Tuesday, March 29, 2016

Jom Makan : Grind Roots Cafe, Seksyen 13, Shah Alam

Tenang. Tenang. 

Kali ni nak try makan di Grind Roots Cafe yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

Entry ni memang ada drama sikit tapi aku tak de niat nak jatuhkan sesapa. Cuma berkongsi pengalaman dan moga moga ada improvement dari pihak yang berkenaan.

Sorry dulu !

Premis perniagaan. Siap ada baju sidai sidai lagi kat atas

Lokasinya terletak kat belakang Tesco besar dan Aeon Mall Shah Alam yang baru di buka.

Cafe ni menyediakan western food dan tempat lepak santai untuk keluarga dan golongan muda mudi. Ada rasa rasa macam hipster environment sikit di sini. Terpanggil untuk try jadi kami ke sana untuk mencuba.

Ayuh kita terjah !

Boleh parking kat area area kawasan ni

Malangnya waktu kami sampai, kedai agak penuh. Tunggu kejap then dapat meja. Baru nak duduk, staff dia datang.

"Bang.. kami bukan tak bagi duduk kat sini, tapi aircond rosak"

Aircond rosak !

"Okey. Jadi nak duduk kat mana?"
"Duduk kat luar !"

Ada yang duduk kat petak parking

Kami duduk di kaki lima kedai sebelah. Aku OK lagi sebab boleh smoking. Orang ramai ramai tu kedai lain.

Sebab duduk agak jauh dari restoran sebenar, tak dapat nak snappy sangat. 

Tengok setting kedai. Sempat snappy masa anak aku nak gi toilet. 

Bahagian dalam. Dalam resto ni pun aku rasa macam stuffy jer.

Hiasan dinding

Movie movie lama

Now masa untuk order !

Kami di beri buku menu dulu. Gambar gelap sikit sebab tak de lampu.

Menu menu nampak menarik

Pembuka selera

Rasa macam nak order semua jer. Kadang kadang selera datang dengan haloba.

Kopi dan minuman

Ni paling di tunggu tunggu oleh anak anak aku

Dan tak lupa. Menarik hari ni. MUST TRY. Butter Milk Chicken Rice

So dah fikir fikir apa nak makan, kami pun siap nak order.

Staff dia datang ambik order. Ambik pakai ingat je. Terror betul. Bukan calang calang sikit nak kena ingat kalau ambik order tanpa tulis ni.

"Ingat tak ni?"
"Takpe Bang. Boleh"

Memang terror ! Patut keje kedai mamak !

Minuman sampai dulu.

Sedut minuman, tunggu dan terus menunggu !

10 minit. 20 minit. 30 minit. Tak sampai sampai.

Akhirnya.

Choco Lala. Budak budak gembira sikit

Sorang satu. Bukan buleh kalau nak berkongsi kongsi dia orang ni

Pastu sambung menunggu !

Tambah lagi ..... 10 minit. 20 minit. 30 minit. Tak jugak sampai sampai. Dah dekat 1 jam menunggu ni !!!

Time tu aku dah dengar ada kakak meja belakang dah mengamuk ngamuk.

"Order nasi goreng tak sampai sampai. Bila tanya tak buat ! Orang lain punya buat pulak !"

Macam tu kakak tu melepaskan emosinya dengan melazer sekuat hati ! Hempas hempas barang then blah !

Wah ! Ada drama ni. Tapi tak pe kami terus menunggu ! Harapnya nasib kami tak de la sampai macam tu walaupun dah rengsa. 

Maybe dia tengok kami dah rengsa, sorang staff dia datang tanya. Mamat yang sama ambik order memula tadi.

"Bang... apa lagi yang abang tak dapat?"

Terus sirap bandung naik ke kepala ! Menyirap !!! Boleh mengundang amukan puaka tanya soalan macam tu. 

Atas meja kosong macam tu dia buleh tanya apa yang aku tak dapat? Sah sah la semua pun aku tak dapat lagi !!! Ada nampak ke kambing golek sekor tengah posing sado atas meja ni? Ada?

Aku kalau marah memang diam. Tapi makan dalam !

"Sorry la Bang. Kami malam ni berterabur sikit..."

Ya ke malam ni je? Ntah ntah tiap tiap malam kot berterabur???

"Tak pe Bang. Nanti kami bagi diskaun 20 percent. Kami bagi brownies free kat abang sebab abang tunggu lama"

Hah ! Kata kata cuba memikat jiwa raga. Aku diam kan jer lah.

Ntah berapa batang aku hisap rokok. Princess lak macam nak demam. Merengek je la ajak balik. Hero pun dah tarik muka. Dia lapar lah tu. Dia tu bukan buleh kalau silap skit. Cepat je nak merajuk. Ikut sapa la tewwww?

* lari menyorok bawah meja

Ya., Brownies free ni sampai dulu ! Masalahnya aku lapar makanan !

Tak lama lepas tu baru la makanan tiba !

Excited.

Dia letak atas meja, dan aku tetiba rasa pelik.

Grilled Chicken.

Tambah menyirap pulak aku jadi nya. Dah agak dah, dari style ambik order tak de tulis tulis tadi mesti salah ambik order !!!!

"Sapa order ni?"
"Eh.. bukan abang order ke?"

Aku pandang dia, dia pandang aku balik.

"Takkan saya tak tau saya order apa?"
"Nanti saya check"

Dia gi masuk dalam dan datang semula;.

"Oh, abang ada order Butter Milk Chicken Rice kan? Tu dah abis Bang"

Beriya kau tulis MUST TRY.. pastu abis. Pastu suka suka hati tukar menu orang ! Kau dah kenapa??? 

Hero yang nak Butter Milk Chicken Rice tu, last last terpaksa dia makan Grilled Chicken tu.

* dup dap dup dap aku menahan amarah di jiwa.

Then hantar ni.

Sirloin Steak

"Mana ada order yang ni?"
"Tak de ke Bang ?.. err kejap Bang"

Masuk pastu keluar balik.

"Memang abang order yang ni tadi. Kat order tu memang yang ni"

Tu lah. Nak bertekak pun tak guna ! Ni la bahana kalau ambik order main ingat kat kepala. Memang tak de kami order ni pun !! OR mengalah, so dia yang makan !

Then baru lah sampai makanan aku.

Aglio Olio with grilled chicken

Nasib baik yang ni betul ! Kalau tak aku berdiri atas meja dan nyanyi lagu Once sekuat hati !

"Mati lah................. kauuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!!"

Then appetizer yang patut datang dulu, last sekali baru muncul.

Fried calamari.

Tak tau la nak kata. Rasa bengang tu ada jugak bila salah makanan ni, tapi sebab dah lama sangat menunggu, belasah je la makan.

Tapi !!

Despite service slow macam siput ni, makanan dia not bad ! Kira sedap lah. Kuah steak tu sedap. Aku punya Aglio Olio pun sedap, Grilled chicken nicely cooked. Cuma calamari tu je liat dan tak sedap.

Abis makan ! Ke sebab memang lapar?

So overall service suck tapi food was good. And not so expensive lah.

Abis makan. Bayar kat kaunter

Brownies free. Nampak tak ada Buttermilk Chicken Rice dalam bil?.... Tapi nan hado  dapatnya !!!!  Even replaced dengan menu yang lebih mahal sikit pun tapi tanpa tanya customer dulu adalah big no no.

Dan dia janji nak bagi 20 percent discount kan?

"So tak de discount ke?"

Aku buat buat tanya masa nak settlekan bil tu.

"Hehehe. Tak de Bang !"

Sengeh.

Hmmmm memang dasar Mulut Manis Jubur Masam. Konon nak bagi diskaun tapi hampeh. Tertipu aku di situ.

Sebenarnya bukan aku kisah sangat pasal diskaun 20% tu tapi bengang la kalau di tabur janji manis hujung hujung kena kuda macam tu jer. Oh dunia ini penuh kepalsuan..................

* lari keluar pekup muka sebab malu mintak diskaun orang tak bagi

"Hati membeku mengingatkan.... kata janji manismu........................... !!!!!!"

* meratap hiba tepi pasu bunga



Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaran Mu Tuhan...

Grind Roots Cafe

So tak tau nak recommend ke tak but food memang sedap !

Bagi mereka masa untuk improve service. Sayang kedai budak budak Melayu macam ni, ada tarikan tapi service SUPER SLOW. And please, ambik lah order dengan betul. Tunjukkan yang kau orang ni serious nak berniaga bukan setakat suka suka jerr !!!!

Nasihat ikhlas dari Abang Long kawasan.

GRIND ROOTS CAFE
No 4, Jalan Boling Padang E13/E, Section 13,
Shah Alam, Malaysia
013-673 4911
Open · 10:00AM - 3:00AM

28 comments :

  1. bang meng, ni pendapat saya la kan selepas beberapa kali lepak kafe ala2 hipster ni.
    kadang2 pekerja ya ampun muka ketat, tak rasa welcoming langsung padahal kita nak menabur ringgit kat kedai dia nih. last week, boleh la pulak perkerja beramai2 melepak depan TV kat area orang makan. Imej kedai kelaut..konsep je lawa.
    memang bukan semua, ada je yang ok. Tapi kadang2 kedai makcik tomyam punya layanan lagi classy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol.... sebab tu gerai Kak Ton . sejak dulu sampai skrg.. tetap utuh dan berdaya saing.

      Contohilah Kak Ton... ( kak ton mana pun tak tau )

      Geng Geng Hipster ni.... ada time time dia jer.. lama skit kang.. lenyap lah kalau tak pandai jaga pelanggan

      Delete
  2. saya nampak perkataan janji manis, kepalsuan. terus dapat agak mesti lagu Aishah keluar. haha. nak kena try next time ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. * kesat airmata kedukaan......

      gi try la pulop. moga2 servis dah better by now

      Delete
  3. jubur masam hahahaha...terus potong nk pg wp sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la gi cium..... bayangkan jer... hahahahah

      Delete
  4. aku baca review kat facebook depa macam ramai ja komplen.
    ada satu tu siap orang grind ni menjawab dengan menyindir 'pinggan licin'
    aiyooo sangat tak pro.

    btw aku share link blog kau ni kat facebook depa sana heheee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... mesti dia org sumpah seranah aku berbakul.

      tak pe lah... moga2 mereka ambik ikhtibar utk menjadi yang lebih baik dan lebih pro.

      Delete
  5. saying je kalau food sedap tapi services tak best. boleh mendatangkan murka

    kelakar part 'mati la kauuuuuu'
    tersembur gelak! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saying ke sayang?

      effek nyanyi lagu tu kena pegang garfu.. pastu buat buat garang sekali... mesti pelanggan lain bertempiaran lari

      Delete
  6. kalau aku dh mengamuk sbb x bg diskaun...aku panggil mamat yg kata nak bg diskaun tu...xpon suruh dia bayar yg 20% tu...dah la lembab tabur janji bagai....aishh aku plak geram hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll. kalau i pun i tuntut balik 20% yang dijanjikan itu

      Delete
    2. aku malu nak mintak2.. mcm berharap sgt je nampak. tak pe ah. aku redha menangis tepi pasu

      Delete
    3. xpe lah. biar 20 percent tu dia gi sedekah kat mesjid

      Delete
  7. Aishhhh kalu teman, mau emo dh disitu..nk2 kalu tgh lapor. Sesilap cancel order jer teruih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar..... kena belajar sabar...

      ( padahal sebab lapor ) dah order kena la tunggu

      Delete
  8. Assalamualaikum tuan admin, jutaan terimakasih kami di Grind Roots Cafe ucapkan kerana datang berkunjung di cafe kami dan sudi menulis review ttg Grind Roots Cafe Shah Alam.
    Rasanya kami masih ingat tuan dan family datang pada January yang lalu. Untuk pengetahuan tuan dan pembaca, sejak January lalu kami telah banyak memperbaharui dan menaik taraf kualiti servis dari pelbagai aspek. Tujuan kami hanyalah satu iaitu memberi kepuasan kepada semua pelanggan kami, insyaAllah. Ruang dalam juga telah kami tambah bilangan aircond utk memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang dengan family.
    Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan tuan pada january lalu disebabkan kekurangan pihak kami. Ketika tuan datang pada masa itu cafe kami fullhouse dan kami terpaksa memberi meja tambahan kpd tuan diluar cafe dan meja tuan tiada dalam rekod sistem seating kami..disini berlaku sedikit kekeliruan ketika ordering dibuat dlterutamanya ketika ramai pelanggan. Begitu juga apabila kami menjanjikan diskaun kpda tuan waktu itu tiada rekod/remark no meja tuan di dlm sistem seating kami, jadi ketika tuan bayar cashier kami xdpat info ttg hal diskaun tuan. Bukan niat kami utk memberi janji palsu ataupun menipu tuan.
    January lalu kami hanya mempunyai 4 chef utk menyediakan berpuluh order, tetapi alhamdulillah sekarang kami telah mempunyai 6 chef yg berkhidmat ketika cafe fullhouse. Kami juga sentiasa mengalakkan pelanggan untuk membuat reservation terlebih dahulu jika datang dalam kumpulan 8org keatas, ini semua bertujuan adalah utk memendekkan masa tunggu pelanggan kami diwaktu peak hours, insyaAllah.
    Pihak Grind Roots Cafe Shah Alam ingin menjemput tuan dan keluarga utk datang ke cafe kami dan kami menjanjikan diskaun yang patot tuan dapat sebagai tanda minta maaf kami.
    Kami minta tuan contact manager kami yg ada di laman facebook Grind Roots Cafe, atau di instagram kami @grindrootscafe jika tuan nak datang nanti.
    Segala yg baik hanya dari Allah dan semua kekurangan adalah dari kami sendiri, insyaAllah kami akan sentiasa meningkatkan taraf kualiti servis kami utk semua pelanggan kami. Kami harap tuan dan pembaca mendoakan yang baik baik untuk kami ya! Assalamualaikum ��
    - Grind Roots Cafe, Shah Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good to hear that. I hope you can maintain the service level and wish you all the best.

      Delete
    2. Tq and again.. I am sorry for letting my heart out. Hoepfully it is gonna do good for both parties.

      Delete
    3. Tq En FAH... hopefully the service is exceptionally good by now.

      Delete
  9. pemes ko la Meng...sampai Grind Roots pon baca ko punya blog heheehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks.... tak pe la. at least dia menjawab segala persoalan di minda yang bercelaru ni.

      Delete
  10. wah! lagu tema yang best. jom la meng kita pergi ramai2 dapat diskaun tue. ha ha ha (nak tumpang sekali boleh?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pegi je. ngaku yang kau tu aku... mesti di layan dengan baik.

      Delete
  11. Replies
    1. jangan la gelak sgt.

      di hati terluka masih belum terubat lagi ni

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...