Thursday, January 31, 2013

Kisah Misteri Di Air Terjun Lentang

Jeng Jong Jeng...........

Mesti tak menyabar-nyabar Sabariah dan Sabaruddin nak tunggu kisah misterrrri ni.

Ya?

OK lah. Plan nak pegi picnic ni sebenarnya datang tiba tiba. Maklum la aku ni kalau datang idea gila. Propose kat OR then jadi jer. Hero memang tak de masalah. Nak je dia ikut.

Tapi plan asal memang nak pegi Kuala Gandah tengok gajah, tapi bila tahu tak de aktiviti dengan gajah gajah dah jadi kami plan gi picnic je lah.

So boleh la keluar lewat skit hari tu.

Destinasinya sudah tentu la Air Terjun Lentang sebab tempat ni je aku paling biasa. Dulu zaman zaman muda remaja suka pegi picnic sini kan dengan GBS. 

So kami bergerak dari rumah, isi minyak kat Petronas apa semua. OR dah siap masak Nasik Lemak pagi tu. So bawak bekal la. Singgah beli Dunkin Donut lagi tapi abis makan dalam kereta dah. Sebab lapar !

Hiks.

Perjalanan smooth. Berdoa moga tak hujan lah.

Bergerak dari rumah pukul 12 lebih, sampai kat Air Terjun Lentang dalam pukul 1.30 petang. Menyinggah punya pasai la ni.

Sampai tu aku dah cakap kat OR.

"Yang. Ambik gambar entrance ni"

Tapi macam tak puas hati. Aku fikir tak pe lah, ambik semula masa balik nanti.


Sampai sampai solat kat surau kat situ. Surau dia agak jauh skit. Menyeramkan jugak lah.

Nasib baik hari tu tak berapa ramai sangat orang. Mungkin musim hujan ni tak ramai yang berkelah. So banyak port kosong.

Sebab bawak Hero, aku malas nak naik atas mandi kat kawasan berbatu. So cari port dekat bawah bawah ni je. Air dia cetek. Sesuai untuk budak budak.

Jumpa port menarik then mula la bersidang untuk sesi makan makan.

Tapi Hero dah tak sabar sabar nak terjun. Jadi kami mandi dulu

Air sungai yang cetek

Kawasan mandi manda yang sesuai untuk kanak kanak

Bekalan berisi nasi lemak. Tuan punya selipar dah poyosing dlm sungai dah

Dedaunan berguguran

Ada port orang berkhemah jugak

Ada jambatan gantung

Pokok pokok besar

Tak jauh dari situ ada macam air terjun berbatu batu.

Ada 1 family berkelah kat kawasan ni. Jadi aku pegi ambik gambar je lah. Kawasan ni macam tak de orang sampai sangat kot sebab banyak sarang labah labah.

Jadi aku pun tak berapa nak pegi dekat.

Ambik gitu gitu je.



Pastu aku balik ke tempat kami lepak tu untuk makan.

Air cetek so boleh je duduk makan dalam air. Seronok jugak la sambil berendam. Air boleh tahan sejuk. Buat perut cepat je lapar.

Nasik lemak dengan ayam goreng dan sambal udang

Then sambung la mandi manda.

Hero paling seronok. Lagi lagi air tak berapa dalam dia boleh la apung apungkan badan. Dah boleh berenang sikit sikit. Tak payah aku nak ajar susah payah. 

Beraksi la dia tanpa batasan.

Agak dah petang dekat pukul 3 lebih tu rasanya dah cukup la mandi kot. Badan pun dah kecut kecut walaupun Hero tak abis lagi mandi. Menjelang petang makin ramai orang datang.


Ada tandas awam berdekatan. Jadi kami bilas dan tukar pakaian kat situ sebelum siap siap.

Aku cakap kat OR lepas tu.

"Yang. Kita naik atas kejap, saya nak ambik gambar"
"OK"

Dia OK je. Tak de bantahan.

Then kami naik ke atas kawasan anak sungai yang berbatu batu. Memang aku nak ambik gambar situ. Memula  aku turun. OR park kereta. Dia pun turun gak. So ambik gambar tepi tepi tu je. Hero nak ikut, aku cakap tak payah la. Suruh dia main PSP je dalam kereta.

Tak lama lepas tu OR kata dia nak tunggu dalam kereta. Aku mengiyakan je lah. So aku masuk ke dalam sorang sorang.




Macam biasalah lah. Bila ambik gambar, rasa tak puas hati je. Kejap kejap rasa macam nak masuk dalam lagi.

Tapi masa aku jalan dalam tu memang tak de orang. Cuma kat luar tadi la ada orang berkhemah. 

Tak puas hati. Pastu macam ada suara je panggil cakap.

"Masuk la dalam lagi. Dalam lagi lawa lagi"

Tu mungkin perasan aku. Tapi aku ikut. Sampai dah satu tahap aku rasa macam jauh gila aku masuk. Gambar tak de la jumpa yang lawa mana pun. Aku teringat tempat aku selalu BBQ dengan GBS dulu tapi cari cari tak jumpa. Aku fikir mungkin aku ikut laluan lain. 

Jalan jalan tengok tengok macam tak de laluan. Tapi air terjun tu memang memanggil manggil. Lagi aku ambik lagi tak puas hati. Mungkin sebab asyik gegar je kot sebab tak de tripod dan remote control.






Pastu aku sendiri pun macam rasa ntah ke mana mana.

Tapi macam ada lagi bisikan. 

"Masuk la lagi. Lagi lawa kat dalam"

Tapi aku fikir. Isk. Tak boleh jadi ni. Dah lama aku tinggal dia orang. Dah la aku sorang sorang. Tak de pulak aku nampak orang kat dalam ni.

Aku pun patah balik keluar. Sampai kat kereta.

Lega lah. 

Then aku pegi ke kereta. OR tanya.

"Awak pegi mana Yang?"
"Masuk dalam lah"
"Jauh ke?"
"Depan depan ni je"
"Saya pegi cari awak tadi kat dalam tapi tak nampak. Awak tau tak sejam lebih awak kat dalam?"
"Ya ke?"

Aku lupa aku tak pakai jam sebab jam aku bukak dan letak dalam beg kamera. Tinggal dalam kereta.

Aku tak rasa selama tu. Tapi kalau dia kata lama tu, lama la kot. Hero dah siap tidur tidur.

Pastu aku cakap dengan OR. 

"Tak pe lah. Jom la balik"

Then kami pun bergerak. Dia yang drive sebab dia memang tunggu dalam kereta. So kami keluar dari Air Terjun Lentang tu, sampai semula kat entrance tu. Aku cakap nak ambik gambar.

Aku keluar dari kereta. Snap dari depan kereta je. Ada 2 signage Air Terjun Lentang. Satu betul betul kat depan nak masuk. Satu lagi dekat dengan roundabout. Aku snap tapi ada kereta kat situ. Dan macam biasa, lepas aku snap mesti aku view display balik tengok OK ke tak. Aku view nampak so so je then malas dah lah. Then tak pe lah cakap.

OR drive. Tiba tiba nak keluar tu.OR nampak signboard ni.

gambar ehsan google

"Yang. Sign ni"
"Stop Yang !"

Terus aku suruh dia stop dan dia berhenti mengejut kat tepi jalan.

Signage ni agak tersorok sikit. Jalan nak keluar ke highway dah. Memang tak de apa pun kat sini. Sign ni je.

So aku turun, snap dua tiga keping. Aku view tak OK. Aku ambik dekat 5 keping papan tanda ni saja tetap rasa tak puas hati. Last sekali aku give up.

Aku masuk kereta. Then nak tunjuk kat OR. Tup tup. Keluar message.

'Memory Card not Accessable....' bla bla bla. Siap suruh reformat.

Tak pernah pernah jadi. Tiba tiba jer..............

Jeng Jeng Jeng.

Dan semua gambar dalam memory card tu tak boleh di recover.

"Shit !"
"Kenapa Yang?"
"Memory card ni tetiba tak leh recover lak"
"Tadi boleh?"
"Haah. Masa saya ambik pun tadi boleh. Masuk kereta nak view terus tak boleh"

Ngeh Ngeh Ngeh...............

Misteri tak????

Ke tak berapa misteri???

Memang tak boleh langsung. Aku agak hiba. Kecewa. Hilang semua gambar kat Air Terjun Lentang tu. Gigih aku masuk dalam hutan, tertonggeng tonggeng ambik gambar.

Kecewa.

Sepanjang jalan balik tu dua tiga kali aku try tak boleh jugak. Message yang sama. Keluar dan masukkan semula pun tak boleh retrieve jugak. 

Nasib baik aku ada memory card spare dalam beg camera. Boleh la ambik gambar kat Batu Caves. pulak.

Balik rumah malam tu. Aku try bukak, tetiba boleh.

Tapi gambar yang last aku ambik kat signage tu semua corrupt dan tak boleh nak recover.

Misteri kah? Atau kebetulan cuma?................

Jeng Jeng Jeng.

Dan gambar google aku jumpa yang berjaya ambik signage tu, lepas dia ambik tu balik dari air terjun tu dia accident !

Bertambah tak misteri tu lagi????????????? No????????????

Sebab malas nak serabut kan otak dengan benda bukan bukan, aku cakap dengan OR. 

"Shit happens. Normal la tu memory kad rosak pastu OK balik"

Tapi misterinya, hanya gambar gambar kat situ je yang hilang dan tak dapat di recover.

Misteri tak? Misteri tak?

Tak sangat koooooooooooooot............

Wallahuallam.

Tapi kalau nak seram, sila dengar lagu ni. Hahahahaha.



Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

8 comments :

  1. arghhhhhhhhhhhhhhhh! aku tension! aku tension sbb kena scroll post ni pelan2 sbb aku TAKUT tetiba ada gambar hantu! adeh sakit dada mak!

    dah la aku dtg keje awal, pagi2 buta dah baca cite camni, tgk gambar hutan2 dgn misteri yg tatau kunjung tiba!

    TETIBA MEMORY CARD AKU PLAK TAK LEH ACCESS KAT LAPTOP! APEKAH???

    sbb tu aku tak SUKA masuk hutan, dgn pacatnyer, dgn air kencing tikusnyer, dgn hantu air, hantu hutan sume lah aku takut...

    huh! drama sgt...

    ReplyDelete
  2. jangan biarkan misteri menyelubungi anda...yorshhhhhh...

    weeei Meng...aku rasa ko xnak dengor suara tu kot tu yg suara tu bengang.. xpon ko x minta izin nak ambek gambo ke apa hehehe...

    alaaa..macam masa kecik2 dulu kalau kencing kat tempat pelik2 sure cakap..'nekk cucu tumpang kencing..." hehehee

    err..ke aku jek?? hahaha

    ReplyDelete
  3. mak esah ni bomoh urban rupanya... semua nak takut.

    HB : aku dulu mcm tu jugak. mcm semua tempat ada nenek nak kena mintak izin

    ReplyDelete
  4. tanak guna nenek, upgrade skit guna makcik. len kali mintak izin mak esah jer hahaha.

    ni mak esah, tak guna hantu dan pacat hokey...mak esah guna angin bayu usik mengusik jer :) sekian.

    ReplyDelete
  5. Wehhh meng...ko xde instagram ke?

    ReplyDelete
  6. patut ada. tapi aku dah lupa password.

    ReplyDelete
  7. kelakar lagu hantu tu... mana meng dapat tu??

    ReplyDelete
  8. LZ : masa gi conset bulan mengambang tetiba ada hantu nyanyi lagu ni.

    hahaha.

    xde la.. ntah lupa cemana tau lagi ni. pernah dgr pastu cari ada je kat utube tu..

    selamat menyesali selepas mendengarnya...

    cuba cari versi yang lebih seram yang ada ngilai2 tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...