Kita makan dulu.
Suka kan ayam penyet? Rindukan ayam penyet? Apa ....bapak ayam?
Suka kan ayam penyet? Rindukan ayam penyet? Apa ....bapak ayam?
Hah... banyak kedai Ayam Penyet di Malaysia ni.. tapi salah satu kegemaran aku adalah di Wong Solo.
Ini bukan la trip kali pertama. Sebelum ni memang pernah pegi.. tapi aku Wong Solo ni.. kat Shah Alam ni je la yang aku pernah pegi.
Hari tu keinginan memuncak nak makan ayam penyet, sewaktu cuaca hujan renyai renyai kami keluar rumah dengan misi................. men-skodeng peha peha yang sexy !
Ke Shah Alam kita. Ni hospital baru Shah Alam.. macam dah lama jer tak siap siap. Kesian warga Shah Alam...
Sebenarnya gambar di atas tu sebab nak cari parking ! Ada open space kat lot kedai di Seksyen 7 tu
Ini la Wong Solo Shah Alam kaler hijau. Ada parking kat depan kedai, tapi macam biasa la.. penuh !
Ni pintu masuk kedai.... pekerja dia pun ramai dari seberang. Check waktu operasi tu
Orang agak ramai.. Sepanjang aku datang sini tak pernah la orang tak ramai... Maybe ramai orang sebab memang sedap la kot.
Buku menu.. check dulu
Pelbagai aneka menu disediakan. Oder saja
Ini adalah belon anak aku...
Orang memang ramai. Nak dapat tempat duduk agak bercinta lah. Ikut nasib. Kalau tak terpaksa la tunggu orang bangun dan cepat cepat pegi ambik seat tu. Kalau agak agak ada orang lain, sila buat pengsan tepi meja.. Nescaya dapat seat tu tanpa ragu ragu.
Tak ayam penyet la kalau tak de sambal....
Walaupun orang agak ramai, tapi servis dia tak de la slow mana. Kira OK la... tunggu kejap je then minuman sampai dulu.... Aku nak order Jus Avocado tapi dah kehabisan. Last sekali minum Es Buah saja
Duduk, tongkat dagu. Usha usha orang kiri kanan...jadi tukang tiup belon then makanan pun tiba.
Tuan tuan dan puan puan, ladies and gentlemen, tukang batu dan tukang simen, kapten Marvel dan Superman...
Dipersilakan................
Cumi Goreng
Ayam Bakar Penyet. Seksi tak peha dia?
Sayur kangkung
Udang masak petai
Sambal ikan bilis. OK aku hitaly yang exotic makan tempe.
Menu menu hebat dan tampak menyelerakan
Nasi putih di lupa jangan Peha ayam yang seksi masih kelihatan. Sangat memukau bila bersalut cili....
Nasi Goreng untuk Hero
Verdict..... makanan sedap dan menyelerakan.
Tetapi !!
Pedasnya tahap boleh cirit birit depan kedai !
Pedas gila. Rasanya paling pedas sambal ikan bilis tu.. Sambal ayam penyet dah confirm la pedas. Bagi warga Italy macam aku yang tak berapa makan pedas ni memang silap silap boleh meraung dengan kepedasannya. Nasik Goreng tu pun pedas. Hero makan sikit dan sebab pedas dia tak mahu dah. Anak bujang aku macam papa dia jugak feel feel omputih walhal kulit berkarat..
Last sekali Hero pun makan nasi putih juga. Princess je tak makan alasan pening kepala ! Ada ada je dia tu kalau tak nak makan.
Apa apa pun Alhamdulillah. Kenyang. Sedap dan harga agak berpatutan jugak lah.
Semua sekali makan dekat RM 90.
Ke tak berapa berpatutan?
Mahal sikit sebab kami ambik ala carte kot. Kalau set Nasi dengan Ayam Penyet standard tu.. harga dia cuma sekitar RM10 - RM !5 sahaja.
Cashier
Highly recommended.. cuma kena banyak bersabar sikit sebab kadang kadang ramai orang.
Restoran Wong Solo
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam, Malaysia
Ayuh ber reggae sambil meratah peha sexy di Wong Solo. Happy weekend dan berhati hati di musim hujan nih.
Ayuh ber reggae sambil meratah peha sexy di Wong Solo. Happy weekend dan berhati hati di musim hujan nih.
Bengawan Solo, riwayat mu ini
Sedari dulu, jadi perhatian dewi Sari
Music kemarau, tak berapa airmu
Di musim hujan air meluap sampai jauh
Mata airmu dari Solo,
Terkurung gunung seribu
Air mengalir sampai jauh
Akhirnya ke laut
Itu perahu, riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu
Naik itu perahu
Penah dtg skali wpun dekat dgn rumah aku. Meng, mana ayam bakarnya?
ReplyDeletekeme orang mexico ni kalau lagi pedas lagi la sedap...hehe
ReplyDeletebest..rasa macam makan di Bali dahulu.
ReplyDeleteMannnttoooppp !!! Memang mengeliurkan bila tgk makanan makanan dia !!!
ReplyDeleteI thought makanan Indonesia tak pedas????
memang terbaiklah ayam penyet kat sini...bukan rasa indonesia kalau tak pedessss.
ReplyDeleteSambal dia mmg pedas menggila tapi sedap.. aku lg prefer wong solo dari ayam penyet ria..
ReplyDeleteamir : tak cukup seksi ke peha ayam tu sampai kau tak nampak?
ReplyDeleteada la tu... rentung skit. terlebih bakar kot. hahahah ke sebab terlebih seksi dan kena hukuman rentung.
ASP : org mexico memang mcm tu.. cajun cajun skit kot..
org hitaly ni cili jalapeno besar tu buat perhiasan jer..
MKL : kalau bali lagi authentic kot
Ghaz : makanan tak pedas tapi sambal dia.
ReplyDeleteayoyoyoyoyo..
juling mata..
Nasa : memang sedap. org pun ramai...
frust avocado abis..
HB : ayam penyet ria tu lagi pedas ke? confirm lepas makan tak ria..
haha. aku kena pengalaman tak best dekat restoran ni, so ni last aku pegi makan sni
ReplyDeletehttp://akuseorangtraveler.blogspot.my/2015/10/restoran-wong-solo.html
Alahai. Kesian.
DeleteNasib masing masing la kot. Kdg kdg pekerja dia penat sgt tu yang tak larat nak layan baik baik.. Sabar la banyak2...
Kalau tak beratur bukan wong solo namanya....standard...mmg sedap...ni,aku ade kat wong solo ni ha tgh mkn ni.....hahahaha
ReplyDeletesila sila. jemput makan.. lepas makan jangan lupa cuci tangan
ReplyDelete