Wednesday, December 3, 2014

Jejak Myanmar - 03 - Yangon : Sule Pagoda

Bangkit pagi pagi hari di hari kedua di Yangon.

Feeling feeling segar bugar setelah mendapat tidur yang mencukupi. Lena jugak la aku tidur semalam. Dengan aircond nya.. betul betul buat aku hanyut dalam kesejukkan.

Terjaga je dengar bunyi hon berduyOnn duyOoon tiba.

* tolak Juliana Banos terjun tingkap

Bangunan di Yangon

Hectic jugak bandar Yangon ni sebenarnya.

View dari dalam bilik hostel. Ada macam kat Chow Kit tak?

Misi aku untuk hari ni adalah untuk explore Yangon. Di samping tu ada agenda yang maha penting hari ni. Agenda yang akan menentukan hari hari berikutnya di mana aku akan berada di bumi Myanmar ni.

Pergh. Bunyi ayat macam nak duduk lama jer.

Aku kena cari tiket ke Bagan dan aku kena pastikan aku dapat tiket tu hari ni !!!!!

Besar tak misi tu?

Selesai mandi dan bersiap siap aku terus check out. Sebab aku rasa aku takkan balik dah sebelum tengahari nanti so aku check out siap siap dan tinggal beg di kaunter. Nanti abis ronda ronda Yangon baru aku balik semula ambik beg.

Tu pun kalau aku dapat tiket bas ke Bagan.

Kalau tak dapat?

Hmmmm nanti aku fikir kemudian. Mungkin aku kena cari masjid dan tumpang bermalam di masjid jer.

Pagi tu lepas keluar dari hostel aku berjalan kaki. Kali ni sekali lagi nak gi usha Sule Pagoda di waktu siang. Waktu pun masih awal. Budak hostel tu cakap, tempat jual tiket ke Bagan tu pun bukak dalam 8 lebih. So sebaiknya aku melilau lilau dulu mana yang sempat.

Lorong lorong di bandar Yangon

Lelaki memakai kain sarung adalah pemandangan biasa di sini

Tak lama, aku sampai semula di Sule Pagoda.

Kali ni pegi siang so jelas sikit. Dan yang penting, tempat ni dah di buka dan boleh masuk. Rasanya ada bayaran masuk tapi aku tak bayar pun. Ke sebab dia orang ingat aku Myanmar?

Tapi dia orang mintak derma.

Minah tu beriya suruh aku derma. Macam kena paksa lak. Aku bagi 1000 Kyat tanda aku tak ikhlas.

Kasut pun tak boleh di bawa masuk so kena simpan kat entrance tu.

Entrance masuk ke Sule Pagoda. Ada few entrance sebenarnya

Mereka sedang beribadat

Aku tak ambik peduli sangat apa dia orang buat, just masuk untuk ambik gambar jer.

Sule Pagoda

Para penganut

Mereka datang dengan tujuan beribadat

"Smile ! you are on SupermengMalaya !". Aku bagi signal dulu nak ambik gambar dia orang ni dan dia orang ok cuma minah tu muka ketat semacam jer.

Pagoda keemasan

Time ni baru pukul 8 pagi tapi cuaca punya la panas terik

Sule Pagoda

Kaum lelaki berbusana kain sarong atau lebih dikenali sebagai Longyi kelihatan berkeliaran di kota Yangon

Sule Pagoda

Sule Pagoda ini adalah pagoda ke dua paling terkenal di Yangon selepas Shwedagon Pagoda. Yang membezakannya Sule Pagoda ni terletak betul betul di tengah bandar dan Shwedagon tu jauh sikit.

Sebab Sule Pagoda ni terletak di tengah tengah kota Yangon, maka terdapat banyak bangunan bangunan penting di persekitarannya juga yang menjadikan kota Yangon ini menarik.

Bangunan bangunan ini kebanyakkannya di reka dengan senibina colonial zaman penjajah dan masih dikekalkan sehingga sekarang.

Gereja Emmanuel Baptist

Gereja Emmanuel Baptist adalah sebuah gereja Baptist di tengah bandar Yangon. Ianya terletak di Mahar Bandoola Garden Street dan Mahar Bandoola Road bertentangan dengan Dewan Bandaraya Yangon. Ia merupakan salah satu  gereja yang tertua di Yangon.

Dibina pada tahun 1885 oleh Mubaligh Amerika. Ia telah dimusnahkan semasa Perang Dunia II tetapi dibina semula pada tahun 1952.

Aku tak masuk pun sebab nampak orang ramai. 

Salah satu bangunan Colonial. Tak pasti bangunan apa sebelah City Hall tu

High Court Yangon

Bangunan High Court Yangon ni dahulunya dikenali sebagai Parliment of Justice. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1914, sebelum Perang Dunia I. Pada tahun 1962, Kerajaan Burma menukarkannya menjadi sebuah Ibu Pejabat Mahkamah Tinggi.

Lawa jugak bangunan ni.

Direka oleh arkitek James Ransome, pembinaan High Court ini bermula pada tahun 1905 dan siap pada tahun 1911 dan terkenal dengan seni bina British Queen Anne Style termasuk menara jam dan dinding luar merah bata itu. Bangunan ini disenaraikan di bangunan Warisan Yangon City.

Terletak berhampiran dengan City Hall Yangon, bangunan ini menghadap Monumen Kemerdekaan dan Maha Bandula Park.

Dari situ aku menapak ikut kaki. Hajat hati nak pegi sampai ke tepi sungai.  Kalau tengok kat map ada nampak Yangon River, so aku pun saja la nak pegi usha.

Bangunan bank

Tup tup ada bangunan. So tak boleh lepas ke belah sana. Kecewa. Terpaksa patah balik

Aku cari Hotel Strand Yangon. Nak gi tengok tempat tu sebab tu adalah salah satu banguanan lama yang telah di tukarkan menjadi hotel 5 bintang di bawah E&O.

Tapi macam jauh lak nak menapak. Plus cuaca dah start panas menggila.

Tak berani nak buang masa sebab aku kena dapatkan tiket bas Bagan tu. Tu yang paling utama dan nak pegi beli tiket tu bukan ikut laluan ni. Memang kena patah balik.

So aku patah balik ke area Sule Pagoda tadi tu.

Bas di Yangon

Oh ya. Dek kerana cuaca yang panas ni. Kat tepi tepi jalan ada di letakkan tong air dengan cawan bagi sesiapa yang kehausan. Tak tau la sapa yang sediakan, nampak macam membantu tapi aku tak berani nak minum sebab takut air tak bersih.

Tahan je la. Nanti aku beli air kat tempat lain.

Sule Pagoda dari Maha Bandula Park

Dekat garden ni ramai warga Myanmar melepak. Ada yang baring berbaring. Berdating. Ada yang bergossip. Waktu pun masih pagi tapi orang dah start ramai.

Macam happening gak la tempat ni nak melepak lepak.

Yang tak tahannya sebab cuaca panas. Pokok pokok ada la tepi tepi tu. Daya tarikan utama kawasan dataran ini adalah Independence Monument di tengah tengah padang.

Independence Monument

Di bina sebagai tanda kemerdekaan Myanmar. Aku tak leh nak usha sangat tempat ni sebab panas berdeting !

Dan akhirnya.. bangunan City Hall Yangon.

City Hall Yangon ini adalah dewan bandar Yangon, badan pentadbiran di bandar ini. Bangunan ini dianggap sebagai contoh senibina syncretic Burmese, yang menampilkan bumbung bertingkat tradisional dipanggil pyatthat. Ianya telah direka oleh arkitek Burma U Tin, yang juga pereka Stesen Kereta Api Yangon.

Pembinaan bermula pada tahun 1926 dan berakhir pada tahun 1936. Tapak asal City Hall ini merupakan bekas tapak Ripon Hall.

Bangunan ini turut tersenarai di bawah bangunan Warisan Yangon City.

OK. Abis dah pusing pusing area Sule Pagoda.

Now, aku kena gerak untuk gi beli tiket ke Bagan.

Berdoa semoga ada tiket ke Bagan malam ni. Gamble je lah ni. Kalau tak de, hmmmmmm ..... aku meraung sorang diri nanti.

Eh. Ajak Tomok lah.. meraung sekali.



Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa

Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa

Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh… tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa

Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia

Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Ah…ah…ah…
Ah…ah…ah…

Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci

Ah…ah…ah…
Ah…ah…ah…
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang

bersambung..............

19 comments :

  1. ada lg rupanya juliana banos & tomok...

    kiranya semua tmpt2 attraction ni boleh jln kaki je sekitar yangon kecuali shwedagon paya?

    ReplyDelete
  2. Sule Pagoda tu cantik,

    view dari hotel tu sama sgt dengan chowkit macam kat masjid india pun ada juga





    ReplyDelete
  3. Lawa la pagoda dia. Lagi lawa kalau supermeng pakai kain sarung... kikikiki jgn mara Meng aku gurau je. Masa ko pegi ni musim panas ke Meng?

    ReplyDelete
  4. Meng, tumpang bertanya..agak2 kalau pompuan travel sendiri ke mynmar selamat tak? bukan apa, ingat nak p awal beberapa hari dari kekawan yang lain.nak singgah mingun..bila ingat apa yang berlaku di mynmar macam takut pun ada tapi separuh diri suruh teruskan,guane tu? huhuhu

    ReplyDelete
  5. Masih terngiang ngiang terbayang bayang di minda tahap kepanasan melampau Yangon ni.
    Rasa nak nangis je masa kat sana.
    Sib baik la aircond hotel aku duduk tu terbaik.

    As for now, dua negara yang aku pegi, Brunei & Myanmar. Dia punya panas, fuhhhhh....

    ReplyDelete
  6. ce bunyikan skit camne nak sebut sule pagoda ni?

    ReplyDelete
  7. Orang lelaki myanmar jalan pegang2 tangan sesama dorg cam bangla jugak ker?

    ReplyDelete
  8. meng, ape beza kain sarung pompuan ngan kain sarung laki?

    ReplyDelete
  9. Jea : ya.. semuanya dekat dekat dengan sule tu je.. buleh jalan kaki..

    tapi........

    tengok cuaca ! kalau panas sgt. erkk gelegak la otak.


    CC : yup.. kotor skit bandar dia.. tapi ada gak la bangunan yang terjaga rapi mcm hotel 5 bintang dan bangunan opis..

    cuma tak berapa banyak..


    Ali : aku pakai jugak. tapi x keluar dari bilik la..

    kalau keluar takut terlerah.. hahahha

    haah. budak hostel tu ckp baru sebulan start musim panas. memang panas betul...

    ReplyDelete
  10. Zilla : kalau tempat yang touristy tu rasanya pompuan pun oke. cuma macam mingun tu better gi siang dan balik siang. jangan sampai malam.. sebab mcm outskirt of yangon skit.

    kalau bagan dan yangon. malam pun rasanya selamat lagi kalau berjalan. tapi kena hati hati gak la.. jgn lalu tempat gelap gelap..

    we never know..


    Mya : memang betul normaya..

    memang panas. kau pegi awal sebulan dari aku kot. tapi masa aku pi pun panas lagi.

    serious tak tipu...

    tapi.. time aku pegi ni petang tu hujan !!!





    ReplyDelete
  11. Biq : Soo ley.. rasanya la.. hahaha


    Nasa : tak de la nampak pegang tangan. rasanya tak kot.


    Azra : rasanya kain sarong pompuan bunga bunga. kain sarong lelaki kosong jer..

    tapi cara lelaki pakai.. dia orang tuck in baju dalam kain sarong tu.. pastu ronda ronda bandar tanpa rasa bersalah..

    ReplyDelete
  12. Panas panas...tp x nmpk lak yg guna payung

    ReplyDelete
  13. pB : masih awal pagi. kedai jual payung masih belum di buka kot.

    ahaks..

    ReplyDelete
  14. Kalau kat bulatan berdekatan dengan taman di tengah2 bandar tu ada banyak orang jual tiket bas :D

    ReplyDelete
  15. TT : belah mana tu TT? aku pun baca kat wikitravel je.

    x tau lak ada tempat lain boleh beli tiket neh

    ReplyDelete
  16. soalan....minah muka ketat takmo senyum tu pakai bedak tanaka errk? Tetiba teringat nora danisshhh....

    ReplyDelete
  17. PM : confirm bedak tanaka.. tak tau la dia pakai bedak nyonyah macam mak aku dulu dulu

    hahahah

    ReplyDelete
  18. tolak juliana banos terjun tingkap? ohh...dengan beiiau ke semalam opsss :-)

    JM mmg x leh follow cara abam travel ni...sbb x BERANI..maybe sbb i insan yg lemah..hanya mampu berserah!!!

    ha'alah..kenapa dorang suka pakai kain sarung..x de kedai jual seluar ke..ehh..ada kakak kat depan tu berbaju kurung batik lah..dari msia ke

    minah tu muka ketat sbb dia pakai TANAKA di siang hari...malu sama fotografi hensem

    ReplyDelete
  19. JM : juliana banos myanmar.. hehehe...

    kalau banyak masa boleh planning. tapi bagi org yang tak suka planning mcm ni.. bukan apa. takut planning lebih2 semua tak jadi.

    tambah pening...

    JM cuba la travel main belasah.. seronokw ooo...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...