Thursday, March 24, 2016

Jom Makan : The Cut Steakhouse & Burgers by Chef Zubir, Star Avenue, Subang

Baru baru ni kami sekeluarga teringin nak makan western.

Aku survey dan riki riki so decided nak try makan dekat The Cut Steakhouse & Burgers by Chef Zubir yang terletak di Star Avenue, Subang ni.

Star Avenue Lifestyle Mall Subang.

Sebut pasal nama Chef ni tentu ramai yang kenal. Aku kenal dia, tapi dia tak kenal aku !

Tapi aku tau dia pernah masak di Le Meridien Hotel KL dan aku pernah makan di sana. Not bad juga.

Chef Zubir

Anyway... cut story short, aku sendiri belum pernah ke Restoran dia yang Laman Grill tu. Bagus bagus jugak review yang aku baca pasal tempat tu both di Kajang mahupun di Shah Alam.

Tapi sebab aku rasa yang ni adalah edisi terbaru dari tangan Chef Zubir ni, so kami try The Cut Steakhouse and Burgers ni instead !

Terletak di Ground Floor mall yang baru di buka ni.

Kami datang untuk dinner. Sampai tu memang tak ramai orang, so kami di beri tempat duduk di bahagian dalam.

Usha setting kedai.

Bahagian dalam resto

No. tu bukan bunga hidup ! Yes.. yang belakang tu Chef Zubir

Nice setting

Cozy places

Dan boleh jugak kalau nak duduk di belah luar

Setting resto memang cantik.

Expectation aku memang tinggi since harga makanan pun agak high end. Awal awal sampai kami di sambut ramah oleh staff dia dan di berikan buku menu untuk order.

5 star resto with buku menu macam belacan?

Siap salotip lagi

Tapi tak kisah la tu. So kami order la apa yang patut. 

Menunggu makanan tak berapa lama, tapi since kami sampai tu tetiba berpusu pusu pulak orang datang. Penuh jadi restoran ni. Tapi masih OK lagi. 

Then makanan sampai.

Minuman. Fresh juices.. Manis manis buah

Oreo Milk Shakes untuk budak budak. They both suka gila la

Kami order Lobster Soup recommended by waiter. Sebab memula Princess nak soup.. Malangnya tak sedap ler pulak soup ni. Maybe tak biasa makan kot. Hanyir. Sapa pun tak makan RM 18.50

Carbonara Princess punya. Makan tak abis. Tawar skit. RM 23.50

Atomic Lobster Burger untuk Hero. Portion agak OK tapi lobster burger tu tak berapa umpph. Fries dia je aku suka. RM 28.50

Chicken Dome untuk aku. Part aku paling suka adalah sayur dia jer. Walaupun sikit tapi just nice and not overcooked. Bulat tu ayam.. bawah dia ada hashbrown yang susah gila nak di makan. Dan kuah dia biasa biasa je. Overall... biasa je. Tak abis jugak. RM 27.50

Tenderloin Steak untuk OR. RM 43.50

220 g beef with medium well cooked. 

So sebenarnya aku tak tau nak komen apa kat sini tapi aku memang kecewa !

Anyway semua meals tak abis. Aku expect food yang bagus untuk harga yang premium macam ni tapi tak tau la nak cakap. Nak komen lebih lebih pun customers lain agak ramai ! So aku salahkan selera kami lah yang memang tak up to this standard. Maybe tekak aku je yang tak sesuai kot. Tekak warung !

Plus bila orang ramai servis dia terus jadi huru hara. Maybe waiter waitress penat kot tapi aku expect at least dilayan dengan manis muka. Nak mintak sos cili pun macam nak mintak mutiara dari mulut naga.

So aku tak mao komen banyak. Sapa yang nak cuba boleh pegi cuba. Total cost makanan RM 218.30.

Restorannya di Star Avenus Subang

Map

Cut Steakhouse & Burgers by Chef Zubir
L1-04, No.3, Jalan Zuhal U5/179,
Pusat Komersial Arena Bintang,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam,
Selangor.

FB : The Cut Steakhouse & Burgers by Chef Zubir

Kat restoran ni ada juga live band jugak di sini. 

Tapi....................... sorry kakak.

Makanan tak berapa sedap dengar kakak ni menyanyi lagi aku rasa igauan ngeri jer.

Hero siap boleh cakap.

"Kenapa dia nyanyi tak sedap Papa? Suara Papa lagi sedap kalau nyanyi"

Haaa.. See??  Tu Papa memang tau. Baik je Papa yang bersuara buluh perindu ni menyanyi kat situ !

* duduk bersama katak dan bernyanyi riang sambil bertepuk tangan

Sebenarnya anak aku tu puji sebab dia nak beli jiwa aku supaya belikan dia orang mainan.

So sebab tak best nak review resto ni, aku review Star Avenue je lah.

Ini mall baru di buka

Lokasinya dekat area Subang Bestari.

Ruang legar

Masih belum banyak kedai yang di buka.

Apa apa pun time hari tu ada jualan buku kat lobby. Biasa lah Hero dengan Princess suka sangat la tengok. Masalahnya aku suruh cari buku, benda lain yang di aim nya.

Tajuk tajuk cerita Dinosaur. Ada tak nanti Dinosaur Kekasihku?

Hero macam biasalah kalau tak pilih robot tak sah.

Dan dalam banyak banyak tu Princess nak benda alah ni. FM Ana. Siapa kah gerangan Ana ni? Maria Mariana?



Kejujuran hati mu oh... Maria
Melambangkan agungnya seorang wanita
Mencurah kasih
Menabur sayang
Tiada meniti batasan

Di sebalik naluri Mariana
Yang memendam cemburu dan curiga
Walaupun kasih amat mendalam
Hatinya masih jua resah

Maria oh Mariana
Kekalutan masih jua melanda
Walaupun jiwa masih serupa
Di manakah nanti penghujungnya

Maria oh Mariana
Jalinan kasih dua jiwa
Bila gelora ribut kan reda
Bersama tabah menghadapinya

Di suatu hari
Jalanan hidup ini
Akan haluannya sendiri
Di situ nanti kan abadi
Cinta kekal untuk selamanya

Usha sekali imbas macam nampak ada Giant, Brand Outlet, Guardian, Ace Hardware, Samsung, Maxis, Sox World etc.

Tempat makan ada Secret Recipe. Big Brother. Seoul Garden, Sushi king, Texas Chicken, Satay Station dan dah tentunya CUT Steakhouse and burger By Chef Zubir.

Tunggu lama sikit banyak la kedai di bukak pun, orang pun makin ramai la terjah. Tapi macam tak de daya penarik sangat nak datang sini plus jalan nak masuk tricky skit.

10 comments :

  1. Ermmmm..... Dah lh tk sdap.. Mahal plak... Rm218... Tu seri blh blanja mkn 5 ari...# laparnya tgh mlm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. x pe lah. try sekali. dah kena mcm ni.. tak nak la pegi lagi

      Delete
  2. Memang xsedap pun . Roti burger kering n daging kering. Burger tepi jalan lagi sedap nak bandingkan dgn steakhouse ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmmm pendapat kita sama... tapi tak pe lah. maybe ada yang suka kot..moga moga perniagaan chef zubir bertambah maju.

      Delete
  3. star avenue ni selalu lalu lalang je..
    dulu saya pernah makan kat laman grill, sedap gak food dia. chef zubir ni tak fokus kot, kejap kat laman grill, kejap kat sini haha, tak pun tak train pekerja dia masak betul2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. banyak sgt duit dah kot...

      star avenue ni nak masuk, nak keluar berpusing2 jalan dia..

      Delete
  4. ohhh star avenue ni tiap2 hari aku lalu pergi dan balik keje...tp x pernah nak singgah hehe.. cam ciput jek daging OR tu tp mahal mak aihhh...ko try gi cari makan kat AEON shah alam yg baru buka tu la plak Meng...aku baru cuba satu tempat jek...lom cuba yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa aku tau.. nanti aku pegik aeon shah alam tu.

      kalau ada tempat bas kau bagitau.

      Delete
  5. Bang, bila nak review restoran Rebung Chef Ismail yang baru pindah kat Taman Botani Perdana? Lokasi betul2 depan ibu pejabat polis Bukit Aman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dah pindah ke? kat bangsar tu dah tak der?

      pernah buka puasa kat situ dulu.. ok la not bad tapi priceyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy !!!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...