Thursday, August 21, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 11 - Jakarta | Masjid Istiqlal

Memang dah lama sangat dan menjadi salah satu impian kalau aku ke Jakarta untuk berkunjung ke Masjid Istiqlal ni.

Jadi, kali ni aku pastikan aku singgah walaupun sekejap.

Menara masjid yang kelihatan

Jalanraya di Jakarta pusat

Bangunan Pertamina.( Petroleum Indonesia )

Selepas Kota Tua, kami terus ke Masjid Istiqlal ni. Jalan agak jem memula, tapi lepas tu OK. Sampai kat masjid, mamat taxi tu bagitau dia tunggu kat area parking. 

Nanti aku cari je dia kat situ.

Aku turun dan mula melilau tanpa pedoman. Aku tak plan pun nak masuk memula. Aku ingat nak pegi tengok dekat dekat je. Lagipun time tu orang agak ramai di kawasan masjid ni.

Masjid Istiqlal

Ada jualan makanan

Tersergam gagah !

Masjid Istiqlal atau (Masjid Kemerdekaan) di Jakarta ini  merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara !!!

Masjid ini telah dibina bagi memperingati kemerdekaan Indonesia dan dinamakan "Istiqlal" yang bermaksud "kemerdekaan". Masjid ini telah dibuka kepada orang ramai 22 Feb 1978. 

Masjid Istiqlal ini boleh memuatkan jemaah seramai 200,000 pada satu satu masa !

Tengok mulut aku ni.

200,000 !!!

Kalau ada wang sebanyak itu pun bagus.

Masjid ini mempunyai 7 pintu masuk. 

Mengambil masa kira kira 17 tahun untuk disiapkan

Sentiasa dipenuhi oleh jemaah dan pelawat

Masa sampai kat sini, aku tak de plan pun nak masuk. Sebab tengok pada bangunan yang besar macam ni, kalau aku masuk sure ambik masa.

Tapi waktu aku kat depan entrance tu, tetiba tergerak hati nak masuk. Dan teringat aku belum solat so aku nak solat siap siap. Masalahnya selipar kena bukak dan simpan di tempat penyimpanan. Tapi aku masukkan selipar aku dalam beg kamera jer.

Then terus naik tangga sampai ke atas.

Tangga ke lantai utama

Koridor masjid. Tugu Monas di belakang

Menara Istiqlal

Laluan ke dewan solat

Dewan solat utama yang boleh memuatkan sehingga 16,000 orang !

Kubah utama dari keluli tahan karat berbentuk bulan dan bintang

Sekitar dewan utama terdapat dewan solat setinggi 5 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 60,000 orang

Jemaah wanita sedang bersolat

Kubah di tulis dengan nama Allah dan kaligraph Arab

Kubah yang disokong oleh 12 tiang 

Sudut sudut lain dalam masjid

Ruang jemaah

Ada sesuatu yang berlaku sewaktu aku dalam masjid ni.  

Memula aku solat dulu kat sini. Lepas bagi salam aku macam perasan ada lelaki jubah putih lalu kat sebelah. Tapi aku tak tengok betul betul pun.

Then tetiba aku dengar dia bagi salam.

"Assalamualaikum... Meng"

Dia siap sebut nama aku kat belakang tu. Bukan la nama 'Meng' tu.

Tak kan la aku tak tau kalau orang sebut nama aku? 

Cepat cepat aku toleh. 

Tapi bila aku tengok, tak de pun orang kat belakang !

Seram sekejap. Tapi yang hairannya kelibat tu dah takder, padahal baru je aku perasan dia melepasi aku.

Aku jawab salam pastu cepat cepat aku turun semula.

Ke aku yang terperasan terlebih? OK. Aku anggap aku terlebih perasan je lah. Cuma benda macam ni dah 2 kali terjadi. Wallahuallam.

Keluar semula aku berjalan ke parking. Mamat teksi tu dah siap keluar nak cari aku sebab dia risau aku tak jumpa cari dia.  

Ada sungai di sekitar masjid

Yang menariknya, masjid Istiqlal ini terletak betul betul berhadapan dengan gereja terbesar di Jakarta ni

Masjid Istiqlal dari pintu masuk

Masjid Istiqlal dengan kubah

Obama pun pernah berkunjung ke masjid ini sewaktu lawatan beliau ke Jakarta.

Dari Masjid Istiqlal kami bergerak ke Tugu Monas.

Masa dah tak banyak !

Tapi satu perkara aku boleh bagitau, bila tiba ksempatan ke Jakarta, jangan lupa singgah di Masjid Istiqlal ni.



Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

bersambung......

10 comments :

  1. Subhanallah. Orang kata kalau ada menyapa kat masjid, siap bagi salam...tu bukan syaitan yang pasti. As if ko dijemput datang, tu yang tergerak hati nak masuk kan.

    ReplyDelete
  2. macam seram jer...nak dapt rezeki tu.

    ReplyDelete
  3. Ko patut bangga Meng sebab dapat ucapan salam dari masjid tu. Bukan semua orang dapat merasa peristiwa macam ni. Ada la hikmahnya tu. Oh, baru aku tahu masjid ni adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Good Info.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak masuk rugi, sebab masjid ni istimewa sgt

    ReplyDelete
  5. BK : wallahuallam. aku pun tak tau. harap yang baik2 je la..


    NM : citer dah lama ni. moga moga dapat la rezeki tak putus2..


    Ali : memang terbesar dan antara yang terbesar di dunia !

    kalau ke sana kau jgn lupa singgah.. mana tau kot ada orang tegur..

    "bang tak gi mancing bang Ali?"

    * pengsan

    ReplyDelete
  6. NR : cukup istimewa...


    Amir : waalaikumusallam....


    MKL : yezza. cukup besar!

    ReplyDelete
  7. Kalau kena tegur dalam masjid ok lagi Meng, kot kena tegur tepi sungai atau tasik mau aku cabut lari sambil jawab salam... hihihi, eh... buleh ke komen dua kali?

    ReplyDelete
  8. kalau mcm tu gaya... hahahah aku pun takutttttt....

    kot dia bagi salam pastu mintak ikan?? peniaga ikan la kot kan??

    hahahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...