Pssst !
Masa sampai kat sini, kami tak check in lagi. Konon nak tinggal beg kat luggage kat airport sebab nak merayau payah jugak dengan beg beg, tapi mahal gila sewa nak simpan beg. Kalau convert dekat RM100 untuk few hours.
Tak berbaloi.
Ada orang ke tak ni?
Moh. Sini. Aku nak khabaq mai pasal trip Korea Selatan yang aku pegi hari tu. Lama dah. Masa zaman dinasour ada lagi.
Tapi kenapa baru nak update?
Bagus soalan tu. Jawapannya sebab aku tak berapa nak rajin !
Aku fikir macam tak mampu nak abiskan bila tengok gambar lagi, dengan aku yang malas nak edit, dengan apa semua belaka keje keje yang ada buat aku tambah malas.
Tapi kadang kadang bila kerajinan itu datang, aku macam rajin la pulak. So sikit sikit aku edit gambar dan buat apa yang patut, so aku seru diri sendiri suruh rajin ni.
Hopefully dapat rajin menaip sampai abis. Kalau tak, tengok gambar je la.
Mukadimahnya cam ni.
Aku tak de la beriya iya sangat nak pegi Korea Selatan ni. Tak de sangat. May be sebab aku tak suka tengok cerita Korea. Tak suka layan K Pop apa semua tu, jadi aku rasa biasa biasa je. Memang ada dalam plan nak pegi tapi tak tau bila.
Sampai satu hari tu, aku book tiket ke Sydney then aku cakap kat GBS. BW kata nak ikut tapi bila dia check tiket ke Sydney dah jadi mahal. Maka, aku cakap kat dia, tak per ler, try book tiket ke Korea.
Dan satu hari tu check dapat harga murah dalam RM600 then dia book tiket ke Korea dengan tiket untuk aku sekali. IH memula kata nak ikut jugak dengan kakak dia. Tapi last last tak jadi.
Maka tinggalkan aku terkontang kanting nak kena pegi dengan BW.
Masalah lagi, sebelum gi Korea ni banyak cekadak pulak yang berlaku. Memula hal aku kena pegi New Zealand la atas urusan keje dan benda benda lain sampai BW pun dah naik hantu dan buntu nak travel sorang sorang. Dia tu tak berani.
Tapi left with no choice aku suruh je dia proceed tanpa aku. Dia pun antara cuak dan berani.
Atas sebab tiket dah beli, jadi BW pun dengan redha hati buat arrangement sendiri untuk ke Korea Selatan ni.
Tup Tap Tup Tap.
Hari yang sepatutnya kami travel ke Seoul tu, aku decide boleh pegi Korea. Sebab urusan keje macam dah OK pastu dapat postponed Hero bersunat etc jadi time BW dah on the way ke LCCT aku cakap, aku boleh join dia.
Dalam keadaan darurat macam tu, aku langsung tak de buat ground arrangement pastu bila check hostel yang BW booking semua dah penuh. Main belasah je. Flight pukul 12 malam. Kol 8 malam aku baru nak booking itu, nasib BW dah siap check ini. Aku cuma capture skrin certain websites agak agak cukup info then aku suruh OR hantar terus ke LCCT.
Dia pun macam tak caya je aku jadi pegi.
Aku cakap nak pegi, then aku suruh dia kemas baju baju aku masuk dalam beg then mintak dia hantar ke airport.
"Tak pe Yang. Ni last saya travel tahun ni"
Kata kata memujuk hati. Dia OK je. Maunya dia tak sedih, mesti la dia sedih nak kena tinggal. Tapi dia dah biasa dan dia pun kena biasakan diri.
Sampai LCCT aku jumpa BW then terus check in dan bersedia untuk boarding.
Agak ramai penumpang mahu ke Seoul dalam penerbangan yang sama.
Jadi agak kena beratur panjang jugak lah.
Semua excited nak gi Seoul
Kuala Lumpur dari udara
Flight terbang meninggalkan LCCT menuju ke Korea Selatan lewat tengah malam.
OK la. Cuaca pun OK. Aku duduk seat belakang, tak duduk sama dengan BW pun, dia duduk kat depan. Sebelah aku ada mamat Korea kot, dia pun asyik tido je.
Aku je la tak boleh tidur.
Mula datang cuak dan fikir bukan bukan. Sampai nanti mana nak tuju? Apa nak buat?
Oh ya. Masa beli tiket ke Korea ni dulu, terus aku paksa BW carikan tiket ke Jeju sekali. So tiket ke Jeju memang dah beli awal awal. Tu semua BW yang uruskan. Aku cuma bayar duit je kat dia.
Cemana nak beli tiket ke Jeju?
Pegi check blog DianaTeo - Dt. Aku rasa dia cover baek punya macamana dan mana nak beli tiket ke Jeju ni. ( Note to Diana : If your are reading this, thank you very much! )
Apa apa pun, kalau nak ke Jeju beli tiket awal awal sikit so boleh dapat murah. Macam aku dapat dalam RM170 return.
Sepanjang penerbangan, aku tak leh tido. Puas aku paksa diri untuk lelap tapi gagal. Tak tau la kenapa. Banyak fikir kot. Tapi cuaca amat baik. Dari ketinggian 30,000 dari paras laut aku nampak satu kawasan yang luas bergemerlapan dengan cahaya.
Aku tak tau bandar apa, tapi lawa gila. Aku suspect Shanghai. Clear gila dan luas.
Nampak tak luas sebab tinggi
Where ever it is lah. Terus menyimpan hasrat hati nak pegi Shanghai nanti.
Sampai area Korea dah nak dekat subuh pun, bosan, aku bangun pegi kencing dan lepak lepak kat belakang.
Sampai area Korea dah nak dekat subuh pun, bosan, aku bangun pegi kencing dan lepak lepak kat belakang.
Nak tau apa aku skodeng?
Galley pesawat Air Asia X. Hahaha. Mana ntah semua crew crew ni pegi. Tak de orang, aku ambik la gambor.
Ntah ntah mereka pakat tidur dalam compartment ni kot. Ahaks
Tapi tak de apa yang menarik pun. Aku just lepak je betul betul kan lenguh kaki. Tak de la aku nak pegi songlap apa apa.
Tapi pagi tu nampak mentari sudah mula menyinar. View yang sangat lawa.
Kebetulan ada mamat ni blah gi toilet aku tumpang jap snap gambar.
So sapa naik flight malam ke Seoul, sila ambik seat belah kanan. Kalau nasib baik boleh tengok sunset macam ni.
Sinar mentari korea
Keadaan dalam pesawat. Masing masing masih tidur
Dah pagi
Ni view dari seat aku.
Sunrise tak berapa nak nampak
Dah pagi. Pesawat meluncur laju menuju Incheon
Baru cecah masuk dalam awan gemawan
View waktu pagi sewaktu pesawat mula menghampiri Incheon
Salah satu pulau. Macam lawa jugak
Approaching
Landing time..................
Incheon Airport
Incheon Airport terletak di luar pesisir kotaraya Seoul. Agak jauh jugak la. Tapi kalau duduk belah kanan mungkin boleh nampak bandaraya Seoul dari udara.
Tapi aku duduk belah kiri.
Cuaca pagi tu redup dan mendung. Macam nak ujan. Tapi ada cahaya mentari menyinari, menyambut keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Meng datang bertandang ke Seoul.
Dah landing dan pesawat bergerak ke terminal
Ketibaan di sambut dengan pancaran mentari pagi
MAS sampai dulu
Selamat Datang.
Airport Incheon yang gah dan megah.
Sebab aku duduk belakang dalam flight jadi aku jugak la yang keluar paling last. Jarak perjalanan dari LCCT ke Incheon adalah selama 6 jam 35 minit !
Tapi tak de luggage yang di check in, so nonong nonong je keluar. Tapi beg aku tambah berat sikit sebab BW dah sumbat barang makanan yang dia bawak dalam beg aku. Dia kata beg dia dah 10 kilo. Mana tak nya, make up dia je 2 kilo. Makanan dia bawak 3 kilo. Jadi kurangkan daripada 7 kilo limit hand carry aku cuma boleh bawak baju seberat 4 kilo je.
* rebah tepi meggie
BW dah menunggu kat luar.
Urusan immigration semua tak de masalah. Pelawat dari Malaysia tidak memerlukan Visa untuk ke Korea Selatan. Jadi tak perlu susah payah. Then confirm sudah, kami selamat tiba di Korea Selatan !
"Annyeong haseyo !!!!"
* melambai lambaikan tangan ke arah peminat yang tak ada
* melambai lambaikan tangan ke arah peminat yang tak ada
View kat dinding dalam airport
Sampai sampai tu then keluar dari balai ketibaan kami terus ke ruang bawah. Tempat tunggu bas.
Cuaca agak sejuk menyambut ketibaan kami datang.
Benda pertama aku buat adalah, hisap rokok !!
Ah.. Lega.................
Pokok pokok tak berapa berkaler
Layan hisap rokok sambil discuss dengan BW skit.
"Akak, mana semua itinerary?"
Aku tanya sebab aku tau dia ada buat itinerary. Konon ada cook book lah. Sapa ntah tolong dia buat, tapi aku baca pun nak tergelak. Details gila sampai aku baca pun pening.
'Jalan 10 meter, pusing kanan, jalan 10 langkah, pusing kiri. Jalan lagi ............'
tup tup masuk longkang !
tup tup masuk longkang !
Macam tu sekali aku baca dia punya details masa dia suruh aku check beberapa hari sebelum berangkat tu. Tapi tak pe, sebab dia takut sesat.
Masalahnya bila aku tanya dia jawab.
"Akak tau U nak ikut, akak buang !"
* bunyi cengkerik kena pukul dengan raket badminton.
OK. Tak de skrip sebab speechless dengan jawapan dia.
Aku harapkan dia. At least ada la panduan ke apa. Ropa ropanya.............. nan hado !
Hish.
Nak tak nak sebelum aku amok. Aku suruh dia pegi beli kan kopi untuk aku then aku figure out cemana nak pegi Gimpo Airport yang mana kami akan naik flight ke Jeju.
Tapi actually tak susah sebenarnya. Korea Tourism memang bagus. Airport dia memang world class standard. Kat luar tu siap ada semua nama laluan, mana nak pegi, bas nombor berapa, pukul berapa sampai. Semua jadual lengkap.
Baca je.
Jadi tidak menjadi halangan sudah dan tidak ada apa apa masalah timbul lepas tu untuk ke Gimpo Airport.
Untuk memudahkan perjalanan, sila beli T Money Card bagi urusan naik public transport ( bas atau pun train ). Tak payah la nak beratur lagi nak beli tiket atau terkial kial kat machine nanti. Kad ni ada di jual di 7 Eleven.
Tenang.
Tenang. Relaks.
Tiket dah ada. Kopi dah minum. Jadual dah tau. Rokok pun dah hisap.
Oh, Coffe Bene ni sangat lazat
Ha.........
Duit aku belum tukar !
Gamble aku travel dari LCCT ke Incheon tak de langsung duit South Korean Won. So aku tukar dekat Incheon Airport tu je. Tukar 300 USD dan 300 AUD. Agak agak cukup le tu kot. Tapi tak pe, BW dah tukar banyak.
Maka lepas tu kami bersiap sedia mahu ke Gimpo sebab flight dari Gimpo ke Jeju pukul 1 tengahari nanti. Time tu baru pukul 9 pagi.
View dari Incheon ke Gimpo
Sepanjang jalan dari Incheon ke Gimpo memang banyak jambatan sebab melalui kawasan sungai. Lawa lawa jambatan dia.
By the way, bas dari Incheon ke Gimpo berharga 7000 Won. Pakai T Money je dia deduct siap siap. Dalam bas ada wifi. Jarak perjalanan 45 minit.
Aku masih belum tido dari semalam. Mata dah start nak merah ni. Jap lagi aku jadi naga.
Bas sampai di Gimpo
Gimpo Airport adalah airport utama sebelum siapkan Incheon Airport. Dulu ini la dia airport yang menjadi airport utama orang datang dan pergi ke Seoul kalau naik pesawat.
Sekarang ni airport ni masih lagi berfungsi lagi terutamanya untuk domestic flight. International flight pun ada lagi.
Domestic flight terminal dengan International flight berbeza dan agak jauh dari satu sama lain. Pastikan kita tau mana nak turun. Bas akan singgah di International Terminal dulu baru ke Domestic.
Masa sampai kat sini, kami tak check in lagi. Konon nak tinggal beg kat luggage kat airport sebab nak merayau payah jugak dengan beg beg, tapi mahal gila sewa nak simpan beg. Kalau convert dekat RM100 untuk few hours.
Tak berbaloi.
Maka kami keluarlah angkut beg masing masing merayau tanpa arah tujuan.
Bangunan Domestic
Pemandangan sekitar Gimpo Airport
Serious tak tau nak buat apa. Tak tau nak pegi mana.
Ada few hours. Nak melepak kat airport bosan. Ada baik nya merayau tanpa arah tujuan. Tapi tak de la pegi jauh jauh sebab tak berapa tahu jalan.
Jalan punya jalan nampak ada Lotte Park dekat dengan Lotte Mall.
So apa lagi, bermula la BW menjadi Camwhore.
Dia sorang sorang diri. Aku tak berapa rajin nak melayan.
Autumn masih ada
Lotte Mall yang masih belum di buka
Snappy snappy apa yang patut je.
Saja buang buang masa. Kalau orang tengok mesti orang cakap ada 2 manusia tak berapa betul dengan beg nya, dengan sejuk nya merayau tanpa arah tujuan.
"Mesti orang tengok kita, orang kata kita gila, merayau sejuk sejuk dengan beg macam ni"
"Tak pe lah, bukan kita datang Gimpo ni hari hari pun kan?"
Ayat BW penyedap hati. Hahahahaha
bersambung.................
Ticket AirAsia nie kan makin hari makin mahal. Masa saya pergi tahun 2011, saya dan kawan saya cuma beli dalam lingkungan RM457. Kalau next year beli, guarantee RM800 and above. Haiz..Mesti travel dengan AirAsia secepat mungkin kalau boleh. Tengok post anda, saya rindu betul sama Korea. Plan nak pergi lagi tapi kena lah tengok airfare AirAsia tue.
ReplyDeletecepat2 update kasi habis ye Duli Yang Maha Mulia Meng! ;p
ReplyDeleteoittt...bukan keberangkatan la...patut ketibaan duli yang maha mulia meng...ahakssssss kalau dh berangkat camne nak tiba???
ReplyDeletetak hagak2 ko meng dtg korea bawak aud dgn usd! tabur2 jer citenyer...
ReplyDeleteDYMM sangattt hahaha! kena la ko dgn BW yg buang sume iti dia kihkihkih!
p/s: at least ko rajin gak la update trip lama, aku ni mcm nak berkubur jer sydney tu.
x buang la..ada..tapik dia tanya tu kang nanti dai cerca dan banyak soal..baik takyah kasi..ikut je kepala dia mana pergi..hahah
ReplyDeletebetol tu BW...dari kena cerca baik simpan kekekeke....
ReplyDeleteDD : memang. skrg ni kalau cari tiket murah air asia memang dah susah nak jumpa.
ReplyDeleteWanny : tunggu sebulan la baru nak abis ni. anyway congrats.
HB : motip kutuk tatabahasajiwabangsa aku? hahaha bm aku kan auk skit.
eh Mak Esah: apa kes kisah tidur di bawah basement tu. misteri tak terjawab lagi tu.
korea pulop dohh..meng, apa baja ko guna utk tanam pokok duit? aku tanam x tumbuh2 lagi ni..hehe
ReplyDelete*meng, tlg jgn cerca..hiks
pakai baja tahik
ReplyDeletehahahaha
simpan la. kalau x simpan mana nak ada duit. kita bukan anak orang kaya kaya
hahaha act aku dh agak hg akan bg jawapan..tahikk..haha
ReplyDeleteemm baeklahh abang meng..saya akan menabung mulai sekarang
weekend ni aku akan paksa cuba daya buat post pasal sydney...yoshhhhh!
ReplyDeleteAJ : travel mengikut kemampuan. start slow slow dan dekat dekat dulu... no worry, your time will come !
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu cerita hantu basement mak esah
Salam Supermen Malaya,
ReplyDeleteNak tanye skit, mcm mana nak beli ticket flight ke Jeju tu? Boleh beli online ker? I nak pergi bulan depan..tapi satu hapa pun tak plan lagi ni..hope dpt feedback..thanks..
Ano :
ReplyDeletedah tulis tu, check kat blog diana teo tu.. bole je beli online mcm jejuair tu. tapi kena register dulu kot..
geram aihhh korea pun dia pi dah... Kalau ada rezeki leh la pi Busan hujung tahun nih...
ReplyDeleteAbg meng..saye baru beli tiket seoul..ingat nak cover jeju & busan sekali.
ReplyDeletemaka dengan ini trip bergangnam abg meng ni sye akan khatam sekali lagi
Saffuan : busan tu mcm tak masuk jer...
ReplyDeletex sampai lagi ... KIV dulu lah..
FF : boleh.. pastikan beli tiket jeju tu awal awal...
semoga bergembira.. jeju best. dont worry