Hari pun dah petang.
Hari pun dah hampir petang
Then turun slow slow.
Sampai kat tempat BW tunggu tu ada kedai. Dah nak tutup. Sempat aku beli air. Hilangkan dahaga.
Kalau ikutkan time memang kami dah menghampiri 8 jam untuk trip dengan drebar ni. Tapi memang tak kisah la kalau kena top up lagi masa. Alang alang dah sampai Jeju. Drebar tu OK je cuma kena bayar lebih la.
Satu hari memang tak cukup. Ni pun kita orang berjaya jugak push dekat 10 spots di Jeju ni dalam masa 1 hari.
Selepas meninggalkan Seopjikoji, sempat singgah di Seopjikoji Beach.
Agak menarik pantai ni sebab ianya terlindung dari laut dan airnya jernih. Lebih menarik lagi dengan kehadiran alga hijau yang memenuhi kawasan pantai dia.
Tengok ni.
Kami singgah kejap nak ambik gambar je
Dan dari Seopjikoji ni, kelihatan Seongsan Ilchubong yang menjadi destinasi terakhir kami di Jeju dan juga merupakan tempat wajib datang bagi sesiapa ke pulau Jeju ini.
Seongsan Ilchubong dari kejauhan
Apa ada di Seongsan Ilchubong ni dan kenapa tempat ini di wartakan sebagai UNESCO site?
Ayuh kita ke sana.
Sebahagian kawasan dah gelap.
Seongsan Ilchubong merupakan kawah puncak gunung berapi yang meletus lebih ribuan tahun dahulu daripada permukaan air laut yang cetek.
Hasil daripada letusan hydrovolcanic ini menjadikan satu bongkah besar seperti mangkuk yang memberi kesan yang bernilai dari segi geologi dan kejadian letusan ini sendiri.
Seongsan Ilchubong ini jugak terkenal sebagai Sunrise Peak kerana view yang lawa sewaktu matahari terbit di pagi hari.
Ini peta kawasan. Nampak Seongsan Eup tu? Situ lah.
Seongsan di bahagian Timur pulau Jeju
Drebar park kat parking then kami terus masuk dengan penuh gaya. Kau mampu?
Bayaran di kenakan sebanyak 3,000 Won.
Starbucks
Entrance
Bongkah besar yang di kenali sebagai istana gergasi
Sunset
Kawasan persekitaran
Pulau Udo yang kelihatan dari sini
Letusan gunung berapi
Kat sini la kalau nak tengok makcik makcik menyelam tanpa tank tu
Bunga bunga tumbuh liar
Kawasan sekitar
Kalau nak tengok makcik makcik tu menyelam cari Octopus ada time time dia untuk show. Pukul 1 dan 3 petang kalau tak silap. Ada juga persembahan di sini.
Tapi waktu kami datang dah petang.
Tengok gambar atas yang sebelah tepi, permukaan kawah dari udara.
Macam tu la rupanya kalau dari atas. Ada mangkuk berupa padang crater yang luas.
So cemana?
Nak naik ke tak?
Memula aku dengan BW tak de plan nak naik sebab hari dah petang. Tapi fikir, dah sampai, nak jugak la try naik. Jadi kami naik berdua.
Hari pun dah hampir petang
Tangga tangga menuju ke puncak
Tangga tangga tu akan lalu celah celah batu. Half way, BW tak jadi naik so aku naik sorang sorang
View dari atas. Perkampungan di persekitaran kawasan ini di bina di atas lelehan lava yang mengalir sewaktu letusan dahulu kala
View senja yang hampir berlabuh
Memang agak penat jugak la nak sampai puncak.
Dua tiga kali aku fikir nak naik ke tak. Dah la cuaca sejuk pastu hari dah nak gelap. Masa naik ramai orang tengah turun.
Nak tak nak, slow slow. Memang penat gila. Nasib baik cuaca sejuk so tak de la berpeluh sangat. Berkat doa peminat, akhirnya sampai jugak di puncak
* mati laa
* mati laa
Dan ini la view dia dari atas.
Tak de apa apa pun. Ni je. Tapi luas jugak la.
Tapi ada platform
Hari pun dah semakin gelap
Last shot sebelum turun. Dah tak de orang atas ni
Then turun slow slow.
Sampai kat tempat BW tunggu tu ada kedai. Dah nak tutup. Sempat aku beli air. Hilangkan dahaga.
Air botol ni dalam 2,000 jugak la sebotol (RM6)
Dah berjaya turun
Petanda New 7 Wonders of Nature by UNESCO
Signage.
OK. Kalau nak beli FM ke atau barang barang cenderamata di Jeju. Kat sini la murah.
Ada few kedai boleh la jalan jalan dan tengok.
Kami spend masa kat kedai tu lebih kurang sebelum bagitau drebar tu kami ready nak balik. Masa ni memang dah lebih 8 jam. Memang kena bayar lebih la.
On the way balik ke hostel dan Jeju masing masing ketiduran. Kepenatan dalam taxi. Drebar tu je la yang drive. Jauh jugak la nak sampai ke Jeju City balik semula.
Sampai kat hostel. Semua kelaparan tak makan lagi.
Budak hostel tu cakap, boleh gi makan kat pasar tempat yang kami datang tengok tengok tu semalam. Aku pun lapar jugak asyik dok makan cokelat je.
Walaupun tak tau nak makan apa tapi aku join jugak la BW dengan member dia. Tapi budak hostel tu ikut sekali so senang nak order. Aku siap cakap dengan dia, aku nak nasik. Kalau tak de apa pun, sotong goreng tepung pun jadi.
Dia orderkan untuk aku. Tapi aku tak nak octopus !
Hahaha.
* mati la tetap nak memilih.
Jenuh dia explain kat tokey kedai ni.
Suasana di kedai makan di Jeju
Ini makanan yang di oder oleh BW dengan kawan dia. Serious aku tak leh nak pegi. Tapi aku try la sup seafood tu. Hanyir gila !!!
Tapi, sotong goreng tepung tu sedap gila. Rangup dan sedap. Tapi bila makan sup tu terus aku rasa kembang tekak.
Tengok keliling kedai tiba tiba rasa nak muntah
Aku cakap dengan BW dengan member dia, aku tak leh makan dah. Aku rasa tekak aku dah kembang. Dengan hanyir dan bau.
Aku mintak diri dulu dan lari balik hostel.
Tak sampai hostel aku muntah dulu tepi jalan. Perut sangat tidak berdaya saing dengan makanan international. So abang tak de international mana kan?
* air mata kaler pink mengalir lesu
* air mata kaler pink mengalir lesu
Balik hostel mandi pastu makan maggie.
Baru la lega sikit. Memang perut aku tak leh pegi dengan makanan Korean ni. Harap maaf.
Maggie jugak la yang sedap
Maggie dah siap. Aku nak makan jap. Nanti sambung.
bersambung............
Xsangka pulak, memang adamshow khas tgk makcik2 tu mneyelam, aritu ade documentari pasal diorg kt tv, memang hebat, tp sayang, generasi baru diorg tak berminat nk buat dan belajar menyelam cara gitu
ReplyDeletehahahaha muntah terus ye meng? aku mmg tak try pun mknan sana, mahai dan err err tah ler...
ReplyDeletetapi apsal ko tak mkn octopus? sedap kot!
ko tak tgk ke show makcik hebat selam tu? ala...
p/s: tetiba aku tgk ada nama ko tercalon dlm mitbca tu...terpaksa tak promote sbb kang feminat fanatik ko dtg ramai2 nak tgk ko disana...hahaha!
X sempat baca komen dulu la..ko ni maggi gak jadi pujaan...sebelum ni bw jek yg makan ko x makan dh kenapa? hehehe...ko takut nak makan ekk?
ReplyDeleteMemang mintak nyawa sangat makan makanan korea ni.. me DONT likey. at all...
ReplyDeletetapi my frens makan bertambah2 motippp... so FJ is tekak melayu. kekeke. Konon2 mcm tomyam kan sup tapi tapi hampeh.. lepas makan terus uwekkk begitu...
tp octopus ataupun sotong goreng pedas tu is sedap... SERIOUS! SEHDAPPP sangat.
Yg paling best kat korea ni koppi dia je la.. haha. Yg lain2 sorry tak kena ngn jiwa gituh. Haha.. Kimchi whatever tu pun kenot telan.
Ce balik malaysia timbang tengok berapa susut kalau p korea.. tak makan punya pasal. hahaha.
Alamak dh terlepas lak nak vote ko meng...cuba lagik thn depan..hehe
ReplyDeleteAlahai....sambung lagi ke.... Sabo je laaaaaaa... Ni wat aku x sbr nak g thn dpn ni!!
ReplyDeleteCN : org muda muda rela keje kilang kot. Lagipun skrg mungkin ada cara lebih senang nak tangkap octopus tu x perlu menyelam nyelam dah.
ReplyDeleteBiq : aku geli la nak makan. erkk. janggut sotong pun aku x makan. Tak sempat nak tengok sebab aku tiba tempat ni show dah abis. dia org siap nyanyi2 lepas keluar dari laut. mcm hantu laut pun ada.
HB : bukan takut. Tak lalu...
FJ : tu la tengok sup tu memula mcm tomyam, bila makan perut terus bunyi tong drum
TZ : kau kena bersabar sampai hujung bulan. hahaha
Hi,
ReplyDeletebleh tau x if ade no phone or taxinye email address?
terima kasih :)
Alamak ! Tak de la. Mana mana teksi pun boleh di guna.. mintak hostel arrangekan la senang.. maybe dia org kenal yg pandai cakap english.
ReplyDelete