Friday, August 8, 2014

Bagan, Myanmar

Kunjungan ke Myanmar tidak lengkap jika tidak ke Bagan yang terkenal dengan keindahan panorama pagoda dan kuil-kuil tinggalan sejarah berusia lebih 200 tahun.

Bagan, yang dahulunya dikenali sebagai Pagan, adalah kerajaan pertama yang ditubuhkan pada pertengahan hingga akhir abad kesembilan, yang kemudian menyatukan wilayah-wilayah antara abad kesembilan hingga abad ke-13, dan akhirnya membentuk sebuah negara yang dikenali sebagai Myanmar moden.

Semasa kemuncak kegemilangan kerajaan itu, terdapat lebih 10,000 pagoda, kuil dan biara Buddha yang dibina di dataran Bagan, namun kini hanya tinggal kira-kira 4,000 kuil dan pagoda kerana selebihnya telah musnah akibat peperangan dan gempa bumi.

Dikenali kini sebagai kawasan Zon Arkeologi Bagan, ia juga tarikan luar biasa yang setanding dengan Angkor Wat di Kemboja dan Tapak Candi Buddha Borobudur di Indonesia kerana keindahan pagoda serta tinggalan sejarah yang menarik ramai pelancong.

Jumlah pelancong luar juga kian bertambah sejak kerajaan Myanmar membuka kedatangan pelancong luar pada 2010.

Musim yang paling sesuai untuk berkunjung ke Bagan adalah dari bulan Oktober hingga Februari kerana pada waktu itu cuacanya nyaman dan sejuk. Februari adalah paling sesuai untuk melihat hot air balloon di udara Bagan.

Dan kepada penggemar arkeologi, di sinilah destinasi yang pasti memukau hati kerana setiap pagoda di sini mempunyai sejarah dan mitosnya yang tersendiri.

Layan panorama di Bagan, Myanmar

Welcome to Bagan

Pagoda

Shwezigon Pagoda, Bagan

Pagodas, Bagan

Ananda Temple

Ananda Temple

Ananda Temple

Ayeyarwady River

Ayeyarwady River and ruined temples

Souvenir

Shwegugyi Temple

Thabinyiyu Temple

Shwegugyi  and Thabinyiyu 

Ayeyarwady River

Kid with Longyi

Somewhere near New Bagan

Cycling in Bagan

Shwesandew Temple

Bagan

Bagan

Sunset yang tak ada

Waiting

Monk and Pagoda

Temple at night

Pagodas

Sunrise

Ancient

Horse cart

Pyathadar Paya

Bagan

Bagan

Bagan

Sunset

Bagan

Perjalanan ke Bagan dari Yangon agak mencabar. Boleh naik train atau naik bas. Tapi kalau nak mudah, naik je flight. kalau bus dan train memang makan masa 10 jam. Jarak dari Yangon ke Bagan lebih kurang 683 KM dan perhubungan jalanraya agak ketinggalan. Jika melalui jalan darat boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres yang harganya antara US$15-US$30, dan jika melalui jalan udara boleh menggunakan perkhidmatan kapal terbang Air Bagan, bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon dan mendarat di Lapangan Terbang Nyaung U, Bagan.

Pagoda dan temples memang banyak, dan tidak sah kalau tak ambik peluang untuk lihat sama ada sunrise atau sunset dari Bagan ni. Cuma bagi aku hari tu cuaca memang tak berapa menarik. Waktu yang sesuai untuk melihat matahari terbit di Bagan adalah antara 4.00 pagi hingga 6.00 pagi manakala bagi matahari terbenam antara 5.30 petang hingga 7.00 malam waktu tempatan

Waktu di Myanmar adalah lewat sejam setengah daripada Malaysia.

Tiket masuk ke Zon Arkeologi Bagan berharga US$15, tapi masa tu aku tertidur dalam bas, tak de orang kejut. Sedar sedar bas dah kosong, turun je semua orang dah tak de. So aku terselamat daripada kena charga USD15 tu. Tapi barang diingat, polis polis di Bagan ni sentiasa memerhati dan mintak tiket ni sebagai bukti. Pepandai lah nak melepaskan diri or lebih mudah, bayar je lah. Hahaha.

Pagoda dan Temples di Bagan ni memang banyak. Kalau nak jengah semua boleh mereng la jadinya. Kena pilih la mana yang OK dan glamer. Pagoda Shwezigon dengan stupa keemasan di bahagian tengah adalah bangunan pertama yang dibina di Bagan pada 1087.

Selain terdapat bangunan pagoda dengan atap tradisional Burma yang khas, dalam kompleks Shwezigon terdapat candi batu-bata yang masih tegak berdiri dan bangunan lain berwarna putih, sehingga menjadikannya kelihatan berwarna-warni yang sangat berbeza sewaktu langit biru. Lokasi pagoda pagoda ni semua bersepah di Nyaung U, Old Bagan dan New Bagan, jadi kena ada transport sendiri la untuk bergerak. Aku memang syorkan sewa e-bike je. Senang dan kita boleh plan jadual kita sendiri.

Antara pagoda yang ada dah boleh dikunjungi adalah Pagoda Shwesandaw Phaya yang terkenal dengan lokasi menikmati panorama matahari terbit dan terbenam. Pagoda yang tertinggi di kota purba Bagan ialah Pagoda Thatbyinnyu. Dengan ketinggian 66 meter ia adalah satu daripada pagoda besar dan tertua yang mempunyai tarikan tersendiri iaitu beberapa pintu gerbang yang berlengkung.

Aku punya personal favourite pagoda adalah Pyathadar Paya. Check it out !

Cuaca di Bagan agak panas  masa aku pegi hari tu. Memang panas gegila la. Pastikan minum air dengan banyak. Kalau di Bagan jangan terkejut kalau 'blackout' terutama pada waktu malam ketika menginap di mana-mana tempat penginapan di Bagan kerana gangguan elektrik sering berlaku dan tidak menentu disebabkan kuasa elektrik yang tidak mencukupi.

Untuk masuk ke setiap pagoda dan temple ni, kita diwajibkan membuka kasut atau selipar sebelum memasuki kawasan pagoda kerana pagoda adalah tempat suci bagi kebanyakan penganut Buddha di Bagan. Kalau time siang dan panas, melepuh la kulit kaki.

Hampir setiap tempat ada penjual barang cenderahati seperti lukisan, poskad, barangan buatan kayu dan logam yang dihasilkan oleh penduduk tempatan yang mencari nafkah hidup cara sedemikian. Hati hati sebab kadang kadang dia orang ni annoying. Tapi depa bukan jenis yang memaksa. Cuma tanya banyak banyak kali. Kalau nak bargain, payah sikit. Myanmar ni dia orang kalau kita jual mahal.. lantak kau la situ. Tak de dia orang nak pujuk pujuk dah.

Hotel banyak dan boleh pilih mengikut kemampuan masing masing. Kalau ada e-bike duduk area mana mana pun tak jadi masalah.

Bagi mereka yang beragama Islam, makanan halal di sini agak sukar untuk didapati dan disarankan membawa bekalan makanan sendiri ataupun berkunjung ke gerai-gerai makanan yang menawarkan makanan vegetarian. Aku jumpa 1 kedai mamat ni pernah keja Malaysa. So dia boleh cakap Melayu sikit sikit. Kedai dia hanya jual ayam dengan vegetarian food jer. So boleh la makan kat situ. Tapi makanan tak pedas lah.

Dan disebabkan nak sangat pedas. Satu kali tu aku gi kedai lain dan order Thai Fried Rice. Thai la konon, tau apa jadi lepas tu? Haaaa selain mendapat pedas, aku juga mendapat TAHIK.

Aku KERUSI MERAH, BERUANG MERAH.

Letih dan lesu bersenggama dengan mangkuk jamban !!!

Apa apa pun, sila la ke Bagan..... pasti melayang dengan keajaiban suasananya.................. Malangnya ia bukan lah di wartakan sebagai UNESCO World Heritage Site. Kenapa?

Sila google !



Bila kau tanya siapa di hatiku
Aku diam
Bukan maknanya ku tak tahu
Oh sayang

Aduh sayang kau tahu hatiku
Penuh cinta tertulis untukmu
Maka sayang tak perlu kau ragu-ragu
Hatiku punyamu

Kerna kau buat aku terbang
Melayang ke awan
Dan terus ke bulan
Kau biar aku singgah di tiap bintangnya
Kau buat ku gembira

Maka bila kau tanya siapa di hatiku
Aku diam

p/s KERUSI MERAH, BERUANG MERAH - Sila translate in English.

15 comments :

  1. Haha femes plk lately psl kerusi merah beruang merah tu kt whatsapp...hahaha

    Cun arrr gmbo bagan...tp mikir nk naik bas jauh tu sangap gk...tp AA dh buka route ke mandalay kan...dkt sikit if nk ke bagan...

    ReplyDelete
  2. e-bike? apetu...elektronik bike? ade ke..? canggih nya...

    err senggama dengan mangkuk jamban eh. hensem tak ropa toiletnye. kehkeh.

    yaa memang sayang Bagan ni tak warta dlm UNESCO walhal superb kot tempat ni. ewah tak pergi lagi dah kate superb. idaman niiiii tapi nape laaa mynmar konflik cornflakes bagaiii. makin byk plak tempat idaman aku takleh pigi. sebelum donia makin teruk, haruslah percepatkan langkah jejak tempat idaman yang lain !

    ReplyDelete
  3. Haa... aku tahu nak translit - Cirit Birit kan? Meng, aku suka gambar 'Somewhere Near New Bagan' tu... awan dia cantik lah!

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaaa pagoda2 tu semua meng!
    macam lukisan.
    tapi nak travel 10 jam tu terus aku pulak yang rasa nak kerusi merah beruang merah huhuhuu..

    ReplyDelete
  5. nice view..especially masa sunset!

    ReplyDelete
  6. DJ : memula aku fikir 10 jam tu memang jauh tapi ok sebenarnya. duk dlm bas then tidur je laaa..

    mandalay tu rasanaya KL transit BKK kot. tak de direct..


    NanaT : ya e bike tu basikal tapi x payah kayuh. dia pakai battery. boleh la pose pose.. tak penat sgt.


    kalau dah horny sangat nak terberry dah tak kira mangkuk jamban tu hensem ke tidak. hahahah

    lesu siot ulang alik berak. hahahaa

    nanti kau pegi la bagan ni. menarik..


    Ali ; aku snap je tu dari atas e bike sebab one the way nak ke tempat lain. banyak sgt pagoda nak masuk... cuaca tengahari ok la bila petang je mendung. tu yang tak dapat gambar sunset 2 hari berturut2 tu.

    sedih

    ReplyDelete
  7. Mya : kau cuba dulu naik 10 jam tu.. tido je..

    tak terasa sangat. tidur je.. aku pun memula x yakin tapi lepas naik bas dari hanoi ke sapa dulu tu rasa ok je kot...


    SF : sunset tak de sangat. kalau tak lagi cun.

    jeles tengok gambar gambar org lain

    ReplyDelete
  8. Memang cantik gambar sunset yang tak muncul tu!

    ReplyDelete
  9. Hahahahahaha ... kerusi merah beruang merah !!!! Hahahahaha sebab kalau anak saya yang bungsu cakap melayu, memang bunyi macam nih ... sebab dia memang tak membesar di Malaya, dgr bahasa melayu kat dalam umah jer ...

    Anyway, Khadijah Cooke nib penyanyi dari Indonesia ker?

    ReplyDelete
  10. Citer jepun belum keluar dh ada teaser myanmar pulak tp mmg best sbb x ada lg rakan blogger lain yg cete pernah jejak sini. Kiranya klau ke Bagan hanya tgk temple je ke x ada attraction lain like mamat ensem n tough like SM ke hahaha dh start dah. Byk betul temple nye mcm cendawan tumbuh.

    ReplyDelete
  11. Hehe..apala sgt 10jam tu ahakss..aku dh naik lebih dari 10 jam pon ada...yg penting pengalaman tp aku lagi suka naik tren dari bas..walaupun berjam2..bila la dpt gi myanmar ni..satu2 nya negara x gi lagi dlam negara SEA...

    Lama x singgah berkomen..tp x pernh miss baca...hrhehehe

    ReplyDelete
  12. NAsh : bagan ni memang terkenal dgn pagoda dan sunset tapi memang x de rezeki hari tu.

    tu je la yang ada. syukur je lah.


    MKL : terima kasih.


    Ghaz : khadijah cooke tu malaysian rasanya.. ada mix mix skit...

    memula dgr suara dia aku rasa cam nak gi ketuk kepala dia suruh dia nyanyi betul betul.

    letih dgr suara mcm di buat buat nih.


    JM : bagan memang banyak temple je la.. yang hensem2 tu mat salleh ada la kot.. hahaha kena check celah celah pagoda kot ada yang menyorok.

    ya. bagan ni semua masih teaser lagi. belum rajin nak tulis entry penuh...

    entry jepun pun masih belum siap..

    * luahan hati orang yang tak berapa nak rajin tapi nak nampak rajin


    HB : cepat beli tiket dan ke myanmar...

    kau kena pegi bagan ni.. sebab aku tau kau suka

    ( aku agak agak jer )

    ReplyDelete
  13. berapa sewa untu e-bike..kalau cari kat sana mcm mana

    ReplyDelete
  14. HN : sehari USD 7... boleh sewa kat mana mana kiosk yang bagi sewa basikal.

    tapi jgn sewa kat hotel. mahal dia org letak.

    pepandai la survery.. tapi harga mcm tu lah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...