Pukul 5 pagi dari Jakarta Pusat, pukul 6 pagi aku sampai di Pelabuhan Kali Adem di Muara Angke.
Mamat teksi tu pun tak berapa pasti dan aku lagi la tak tau apa. Dah la pagi pagi buta. Gelap gelita lagi. Lalu jalan yang agak busuk sebab kawasan orang jemur ikan masin. Siap ada kawasan banjir sebab air laut pasang dan teksi terpaksa jugak redah.
Mencabar jugak lah nak kena tempuh semua semua tu tapi itu lah.. akhirnya kami selamat tiba di Pelabuhan Muara Angke.
Pelabuhan Muara Angke di Kali Adem
Selamat Datang ke Muara Angke. Ada warung makan kat tepi tepi ni tapi macam tak berapa bersih. Banyak lalat dan laluan yang sangat kotor
Masih pagi lagi time ni, tapi dah ada orang yang lebih awal dari aku !!
Lepas mamat teksi tu blah, aku masuk ke bangunan tempat dermaga. Kat situ dah nampak beg bersusun susun. Senang kat sini, bukan orang yang beratur tapi beg yang di susun sebagai penanda.
Aku pun sama la ikut serta.
Ferry di dermaga
Harga tiket untuk ke pulau pulau. Ada 2 laluan ke pulau di sini. Iaitu pulau Pari etc dan Pulau Tidung etc.
Aturan barang bawaan
Tiket tak boleh pesan orang belikan, kena tuan empunya badan beli sendiri !!!
Kaunter tiket yang masih belum di buka
Nampak tak beg di susun susun? Belah kanan yang panjang tu orang nak ke Pulau Pari... ada dua tiga orang mat salleh aku nampak ada kat situ, yang belah kiri ni nak ke Pulau Tidung dan pulau pulau di perjalanannya. So aku letak beg kat situ je lah.
Bangunan di pelabuhan.
Rumah di tepi pelabuhan Muara Angke
Jenuh aku nak digest apa benda 'berpartisipasilah' ingat kan berparty, rupanya 'participate'
Jenuh la nak tunggu bila kaunter tiket tu nak bukak.,
Sempat la aku pegi kencing, pastu gi solat kat surau berdekatan. Tunggu tunggu tak bukak bukak jugak. Orang makin ramai, tapi semua main susun beg je lah.
Dan akhirnya hampir pukul 7 baru la kaunter di buka. Beratur la beli tiket.
Tiket ke Pulau Tidung
Orang menanti nak beli tiket.
Lega bila dah dapat tiket. Aktiviti seterusnya adalah menunggu ferry. Lama jugak lah.
Nasib baik ferry memang bergerak jam 8 pagi.
Nasib baik ferry memang bergerak jam 8 pagi.
Warga tempatan yang nak naik ferry jugak
Akhirnya nama di panggil sorang sorang untuk naik ferry. Masa beli tiket tu dia siap ambik nama, pastu berkumandang la nama sorang sorang di panggil masuk ke ferry
Memang kalau lambat, tiket abis kiranya tak boleh pegi lah sebab ferry ni jenis strict jugak, ikut jumlah seat yang ada dan memang tak boleh nak duduk kat luar.
Macam ada yang tak boleh naik hari tu, dia orang pegi ke jetty satu lagi (jetty nelayan) yang masuk ikut pintu pelabuhan khas untuk nelayan dan naik bot kayu dari situ.
Yang ni aku pun tak pasti sebab aku cuma borak dengan mamat sorang tu, dia orang berlima dan tak cukup tiket dah. So dia orang dinasihatkan naik bot kayu di jetty pelabuhan yang satu lagi ( kat area area situ jugak tapi bahagian jetty nelayan )
Laluan ke ferry
Dalam ferry
Ferry ni memang penuh. Walaupun ferry agak baru tapi kalau dah penuh dalam tu rasa macam sesak nafas !
Pintu tak leh bukak. Aircond pakai aircond rumah je mana la nak sejuk. Sebaik je ferry bergerak, mula la budak budak menangis sebab kepanasan. Aku pun panas jugak.
Lagi panas sebab dia pasang lagu dangdut dalam tu. Lagu dangdut dari konsert live. Full blast lak tu ! Macam nak pekak telinga. Yang tak leh tahan, siap mamat mamat dalam ferry tu menyanyi sama.
Dah la dalam ferry tu ada banyak makcik makcik pakai tudung. Lagu dangdut tu siap terjerit jerit..
"Asikkkkkkkkkkkkkkkkkk... Asik asik asik"
Macam lucah jer.
Dan lagu yang sama di pasang berkali kali. Ada some part tu, tengah dok uh uh uh bunyi penyanyi dangdut tu menyanyi macam nak mengerang, aku terpandang makcik pakai tudung labuh. Makcik tu lak tengok aku semacam je. Mesti dia cas aku bersenkongkol berseronok dengar lagu dangdut yang ala ala melucah tu.
Aku jadi malu sendiri.
Kesian makcik makcik dalam bot tu terkena penderaan bunyi. Tapi maybe dia orang dah biasa kot.
Aku je la agak stress. Tapi macam terhapal lak lagu dangdut tu especially part "ah ah ah, asik asik asik" tu.
Hahaha. Aku ni layan jugak la dangdut, tapi kalau too much asyik nak mengerang jer. Boleh pening kepala jadi nya.
Ni lagu dia. Siap mamat mamat lelaki dalam ferry tu bersahut sahutan macam nonton konsert !!
Layan ! Ah Ah Ah.................. Asik !!!!!!!!!!!!!
Layan ! Ah Ah Ah.................. Asik !!!!!!!!!!!!!
Kau bilang padaku, kau ingin bertemu
Ku bilang padamu oh ya nanti dulu
Aku lagi sibuk sayang, aku lagi kerja sayang
Untuk membeli beras dan sebongkah berlian
Sayang, aku bukanlah bang toyib
Yang tak pulang-pulang
Yang tak pasti kapan dia datang
Sabar sayang, sabarlah sebentar
Aku pasti pulang karna aku bukan
Aku bukan bang toyib
Sudah tunggu saja diriku di rumah
Jangan marah-marah, duduk yang manis ya
Aku lagi sibuk sayang, aku lagi kerja sayang
Untuk membeli beras dan sebongkah berlian
Sayang, aku bukanlah bang toyib
Yang tak pulang-pulang
Yang tak pasti kapan dia datang
Sayang, aku bukanlah bang toyib uhh
Yang tak pulang-pulang
Yang tak pasti kapan dia datang
Sabar sayang, sabarlah sebentar
Aku pasti pulang karna aku bukan
Aku bukan aku bukan aku bukan bang toyib
Suasana dalam ferry tu langsung tak tenang.
Dengan muzik lagu dangdut yang terlampau kuat, budak budak start menangis kepanasan. Tingkap yang tak leh bukak dan pintu pun tak dibenarkan di buka memang terpaksa menahan je lah. Aircond yang macam tak berfungsi langsung. Ergh... berdoa, cepat la sampai.
Tapi sebelum sampai ke Pulau Tidung tu, ferry akan berhenti di beberapa pulau lain dulu. Pulau Tidung adalah pulau terakhir.
Tapi 2 jam lebih perjalanan dengan ferry tu rasa macam lama gila. Nasib aku sumbat telinga dan buat buat tido. Malas nak ambik tau pasal ragam manusia dalam ferry ni.
Ferry berhenti di salah sebuah pulau
Akhirnya selepas di lambung ombak, kami akhirnya sampai juga di Pulau Tidung.
Lega. Semua drama drama dangdut tadi akhirnya berakhir juga.
Pelabuhan Pulau Tidung
Selamat Datang ke Pulau Tidung
Pejabat kerajaan di Pulau Tidung Besar
Sampai di pelabuhan tu, aku keluar. Macam biasa, ada ramai yang menanti dan offer penginapan apa semua. Aku memang tak book apa apa. Atas dasar yakin boleh jer.
Kalau tak?
Hahah. Tidur tepi pantai je lah agaknya. Tapi kat Pulau Tidung ni penginapan yang ada bukan lah jenis hotel tapi kebanyakkannya macam homestay atau chalet yang dimiliki dan diusahakan oleh penduduk tempatan.
Pulau Tidung ni agak ramai juga penduduk, lengkap dengan segala kemudahan termasuk sekolah, pejabat kerajaan, hospital dan sebagainya.
Hospital
T shirt Pulau Tidung
Kedai kedai di Pulau Tidung
Sebaik saja keluar dari pelabuhan tu, aku di approach oleh orang offer penginapan. Ada few orang la, so menimbal balik harga apa semua, akhirnya aku bersetuju dengan yang paling murah !
Tapi aku cakap, aku nak yang tepi pantai dan ada aircond.
Mamat tu cuma tunjukkan jalan je cemana aku nak ke sana. Tapi dia syorkan aku sewa basikal. Nanti senang kalau nak ronda ronda sekali. Aku setuju jer.
Ada banyak orang offer untuk penyewaan basikal. Aku pegi yang paling dekat lah.
"Pak. Saya mahu nyewa speda"
"Bisa"
"Berapa harganya Pak?"
"10 ribu untuk 1 hari"
"Oh..bisa"
"Pilih saja"
Aku tengok semua basikal semua kaler pink !
Hello. Aku yang remaja, macho, kacak bergaya ni takkan nak naik basikal pink? Malu kalau orang tengok.
"Yang ini bisa Pak?"
Aku pegang basikal kaler biru.
Aku pegang basikal kaler biru.
"Bisa. Tapi kondisinya udah ngga bagus. Ya udah, ambil saja yang ini"
Sambil tunjuk pada basikal pink.
"Saya ngga bisa dengan warnanya Pak"
Aku gelak gelak.
"Ya.. Ini yang paling baru.... Kondisinya bagus"
Erkk.....
Nak tak nak terpaksa lah.
Maka bermula lah jejaka macho, berbadan tough, bersuara emas naik basikal kaler pink di Pulau Tidung !!!
Maka bermula lah jejaka macho, berbadan tough, bersuara emas naik basikal kaler pink di Pulau Tidung !!!
"Hey Hey Hey, no kamera please .......................!"
Basikal pink
Dari tempat sewa basikal, aku ikut mamat yang offer penginapan tadi. Tak jauh pun cuma belah belakang dari arah pelabuhan tu je. Lalu ikut jalan berturap di kawasan perumahan penduduk Pulau Tidung ni.
Lebih kurang 5 minit kayuh basikal dari pelabuhan tu sampai la ke penginapan Ibu Ina ni.
Lebih kurang 5 minit kayuh basikal dari pelabuhan tu sampai la ke penginapan Ibu Ina ni.
Sampai di chalet penginapan
Ini bilik aku OK lah. Harga satu malam INR 150,000
Dan aku perasan memang banyak basikal pink kat Pulau Tidung ni
Dalam chalet penginapan
Katil. Kira OK lah. Cukup selesa. Aku tak leh nak complain lelebih.
Dan ni view di tepi pantai depan chalet. Banyak batu karang yang dah mati dan di kumpulkan bagi menahan ombak
Dan suasana tenang dan damai di Pulau Tidung.
Agak tak menarik sebenarnya pemerhatian aku seawal sampai di Pulau Tidung ni. Maybe cuaca pun mendung dan berjerebu. Laut pun tak nampak biru.
Kepenatan dan mengantuk sebab bangun awal pagi tadi, sampai bilik, aku tertido. Lagi macam sakit kepala terkena badi dangdut berterusan sepanjang perjalanan !
Tak pegi pegi lirik lagu tu dari kepala otak aku ni.
"Abang Toyyib... Abang Toyyib......Abang Toyyib baru pulang...."
Eerghhhh ! Sapa laa Abang Toyyib ni sebenarnya?
bersambung..................
Asyik ! Asyik ! Asyik !
ReplyDeleteHahaha
Tak terbayang aku meng ko naik beskal pink. Dari gambo ko letak, feri nampak tiptop, tapi dari penceritaan ko, aku dah dapat bayangkan kehazaban yang ko hadapi. Tak pe pengalaman mendewasa kan kita. Kita kan remaja hehehe
ReplyDeletebang toyib kat Semenyih.. kat ladang sawit...
ReplyDeleteLagu dangdut! Itu mmg ubat Jm tu
ReplyDeleteBasikal pink u uoulss, ya auww auwwww x sesuai tau
HH : kau jangan... sekali kena penangan tu kang.. tak keluar keluar dari dalam kepala..
ReplyDeleteF : dewasa ya... hmmmm dah terlebih dewasa dah aku ni..
DrS : hahaha betul betul betul.. tapi bang toyyib kat sini nak je balik indon tu. cuma ongkosnya masih ngga ada....
JM : JM suka dangdut? hmmm aci gelek inul la ni....
basikal pink memang tak sesuai. nak kayuh pun berlinangan airmata...