Monday, March 28, 2016

Phonsavan, Laos

Phonsavan adalah ibu negeri wilayah Xieng Khouang di Central Laos. Ia dikenali terutamanya sebagai tempat di mana terletaknya Plain of Jars !

Phonsavan? Plain of Jars? Plain of Jars pun aku tak pernah dengar, ini kan pulak Phonsavan.

Seriously sebelum aku jejak kaki ke Laos ni memang 2 nama ni asing bagi aku. Petanda tak berapa banyak membaca dan menambah ilmu di dada yang bidang !

* tunjuk tanda S di dada.....

Phonsavan di buka pada tahun 1970-an bagi menggantikan pekan Xieng Khouang lama yang telah dimusnahkan semasa Perang Indochina Kedua. Ia terletak di tengah-tengah banjaran gunung ganang Laos dan mempunyai iklim yang menyenangkan sepanjang tahun (agak dingin pada musim sejuk) dengan kedudukan ketinggian melebihi 1100 meter dari paras laut.

Tarikan utama Phonsavan ini adalah Plain of Jars, iaitu sebuah kawasan yang telah dicalonkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.

"Apa pula tempat bernama Plain of Jars tu?"

Bagus soalan tu. Awak boleh duduk.

The Plain of Jars merupakan tapak sejarah purba dan juga bukti kewujudan budaya masyarakat purba Phuan, Hmong, Khmu dan Tai Dam. Tidak seperti Ancient Greece ataupun Zaman First Emperor China, kewujudan Plain of Jars ini tidak dapat diketahui masanya, dan kebanyakkan sisa peninggalan zaman pra sejarah ini telah musnah akibat pengeboman oleh Amerika Syarikat sewaktu perang Vietnam. Bentuknya macam tempayan yang wujud secara bersepah sepah di beberapa kawasan.

Sama seperti kesan yang ada di Easter Island, begitu juga The Plain of Jars di Phonsavan ini perlu dilindungi sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Jom layan gambar sekitar Phonsavan dan Plain of Jars.

Saya seekor lembu dari Phonsavan

Babi berkeliaran. Ada satu kampung tu, for the first time aku tengok babi lagi banyak pada anjing. Merata rata babi...... kanan babi, kiri babi, sana babi... sinun babi ! Banyak betul babi babi nih !

Pekan Phonsavan

Jar Site 1

Kawasan tapak tinggalan sejarah

Jar yang tidak dapat dipastikan kegunaannya sewaktu awal kewujudan

Selain daripada Plain of Jar ni, keindahan landscape di kawasan Phonsavan ini memang cantik

Kawasan berbukit bukau dengan tanaman padi dan tumbuhan pergunungan memang memukau pandangan mata

Gadis gadis desa di Phonsavan

Anak anak Lao

Bendang

Jar site no 2

Lembah dan lurah

Cuaca sejuk di pergunungan

Sawah padi

Jar site no 3

View

View pekan Phonsavan dari atas bukit

Phonsavan

Tugu peringatan persahabatan Laos/Vietnam

Gigih aku panjat bukit ni... belakang senjanya nan hado !

Senja di Phonsavan

Biasanya tujuan utama pelancong datang ke Phonsavan ni hanya untuk ke Plain of Jars site. Tiada tarikan lain yang menarik di sini tapi view area Phonsavan ni memang lawa gila ! Tak sangka pulak view Laos macam kat negara 4 musim. Dengan pokok pines tumbuh gagah mencantikkan landscape dan area ni.

Pekan Phonsavan kecik je cuma jalan besar dia tu agak panjang. Kebanyakkan restoran dan hostel penginapan tertumpu pada area tu je. Ada restoran halal kat Phonsavan ni. Nisha Restaurant. Aku menginap di Namchai Guesthouse 1 malam, kos dalam RM 53 per nite en suite tu.

Untuk berlegar legar di Phonsavan ni, aku nasihatkan sewa je motosikal. Harga sewa 80,000 Kip sehari so boleh pegi ke Jar sites tu sendiri. Cuma kena waspada sebab tak de peta dan tanda jalan pun tak nampak. Ada banyak pakej untuk ke Plain of Jars ni yang di offer mengikut jumlah orang dalam satu group tu. Kalau sorang biasa dia ketuk 700,000 Kip. Kalau 2 orang 500,000 Kip per pax. Kalau lebih pada 4 orang dia orang charge 200,000 Kip seorang. (10,000 kip = RM 5)

Perlu tau site Plain of Jars ni ada banyak. Berpuluh puluh tapi yang di buka untuk lawatan cuma 3. Plain of Jars Site 1, Site 2 dan Site 3. Site 1 agak dekat dari Phonsavan ( 15 KM ). Site 2 dengan Site 3 lebih jauh (30 KM dari Site 1). Jadi kena pepandai plan masa. Aku habiskan sehari jugak lah untuk ke tiga tiga site ni. Site no 1 paling banyak jar. Site no 2 dan no 3 tak banyak tapi scenery dia lagi lawa.

Map dan penanda jalan memang kurang. Simpang nak masuk site 2 dan 3 pun tak de (baru nak buat time tu sebab jalan pun baru nak turap) So aku sesat dalam 30 KM ntah ke mana mana. Nasib baik la view lawa. Terpesona jap. Patah balik 30 KM baru jumpa simpang tu semula dan masuk dalam lagi dalam 15 KM. Agak jauh jugak la so kalau nak kayuh basikal tu rasa rasanya tak payah lah. Sewa moto je senang. Tapi naik moto kena hati hati sebab jalan penuh debu debu berterbangan.

Area pekan Phonsavan tu sendiri tak de apa sangat, ada la few caves dan waterfalls kecik kecik kalau nak pegi. Dan boleh juga tengok kehidupan masyarakat di sini yang hidup selepas perang dan bagaimana dia orang menggunakan peluru dan senjata perang untuk dijadikan hiasan rumah dan barang kegunaan harian.

Area Phonsavan ni kiranya kawasan yang paling banyak di bomb sewaktu perang dahulu. Jadi kalau nak berjalan tu kena hati hati, follow je yang ada tanda MAG kat tanah tu sebab penanda MAG ( Mines Advisory Group ) tu maksud kawasan tu dah diclearkan dari bomb dan periuk api.

Aku datang ke Phonsavan dari Luang Prabang. Naik van. Harga tambang 120,000 Kip. Perjalanan 8 jam. Trip dari Luang Prabang ke Phonsavan cuma ada siang je disebabkan oleh faktor keselamatan ( jalan gunung ganang ). Dari Phonsavan aku ambik sleepers bus ke Vientiane semula dengan tiket 150,000 Kips dan perjalanan selama 10-12 jam. Sebab bas rosak jadi 15 jam ! Ergh............

Aku recommend Phonsavan sebagai destinasi yang boleh dilawati di Laos ni. Kalau bukan kerana Plain of Jars tu sekali pun, scenery dan nature persekitarannya pastinya buat rasa kurang percaya yang kita berada di Laos.

Boleh refer wiki : Phonsavan

Layan skit lagi scenary kat kawasan ni.





Phonsavan ni memang boleh buat rasa sawan ! Kejap kejap rasa nak berhenti nak ambik gambar sebab scenary yang begitu indah dan lawa. 

Ingat Phosavan ingat Plain of Jars. 

Ingat plain of jar maka ingat la kat lagu Jar of hearts oleh Christina Peri. 

Ingat Christina Peri ingat pulak kat Peri Peri Chicken Nando's. 

Terus samar samar bayangan aku nampak makanan. 

Lapar !!!



Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin duka
Kini tinggal samar bayangan
Tak bisa lagi berdiri
'Tuk menatang cinta ini
Mengapa harus ku sendiri pertahankan
Cinta yang berdarah ini oh...

Hati masih merindu sedih
Walau hujan berapi
Membakar di bumi hatiku
Andainya putus katamu
Ingin pergi dariku cuma
Kau menyesali

Segalanya akan aku tempuhi
Biar pun sejuta duri
Menikam bisa hatiku
Menusuk pilu kalbuku
Akan aku teguh berdiri lagi oh..
Biarkanlah diriku sendiri
Hadapi kelukaan ini
'Kan ku sambut airmata ini
Walaupun pedihnya tiada terperi

Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin luka
Kini tinggal samar bayangan
Andainya putus katamu pergi
Tinggalkan daku cuma
Usahlah kau menyesali lagi

9 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...