tu bagi idea kat aku cemana nak merokok.
"Nanti kalau keluar, kena beratur balik lah nak masuk !"
"OK Kak. Tak per. Sini tak de duty free ke?"
"OK Kak. Tak per. Sini tak de duty free ke?"
"Sini tak de lagi.. Yang belah sana tu ada"
Haaa. Confirm kakak kastam tu baik ! Bagi idea untuk aku mencari rokok.
Sebab aku rasa aku ada banyak masa so aku ke belah yang terminal jauh tu. So menapak la cross ke terminal yang jauh sikit tu.
Sempat usha pesawat tengah docking
Air Asia... !
Ni tengah kena taxied
Dengan pantas aku menapak
Dan akhirnya sampai yang bangunan belah sana. Belah sini meriah sikit dan kat sini memang ada duty free jual rokok.
Jadi??????
Siapa tak gembira?
Harapan kembali menggunung. Sekarton Dunhill bakal ku bawa bersama ke Yangon.
* peluk rokok ketat ketat takut kena rampok
Tapi tak jumpa cari smoking room. Cissss !!! Cemana nak merokok ni?
Aku tanya akak cleaner dia jawab.
"Akak rasa macam ada. Hari tu masa briefing macam banyak je.. tapi akak tak pasti kat mana"
Akak gagal membantu. Tak pe lah. Aku redha lah tak sempat nak hisap rokok. Janji aku ada rokok. So patah balik semula ke gate yang memula tadi. Masuk balik semula dan scan apa semua.
Malangnya sampai kat gate ke Yangon tu masih belum di buka lagi. So orang semua berdiri kat tengah tengah jalan ni. Memang huru hara la sekejap. Pastu flight delayed lagi. Pukul 7 pulak baru bertolak !
Isk
Penumpang penumpang ke Yangon bertenggek tengah tengah jalan sebab gate L6 belum di buka
Rupa rupanya, gate L6 tu masuk laluannya ke bawah. Sama dengan domestic gate. So bila di buka, kami semua turun bawah.
Dan......................
Kat domestic gate tu ada smoking room !
Hahahahahah.
* gelak evil.
Tercapai impian aku nak merokok sebelum flight
Lama jugak la menunggu. Sempat aku hisap rokok dua batang sementara menunggu pengumuman.
Akhirnya, dia orang jemput masuk flight. Flight delayed sebab kena tukar gate pastu crew tak cukup, dia orang terpaksa import crew dari flight lain.
Memang huru hara. Tapi aku maafkan sebab hari ni, hari pertama mereka beroperasi di KLIA 2 ni.
Flight dah menunggu
Ini la pesawatnya
Siap ada banner...
Ayuh kita ke Yangon
Flight tak penuh, aku punya seat memang kat belakang so aku tak perlu bersusah payah duduk dengan orang lain. 3 seat aku sorang. Aman.
Hari hampir senja sewaktu pesawat mula take off dari landasan KLIA 2
KLIA 2 dari udara
Lega bila pesawat mula meninggalkan landasan dan terbang.
Kali ni aku bertambah excited untuk jejakkan kaki ke Myanmar.
Tak tau nak expect apa apa, tapi aku rasa aku ready jer... !
Awan gemawan hitam mengiringi perjalanan.........................
Bye Bye Malaysia...
Mungkin kita bersua lagi... nanti !
Bagaimana mungkin
Kau biarkan aku sendiri
Walau aku tahu
Kau pergi untuk kembali
Namun hati tetap sunyi
Hari hari jadi sepi tanpamu
Entah kapankan berjumpa lagi
Setelah kau pergi meninggalkanku
Semakin terasa ku sangat kehilanganmu
Rintik rintik hujan di malam sunyi
Seakan tahu ku sangat rindu pada mu
Oh mungkinkah bersama lagi
Ku cinta pada mu
Aku ingin jumpa
Walau hanya sekejap saja
Seminggu berlalu
Namun kau tiada berita
Sampai kapan ku menunggu
Rindu rindu hati semakin rindu
Entah kapan kan berjumpa lagi
bersambung..............
Eh rasa macam tak sabar lak nak tgk cite MYANMMAR MENG DATANG .. hahhahaha
ReplyDeleteGmbr kapal terbang tersusun yg mmg cantik
ReplyDeleteBuruk nau muka kat note usd100 tu..huhu
ReplyDeleteKo terbang hari yg sama ngan aku.Flight mmg byk yg delay hr tu.
ReplyDeleteHah! Mynmar? Aku tak sabar nak tunggu sambungannya. Jangan lupa Meng, pasal makanannya.
ReplyDeleteberjangguit tunggu entry myanmar, akhirnyaaaa yey...
ReplyDeleteyezzaaa cerita yang dah lama aku nantikan....hehehe gigih sgt kan jalan jauh2 semata nak carik sumber nikotin tuh...hahaha
ReplyDeletegambar planes tersusun kat gates tu smart gilos..
ReplyDeletemeng, ade reason ke mintak duit keras2 tu? duit lunyai diorang tak accept ker?
Ghaz : sabar.. masanya panjang.
ReplyDeleteentry nya juga agak cemerlang....
tunggu........
JKB : ambik cepat2 je sebab nak gi beli rukuk..
haks..
JeaM : biar muka buruk janji nilainya mahaiiiiii
CC : tu la first day.. banyak hal. tapi kira ok la.. at last aku dpt merokok sebelum flite..
ReplyDeleteAli : makan??
erk aku ni tak de la pemakan sgt. aku travel makan apa adanya. tapi sebab makan gak la buat aku cherry beery di myanmar ni..
Mya : sabar la normaya weyyy....
DJ : kena tambah. jika tidak. aku tak bermaya karin....
ReplyDeleteAzra : pengurup wang di myanmar mcm tahik. dia accept crisp dollar jer.. tapi duit dia orang ya ampun.. mcm daun kering...
yeayy ade pengembaraan baru... hari2 tunggu..
ReplyDeleteSetiap orang ada pengalaman berbeza bila travel ke Myanmar.. tak sabar nak baca citer abg supermeng :D
ReplyDeleteMNJ : aku dah siapkan semuanya..
ReplyDeletenanti dpt la kau baca sampai habis. jangan lupa tepuk tangan nanti...
TT : yup.. myanmar memang akan bagi experience yang mcm mcm utk semua orang...
terima kasih sebab sudi baca
Gitulah kan perokok tegar. Dapat je beli idaman hati, terus ko peluk sekuat nye.
ReplyDeleteBK : tu lah...
ReplyDeletekalau dia kata nak rokok ke nak gi myanmar?
aku nanges situ tak reti nak jawab.
1st day Air Asia beroperasi kat KLIA2 ni la shin tetinggal flight utk balik ke Johor.. connecting flight dari Surabaya ke Johor.. sibaek Air Asia ganti balik ticket utk esoknya..
ReplyDeletemungkin masa huru hara tu kita ada berselisih bahu.. x pon terpijak bayang bayang memasing tp x sempat bersapa je #ngee
Shin : mungkin gak la kot.
ReplyDeletetapi kalau dah ramai ramai. jiran sebelah rumah pun boleh tak cam.
tapi aku cam la keith foo tu.. ahaks. cuma dia je yang tak cam aku kot...
* hempas kamera tanda berduka xde org nak ajak ambik gambo
teringgal keta pi..baru nk baca entri first perjalanan..baca dari belakang..maybe org last yg akan komen di entri2 ni x kira nk komen jgk
ReplyDeleteahaha...sabar je lah selamba rock je tukar baju di balik tiang ..ha yg ni baru rock...nape x tukar dalam tandas di atas platform tu
cehh...camtu pulak memilih org Yango nih..duit renyuk x nak..ok lagi bulan 5 rate masih rendah kalau skrg 1USD dah cecah RM3.40++ yang lelain ikut sama naik hhuhuhuh
nikotine nye pasal jauh menapak pun x pe ahahah
akak cleaner cakap 'masa breifing'..wahh..cleaner di KLIA2 ni educated jgk jgn buat memain
psst : JM..nko tulis novel ke tulis komen nih
JM : sebab nak kejar train.. takut tak sempat. dah turun baru rasa ada masa. terus la bersalin kulit belakang tiang. hiks...
ReplyDeleteHahahaha.. JM komen dah boleh siap satu entry..
jadi tak de alasan tak update blog okeh