Friday, August 15, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 05 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Masa aku balik ke chalet tu semula dalam pukul 3 petang.

Sebab agak bosan dan tak tau nak buat apa plus cuaca pun agak panas, so aku tidur sekali lagi. Aku bukan apa, kulit kulit macam artis ni kena lah selalu maintain halus mulus. Jadi jemur berjemur ni is not normal untuk artis antarabangsa macam aku, nanti naik sopak dan tona warna dah tak sekata. Hahahaha.

Tapi jangan harap la aku nak pakai sun block apa semua tu. Benda benda macam tu tak de dalam kamus hidup aku.

Jadi, sebab panas sangat aku balik chalet lalu meniduri diri sendiri.

Kau mampu pegi bercuti pastu tido je kejenya? Abang Toyyib mampu !!!

Kalau berlama lama di Pulau Tidung ni memang boleh naik bersawang kepala otak jadi nya. Nasib la aku cuma 2 hari 1 malam je di sini, jadi masa yang ada aku kena manfaatkan sepenuhnya.

Bangkit dari tidur sekali lagi buat senaman cergaskan badan. Masa tu dah dekat pukul 4.30 petang. Tak leh buang masa sebab nak kejar sunset di Jembatan Cinta.

Sekali lagi aku keluar dari chalet dengan basikal pink !!

No camera please..........................

Air pun dah surut

Nampak orang jual gorengan ni, aku singgah beli. Beli goreng pisang

Kalau tadi aku ke belah barat tengok Pulau Tidung dari arah sana, kali ni aku ke tanjung timur pulak di mana letaknya Jembatan Cinta tu

Kalau tak de kenderaan, nak bergerak di Pulau Tidung ni boleh sewa beca roda tiga ni

Welcome to Jembatan Cinta

Laluan masuk ke pantai belah Jembatan Cinta

Tinggalkan basikal pink di sini. Park jauh jauh tak nak bagi orang nampak. Malu. Parking kena bayar tapi murah je lah. 4000 kot. Lupa.

Di kawasan pantai di Jembatan Cinta ni suasananya sangat la bebeza dari pantai belah belah aku pegi tadi.

Di sini mungkin menjadi tempat wisata dan kunjungan ramai orang ke Pulau Tidung ni. Di kawasan ni ada banyak gerai gerai, ada aktiviti pantai dan macam macam lagi. Kira tempat ni la paling happening ! Tapi tak de resort atau rumah di sini. Memang tempat ni khas untuk wisata.

Dan paling utama, di sini la terletaknya Jembatan Cinta !

 Pulau Tidung

Istana Pasir

Banyak watersport activities kat sini

Locker pun ada untuk simpan barang

Antara aktiviti tersedia

Pilih je lah yang berkenan

Banana Bot

Pantai di kawasan ni agak terjaga. Bersih dan air pun jernih sikit. Boleh lah nak mandi manda di kawasan ni.

Orang pun agak ramai di sini

Dan ini la dia Jembatan Cinta bermula dengan jambatan berwarna pink ni

Jembatan Cinta ni merupakan jambatan yang dibina sepanjang 800 meter yang menghubungkan Pulau Tidung Besar dengan Pulau Tidung Kecil.

Ada mitos di sebalik Jembatan Cinta ni. Dikhabarkan, mana mana pasangan kekasih yang berjalan di atas jambatan ini berpegangan tangan, maka jodoh mereka akan sampai ke jinjang pelamin.

Wallauallam !

Kalau jalan sambil piat telinga pasangan of course la tak kekal lama kot.

Aku pun tak tau. Aku jalan sorang sorang jer pun. Hahahaha. Sadis.

Tapi dekat jambatan yang kaler pink tu ramai yang terjun ke bawah. Suka suka je la kot. Tapi kawasan ni agak meriah la dan sebab itu la Jembatan Cinta ini menjadi ikon Pulau Tidung ni.

Orang ramai di kawasan Jembatan Cinta

Jambatan menghala ke Pulau Tidung Kecil

Bot bot dan kelong nelayan

Batu karang yang dah mati

Laluan Jembatan Cinta. Tak boleh bawak basikal naik atas jambatan ni.

Air yang jernih dan cetek

Matahari dah mula menurun

Misi aku nak jalan sampai ke Pulau Tidung Kecil 

Di pertengahan jambatan ada tempat istirehat ni. Siap ada tulis tu Jembatan Cinta

Air yang cetek tak sesuai sangat nak mandi manda. Kalau cas cas nak pakai bikini sambil berenang, check dulu paras laut. Kang setakat air level lutut, buang karen je berbikini.

Tapi jernih. Cuma tak nampak ikan pun

Lautan Kepulauan Seribu

Apa yang hitam tu? Landak laut ke? Berlambak jugak kat sini.

Ralit sebenarnya berjalan atas jambatan ni sebab boleh tengok hidupan laut dari atas jambatan je. Walaupun tak banyak mana dan air agak cetek tapi asyik jugak lah melayan.

Lebih kurang 20 minit jugak merentas jambatan, akhirnya aku sampai di penghujung Jembatan Cinta ni,. Sampai la di sebuah pulau yang dinamakan Pulau Tidung Kecil. Salah satu pulau yang terdapat di Kepulauan Seribu ni.

Menarik jugak la idea jambatan ni sebenarnya. Sangat sesuai untuk orang jalan jalan waktu petang menikmati angin laut sambil berpacaran.

Cuma kalau sorang sorang macam aku ni nak berpacaran sama siapa?

* mata berair sambil mamah goreng pisang

Perlukah aku sauk mana mana gadis yang solo di atas jambatan ni dan berjalan beriringan?

"Hey gadis gadis Tidung.. di mana kah dikau????"

Ah. Mana mungkin aku mendua tiga kan OR. SERIBU tahun tak kan mungkin !

Masuk tahun ke dua ribu baru boleh. Hahahahaha.



Di mata mu mencermin kan rindu
Di mata mu adalah kenyataan
Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu
Tak mungkin akan ku lepaskan ikatan ini

Mendung hitam adalah semalam
Silau mata dari kilauan cinta
Hati ku ini sayang tak mungkin berubah
Selagi kau berpegang teguh pada janji

Setiap kata yang terucap
Setiap nada yang tercipta
Hanyalah untuk mu
Satu tak terpisah

Seribu tahun takkan mungkin
Bisa menghuraikan sebuah
Cinta yang kau beri
Untuk diriku yang pilu

bersambung............

7 comments :

  1. Ooo... gitu rupanya Jembatan Cinta tu. Cantik. Air jernih. Tu landak laut jenis kecik tu Meng. Tapi ayat ko yang last tu buat aku nak tegelak!

    ReplyDelete
  2. Pulau Tidung....teringat kisah zaman sekolah adalah kawan yang suku tidung...bila orang tanya suku apa? dia bagi taulah orang Tidung...budak lain bantai gelak ah taik idung?...

    ReplyDelete
  3. Ali : landak laut tu org buat apa? gulai aci???

    nampak mcm banyak..

    air tak berapa lawa sangat time aku pegi sebab cuaca berjerebu.. tunggu org lain pegi la snap gamba lawa lawa.

    kau je la pegi !!!


    Nasa : tahik idung? hahahhaa

    aku pernah dengar gak pasal suku tidung ni tapi x pasti related dengan orang pulau tidung ni ke tidak..

    jauh tu sabah dgn jakarta...


    Amir : dop sedap pong. dia makan dengan saus cili

    ReplyDelete
  4. Pencinta yg setia mcm ni lah yg Jm cari xkan menduakan OR, alhamdulillah aminnn bg pihak OR :-)

    ReplyDelete
  5. JM : mendua tu tidak la..

    menujuh lapan boleh la.. hahahha

    ReplyDelete
  6. Bang, ni dari masa hadapan 2022 bulan oktober.. jembatan cinta udah dibongkar nk upgrade katanye.. huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...