Sunday, August 24, 2014

Resipi Tradisi : Tepung Talam ....................... Runtuh

Walaupun aku berasal dari Italy dan menggemari makanan makanan tempatan (Italian food ). Aku tak lupa jugak menyukai makanan antarabangsa.

* sengeh sampai telinga

Salah satunya adalah Tepung Talam. Antarabangsa tu occay !!!

Tepung Talam

"Tepung Talam? Kuih apa tu Meng?"

OK. Kau kucing kau tak tau. 

Kuih Tepung Talam adalah sejenis kuih yang di masak di dalam talam.

Faham?

Tapi ni sejenis kuih yang sedap jugak lah. Lama tak makan. So aku dah kemaruk hari tu so aku paksa kakak aku buat dengan bantuan dari Chef Selebriti terkenal, Makcik Mona.

"Kalau kita makan kita jadi hensem ke Meng?"

Of chosss. Tapi kau kucing kau tak akan suka.

So hari tu resepi ini diperturunkan oleh Mak aku kepada kakak aku dan aku menyelit snappy untuk tatapan umum. Barang di ingat, Tepung Talam ni ada jenis jenisnya. Kalau tengok ada yang kaler cokelat di bawah dan putih di atas. Tapi yang ni putih di bawah dan cokelat di atas. Yang cokelat tu rasa dia manis dan yang bawah rasa tawar tapi sedikit masin.

Bila makan rasanya enak tak terperi. Inzal sampai ke dinding !

Macam biasalah, time raya hari tu, aku ke dapur hanya untuk makan jer. Masak memasak memang aku tak pandai. Tapi ambik gambar aku pandai. Jadi.....ayuh kita mencuba resipi tradisi Kuih Tepung Talam versi ni.

Bahan bahan aku tak tau, kita go along la nanti korang check bahan bahan yang perlu.

Telur sebakul? Alamak fail ! Aku pun tak tau berapa banyak nak guna ni... main snapy jer sambil makan. By the way telur kami di basuh !

Memula ambik bekas dan letak gula melaka. Pastu masukkan telur

Masukkan telur lagi dan kacau kacau... pukul sampai dia menjerit kesakitan. Kalau boleh ada efek lebam dan luka berdarah.

Masukkan gula sikit mengikut tahap kemanisan syurgawi masing masing

Pastu kacau lagi di samping masukkan telur.... again. Aku tak pasti la berapa bijik. Ikut mood kot. Hahaha

Biar jadi macam ni.. Dah kena pukul sampai mereka seia sekata.... sehati berdansa

Masukkan tepung. Tepung apa ni haa?.... sukatan tak banyak.. ikut suka hati ( padahal aku pun tak pasti )

Bila abis pukul dan terdengar jeritan kesakitan.. sila tapis dan ambik yang larut jer. Yang berketul ketul dibiarkan sepi sendiri.........

OK. Kalau tak tau, kuih Tepung Talam ni dia ada 2 tingkat. Tingkat atas dan tingkat bawah. Yang tadi tu kiranya belah yang manis dan berada di tingkat atas. Tingkat bawah pulak lain cara penyediaannya.

Ayuh mula kan lagi.

Untuk bahagian bawah.. Ambik tepung tadi kacau bilau dengan air.. masukkan garam sikit

Dah jadi 2 adunan dan siap siap untuk di kukus. Satu step je ke yang kaler putih tu? Hahaha aku pun dah lost

Sementara itu di lokasi atas dapur, letak talam dalam pengukus yang sedang dikukus. Kukus talam tu sampai dia menjerit kepanasan

Masukkan yang bahagian putih dulu ke dalam talam... Kukus

Kukus sampai dia keras sikit. Check dengan pisau ke sudu ke samaada dia firm tapi tak keras

Pastu baru curah yang kaler cokelat atas dia............ dan sambung mengukus

Agak agak siap, begini la rupanya Tepung Talam..............or rather Tepung Tilam. 

Ada runtuh sikit sebab dia macam berkedut di atas. Tu sebab tak pandai menjaga kecantikan so dia tua sebelum usia. Hahahaha. Sebenarnya aku tak pasti, tapi mak aku kata kakak aku buat ni tak berapa menjadi. Presentation adalah fail tahap kedai perabot terpakai. Sebab tu nama dia Tepung Talam Runtuh aka Tepung Tilam !!

Tapi tak per sebab nak makan sendiri. Yang penting, hidangkan dan rasai lah sendiri.

Rupa agak buruk tapi rasanya sedap

OK. Kakak aku gagal gak buat ni dan kalau aku suruh OR buat pun dia tak tahu. Aku pun gagal nak salurkan resipi dengan tepat dan padat serta berinformasi. Tapi at least ni lah yang aku buleh kongsi.

Kalau sapa nak buat, pegi menurun dengan yang pakar. Tapi silalah cuba dan kekalkan tradisi kuih muih Melayu yang semakin pudar popularitinya ni....

"Lepas makan kita jadi hensem tak Meng?"

Shut up you kucing !

Kucing kucing ni berpeleseran. Ada dekat 4-5 ekor. Tak bertuan, tapi dia orang ( kucing ) memang suka melepak lepak kat area rumah Mak aku.

Dan mereka mengucapkan ..........."Selamat Mencuba Resipi ini...."

OK. Motip utama entry ni aku nak cakap, rumah mak aku ada banyak kucing. Tu je sebenarnya.. Abaikan je la resipi tu. Aku kan memang fail bab bab bagi resipi ni.

* lari usung pengukus keliling Italy ......

19 comments :

  1. Oi... Lama sungguh aku xmkn kuih talam ni...
    Err... Mcm kucing yg sama jer dlm semua gambar yu

    ReplyDelete
  2. suka yg putih diatas, coklat dibawah..ada jg yg guna ubikayu kat bhg bawah..kuih talam ni kuih org anak ramai..sekali masak dapat seloyang..

    ReplyDelete
  3. oh, memula aku tengok picture utama tu, aku ingatkan otak rebus ka apa, mungkin makanan tradisi puak zulu... luls

    hmmm... mungkin sebab ni kot normally kuih tepung talam dibuat coklat kat bawah, putih kat atas... sebab bhgian tepung tak mudah runtuh mcm bhgian gula merah tu, kot... hahah ;3

    ReplyDelete
  4. sakit perut ah dengar cerita chef meng mengajar buat kuih talam...ikut kalu confirm jadi talam bermuka-muka tambah hensemlah sebab package ngan senaman muka....wakakakaka

    ReplyDelete
  5. Kuih talam sedap...jangan muka talam sudah le,,,,

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum bang,
    Sham dulu mkn yg hat putih jer.. dulu kurang suka kuih yg manis2..

    Tapi itu dolu-doluuuuu la...

    ReplyDelete
  7. aku suka kuih talam yang hijau putih tu jerrr.....dengan kuih lapis merah putih...eh kuih lapis kategori kuih talam gak kan...aku reti makan jer, masak nan hadooo....

    ReplyDelete
  8. aku lak ske kuih talam berlauk...sbb aku ske kue savory dari sweetsweet ni. dah tak ramai yg jual talam berlauk...sedap tau ni !

    ReplyDelete
  9. Kesian kucing tu, sampai tua la takkan hensem macam Abang Meng! Kuih talam tu walaupun buruk tapi kalau makan bersama kopi o panas di atas beranda di kala hujan memang inzal sampai ke dinding! (pinjam ayat inzal ko)

    ReplyDelete
  10. yang runtuh tu gamaknya kene air kukusan kut (dalam pala otak terbayang stadium runtuh).Yang penting kuih talam ko nampak letop dan ada potensi diniagakan.

    ReplyDelete
  11. Amir : haaa aku pun kemaruk sebab lama tak makan. cari kat kl tak jumpa. apatah lagi di sekitar rome dan venice.

    * batuk kokol.

    masa sesi penggambaran di lakukan, cuma 2 ekor ni je yang ada. yang lain sibuk gi beraya kot..

    tapi kalau hari hari lain. mereka lepak lepak pose2 cleopatra kat rumah mak aku tu....


    Nohas : kalau bubuh ubi tu bukan kuih bingka ubi ka?

    aku pun tak tau... makan je la. tapi kalau yang ubi2 tu tak berapa minat sgt..



    plain : otak rebus? hahahah agak agak aaaaa..

    tang kaler atas bawak tu rasanya ikut pembuatan kot.. kalau bawah cokelat atas putih... yang putih tu jadi manis.

    agak aku je la...sebab aku suka makan je.. malas nak ambik pot

    ReplyDelete
  12. nasa : kau cuba la nanti.. kot kot la jadi.

    hahahaha..


    MKL : muka talam tu mcm talam 2 muka ler kan?

    atas bawah?


    SAR : sekarang????????? how?

    kat sana kuih manis manis biasa le kan?

    ReplyDelete
  13. DJ : aku rasa kategori kau tu bukan kuih talam. tu kuih lain. tapi maybe di masak menggunakan talam.

    aku mcm kau la.. makan je tau..

    asal rupa lawa sikit.. makan sedap..

    aku belasah !


    Nana : talam berlauk tu yang ada daging ka?? mcm kuih cara berlauk tu?

    aku kalau kuih kuih ni ada rasa pedas sikit kurang boleh menerima.

    maklumlah tekak Mediterranean...

    ReplyDelete
  14. Ali : kuih manis ni minum air masak je sedap..

    kalau minum air manis.. kang kering tekak ...

    petang2 hujan2.. makan apa pun sedap. kan kan kan..


    Farikh : jauh beno kau ni sampai ke stadium runtuh pegi nya....

    ReplyDelete
  15. Mula baca terus ambil pen dan kertas tulis sebijik2 resipi ni sampai salin jgk part pukul telur sampai nangis2 bagai, lebam dan sakit bagai sekali nk citer pasal kucing je? Frust i tau ahaha habang meng mmg lawak!!!!

    ReplyDelete
  16. ahahahah sori2 bro, aku kekadang komen dgn penuh keikhlasan yang straightforward tanpa sebarang tapisan terlebih dahulu, percayalah aku tiada niat udang kara di sebalik terumbu karang pulau sipadan (^^;)

    ReplyDelete
  17. JM : maklum la ilmu memasak tak cukup di dada yang bidang ni.. nak ambik tau pasal resipi apatah lagi..

    tau makan je bak kata HB..


    Plain : kau sebut sipadan pulak. aku ni dah la belum sampai lagi.

    ini boleh mengundang duka di jiwa.. tau tak?

    ReplyDelete
  18. klakar walaupun entry ni entry resepi hihi..tp part bahagian putih tu taruk tepung ngan air je abg meng?haha

    ReplyDelete
  19. Diy : kau jangan tanya aku. aku x tau..

    sebab sambil ambik gambar aku buat keje lain aka makan !

    tapi aku rasa air je la kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...