Tuesday, February 26, 2013

Trip Ber'Gangnam' Ke Korea Selatan : 16 : Damai Kota Sokcho

Dari Seoraksan kami berpatah balik ke Sokcho. Memang bas tu akan pegi ke terminal bus Sokcho semula.

Sepanjang jalan keluar tu banyak betul kereta nak masuk. Jem gila !

Sebab tu la aku advise kalau nak pegi sini biar pagi pagi.

Layan gambar Seoraksan skit lagi.


Balik ke Socho, aku memang tak tau arah.

Hajat hati memang nak pegi YongPyong. Tapi takut tak sempat. Memang masa terbuang sebab tunggu cable car tadi. 

Ni gambar gambar sekitar Sokcho

Hotel hotel. Jangan Ro tu nama jalan.

Alang alang dah tak tau nak ke mana, kami decide nak pusing pusing pekan Sokcho ni.

Sokcho merupakan pekan yang terkenal dengan perkampungan nelayan dan hasil lautnya. Lebih popular setelah menjadi lokasi penggambaran Autumn In My Heart satu ketika dulu.

Turun bas kami menapak ke tepi pantai. Kat situ ada bot bot nelayan dan jugak macam pasar jual hasil laut.

Usha je sekeliling.

Nelayan menjahit pukat

Nelayan Sokcho

Pakcik baju merah ni kelakar. Dia suruh aku ambik gambar dia, tapi bila aku ambik dia duduk tak diam. Menari nari. Agaknya dia ingat aku ambik video cam kot. Siap panggil kawan dia lagi. Pastu paksa aku ambik gambar dia dengan makcik ni. Gofren dia kot. Tapi tetap la dia nak menari nari.

Ni suasana di pasar di Sokcho. Ada persembahan. Lebih kurang macam pasar malam kat tempat kita ni je la cuma sini jual hasil laut je

Hasil laut yang di jual dengan kuih muih sekali

Merayap punya merayap then aku cakap dengan BW nak pegi kat kawasan Abai Village.

Di sana tu masih lagi authentic dia punya perkampungan nelayan dan hasil laut ni. Ada jugak pantai boleh usha.

Sebab tak tau jalan, kami naik teksi. 

Pemandu teksi tu hantar. Tak jauh pun. Kena bayar tambang dalam 2,000 je tapi drebar ni sesat.

Last sekali aku suruh je dia turun kan tepi jalan.

Drebar teksi yang kesesatan

Abai Village ni terletak di kawasan jambatan merah dengan jambatan biru.

Bawah tu la ada Abai Village ni. Ada banyak kedai makan dan pantai jugak. Pantai ni la dulu jadi lokasi cerita Autumn In My Heart. Aku tak tengok pun cerita tu, tapi masa surf surf tu terbaca.

Jadi pegi la usha alang alang dah sampai sini.

Pantai di Abai Village


Kat kawasan Abai Village ni ada banyak kedai makan.

Pelakon wanita cerita Autumn In My Heart tu pun bukak kedai kat sini. Siap ada gambar dia terpampang besar besar. Tapi tak sure dia jual apa. Tengok saja.

Tapi ada kedai ni dia jual Udang Tempura. Punya la meleleh air liur.

Teringin nak beli. Aku nak rasa satu je. Makcik tu dah excited tengok aku berdiri depan dia. Aku cakap nak 1 je.

Tiba tiba pompuan sebelah tu dengan muka tak mesra bagitau tak boleh beli 1. Kena beli at least 3 !

Satu tu harga dia 1,500 Won.

Sebab aku dah hulur 1,500 Won bila dia kata tak boleh beli tu aku jadi malu sendiri.

Maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Terus aku cakap 

"Tak pe la. Tak jadi"

* mati la cakap Melayu.

Then blah cepat cepat.

Dalam hati menangis meronta. Nak pegi balik dah lagi malu. Sudahnya aku menyimpan angan angan dan kempunan nak makan udang tempura ni.

* nanges keluar otak udang

Dan di Abai Village ni ada Gaetbae bot yang terkenal tu. Nak naik bot ni murah je 200 Won. Tapi sebab ramai so nak kena beratur.

Malas nak buang masa, tak jadi la naik.

Bot ni actually bergerak dengan tali. Penumpang yang naik akan tarik tali tu untuk bot bergerak menyeberang ke arah sana.

Tak de la laju pun. Slow slow je. Kalau sesapa tengok cerita Autumn In My Heart mesti tau pasal bot ni.


Pastu kita orang dah tak de arah tujuan.

Nak balik ke Sokcho semula. Ada la pakcik ni dengan yakin nya bagitau dia pandai cakap English sebab dia keje askar sama dengan tentera US. Tapi..

Haram  lah. Ntah mana mana dia tunjuk.

Kami nak cari teksi pun tak jumpa. Sudahnya jalan kaki je menapak ikut jambatan ni.


Tak de la jauh mana pun sebenarnya.

Then sampai semula ke pasar hasil laut tadi dan kami bergerak ke terminal bas.

Gambar sekitar Abai Village dan Sokcho

Station minyak di Sokcho

Frankly, Sokcho dan Abai Village ni tak de apa sangat. Abai tu sendiri bermaksud tempat orang tua tua, jadi kawasan ni agak laid back skit.

Kalau ada masa boeh la jalan jalan di kawasan sekitar. Ada observation area di rumah api atas bukit di hujung teluk. Kalau ada masa boleh ler gi naik dan usha kawasan tu. 

Balik ke terminal bas, nak beli tiket balik ke Seoul. Sambil sambil  tu tanya jugak kaunter tu cemana nak pegi YongPyong.


Mungkin masalah bahasa susah nak berkomunikasi jadi payah sikit la. Aku pun bila nak sebut YongPyong asyik tersasul sebut Pyong Yang.

Naya kang dia bagi aku tiket pegi Korea Utara  pastu kena tembak kat sana.

Aku tanya boleh tak dari Sokcho nak pegi ke YongPyong. Rata rata kat kaunter tu cakap boleh tapi kena naik bas ni dulu, pegi tempat lain, naik pulak bas lain pastu baru la boleh sampai. Complicated gila. Dah la bercakap susah nak faham. Aku siap tulis kat kertas, haram dia orang tak faham. Siap pass pass dari sorang ke sorang yang lain. Semua hampeh.

Information memang tak jive. Dia orang pun tak berapa pasti. Kejap pas kat sini, kejap pas kat orang lain. Tapi at least dia orang cuba gak la membantu. Akhirnya aku keluar dari station bus tu then tanya ada satu tourist counter. Minah tu la tolong. Tu pun dia siap call sana sini cemana cara nak pegi Yong Pyong dari Sokcho tu. Gigih aku mintak dia usahakan.

OK. Dari Sokcho Bus Terminal ni, naik bas ke Gangneung. 

Kami beli tiket terus. Tawakal la. BW pun macam beriya iya je nak pegi YongPyong sebab dia kata IH pegi. Tetap la nak berlawan lawan.

Aku cuma takut tak sempat balik ke Seoul je. Esok pagi dah nak kejar gi airport balik ke Malaysia. Kalau terkandas mana mana payah jugak.

Dapat la beli tiket ke Gangneung. Harga tiket tak ingat berapa. Dalam 9,000 Won kot

Makan Ritter Sport dalam bus. Ni BW bawak, bukan beli kat Korea pun. Zaman bila punya ntah, silap silap dah expired.

Akhirnya selepas sejam lebih perjalanan dalam bas. Kami sampai di Gangneung. 

Sampai situ terus beli tiket lagi ke Hoenggye.

Aku siap pegi tanya kat tourism office. Then pegi kaunter beli tiket. Dapat tiket dengan harga 4,000 ke Hoenggye.

Tawakal je la masa tu. Sempat ke tidak. Memang berlari lari macam dalam explorace dah kita orang ni. 

Pastu pegi kat bas. Bas nak bergerak. Tapi aku nak kencing.

"Can you wait?"
"Aaaaa aaa"

Tu dia cakap. Pastu aku lari gi toilet. Balik semula ke tempat bas, bas dah tak de !!!

Tiket bas aku dah bagi kat pakcik kelendan bas sebelum ni. Nasib baik ada orang lain yang pegang tiket tu. Tak de la dia nak menipu. Orang tu bagi balik tiket aku dan dia suruh tunggu next bus.

Tak lama lepas tu baru bas tiba.

Station bus dan tourist info kaunter di Gangneung

Masa kat tourist info counter tu aku tanya, nanti kalau dari Hoenggye tu aku boleh balik ke Seoul direct ke tak.

Dia cakap tak boleh. Maksudnya dia kata kena patah balik ke Gangneung ni semula pastu baru boleh balik ke Seoul.

Parah !

Aku terkejar kejar masa ni.

Nak tak nak, tawakal lagi. 

Naik bas dan duduk dalam bas diam diam. Bas bergerak menuju ke pekan kecik bernama Hoenggye.

Berdebar debar naik bas

Sempat beli kopi. Buku sebelah tu tak tau buku sapa. Macam bible je rasanya

Perjalanan ke Hoenggye

Masa tu hari dah petang. Memang tawakal gila. Kalau tak sampai memang kena balik cepat cepat ke station tadi dan ambik bas balik ke Seoul. Memang tak de rezeki la tu.

Nampak signage ni baru rasa lega sikit

Akhirnya, nampak la kawasan YongPyong ni. Ada satu kawasan berbukit dan nampak bersalji skit. Excited.

Turun di station Hoenggye ni berpusing pusing kejap nak cari free shuttle ke YongPyong Resort ni. Aku baca ada free bas tapi tak tau tunggu kat mana.

Then masuk tanya kat station bas Hoengge ni makcik tu kata tunggu depan pejabat pos.

Tapi aku tanya jugak siap siap, ada tak bas dari Hoenggye ni balik terus ke Seoul. Makcik tu kata ada !

Cis. Bedebah punya orang keje tourist office tadi. Dia tipu aku. So lega skit, ada masa la nak jalan jalan sini sebab aku tengok jadual bas. Bas terakhir dari Hoenggye ke Seoul pukul 8 malam !

Station Bus Hoenggye

Pejabat pos Hoenggye

Masalah jugak tunggu free shuttle ke YongPyong ni.

Hari dah petang. Bas pun tak nampak. Signage pun tak de. Orang dah tak ramai.

Cuaca sejuk gila babi !!!

"Cemana ni?"
"Ntah. Ikut U lah"

Jawab BW.  

Fikir fikir lagi. Hmmmmm. Haram tak de nampak bas lalu lalang. Cuaca pulak sejuk tak menahan.

bersambung..............

11 comments :

  1. hah punggahhhhh...cepat sambung! nak tau apa jadi! :D

    weh, yg bapok mekap2 nyanyi tu penghibur jalanan ke? sedap ke?

    ReplyDelete
  2. pelik nama jalan Jangan Ro...

    mungkin pakcik tourist kaunter tu peminat ko kot...tu yg dia kata xde bus sbb nak ko ke sana lagik..

    citer bab YongPyoeng ni ko x teringin ke nak gi PyongYang?

    ReplyDelete
  3. yang dok nyanyi tu ape jantina? macam meragukan je kejap hihihihi

    ReplyDelete
  4. haah dia bernyanyi riang.

    aku rasa mcm clown, tak berapa bapok sgt.

    HB : pyongyang tu.. tatuuuuuuuuuuuuut

    ReplyDelete
  5. jantan.. tapi tu ler mcm pelik pulak. aku pun pandang mcm tu je, tak sempat nak interview.

    maklum la tak berapa internasional

    ReplyDelete
  6. Fuh..suspen bila membaca..hehehe. Yg kuih tu mcm bahulu..yg udang tu 1 stick ada sekor ke byk ke??

    ReplyDelete
  7. 1 stick sekor je.. 1500 won = RM 4.50

    bukan besor pun

    ReplyDelete
  8. pada aku, menarik jugak pekan sokcho ni......kalau pegi winter mesti lg sejukk...eeee...

    ReplyDelete
  9. sejuk juga.. kalau ada masa explore la sokcho. pantai sokcho tu ada banyak burung2

    ReplyDelete
  10. nasib baik hari tu x pegi abai village ni..rupanya x ada apa yg menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kalau pegi pun ok la. buleh main tarik tarik sampan tu....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...