Monday, August 11, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 01 - Jakarta | Departure

Sebenarnya aku macam malas nak tulis pasal trip Jakarta ni !

Macam semua orang tau cemana keadaan nak ke Jakarta tu dan masing masing dah ada pengalaman. Tapi sebab aku rajin sikit, aku share version aku lah. Lagi pun trip ni bukan ke Jakarta semata mata tapi ke tempat lain, mana la tau kot ada yang berminat nak pegi nanti.

Sebelum sebelum ni memang Jakarta aku pernah pegi, tapi ada satu kali tu aku surf surf web Air Asia tengok tiket murah betul. 

Aku pun book je lah.

Tapi lepas tu  aku terlupa !! So aku tak de prepare apa apa.

Sampai la ke tarikh yang sepatutnya aku nak pegi Air Asia hantar reminder baru la aku gelabah. Then aku tak tau nak ke mana. Kalau pusing pusing Jakarta semata rasa macam bosan ler pulak. Tak de apa pun. Lain la kalau nak gi shopping. 

Plan asal aku nak ke Bangka dan Belitung dengan tiket ni, so aku plan akan ambik tiket dari Jakarta ke Belitung. Tapi sebab aku buat endah tak endah je trip ni dan ticket ke Belitung pun dah mahal, maka aku tak boleh nak jelajah ke sana. 

Jadi? 

Mana aku nak pegi lagi?. Terfikir nak gi Anyer, tapi aku baca tempat tu macam dah tak berapa menarik sekarang ni.

Sebagai alternative, trip ke Pulau Seribu datang dalam kepala otak dan aku merangka, kali ni.. trip aku ke Jakarta adalah khusus untuk ke Pulau Seribu.............. !

Parking LCCT

Aku depart hari Jumaat petang. Pagi tu aku masih di opis lagi dan ada meeting. Abis meeting terus shoot ke LCCT dan aku parking kat yang RM16 tu. Memula dah pegi kat Maybank tapi penuh, terpaksa pegi yang dekat belakang Tune Hotel tu. Kenangan tempat ni sekarang ntah apa jadi dah.

Tapi parking situ punya la jauh. Yang kosong pun ada hujung sekali dekat jalan nak keluar tu. Nak tak nak terpaksa la parking dan redah dalam panas terik ke bangunan terminal.

Berlari lari macam kena kejar anjing jugak lah, takut tak sempat.

Kapal terbang dah tunggu

Sebab aku lapar, aku makan dulu dekat Dunkin Donut 

Malangnya flight aku yang sepatutnya pukul 3 petang delayed pukul 4.30 petang. Cis !

Tapi tak pe lah, janji selamat terbang

View sebaik saja take off

Jerebu time tu

Dah di awan awangan

Menu dalam flight, tapi yang ni semua tak der. Menu khas untuk AA Indo jer

So aku makan nasi lemak. Tetiba rasa sangat lapar ( walhal dah makan sandwich tadi )

Gemawan

Awan semakin tebal bila nak sampai di ruang udara Jakarta. 

Salah satu pulau di kepulauan seribu.....

Approaching Pulau Jawa

Macam dah lama tak datang, tetiba ada rasa rindu dengan Jakarta ni. Excited bila dah nak touch down.



Dalam duka masa lalu
Nyata sudah salahku
Tak sanggup ku menghapuskan bayangmu

Kuyakin memang dirimu
Yang terbaik untukku
Bilakah tiba sang waktu kembali kepadamu

Diujung rindu
Kini kutahu
Ternyata bersamamu
Ku tak pernah ragu

Seribu lagu kasih sayangmu
Tiada kan pernah jemu
Memanggilmu
Diujung rindu

Area Cengkareng ( CGK )

Akhirnya sampai di bandara SHIA

Soekarno Hatta Int Airport ( SHIA). Untuk kesekian kalinya aku jejakkan kaki di bumi Jakarta ini

Terminal Air Asia

Sampai sampai di Terminal 3, keluar je hisap rokok dulu..... sambil perhatikan sekeliling

Cara cara nak ke kota Jakarta. Ada bas.

Ada teksi dan limo. Kalau merasa diri itu adalah VVIP dan duit berkoyan koyan boleh naik limo

Aku memilih naik teksi sebab aku rasa sangat penat dan letih.

Seharian meeting pastu berlari lari kat airport then duduk dalam flight 2 jam lebih aku fikir malas nak bersesak sesak naik bas. Jadi teksi adalah pilihan. Naik bluebird biru dan pakai meter.

Hari makin petang. Akhirnya lebih kurang sejam lebih jugak sebab macet, teksi turunkan aku di hotel tempat penginapan yang aku dah tempah. Harga teksi kena dalam IDR 170.000.

Maxone Hotel di area Sabang, Jakarta

Urusan check in semua mudah. Hotel ni tak de la mahal sangat, dalam RM 108 per nite.

Aku just nak tumpang tidur sini kejap je sebab esok esok subuh subuh hari aku nak pegi naik bot ke Pulau Tidung. Tapi aku tak de buat apa apa ground arrangement lagi. Nak main redah je ni.

Layan gambar kat hotel ni jap.

Reception

Lif

Laluan ke kamar

Bilik

Toilet

Sign kat pintu. Dream - Meng !

Sampai je aku pengsan kejap. Letih.

Then menjelang malam baru la rasa nak keluar, aku ke Bundaran HI atau lebih dikenali sebagai Monumen Selamat Datang. Saja nak lepak lepak situ dan menikmati waktu malam di pusat kota.

Pegi naik teksi bermeter. Murah jer.

Masa kat Bundaran HI ni ada jugak la orang melepak dan ramai yang datang nak ambik gambar juga. Siap ada orang naik basikal datang jual kacang tengah tengah jalan yang sesak tu !

Layan gambar malam di area Bundaran HI.

Maafin Inul.. aku ni gambar malam memang fail. Sebab malas nak menyetting dan tak de tripod.

Area Bundaran HI

Hotel Grand Hyatt

Hotel Indonesia yang terletak di bundaran besar di pusat kota Jakarta. Jadilah Bundaran HI ( Hotel Indonesia )

Tugu Datang Selamat juga dikenali sebagai Monumen Bundaran HI , adalah sebuah monumen yang terletak di Jakarta Pusat , Indonesia . Siap pada tahun 1962, Monumen Selamat Datang ini adalah salah satu mercu tanda bersejarah di Jakarta.

Semasa tahun 1960-an, Presiden Sukarno mengarahkan beberapa pembinaan dan projek-projek pengindahan bandar untuk penyediaan Sukan Asia IV . Ini termasuk pembinaan Kompleks Sukan dan beberapa statue, termasuklah Tugu Datang Selamat di Bundaran Hi ini..

Reka bentuk patung itu dilakarkan oleh Henk Ngantung. Patung ini menggambarkan dua patung gangsa seorang lelaki dan seorang wanita, melambai tanda mengalu-alukan kedatangan. Wanita itu ditunjukkan memegang sejambak bunga di tangan kirinya. Tugu Datang Selamat melambangkan keterbukaan negara Indonesia untuk mengalu-alukan pelawat Sukan Asia IV.

Tugu Selamat Datang ini terletak di tengah-tengah bulatan yang dikenali sebagai Bundaran Hotel Indonesia atau Bundaran HI. Bulatan ini mempunyai kolam dengan air pancut.

Pada tahun 2002, Bundaran Hotel Indonesia telah dipulihkan oleh PT Jaya Pembinaan Manggala Pratama. Pemulihan ini telah memperkenalkan reka bentuk baru kolam berserta lampu baru. Hari ini selepas era reformasi, plaza berturap mengelilingi kolam telah menjadi tempat popular untuk demonstrasi sivik. Bulatan ini juga penuh dengan orang berjoging, berbasikal, fotografi jalanan, dan juga penjaja sementara.

Ada mall jugak di sini. Tapi aku malas nak terjah

Hotel hotel mewah di sekitar bundaran HI ni

Ada air pancut dan kolam di tengah tengah

Kempinski Hotel yang dah ambil alih Hotel Indonesia yang asal

Grand Hyatt

Tugu Selamat Datang. Gambar parkinson.

Hotel Indonesia Kempinski

Bundaran

Hotel Pullman. Dulunya Hotel Nikko tak silap

Plaza Indonesia

Selamat Datang !

Tak de apa boleh di buat kat situ. Abis pusing pusing lepak lepak kat situ then aku ambik teksi balik ke hotel.

Nampak warung makan tepi jalan, aku makan situ. Sedap jugak, nasi putih, ayam goreng dengan sambal cili yang maha pedas. Berair bijik mata aku. Terpaksa mintak tambah teh botol !

Fuh.

Macam ni la kalau orang Italy makan pedas. Tak tahan !

Tempat tunggu teksi depan Plaza Indonesia

Ada LV sini. Dulu Hard Rock Cafe Jakarta pun sebelah ni je.

Sampai kat hotel, aku dok borak borak dengan sorang mamat pekerja dia pasal cara nak ke Pulau Tidung. Memang banyak pulau di Kepulauan Seribu tu, tapi based on aku baca, Pulau Tidung lah yang paling ramai orang pegi dan berpenghuni. Dan di situ juga ada Jembatan Cinta yang terkenal di sana. 

Memula aku ingat nak ke Pulau Tidung ni kena go thru pelabuhan Marina Ancol tapi mamat hotel tu cakap dari situ bot mahal sebab pelancong asing je yang ramai naik dari situ. 

Dia syorkan aku naik di Muara Angke di Kali Adem. Memula aku plan macam nak gerak dalam pukul 7 pagi. Tapi mamat tu cakap, kalau 7 pagi tak sempat sebab takut jalan jem dan bot cuma ada sekali sehari saja dan tiket adalah first come first served. Kalau dah penuh, kira melepas lah.

Maka.......

Atas nasihat dia, aku berangkat dari Jakarta Pusat ke Kali Adem untuk naik ferry ke Pulau Tidung. Dia pun tak pasti ferry jam berapa tapi awal pagi lah, so dia syorkan aku keluar pukul 4 pagi.  

Fuh. Payah jugak kalau terpaksa bergerak pagi pagi buta. Tapi aku tak de choice. Makanya..............

Malam tu tidur tidur ayam. Subuh subuh shafie aku dah keluar dan tunggu teksi di lobby.

Nasib baik mamat teksi tu OK. Layan borak dengan dia sepanjang jalan menuju ke Pelabuhan Kali Adem. Macam macam cerita pengalaman dia bawak teksi dan berdepan dengan orang yang macam macam kerenah.

Dalam tersengguk sengguk mengantuk, aku pun melayan jugak lah.

Tambang teksi dari Jakarta ke Kali Adem adalah IDR 80,000.

Hari masih gelap sewaktu aku sampai di pelabuhan tu, tapi memang betul macam yang di beritahu, subuh subuh hari, ada lagi orang yang lebih awal dari aku !

bersambung............

14 comments :

  1. Tetiba kan jadi Inul yang berasal dari H-Italy. Ni trip lain lagi kan sebab aku ingat haritu ko penah up cerita pasal Pulau Tidong ni. Ke kesinambungan.

    ReplyDelete
  2. ala. mabuk la entry campor-campor ni. ingat dapat baca mynmar lagi. percobaan untuk mengelirukan para pembaca ye ?

    ReplyDelete
  3. Gile ah Meng ni, lepas meeting buleh pegi travel lagi. Errr... mynmar dah abis ke blum?

    ReplyDelete
  4. banyak berjalan...sempat ye..tabik sungguh kat hang...

    ReplyDelete
  5. Seronok juga trip yang tak plan, tak tahu nak ke mana ni...kami pun nanti nak ke Jakarta, tapi tak tahu nak ke mana. Boleh cadang?

    Tunggu cerita Pulau Seribu pula.

    ReplyDelete
  6. Urm urm JM dh fenin sebenarnya lepas ke jakarta pastu tokyo then myamnar ke

    Nk nyanyi lagu ajai dan nurul "aku keliru"

    ReplyDelete
  7. BK : jangan betulkan skrin anda. ya. ini trip hari tu baru nak tulis.

    aku kan rajin.


    NR : tak berapa suspens sangat... suspension jer. ahahaha


    NanaT : bukan cubaan mengelirukan. tapi betul betul nak mengelirukan dan tunjuk rajin tapi sebenarnya cerita pusing pusing.

    hari tu baru teaser.. cerita pengalaman belum lagi. ni part kerajinan memang kena menggunung tinggi nak tulis

    ReplyDelete
  8. Ali : hari tu sebenarnya aku cuti tapi meeting tu kena masuk. so terpaksa la masuk. abis meeting berambus la terus..

    citer myanmar baru teaser hari tu. citer penuh belum abis tulis.

    * tepukan gemuruh untuk diri sendiri...


    MKL : tak payah tabik lah... memang jenis suka berjalan nak buat camno

    ReplyDelete
  9. NAman : tak tau nak recommend pulau seribu ke tidak. cuba pulau pulau with private resort la.. mungkin lebih menarik dan aman damai.

    tapi costly la sikit kot..


    JM : tak payah keliru. hari tu keluar teaser kepulauan seribu. pastu teaser jepun pastu teaser myanmar..

    nanti ulang balik sampai letih utk travelogue pulau seribu.. tlogue jepun dan myanmar.

    buleh la modal untuk sampai hujung tahun

    ( sebab dah tak travel lama ni.. dah abis cuti )

    ReplyDelete
  10. Asik sangat la, Kapan-kapan mampir ke Kota Jogja juga
    NLP JAKARTA

    ReplyDelete
  11. Memang pengangkutan utama sana teksi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. teksi mudah dan banyak. skrg boleh pakai grab.. ojek pun ok kalau solo.. lrt pun dah ader...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...