Friday, December 5, 2014

Jejak Myanmar - 05 - Yangon : Circular Train - Part 1

Selepas selesai dapatkan tiket bas, aku patah balik. Penat kot nak chicken dance lama lama.

Tapi kali ni singgah di station Keretapi Yangon sekali lagi. Bangunannya besar dan agak lama. Cuma tak berapa terjaga.

Bangunan station keretapi Yangon

Bangunan lama

Masuk kat dalam station keretapi terasa macam sayangnya tengok bangunan cantik dan bersejarah tapi tidak diselenggara dengan baik.

Aku ada misi. Misi ku Kuza.

Misinya adalah nak naik Circular Train Yangon. Orang kata, kalau nak experience Yangon dan outskirt nya, kena la try naik train ni.

Aku pegi ke kaunter tiket dan bertanya. Nasib mamat tu macam dah tau.

"Circular Train Platform 7. Go straight ..."

Dia siap tunjuk kat aku lagi laluan ke platform 7 tu.

Kaunter tiket dalam bangunan station keretapi

Memang platform 7 tu di khaskan untuk Circular Train. Jadi memang kena pegi kat situ dan tiket pun kena beli kat situ.

Kena jalan ke arah flyover aku datang tadi dan ada laluan turun terus ke platform no 7.

Ni kaunter tiket Circular Train

Tapi kalau nak beli kena deal dengan pakcik tu kat dalam.

Circular Train ini merupakan cara yang terbaik untuk pengunjung melihat sendiri kehidupan seharian di Yangon. Tiket kos 300 Kyat one way. Bersedialah untuk tunjuk passport sebab ianya khas untuk pelancong asing jer.

Tiket boleh di beli daripada Station Masters di (No. 7 Platform di Stesen Yangon). 

Keretapi Circular Train ni akan membuat satu pusingan kawasan di luar Yangon dalam jangkamasa 3 jam. Sepanjang perjalanan, ada 39 stations persinggahan dan kita boleh berhenti di mana mana station besar yang kita nak. Train bergerak clockwise dan juga anti-clockwise.

Terdapat juga vendor-vendor, penjual sayur dan orang kampung semua menggunakan kereta api yang melalui banyak kampung-kampung yang mengelilingi Yangon. 

Nak tau menarik ke tidak.. Meh kita try.

Tiket train

Murah je harga tiket kan? 300 Kyat bersamaan dengan RM 1. Kena bayar dalam Kyat. USD tidak di terima ! Tapi, harga tiket ni untuk one way. Maksudnya kalau kita turun di mana mana station bersaiz besar. Nak naik balik semula kena beli tiket lain. So sebaiknya buat la satu loop ! Atau kalau terpaksa turun kat station kecik.. pepandai la cari teksi balik semula ke Yangon.

Memula aku bercadang nak naik train sampai station dekat dekat je, then aku naik anti clockwise balik ke Yangon Station sebab aku tak nak spend 3 jam atas train ni. So aku borak dengan pakcik tu dan dia yang suggest cara macam tu. Circular Train ni bergerak one way untuk satu pusingan bermula dan berakhir di Station Yangon ni sendiri.

Kekerapan train ni kerap jugak la bermula dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Tapi train full loop terakhir adalah yang bertolak dari jam 5 petang dari Yangon Station.

Meh usha gambar gambar di platform 7.

Platform 7. Masa ni belum ramai orang

Adik kecik yang telah di tanaka kan oleh mak dia. Harap adik membesar dan cantik macam Nora Danish !

Orang berjual

Ramai jugak orang berniaga kat sini

Aku dok tunggu train sampai. Anjing ni cuba cuba nak bermanja loro. By the way.. muka anjing suci.. tanpa bedak tanaka

Aktiviti angkut mengangkut adalah biasa di station keretapi ni. Awas abam.... takut sarong terlucut.

Train dah sampai !! Tapi ni bukan circular train. Ni train biasa yang dinaiki oleh penduduk tempatan.

Kakak kakak berniaga. Bedak tanaka di lupa jangan....

Nenek pun naik keretapi. Nenek dah seasoned ... dah tak perlukan bedak tanaka.  Tak Nak Ka????

Ada orang bergaduh. Siap yang baju hitam tu kena pelempang dengan si baju putih. Syok lak orang menengok termasuk aku. Aku bukan tak nak tolong tapi aku takut kena pelempang sama. Makcik tu datang meleraikan. Tak tau la gaduh pasal apa. Tapi pasti bukan berebut aku ! Ke berebut bedak Tanaka? Muka adik kena dukung tu macam baru lepas tersembam dalam dulang bedak Tanaka. Dan muka kakak baju hijau adalah pasrah..... tetap ada bedak Tanaka di wajah.

Penumpang turun naik train dengan mengangkut barang barang. Train adalah antara pengangkutan utama di Yangon ni

Ni jadual circular train. Memula aku bajet nak berhenti di station Kyimyin Daing ( station dalam kotak adalah station bersaiz besar ) then ambik train balik semula ke Yangon Station. Lama sangat nak duduk dalam train tu 3 jam. Ada tempat lain lagi aku nak pegi kat Yangon ni. Takut tak sempat

Haaaa Ni la dia. Dah sampai train nya

Naik train je terus ada orang berniaga kat dalam. Ada yang jual kuih, jual sayur etc. Free seating. Train agak bersih jugak lah. Yang tak bestnya seat dia mengadap....

"Hoi abam! Di mana kesedaran sivik mu.. kenapa kencing merata rata?" 

Dalam Circular Train. Sakit pinggang duduk macam ni sebab nak pusing tengok ke luar

Pandangan awal sebaik saja meninggalkan Yangon Station. Rumah rumah setinggan di tepi rail track

Plan asal aku nak turun di station ke 11 kan. Tapi, bila aku tengok tengok, sepanjang perjalanan dari Yangon Station ke station yang aku plan nak berhenti tu, view adalah ntah hapa hapa. Bangunan. Rumah setinggan. Semak semak.

Abis tu di mana aku nak menghayati circular train ni kalau macam ni?

Akhirnya aku tawakal je lah. Aku duduk je la dalam train ni sampai abis satu loop. Layan je perasaan. Kalau sempat untuk ke tempat lain nanti, sempat lah. Kalau tak sempat. Aku pasrah !

Yang pasti aku kena sempat sampai ke station bas untuk ambik bas ke Bagan malam nanti.

Ni lah station ke 11. Masih kiranya dalam bandar

So aku tak jadi turun.

Train bergerak tak de la laju. Macam komuter jer. Tapi seawal perjalanan tu kira masih lagi dalam bandar Yangon so tak banyak benda yang boleh di lihat.

Dari satu station ke station yang lain train ni berhenti. Ada orang naik turun. Ada penjual penjual mencuba nasib jugak. Ada yang naik sebab balik dari pasar so expect ada ayam, itik, sayur naik train ni sekali.

Aku just melayan perasaan tengok orang.

Pakcik tongkat dagu menuggu sapa?

Dalam train, ada kelindan check tiket. Dia jaki betul dengan aku sebab aku ambik seat paling belakang sekali. Seat tu kiranya boleh bersandar belakang dan tepi so tak de la sakit badan nak tengok ke luar. Dia halau aku. Dia suruh aku dok depan.

Sebabnya dia nak duduk situ. Cis.

Muka kacak, smart pakai baju kemeja putih. Tapi...............................

Makan sireh ! Siap bawak bekal pencungkil gigi lagi.

Bila bercakap je gigi merah. 

Train bergerak dari satu station ke station yang lain.... Penumpang tempatan turun dan naik. Cuma foreigner yang beli tiket Circular train ni tak berganti. Sama dengan aku adalah mat salleh, Taiwanese dan beberapa makhluk asing yang lain.

Station Kemmendine

Train terkedek kedek. Somehow, aku mula rasa bosan dengan train ni. Baru sejam dalam train. Mata pun dah start layu.....

Argh........... cemana nak bertahan lagi 2 jam ni?

Layan perasaan dan ikut je rentak nya..... nak sangat naik circular train Yangon ni.. Rasaain !!!



Jika mahu menjadi pacarku
Haruslah ikut rentakku dulu

Dulu bila kita bermula
Bukankah sudah ku kata
Jangan mengawal perhubungan
Engkau mahu ku serah diri
Bila nak bermanja kasih
Tapi sebelum itu renungkan

Ku wanita berkerjaya
Punya impian dan cita
Tak bergantung harap untuk berdikari
Dan diriku hanya mampu
Luangkan masa tertentu
Bercengkerama dengan teman lelaki
Jika mahu menjadi pacarku
Haruslah ikut rentakku dulu
Ku tak selesa dikawal selia
Dan didominasi hey hey!
Sebelum kita melangkah jauh
Haruslah ikut rentakku dulu
Dari gerak-geriku diatur
Lebih baik solo oh oh!

Usah timbulkan rasa curiga
Setiap kali ku tiada
Untuk menemani hari sepi
Kita dua insan yang dewasa
Perlu matang dalam cinta
Kenalah selalu memahami

Dengarkan kata-kataku
Tiada ragu-ragu
Ikut rentakku
Kau harus terima
Itulah hakikatnya
Ikut rentakku
Ikut rentakku
Ikut rentakku

bersambung.............

11 comments :

  1. bedak tanaka di mana2 hihihi..

    ReplyDelete
  2. Panas + Mengantuk. Memang pakej la.
    Tapi ngenangkan first n last datang Yangon, aku bertahan jugak 3 jam dalam train ni hehe..

    ReplyDelete
  3. macam satu kemestian mereka pakai bedak tanaka tu kan....orang msia pun sibuk nak pakai tanaka..memang cantik ker gadis2 sana Meng?

    ReplyDelete
  4. MKL : fried chicken sedap la...


    Zilla : ya.. di mana mana di muka orang..

    tapi calit mcm tu je la..

    kalau org malaysia pakai bedak sejuk. tapi pmpuan kita x berani nak selet bedak keluar rumah.. maybe takut kena cerca...



    Mya : tu la... hebat kau dgn bontot kau..

    aku sampai pinggang2 jadi sakit....



    Nasa : tanaka ni sebenarnya bukan utk cantik...

    boleh la mulus kan kulit tapi more tu untuk sun protection jer..

    kalau dah tak lawa.. x lawa nya jugak...

    ReplyDelete
  5. mak aih ko rilek je ada anjing bawah kaki meng...kalo aku mesti dah melompat tuh!eh larat ke melompat aku kan...hehehe

    adeh aku sakit perut gelak tgk merata2 tanaka...eh aku br tau tanaka tu bedak sejuk eh...aku lahir zaman bila ni...hahahahaha!

    best la tempat ni...macam kembali ke zaman dolu2 plak aku rasa...baru laa rare jer trip tu kan....baru la best!

    ReplyDelete
  6. hahahaha bedak tanaka di mana2. bang meng i ade gosippppp! ill tell u nantihhh. okeh

    ReplyDelete
  7. myanmar ni ada ala-ala india sikit tempatnya..even tulisan pun nampak lebih kurang jer

    orang lelaki sana mmg asyik pakai kain pelikat ker?

    ReplyDelete
  8. DJ : hmmm dah biasa kot travel jumpa anjing.. lagipun aku rasa anjing anjing ni kalau tak usik dia org tak kisah. kalau nak bermanja baru aku lari.. kalau dasar banjingan tu memang tak sedar diri nak bergesel jer tu memang parah...

    myanmar memang akan bagi rare experience.. sesapa pun pegi aku confirm pengalaman nya berlainan..

    kau kena siap sedia ke sana DJ !


    FJ : gossif?? i loike...


    MrsS : memang lelaki pakai kain pelikat jer.. baju tuck in.

    dan pompuan berbedak tanaka dan berkeliaran di jalanan.. tu semua normal.

    ReplyDelete
  9. boleh tak jgn klako sgt....tak nak ka? sakit perut gelak!

    ReplyDelete
  10. JJ : hehehe. jangan gelak la... tutup mulut

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...