Wednesday, March 16, 2016

Cuti Sekolah Di Tanjung Karang : 02 - D'Sawah Padi Homestay, Tanjong Karang

Kalau bercuti mesti la nak kena menginap. Kalau balik hari macam pegi Giant je la jadi nya. 

So, walaupun Tanjung Karang tu tak de la jauh mana, dan sebenarnya idea nak pegi sana tu pun datang spontan je sehari sebelum tarikh pegi. Nak riki riki hotel memang jauh panggang dari api lah. Lagi cuti cuti sekolah ni semuanya penuh.

Nak try duduk kat The Kabin Malaysia tu sampai sudah tak dapat dapat. Asyik penuh je. Tapi tak leh nak salahkan orang jugak sebab aku ni kan Raja Gelek Last Minit. Datang idea baru la terkocoh kocoh.

Dan dalam pada mencari penginapan ni, terjumpa la pulak dengan satu homestay ni. 

Check kat google, terus aku call. Kebetulan dia kata ada 1 bilik kosong. Tak berfikir panjang, terus je aku uruskan bayar deposit dan book untuk bermalam.

Sesuai dengan tema percutian kali ni iaitu kembali ke desa, maka kami menginap di tengah tengah sawah bendang. Dan nama homestay ni pun DSawah Padi Homestay, Tanjung Karang !

Kalau rama rama masih bebas berkeliaran tandanya udara adalah segar bugar

Malam sebelum pegi tu aku booking, bayar deposit dan confirmkan tempahan.  Esoknya kami ke sana dan ambik feel seperti berada di desa !

Janji nak pegi tengahari, sudahnya dah nak maghrib baru sampai sana ! Hahahaha. Mamat homestay tu siap few times wassap tanya kenapa tak sampai sampai lagi.

Sorry bro. Gua busy. Banyak undangan. Peminat ajak selfie/wefie.

Nak sampai ke sana tak payah mana sebab dia dah siap bagi peta dan cara. Dan ketibaan kami di sambut dengan remang remang senja sang mentari menghilangkan wajahnya.

Senja bakal berulang

Sawah padi luas terbentang

Sinaran di balik daun pisang

Anak anak aku excited bila cakap nak duduk homestay. Pastu tanya.

"Papa homestay tu rumah ke?"
"Ya. Tak de kolam mandi tau... jangan mintak nak mandi kolam pulak"

Dia orang excited jugak la as much as aku. Sebab aku memang suka sawah padi dan seumur hidup aku, tak pernah rasanya aku bermalam di tengah tengah jelapang padi.

Kira ni rekod pertama kali !

Walaupun peta dah di beri, tapi jalan nak masuk ke dalam tu macam jauh gila. Was was pulak aku. Ada la few KM dari jalan besar tu baru la kami jumpa homestay ni. Tu pun siap tanya budak budak lepak kat tepi tembok. Nasib la dia orang pun boleh agak agak.

Dan ini la homestay tempat penginapan

Kawasan persekitaran

Lorong lorong di tepi bendang

Malam menyahut putaran alam

Di D'Sawah Padi Homestay ni ada beberapa pilihan chalet tersedia. Dah since aku pun last minit dan tu je yang available. Belasah je lah ambik. Janji boleh bertukar tukar angin.

Jom tengok keadaan teratak homestay tempat kami bermalam.

Chalet kayu. Masuk je ada single bed

Dan 1 queen size bed

Ada aircond. Ada TV tapi tak de Astro... aku ingat kan ader.  Jenuh la sendal mata dengan batang mancis nak tengok siaran TV kat peti TV yang comel tu.

Ada dapur dan bilik air. Ada fridge tapi tak leh masak la kat sini.

Lokasi dia agak terpencil ke dalam kawasan padi. Kalau nak keluar gi kedai pun macam agak jauh. Nasib baik la kami dah siap bawak bekalan makanan.

Jadi dinner malam tu dengan habuan makanan ni.

Nasi minyak

Dah malam malam tak de apa aktiviti yang boleh di lakukan. Mengadap TV comel tu tengok siaran yang macam di serang nyamuk ( siaran tak clear )... Budak budak dapat rumah kayu ni dok main melompat lompat. Runtuh baru tau !

Tapi chalet ni letaknya agak berdekatan dengan satu sama lain, so kalau orang chalet sebelah borak, boleh dengar. Abis la bocor rahsia rahsia orang.

Aku pun terlelap awal malam tu. Dah tak de apa nak buat. Wifi jangan harap memang tak der tapi dah nama pun bercuti di desa. Hujan lebat sebelah malamnya. Terus tidur sampai pagi.

Malam berikutnya baru keluar gi Sekinchan dan beli satay.

Belasah pulak makan satay. Sedap jugak satay ni beli kat pekan Sekinchan.

Malam malam tu tidur lena jugak lah. Lagi pun ada aircond. Sejuk semacam je. Kira selesa jugak la homestay ni dari segi saiz dan kemudahan. Bersih dan juga cukup kelengkapan.

Konon nak tengok sunrise, matahari terlidung di balik awan.

Lepas subuh sambung membuta sebab dingin.

Homestay ni ada menyediakan sarapan jugak. Ada macam kantin di buka dan sesiapa yang menginap boleh order makanan atau pegi breakfast di sana.

Biasalah, kalau dah tidur, terlajak terus. Nak breakfast... semua habis !

Ada la saki baki skit nasi lemak dengan bihun. Sedap jugak makcik ni masak. Kalau yang buat family day pun boleh tempah mereka masak atau buat BBQ di sini.

Hari esoknya just lepak lepak di homestay, usha usha kawasan persekitaran sebelum kami merayau ke Sekinchan dan kawasan kawasan berdekatan.

Ni area kawasan homestay.

Padi yang sudah di tuai

Kiambang bertaut di kolam hati. Ececece

Sebenarnya sebelah homestay tu ada kolam ikan. So sesapa berminat boleh la memancing.

Tau je la bab bab paling excited tengok orang memancing dan mereka nak jugak memancing.

Gigih sungguh. Nasib baik homestay ni ada bagi sewa joran dengan harga RM 5 sehari dan dia bagi umpan boleh pilih cengkerik atau pun kepala udang.

Hero dengan Princess nak sangat memamcing. Aku biarkan jer.

Awal awal waktu bersemangat bukan main. Tak sampai 20 minit lepas tu...................

Princess dah start pangku kepala. Boring la tu

Sorang lagi pangku dagu.

Sakit perut aku gelak. Semangat bukan main. Hujung hujung... ajet ajet jer.

Aku dah cakap awal awal, memancing ni memang tak kan jadi hobi aku sebab aku memang jenis malas nak menunggu. Lagi kalau panas panas ni... ergh.....  aku rela gi beli je ikan kat pasar ! (Macam la makan pun )

Tapi tengok budak berdua ni memancing memang aku sakit perut gelak especially kalau dia orang berdua berborak sesama mereka.

Bertungkus lumus berpanas panasan memancing.

"Abang.. jangan la berputus asa !"

Tu ayat Princess kat Hero. Bahana banyak sangat tengok TV ayat pun stok drama jer.

Aku biarkan je dia orang memancing. Last last, Princess masuk chalet.

"Papa.. Adik dah hilang semangat lah"
"Kenapa?"
"Ikan tu.. tak de pun nak makan"
"Adik bagi dia makanan tak sedap, dia tak nak la makan. Cuba bagi udang masak kari, mesti dia nak"

Ahaks... Tercemar otak anak anak aku.

"Cepat la Papa tengok. Adik tak tau la kenapa ikan tu tak nak makan"
"Dia kenyang kot. Dah breakfast tadi"

Nak tak nak terpaksa la aku turun gi usha joran dia.

Dan aku macam nak mengelupur kat situ situ jugak.

 Umpan atas air ! Tunggu sampai berjanggut pun ikan tak makan ni

Walaupun tak dapat ikan, tapi dia orang seronok. Gigih satu hari memancing. Sampai sudah tak dapat ikan.

Last sekali Papa upah aiskerim. Sebagai habuan.

Dan waktu lainnya just lepak lepak santai menikmati ketenangan dan suasana aman damai.

Ada family lain yang menginap di homestay yang sama.

Kolam ikan. Ikan sini cerdik cerdik dah kot

Di kala petang

Ni chalet chalet lain di D'Sawah Padi Homestay ni.

Ni kantin dia. Sedap sedap jugak makanan makcik ni masak. Siap family tu mintak resepi sambal lagi kat makcik. Makcik boleh masuk MasterChef Selebriti tahun depan ! Harga makanan pun berpatutan dan agak murah.

Bunga bungaan menghiasi laman

Pokok pokok

Dan sawah padi luas terbentang

Percutian sebentar yang meninggalkan memori tersendiri

Tanjung Karang....  dan damainya tertinggal di sini.

Bagi aku homestay ni not bad lah. Dari segi chalet tu sendiri, kira OK lah dengar kadar RM 150 semalam. Lokasi pun tenang dan tak jauh dari kota. Overall memang menarik jugak la sekali sekala beralih angin dan bertukar suasana.

Antara aktiviti lain yang boleh di cuba di sini termasuk lah.

Harga dan aktiviti tersedia. Sumber FB D'Sawah Padi Homestay.

Bagi sesiapa berminat boleh hubungi owner dia En Shah. Friedly jugak orangnya. Boleh contact beliau di sini.

HOMESTAY D'SAWAH PADI
Tali Air 2, Ban 3
Sungai Burong,
45500 Tanjong Karang
Selangor
En Shah : 019 229 2034


Nombor untuk di hubungi

Aku tak de kepentingan dengan tempat ni dan tak mengenali owner dia secara personally. Entry di atas adalah cuma pendapat peribadi dan atas usaha ikhlas aku untuk berkongsi. Kalau korang pegi tak best, jangan salahkan aku.

Tapi aku puas hati stay kat sini.. so aku rasa orang lain pun tak terkecuali !

Go !



Aku terima berita dari mu
Kau akan kembali seperti yang diduga
Bertahun berlalu kau berada dirantauan
Kau akan kembali ke pangkuan ibunda

Sawah terbentang dan padi menguning
Daun nyiur melambai angin timur membelai
Riak air di kali bagaikan bersedia
Membasuhi tubuh mu dari debuan kota

Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling
Mendendangkan lagu anak desa
Kau pergi dahulu keranan dah jemu
Kau telah impikan satu hidup baru
Pahit manis seorang kembara
Segalanya telah kau rasa

Desa nan permai setia menunggu
Tiada bezanya seperti masa dulu
Namun kami semua tiada pernah jemu
Segalanya indah selalu

17 comments :

  1. Kampung.... Sawah padi... Memancing.... Sebijik kg embah ( nenek ) kat Teluk Intan... #best sesangat...

    ReplyDelete
  2. Itu keladi bunting Meng, bukan kiambang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. doh guanee selama ni aku tetipu...

      * padahal memang tak tau.....

      Delete
  3. omai...tumpang gelak baca kerenah hero dan princess...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la.. kdg kdg nak marah pun tak jadi.. asyik bercakar je dua org ni

      Delete
  4. welcome to my hometown,itulah permainan kita becak & lumpur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa... patut kasik alamat buleh tumpang makan tengahari...

      Delete
  5. adoii lar papa, bg jawapan level brp lar tue.. bertabah lar wahai princess n hero hihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. bior dia.. nak sgt memancing..

      dia tak nak percaya yang memancing tu tak de dlm darah keluarga yang mengalir ni...

      Delete
  6. Replies
    1. seronok laaa..... spend time sama sama walaupun cuma membuta sepanjang masa....

      Delete
  7. princess tak boleh tahan dia punya ayat.

    Macam kat kampung aku je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beh la kapung mung gini... buleh balik sokmo....

      anak anak aku tu banyak sgt tengok tv.. tu jadi mcm tu

      Delete
  8. her her her.. abang, janganlah berputus asa!
    alahai...drama apa dia tengok tu. jangan kata Aku Bukan Bimbo ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. channel dia org la... astro ceria la. astro apa benda la... siang malam conquer tv.. tak boleh Papa nak tengok Kilauan Emas... kerana otai masih berbisa........

      * lariiiiiiiiiiiiiii

      Delete
  9. best ni memang kampung saya.terima kasih berkunjung dan mempopularkan kawasan pelancongan di sini. Sudi sudikan berkunjung ke blog saya/.

    http://homestay-tanjungkarang.blogspot.my/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...