Friday, March 11, 2016

Jom Usha : Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Pada suatu hari yang agak indah tapi tak berapa nak cerah, kami telah ke Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur !

Ini bukan la julung julung kali kami ke sini sebab masa raya hari tu pernah datang dalam misi mencari baju raya. Tapi kunjungan  kali ni sebab ada orang nak beli kasut !

Aku pun tak tau apsal kasut jauh sangat sampai nak cari kat sini, tapi aku ikut je lah bagi memeriahkan suasana.

Sunway Putra Mall

Sebab bukan aku yang nak mencari barang, jadi aku melangut la menunggu orang shopping ! Tak tau nak buat apa, layan layan tengok mall yang baru di buka ni.

Yok jamu mata !

Ini adalah kambing

Ruang legar mall

Penantian adalah satu penyeksaan. Lebih lebih lagi kalau kita tak de arah tuju tapi terpaksa menunggu.

OR dah hilang masuk kedai yang dia nak tuju.

Ni kot kedai nya..

Saat berganti saat. Detik bertukar waktu, aku kebosanan jugak. 

Dah puas aku suruh Princess posing kat dalam mall tu. Nasib baik dia ada mood nak posing kalau tak dia start buat bahu bongkok, muka kering semacam tak nak bergambar !

Ready !

Posing !

Action !

Nampak tak aku kebosanan?

Tak tau nak buat apa, aku pun browse browse floor plan mall ni then ternampak la ada kedai Spring Popia.

Tetiba amokan padu menguasai diri meruap ruap, jiwa meronta nak makan popia !

Sementara OR sibuk membelek, baik la kiranya aku pegi survey mana tau buleh jumpa popia idaman hati. Kiosk Spring Popia tu terletak di tingkat atas dekat food court, jadi aku terus je ke sana.

Aku tak expect apa apa, ingat tempat makan biasa je, tapi apa yang aku discover ni agak menarik hati !

Terus kemaruk nak snappy.

Area atas tu di buat macam kawasan Kuala Lumpur satu ketika dulu. Sempoi dan santai tempatnya. Boleh mengimbau kenangan tetiba macam hidup di zaman 70 an. Nama tempatnya Selera Street terletak di tingkat 5.

Ayuh usha kalau tak percaya.

Kawasan kiosk kiosk sebelah food court di tingkat atas

Dekorasinya seolah olah mengamit nostalgia. Nostalgia apa pun aku tak tau.

Tapi agak menarik. Dengan rona warna putih menyerikan lagi kawasan

Tetiba berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Jalan Chow Kit

Ada kedai Gunting Muthu. Tapi tutup. Maybe Muthu dah balik India

Kawasan dia agak luas

Dengan senibina style lama lama

Sangkar burung tapi burungnya tak ada

Okey. 

Tempat ni bukan la sekadar tempat kosong untuk orang feeling feeling bergambar. Tapi kawasan ni adalah kawasan ruang makan yang ada kiosk kiosk di buka menampilkan suasana makan di jalanan sepertimana zaman kedai dan warung di buka di pinggir jalan.

Macam tu la umpamanya kot.

Dan adalah kiosk kiosk di buka di sini

Warung pun ada boleh duduk lepak lepak

Macam tak berapa ramai orang datang sini. Maybe orang tak tahu

Dan............... aku temuinya di sini. Spring Popia !

Usha usha menu kejap

Dialog busuk aku dengan budak pekerja situ.

"Dik. Kasi Popia. 1 set. Bungkus ya"
"Sorry bang. Yang popia biasa tak ada. Yang ada cuma sea weed"
"Sea weed? Popia apa tu?"
"Dia macam popia, tapi kita salut dengan sea weed"

Laaaaa... tu bukan Popia. Tu Propa !

Punah harapan !

Tapi untuk tidak mengecewakan budak tu sebab tiada pelanggan, aku order la jugak.

Ini yang aku dapat. No komen ! Langsung tak de rupa popia

So terkubur impian nak pekena popia. Dah la aku tak suka seaweed tu. Tapi Hero pulak suka bukan main lagi dia belasah makan.

Dan Princess keriangan sebab dapat apa yang dia nak. 

Beli lagi selipar baru

Dapat selipar, makanan dia dah tak pandang !

Tapi dia orang dapat apa yang dia orang nak, aku je la kempunan tak jumpa popia yang aku idamkan.

Pasrah !

Tidur malam tu mulut ternganga sebab kempunan nak makan popia goreng.

* padahal nganga sebab berdengkur riang.

Membahang dalam badan kalau keinginan tak kesampaian.

17 comments :

  1. Nk komen pnjg skit.. Dh lh uncle meng tk penah tnjuk muka... Ank dia pn tnjuk kaki je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah sebab dia beli kasut. kalau beli make up buleh la tunjuk muka

      Delete
  2. Mula2 tgk princess pkai kasut silang2..... Pas tu pic bwh pkai selipar plk.. Ingtkn bawa bekal kasut.. Rupanya beli kasut baru......###untung ko dik... Akak seri..... Jgn harap #### nanges je laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka selipar dgn kasut.. kat rumah pun dah banyak.. kang alasan dia kasut ketat la apa la... mcm mcm alasan

      Delete
  3. yaohan ... mengimbau kenangan lame betul bile pegi mall nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn zaman dlm tu je ada theme park paling seram... tempat dating dolu dolu kala....

      Delete
  4. Replies
    1. kalau seaweed dah tak jadi popia la.. tapi dia org ni mana mana kiosk pun semua mcm tak de yang goreng2 ni... apa masalah ntah

      Delete
    2. ada gambar tak seaweed popia tuh

      Delete
    3. tu gambar kat atas tu.... di balut dlm seaweed

      Delete
  5. Nice, dia maintain design kedai2 lama kat atas tu. Tmpt derak sblm naik bas jame mudo dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelah demo derak tempat have have...

      atas tu kalau buat sesi wedding photo cun gak. tapi mesti di keji org

      Delete
  6. tadi try popia seaweed tu...sedap gak..sya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh... apsal semua org suka lak ni.

      * hempas pinggan tanda amok tak puas hati

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...