Sunday, August 17, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 07 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Beredar dari Jembatan Cinta balik ke chalet.

Senja berlabuh

Tidung.... 

Buang la sampah pada tempatnya. Faham? Tapi area Jembatan Cinta ni agak bersih lah. Mungkin di jaga dan tak de rumah penduduk kot.

Gerai gerai yang menjual makanan

Kucing comel keseorangan kebinatangan di Jembatan Cinta....

Pening nak cari mana satu basikal aku. Semuanya kaler pink !!!

Balik ke chalet, lepak lepak jap tepi pantai depan chalet.

Melayan perasaan. Ada budak budak kolej yang stay di chalet Ibu Ina tu buat BBQ malam tu. Ada yang tegur aku sebab nampak aku sorang sorang kot. Aku cakap aku dari Malaysia.

"Kok gimana tau Pulau Tidung?"

Macam tak percaya lah tu. Sebenarnya sebelum aku nak datang sini, aku pun tak tau pasal Pulau Tidung ni. Aku cuma tau Kepulauan Seribu jer....

Dan dia orang baik hati siap ajak aku join BBQ dia orang. Tapi aku tak moh.

* jual mahal tapi sebenarnya Wak segan......

Tempat melepak depan chalet

Balik bilik. mandi dan bersiap siap semula untuk keluar.

Ke mana lagi kalau bukan ke tempat makan yang aku pegi siang tadi. Kan dah janji dengan awek awek tu Abang Toyyib akan datang lagi malam ni.

Pastikan awek awek tunggu kedatangan abang tau !!!!

Dan sememangnya dia orang tunggu aku datang !!!

Hahahahaha.

Ambik port paling best

On wifi dan nak check esok sunrise jam berapa

Tapi wifi signal dia tak kuat sangat. IPhone aku tak leh nak detect wifi, nasib baik Note 3 aku boleh. So sementara tunggu makanan tu boleh online. Macam biasa... email masuk bertalu talu. Rengsa.

Ada apps dalam Note 3 aku ni bagus betul. Dia detect aku kat satu satu tempat tu, pastu bagi cadangan macam macam. Aku baru tau sebab sebelum ni aku jarang travel bawak phone ni sebab phone opis. 

Cuaca malam tu 25 darjah celcius. 

Makanan dah sampai. Aku order Nasi Goreng

Dan limau ais

Ayam bakar. Rentung betul.

Lepak lepak makan makan sambil layan borak dengan awek awek keje warung tu. Ramai awek keje situ. Owner dia jantan. Menyirap je dia tengok minah minah ni dok borak dengan aku. Kejap kejap panggil.

Jeles la tu.

Tapi borak kosong je pun. Dia orang excited tengok gambar gambar 'photo spots nearby' kat apps phone tu. Gambar gambar Pulau Tidung. Kagum agaknya sebab dalam gambar nampak lebih lawa... padahal in real tak de la lawa mana pun. Opsss.

Dah kenyang tu, aku pun blah. Pelanggan pun makin ramai, awek awek dah tak bermasa nak melayan aku. 

So aku terluka SERIBU rindu di Kepulauan Seribu.............

* hempas pinggan



Api yang menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah yang setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempat ku rasa manisnya
Pahit berganti
Terpaksa ku telan jua...

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik menjadi derita
Cinta tak sudahan
Mesranya diri mu disamping sidia
Menambah luka dia hati ku
Senyuman mu disamping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di jiwa ku
Hati ku sakit tak tertahan lagi

Kasih sudahnya begini
Kisah cinta yang sejati
Ke manakah hala
Yang akan ku bawa
Pahit luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setia ku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi....

Balik bilik terus lepas tu then malam tu aku layan TV jap sebelum tidur.

Hajat hati nak bangun awal pagi nak tengok sunrise di Pulau Tidnng ni !!!

"Krengggggggggggggggggggggggggggggggg"

Jam berbunyi.

Bangun, basuh muka, buat apa yang patut, capai kamera dan keluar.

Masih lagi dengan basikal kaler pink tu !

Aku ke Jembatan Cinta nak tengok sunrise dari sana. Nasib ada kedai dah bukak, aku singgah beli bekalan kudapan sambil nak layan sunrise nanti.

Kudapan waktu pagi

Malangnya sunrise tak cantik mana. Hampa.

Layan ambik gambar je la pepagi buta

Dan pepagi buta pun dah ada orang datang ke Jembatan Cinta ni

Jembatan Cinta

Waktu pagi

Pagi di Pulau Tidung

Pantai di Jembatan Cinta

Cuaca tak berapa menarik. Macam mendung nak hujan

Tengah aku melara jiwa menanti sunrise yang tak ada tu, tiba tiba sesuatu berlaku. Sesuatu yang serious !!!!

Tau apa jadi?

Tengah aku snappy snappy ambik gambar dan melantak makan jajan jajan tu, tetiba.......tetiba rasa macam dah 'mari' !

Tanpa berfikir panjang, aku berlari gi ambik basikal. Kayuh basikal dengan rakusnya. Abis langgar lubang lubang yang ada.

Perut tetiba memulas. Maybe sebab aku minum nescafe tu kot, terus rasa nak terberon tahap menerobos !

Dah la dari Jembatan Cinta tu nak balik ke chalet aku ada dekat 15 minit.

Huru hara aku bawak basikal sambil menahan sakit perut. Berdoa dalam hati, muga muga sempat sampai. 

Lagi haru kalau terbarai tengah jalan? atas basikal pink? atau depan orang? Mana aku nak sorok muka aku ni????? Rosak lah imej aku sebagai seorang Artis Antarabangsa.

Sambil kayuh basikal, sambil baca jampi serapah.

Bontot kat atas, kepala kat bawah.
Bontot kat atas, kepala kat bawah.
Bontot kat atas, kepala kat bawah.
Bontot kat atas, kepala kat bawah.

Sampai kat homestay tu boleh pulak Ibu Ina tu dok sapu sampah. Dia ajak borak.

"Kok ke mana aja pagi pagi gini?"

Ibu Ina, talk to the hand !!!

* meluru masuk bilik dan terus melepaskan mimik mimik pelbagai wajah Mr Pasola.

Tenang selepas kejadian.

Baru tenang jiwa, setenang air laut di depan chalet di kala mentari terbit pagi.

Layan sunrise kat depan chalet je sudah laaaa... Syukur tak terbarai tengah jalan tadi. Sesak nafas kejap.

bersambung.............

13 comments :

  1. haha.sangatla saspen cite ko neh.anyway sunrise tu still cantik aku tgk.

    ReplyDelete
  2. Salam Meng

    Hahaha
    Aku dpt bayangkan betapa kritikalnya situasi ketika itu dgn dahi berpeluh dan muka berkerut

    ReplyDelete
  3. apa nama apps kat note mu tu?

    hehe... naper x tabur jer kat jembatan chenta tu? barulah kenangan terindah? kahkah

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha...adoiyaiii..suspen betol la ko..weii apa apps yg best sgt tu..kasi kongsi sket hahaha..

    Aku lately x banyak komen sbb busy..maklum la bulan last kat company ni....next month semua serba baru..hehe..

    ReplyDelete
  5. plan nk g sana jugak..

    tp orang kata bandung ek best

    ReplyDelete
  6. Agip : suspens gak la sebab dia datang tiba tiba.. selalu aku boleh je bajet timing dia...

    aku exxpect sunrise lawa lagi.. tapi tu je yang ada..

    pasrah.


    Rez : tu la tu...

    kdg kdg tak de warning dia datang tiba tiba...

    terpaksa la buat senaman muka..

    ReplyDelete
  7. HB : eh kau nak bertukar keje dah pulak? ok. apa apa good luck..

    oh apps tu..sebenarnya aku pun tak tau. hahaha tapi aku rasa google kot.

    kau check kat location setting.. nanti every time kau pindah randah dia update la benda bukan bukan..


    Zul : kau compare pulau seribu dengan Bandung?

    hmmmm aku tak pasti.. tapi dua dua tempat ni kalau pegi mesti dengan tujuan dan niat yang berlainan.

    ReplyDelete
  8. Ayam bakar tu mak aihhh dh mcm rupa arang!!!

    Bontot atas kepala bwh? Jsmpi tu menjadi ke ahaha lawak lah

    ReplyDelete
  9. adoiii...sakit perut baca jampi tahan cirit tu...hahaha gaban punya lawak.

    ReplyDelete
  10. JM : memang dah macam arang. kena kepak kepak baru jumpa isi...

    Jampi tu jadi la... mcm jampi kentut.

    asap ke sana .. bunga ke sini.. ( ulang2 banyak kali )..


    NM : nasib baca jampi serapah tu. kalau x maunya terbarai dah

    ReplyDelete
  11. Pasal jampi tu, teringat masa darjah 1. Masa nak masuk kelas, tiba-tiba ada 'sesuatu' akan lahir.. Ada la terserempak dengan senior dalam darjah 5 bagitau. Nak bagi reda, tepuk kepala sebut punggung.. tepuk punggung sebut kepala. Wajib pulak tu bahagian tepuk. Tak tepuk, tak sah.. Masa buat tu, eeehhh menjadi pulak.Masa rehat, baru kasi lepas.. Lain kali wajib tepuk kepala dan punggung.. Bukan percaya sangat, cuma alternatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kdg kdg terdesak buat menjadi jugak. ye dak?

      tapi semua tu psycho dlm diri jer tu.... ngeh ngeh ngeh

      Delete
  12. Bang, 2022 oktober tukaran uang indonn sudah rm3.23 utk 10rb.. huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...