Monday, March 7, 2016

Vientiane, Laos

Vientiane merupakan ibu negara Laos.

Berbanding dengan ibu negara Asia Tenggara yang lain, Vientiane tak de la besar mana dan kawasannya agak flat.

Kota Vientiane terletak lebih kurang 50 KM 25 KM dari sempadan Laos dan Thailand dan Vientiane adalah bandar terbesar di Laos dengan penduduk dianggarkan seramai 210,000 di pusat kota dan lebih kurang 700 ribu orang di kawasan persekitarannya. Lapangan terbang utamanya adalah Watay International Airport terletak lebih kurang 4 KM dari pusat kota.

Vientiane boleh diexplore dengan hanya berjalan kaki sahaja. Selain tu boleh sewa basikal atau susah sangat tahan je tuk tuk. Bus pun ada banyak dan agak murah untuk transport sekitar kota Vientiane ni. Pusat tumpuan kota terletak di bahagian antara Setthathirath Road dan Fa Ngum Road. Kebanyakkan restoran dan hostel penginapan pelancong terletak di kawasan ini.

Sebagai bekas jajahan takluk Perancis satu ketika dulu, salah satu peninggalan yang kekal di Vientiane adalah nama jalan yang menggunakan perkataan French seperti Rue, Avenue dan Boulevard.

Antara aktiviti yang boleh di lakukan di Vientiane adalah seperti melawat Wat dan temples yang terdapat di sekitar kotanya atau mungkin juga berjalan-jalan sambil menghirup udara segar petang sambil menyaksikan matahari terbenam di Sungai Mekong.

Tu je?

Antara tempat yang boleh di lawati di Vientiane ni selain daripada melawat saudara mara ( kalau ada sedara kat sana) termasuk lah.

Lao National Museum (Revolutionary Museum. Thanon Samsenthai (next to Lao Plaza Hotel). 08:00-12:00, then 13:00-16:00. Formerly the Lao Revolutionary Museum by name, the historical exhibits on the first floor are modest though very interesting in depicting some of the early history. They include one of the original Jars from the Plain of Jars and various stone and bronze age implements. The second floor provides us with a great insight into the 18th Century Laotian Kingdom and the customs of the day. It would appear that the Loatians didn't treat their guests quite as well in those days, often keeping them from leaving the country for several months.

Patuxai (Victory Gate), Avenue Lane Xang. A local rendition of Paris' Arc de Triomphe.

COPE Visitor Centre, Khou Vieng Road (1km from Talat Sao (Morning Market) Opposite Green Park Hotel). 09:00-18:00. The Cooperative Orthotic and Prosthetic Enterprise, or COPE, is a local not for profit organisation that provides orthotic, prosthetic, rehabilitation and advocacy services for survivors of UXO accidents and other people with disabilities in Laos.

Wat Si Saket now signposted as Sisaket Museum.

Buddha Park (Xieng Khuan) is a bizarre outdoor collection of huge concrete sculptures of Buddhist and Hindu deities, and real and imaginary beasts. The reclining Buddha is especially impressive. Built in 1958 by mystic Luang Pu Bunleua Sulilat, who left the country after the communist take-over, and in 1978 established a similar but more impressive park (Sala Keoku or Sala Kaew Ku) across the river in Nong Khai, Thailand. Located 24 km from the city, it's about 6 km to the east of the Friendship Bridge - hence it's well worth visiting on the way into or out of Laos if you're crossing the Friendship Bridge, as this will save a 48 km round trip if you visit from and return to Vientiane. 

Dan sebagainya.

Now tengok gambar gambar sekitar Vientiane, Laos.

Victory Gate ( Patuxai )

Salah satu gerbang di taman di tepi Sungai Mekong

Bendera Laos dan Vietnam. Somehow mereka berbaik baik sebagai jiran tetangga

Kawasan santai petang petang di pinggir Sungai Mekong

Area Fa Ngum Road. Kawasan tumpuan pelancong. Kedai halal pun banyak di kawasan ni.

Salah satu hotel di kota Vientiane

Hiasan jalanan

Cafe inTown. Dapat kopi secawan tu terus terburai perut...

Salah satu Wat di Vientiane. Wat gapo tu????

Shopping mall di Vientiane. Jangan harap la ada shopping mall macam Sogo. Jauh sekali nak ada macam MidValley. Banyaknya kedai kedai tepi jalan je dan ada satu dua gedung menjual pakaian.

Bangunan bangunan di Vientiane. Tak berapa banyak pencakar langit tapi kalau petang petang orang balik keje jam jugak beberapa jalan utama

Keadaan lalu lintas di Vientiane

Buddha Park

Buddha Park. Terletak lebih kurang 24 KM dari bandar Vientiane. Aku pegi naik bas je. Murah.

Salah satu patung di Buddha Park

Oh teratai bunga indah. Ni sebenarnya time tengah tunggu bas balik dari Budha Park

Keadaan lalu lintas di kota Vientiane selepas waktu bekerja

Pha That Luang, the national symbol of Laos

Monks di Vientiane. Kalau nak tengok Alms Giving Ceremony macam kat Luang Phrabang, kat Vientiane ni pun ada. Tapi kena bangun awal la kalau nak tengok

View dari atas Patuxai (Victory Gate)

Stupa

Senja di Patuxai 

Victory Gate ketika senja

Tuk tuk dan Victory Gate

Pasar malam di Vientiane/ OK jugak la pasar malam dia, aku rasa lagi happening dari di Luang Prabang.

Senja dari Sungai Mekong di Vientiane

Aktiviti zumba dan senam senaman warga tempatan. Maghrib maghrib buta berjoget. Kena sampuk dengan hantu Susu baru tau !

Bukan hanya di Luang Prabang je, di Vientiane pun boleh tengok Monks at dawn ni dengan syarat rajin bangkit awal ....

Kalau sesapa ke Laos, tak payah spend banyak masa di Vientiane ni. Sehari dah mencukupi. Macam aku hari tu, hari memula sampai dari airport ke bandar Vientiane dulu then terus gerak ke Vang Vieng. Last day tu sebelum flight balik baru aku spare sehari ronda ronda kota Vientiane ni. Tak de apa apa pun sangat.

Aku cuma sempat tidur 1 malam di Vientiane. Ada banyak hostel dan hotel di kawasan Fa Ngum Road. Boleh pilih ikut kemampuan. Aku menginap di Orange Backpackers. Private room RM 54 per nite.

Ada few halal restaurants di Vientiane ni termasuk la Fathima Resto ( aku tak jumpa cari ), Nazim ( paling famous ), New Delhi, Dhaka, Al Farooks. Mostly Indian Food. Dia orang jual halal food at the same time, ada jual alchohol jugak. Tapi mana mana pun memang semuanya sama.

Ada banyak money exchange di sekitar Setthathirath Road kalau sesapa nak tukar duit.

Dekat Vientiane ada 1 masjid sebelah hotel IBIS dekat dengan kedutaan Brunei dan Istana Presiden.

Dari Vientiane ni boleh bergerak ke destinasi masing masing. Macam aku terus ke Vang Vieng (40,000 Kip ). Perjalanan 4 jam. Kalau nak terus ke Luang Prabang pun boleh. Spare 8-9 jam perjalanan dengan bas atau mini van. Jangan tertipu kalau dikatakan VIP Bus.... hujung hujung kang datang van yang macam nak roboh jer. Pasrah je lah. Jalan raya di sana pun memang berlubang lubang so pakai padding tebal tebal. Tiket dia cari je kat mana mana hostel biasanya dia orang akan jual transport antara bandar.

Aku balik ke Vientiane dari Phonsavan. Tambang dari Phonsavan 150,000 Kip. 12 jam perjalanan dengan sleepers bas, tapi hari tu bas rosak so 15 jam aku mereput dalam bas ! Nasib kulat dan kulapuk tak membiak di badan.

Yang pasti Vientiane ni tak de lah besar mana jalan pun flat jer. Even first timer pun sure tak akan sesat punya lah. Redah je lah jalan kaki pusing pusing Vientiane.

Rasai dan selusuri lah jalan jalan memori di Vientiane ni ! 



Kau anggap cinta  hanya sandiwara
Hanya tawa dan canda  hanya penglipur lara
nanti juga kan sirna

Kini kau rasa pahit getirnya cinta
Mengapa kau lepaskan kini jadi sesalan
Kasih entah dimana

Kini kau selusuri jalan-jalan memori
Kau harapkan bertemu kekasih yang kau rindu
Tiada bisa kau lupa wajah dan senyumannya
Semakin lama kau coba melupakan dirinya
Semakin dalam kau rasa

Bukit berbunga
Rendezvous berdua

Kau selalu kesana seakan dia disana
Menantikan dirimu

Terbayang-bayang
Manis dalam kenangan

Kini baru kau rasa kasih tiada duanya
Cinta tiada taranya

Semakin lama kau coba melupakan dirinya
Semakin dalam kau rasa

13 comments :

  1. Laaaa.... Ingatkan tak ada mknan halal kt sana... Bleh jmpa jgk ye uncle.....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak... banyak kedai india muslim.... in sha allah tak kelaparan

      Delete
  2. aku suka vientiane. aku rasa tempat ni very laid back. tenang je.
    4 hari aku spend kat sini meng. full je aktiviti hari2.
    masa kat patuxai tu hujan lebat. kuyup aku dengan aku laki aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada daun pisang tak? kalau tak mesti jadi memori daun pisang.

      vientiane ni ok.. cuma tarikan tu tak de la gempak mana.. santai2 tu buleh la kan?

      Delete
  3. Aku jalan kaki jek redah bandar vientiane ni...tp panas giler waktu tu...tp aku rasa x betul ko kata vientiane ke border Thailand sampai 50km? Dekat jek sebenarnya kan...mungkin ko nak type 5km kot hehehe...

    Masa aku gi dulu mmg x banyak kereta kat sana. Rasa boleh jek kalau ko nak baring2 atas jalan raya dorang. Hahaha... Memang kalau 1 hari jek boleh cover banyak tempat sbb xde apa pon menarik kat sana kecuali kuil dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 25 km la. silap. aku dah betulkan. jari laju sangat la tu...

      Delete
  4. Jus buah pasar malam vientiane @ mana2 kedai best! Tak try baguette? Tp jangan beli yg isi pork. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cuba baquette tu kat luang prabang tapi x jadi...

      ada ke baquette ayam dan halal ?

      Delete
  5. Hi! Appreciate sgt kalau you boleh share apa alternative yg ada utk pergi Vientiane dari Bangkok. I baca ramai yg ambil train from Bangkok stop Nong Khai utk immigresen then straight ke Vang Vieng. Tp I ada baca jugak yg you mentioned dlm post you yg boleh naik train smpai border Laos then pergi Budha Park. mcm mana tu? Mind to share?

    Thanks you in advance Meng! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gini....

      Train dari Bangkok memang boleh sampai Laos. Tapi sampai boarder je. Kat Laos tak de train ! So sampai sempadan kena ambik bas ke Vientiane.

      So.. sebab Buddha Park tu dah dekat dengan sempadan Thai/Laos.. alang alang bila sampai boarder tu terus je pegi sana. Kalau tak.. nanti dari VTE kalau nak ke Buddha Park tu kena patah balik ke arah boarder. Rugi masa !

      Pegi buddha park tu boleh ambik bus dari boarder tu jer. Bus yang sama no 14

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...