Mari ! Mari ! Mari !
Pesawat dah ready nak berlepas ke Jeju. Apa tunggu lagi. Usah kita membuang waktu, mari menuju ke rumah bonda. Eh silap. Mari menuju ke Jeju.
Ayuh !
Pesawat Jeju Air
View masa take off dari Gimpo. Gimpo lebih dekat dengan Seoul daripada Incheon
Awan gemawan
Steward, Stewardess dan Orange Juice
Tiba tiba cuaca berkabus dan pesawat bergoncang tak berapa nak riang
Lepas pada tu terus pengumuman di buat, dah nak landing.
Jarak perjalanan lebih kurang 1 jam menaiki pesawat. Kalau jalan kaki tak tau la bulan ke berapa baru tiba.
Pulau Jeju di selatan Korea Selatan
Airport Jeju
Sampai kat airport Jeju terus keluar. Jangan toleh toleh belakang dah. Tau ! Hahaha
Aku usha hisap rokok dulu. Tengok awek ni.
Tau awek ni sapa?
No ! No !
Bukan FJ. Ini adalah traffic controller. Ala yang jaga orang nak lintas lintas jalan tu.
Punya la trendy macam ni sekali. Kau mampu bertopi topi tapi tiup wisel?
Ralit aku dok perhatikan dia menjaga lalu lintas.
Oh. Satu lagi nak kasi tau, merokok di tempat awam di Korea Selatan ni ada tempat tempat tertentu je. Ada banyak sign tak boleh merokok, tapi kalau port merokok memang di sediakan. Tak susah. Dan ashtray dia di Jeju ni adalah tempayan macam ni.
Tapi kat dalam terminal airport, tempat hisap rokok adalah sangat comfortable.
Sewaktu di Jeju ni kami bernasib baik sebab member BW ada kat sini. So BW memang dah plan nak bertemu sua dengan member dia di sini. Jadi since aku ada, aku pun tumpang sekali je la jumpa member dia.
Tak de la aku pening pening dah nak fikir mana nak tuju dan apa nak di buat di sini.
Member BW memang siap siap tunggu kat airport.
Dia orang bertemu je terus bergossip riang. So aku kasik peluang, keluar isap rokok then baru la discuss skit mana nak pegi.
Kami ambik teksi dan terus ke hostel yang telah di booking.
Teksi dari airport Jeju ke hostel tak jauh. Tambang pakai meter. Tak sure berapa tapi tak mahal.
Di Jeju ni ada 2 kawasan untuk tinggal yang mana tersedia banyak hostel hostel mahu pun hotel iaitu Cheju City ( dekat dengan airport ) atau Seogwipo City.
Tengok peta.
Maksudnya, 2 kawasan ni adalah 2 kawasan utama di Pulau Jeju.
Kalau di ikutkan, Seogwipo lebih dekat dengan tempat tempat menarik di Jeju ni, tapi Jeju City tu pastinya mudah kalau nak ulang alik ke airport.
Sebab BW dah booking hostel kat Jeju City dan masih ada kekosongan masa aku nak buat last minit booking, jadi kami sama sama stay kat situ.
Perjalanan dari airport ke hostel tak berapa jauh. Tak sampai 20 minit pun. Tapi driver teksi tu tak berapa sure tempat tu, jadi berpusing pusing sikit.
Kawasan sekitar Jeju City.
Masa dalam teksi tu, tetiba aku dengar BW dengan member dia cakap dah nak sampai.
Tengok tengok.
Babi?
"Kita stay kat sini ke?"
"Haaa. Tu hah"
Kami menginap di Hostel Korea. Bukan la kedai Babi yang depan tu. Kedai Babi tu Saloon Rambut. Nak ke rambut di babi babi kan di sini?
Ini hostel Korea II
Hostel Korea ni ada 2 di Jeju City dan ada 1 lagi di Seogwipo. Kami pilih yang Hotel Korea II. Bukan aku pilih, BW yang pilih, aku ikut je. Member BW pun join sekali stay sini.
Urusan check in mudah dan tuntas. Tak de masalah.
Tapi masa kami sampai tu cuaca sejuk gila. Dapat bilik letak letak barang pastu decide nak keluar merayau sekitar Jeju ni.
Walaupun baru pukul 4 petang tapi hari dah hampir gelap. Kalau tak gi jalan memang rugi sebab aku cuma ada 1 full day je di Jeju ni esok. Lusa pagi pagi akan naik flight balik ke Seoul semula.
Jadi tak mahu membuang masa, aku decide tu pegi ke tempat yang dekat dekat je. At least ada la pegi somewhere walaupun kepenatan dan aku masih belum tidur dari semalam.
Layan dulu gambar gambar di hostel.
Ruang breakfast dan dapur
BW dapat bilik lain dan aku di bilik lain di tingkat atas. Ambik sharing room untuk 4 orang tapi time tu tak de orang so aku sorang je dalam bilik tu.
Bilik dia agak selesa. Toilet betul betul depan bilik. Dan tak berapa ramai orang time tu.
Memang best dan selesa. Aku recommend hostel ni.
Lepas letak barang dan bersih bersihkan diri tunggu BW bersiap dengan member dia dan kami naik teksi menuju ke Yongduam Rock.
Apa ada di sana??
Sebelum tu layan dulu gambar gambar sekitar hostel.
Kedai 24 jam
Jalan agak sibuk di Jeju City
Cuaca sejuk sejuk macam ni makcik ni berniaga tepi jalan
Dongmun Public Night Market depan hostel
Teksi yang berjaya di naiki. Matahari dah mula nak terbenam
Serious masa sampai petang ni sejuk gila kat Jeju.
Menggigil gigil aku di buatnya. Dah la aku tak de bawak banyak baju baju tebal. Tawakal je la. Kacip kacip gigi menahan sejuk. Lagi parkinson nak ambik gambar dalam cuaca sejuk beku macam tu.
Naik teksi tak sampai 15 minit, kami sampai di Yongduam Rock. Actually Yongduam Rock ni terletak tak jauh pun dari airport tadi.
Masa aku sampai kat hostel tadi tengok peta dan kawasan ni la paling dekat dan tak payah nak bergerak jauh jauh so tu yang kami decide nak datang ke tempat ni sebagai lokasi pertama di Jeju ni.
Kenapa tempat ni?
Ha... ni la nak bagitau, Yongduam Rock ni utara Jeju City begitu sinonim dengan penduduk setempat dan pelancong asing kerana batu yang di bentuk oleh angin dan ombak yang kuat beribu ribu tahun dahulu telah menghasilkan rupa kepala naga.
Nampak? Tak nampak lagi
Ini pemandangan sekitar Yongduam Rock ini
Dekat dengan Jeju International Airport so nampak kapal terbang turun naik dari sini
Haaa. Nampak tak kepala naga yang di maksudkan?
Sebenarnya terdapat banyak cerita bagaimana kepala naga ini terjadi. Menurut satu lagenda menyatakan bahawa naga ini telah mencuri batu jade dari Mt Halla dan telah di panah oleh Dewa Gunung lalu jatuh terjelepuk hina kat situ.
Apabila dia jatuh, badannya telah tenggelam dalam laut dan kepalanya membeku melihat langit.
Macam macam la cerita lagenda nya. Tapi bagi aku, benda tu mungkin hasil dari process penyejukkan lava dan hakisan dari ombak dan angin kebetulan la berupa jadi kepala naga macam tu.
Di kawasan ni ada banyak kafe, bar dan restoran. Tapi sejuk memang tak boleh tahan.
Kalau nak tengok kepala naga tu dengan lebih jelas actually kena turun ke bawah. Kalau dari atas nampak tak nampak je rupanya.
So ada anak anak tangga turun ke bawah di atas batu batu hitam di pesisir kawasan ni. Turun tu then jalan tepi tepi sikit baru la nampak.
Dia kena ada exact spot yang betul betul nampak kepala naga.
Turun ikut anak anak tangga
Ha.. kat sini la baru nampak rupa kepala naga.
Tengok benda alah tu je sikit then naik ke atas semula.
Terpongeh la jugak.
Anak anak tangga ke atas
View dari atas
Tak de la lama sangat lepak kat sini, lepas tu kami ambik teksi dan balik semula ke hostel. Hari pun dah gelap.
Di kawasan hostel tu ada pasar malam. Nama dia Dongmun Public Night Market. Pegi la usha sekejap. Actually, BW dengan member dia nak cari makanan. Aku tak de la lapar sangat plus aku tak teruja nak makan makanan di Korea ni lagi dan rasa boleh tahan lagi.
Ayuh usha apa yang ada di pasar ni.
Kawasan pasar basah
Apa ni? * mati la tanya orang
Ikan dan apa benda hasil laut. Yang belah kiri bawah ni aku tak sure apa. Hidung babi kot. Hahaha
Ikan ikanan
Di Jeju ni memang banyak buah limau jadi tak heran merata rata nampak orang jual buah limau ni
Tak de beli apa pun, BW dengan member dia pun tak jadi makan.
Lepas tu gi underground shopping mall jap. Masa ni aku dah start ting tong. Badan dah penat dan flat gila. Dekat 24 jam aku langsung tak tidur. So aku cakap dengan dia orang aku blah balik hostel dulu. Dia orang pegi la mana mana nak pegi.
Underground shopping mall
Macam biasa, kalau masuk Undergroung shopping mall ni, masuk ikut lain, kang keluar ntah mana mana jadi nya.
So aku menapak balik ke hostel.
BW dengan member dia pegi makan rasanya. Aku dah pening pening lalat.
Sampai hostel aku terus terlelap.
Bestnya tido. Sejuk sejuk beku. Tapi lantai hostel panas. Dalam pukul 1 macam tu aku terkejut. Bangun dan keluar gi kedai 24 jam beli kopi. Sebenarnya nak hisap rokok.
Best gak jalan sejuk sejuk malam malam tak de orang. Nampak orang beromen dalam kereta. Hiks.
OK. Kopi ni nampak banyak sebab beli 2 dapat free 1.
Sedap kopi kopi di Korea ni. And brand ni one of them selain Coffee Bene yang aku beli di Incheon airport siang tadi.
Kat hostel tak boleh nak hisap rokok, kena turun bawah, tapi OK la. Ada internet access semua. Lepak jap sebelum sambung tidur sampai pagi.
Hari esok baru nak gi menjarah pulau Jeju. Mahu melihat syurga dunia yang mendapat jolokan Hawaii of Asia ini.
bersambung...............
menarik.xsabar nk g nt~
ReplyDeletetang FJ yg tak tahan tu, hahaha! dah dicop minah cun melawa kat obersi ha dia, cantekkkkk sgt! :)
ReplyDeletekedai rambut BABI tu kelakar sbb ada member aku gi HK, ada kedai baju tak silap, BABILA namanya...mcm menyumpah plak hahaha!
ok, aku still tak brapa nak dpt tangkap kepala naga tu tang mana, memula aku nampak cam peta sabah/jepun yg ada kepala kot tepi...tapi gambar seterusnya tu dah mcm batu tegak plak. bleh ko bulatkan tang mana kepala naga itu? wah demand...
FJ pakai baju merah tengah-tengah harung... lawak la ko bang meng... tp pompuan tu tak sandang handbag.. tak bole jadik FJ lg...
ReplyDeleteBABI salon rambut.. nanti aku nak suh OR2 aku tukar nama kedai die.. jadik BABI gak hahaha...
weei meng...ko x ambek ke gambo org tgh beromen tu? hehehe..
ReplyDeletesejuk2 camtu makan mende2 panas mmg masyukkk...
Kekeke..
ReplyDeleteterbatuk2 tadiik FJ tgh drive nak pi opis.
Hahaha tapi kan jacket merah yg gegirl jaga traffic tu pakai, FJ akan pakai pi Japan soon. Baru beliii plak tuh.. Sama plak. Hahaha.
BTW kak biqque, yg dragon tu yg gamba ni
http://4.bp.blogspot.com/--Uku0-9gltc/UN7Z4zgAPpI/AAAAAAAAhxo/NK73BNI0mU4/s1600/IMG_0456aaaaa.JPG
Konon2 nampak cam kepala naga katanya... Ai is konfius jugak mule2 tapi tour guide ckp itu lah dia kepala nya.. yg batu paling tinggi antara semua tuh...
Bang meng yang gmba ada batu2 tu kan, gmba nih,
http://1.bp.blogspot.com/-qxcF-m8VYJo/UN7Y9BRPogI/AAAAAAAAhuQ/Ma39vrguwxQ/s1600/6.jpg
Gmba paling kanan, kalo pegang hidung patung tu, nnt satgi mitos kata leh dpt anak laki... hahahahahaha... itu tour guide aiols bagi tau. hhaha ini semua poyo, khurafat ok.
And tangerine, tak makan ke abg meng.. Sedap sbb dia masam2 manis.. Sebijik 1,000KRW kalau tak silap.. I is beli byk. Sebab sedapp sesgt. Hehehe. And besaqq tangerine tu...
Hayoo i miss jeju.. Thanks for this entry. Di sini lah, segalanya bermulaa...Terpanjang plak hai... Sorry bang meng.
FL : selamat pergi.
ReplyDeleteBiq : ala yang nampak kepala teleng tu skit. tu la kepala naga nya.
JG : berapa banyak OR kau ada? gila halobabila.....
* hahahaha
HB : aku keluar beli kopi x bawak kamera la.. lalu tepi kereta dengar kereta ada goncang goncang. angin tiada.. tengok tengok tengah ehem ehem
Haa betul la tu FJ tunjuk. kepala naga tu ada teleng skit.. tengok kapal terbang turun naik agak nya..
Paling penting., FJ ada baju traffic controller !!
* picit kepala tepi tempayan
FJ ni mmg stylo mylo tau...sampai baju traffic controller pun dia beli! hahahaha!
ReplyDeletentah2 wisel tu pun FJ ader
ReplyDelete* koma
tp kalau FJ jadi traffic controller sure beg mesti ada...baru nampak FJ!!
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum,
Really brings back the memories. Kami pun stay kat hostel ni back in Nov 2012. Tapi masa tu namanya HKJeju2. ^^
DK : oh ya ka..
ReplyDeletetapi hostel ni ok la. not bad.
so revisit jeju? mao?
Eh..baru saya pasan masa korang g pun hkjeju2 kan namanya.. sbnrnya nak ckp skrg dah tukar kpd the forest hostel.
ReplyDeleteA'ah hostel ni ok. Bilik pun luas. Yg x best dkat dgn jalan kobau pendek je kan hehehe. Tp kitorang ada bad experience gak ar. Masa tu penghujung autumn.sejuk gilak. Tp heater not working.. mlm kedua baru diorang hantar portable heater.
Hee insyaAllah akan repeat this coming june ^^ tp dh x nk ddk kat situ la. Book area pantai, woljeongri
DK : suka ek nak ripit tempat2 yg sama eh...
ReplyDeleteapa apa enjoice...