Saturday, August 16, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 06 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Dah sampai ke Pulau Tidung Kecil.

Pulau Tidung Kecil ni sebenarnya adalah pulau tak berpenghuni. Terletak tak jauh dari Pulau Tidung Besar dan dihubungkan dengan jambatan tu.

Tapi, di Pulau Tidung Kecil ini terdapat hutan paya bakau dan menjadi tapak semaian pokok bakau yang menjaga keseimbangan alam sekitar Pulau Tidung ni.

Meh kita pegi.

Pulau Tidung Kecil dari atas jambatan

Pokok bakau

Ada pantai kecil dan warung makan

Matahari dah mula nak turun di arah Pulau Tidung Besar

Laluan di Pulau Tidung Kecil

Masa aku sampai kat Pulau Tidung Kecil ni, rasa agak cuak jugak sebab tak de orang !!

Yang nampak cuma kebun kebun buah dan tanaman tanaman tertentu yang di tanam di sini. Tapi sebab ada laluan, aku gagahkan diri, gigih ni nak gi usha sampai ke hujung.

Aku just kena make sure, kena patah balik sebelum hari gelap. 

Pokok berdaun hitam. Memula aku ingat kena tumpahan minyak tapi sebenarnya memang daun dia hitam.

Dah sampai di hujung Pulau Tidung Kecil. Ada macam pelabuhan kat sini, tapi tak de bot

So aku just lepak sini sambil abiskan makan goreng pisang ! Onononom.

Hari dah nak senja

Minuman yang aku beli kat warung tempat parking basikal tadi. Takut tercekik makan goreng pisang.. 

Ada nampak budak budak baru lepas mandi agaknya

Menikmati senja di Pulau Tidung

Senja tak berapa nak menjadi

Biasan

Lepas lepak lepak lebih kurang, abis sebatang dua rokok dan abis makan goreng pisang, aku patah balik semula. 

Takut jugak kang gelap, kawasan ni dah la tak de orang !! Buatnya ada hantu? Kalau hantu cekik aku cemana?

* mati la........

Al maklum.. muka je macam kaki tarik kereta, tapi iman senipis kulit bawang.

Tapak semaian pokok bakau. Banyak jugak pokok buah sukun dan buah naga

Ada la budak budak  tadi berjalan kat depan. Buat teman.

Dah sampai kat jambatan semula

Ikut laluan yang betul

Senja di Pulau Tidung

Matahari dah menghilang di balik awan

Yang tinggal cuma warna warna keemasan

Jembatan Cinta di kala senja

Laluan

Air laut

Itu tempat orang naik bot pegi snorkeling

Pulau Tidung

Pulau Tidung Besar

Laut Kepulauan Seribu di kala senja

Jembatan Cinta

Senja di Jembatan Cinta

Senja yang berlabuh

Abis berjalan jalan di Jembatan Cinta tu, aku pun ambik basikal dan balik ke chalet. Hari pun dah nak gelap. Jalan di Pulau Tidung ni tak de lampu so agak meraba raba dalam kesamaran. Lagi lagi untuk aku yang rabun ni. Payah nak bawak basikal malam malam.

Apa apa pun, Pulau Tidung dan Jembatan Cinta pastinya memberi pengalaman tersendiri untuk sesiapa yang melawat ke sini.

Pengalaman SERIBU kemanisan di Kepulauan Seribu..............



Seindah sinar pelangi
Serinya menawan hati akan menghilang
Disaat terlena sinar mentari
Hanyalah sang rembulan
Dan bintang kan mengisi
Seri malam...

Usahlah mendusta hati
Lena didakapi mimpi
Menyapa keluhan
Yang akhirnya akan mengundang rawan
Yakinlah kan bersama
Andainya telah tercipta
Panca persada...

Himpunkanlah kekuatan
Usahlah ditaburkan
Seribu kemanisan harapan
Dari genggaman

Semarakkanlah warna asmara
Pabila tiba ketikanya
Keleraikanlah jalinan cinta
Menjadi satu dalam jiwa
Relaikanlah tiap keresahan
Diufuk kemawan
Tautkan keindahan
Kebahagiaan

bersambung.............

5 comments :

  1. Kaki tarik kereta naik beskal pink gittew

    ReplyDelete
  2. Seribu kenangan indah, seribu gambar indah.

    ReplyDelete
  3. Amir : sadap u... !!

    * pekup muka.


    NAman : thank you prof

    ReplyDelete
  4. Takut hantu hantu? Meh sini Jm kan ada :-:-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...