Sunday, January 13, 2013

Pelabuhan Paotere Makassar

Pelabuhan Paotere terletak di sebelah utara kota Makassar. Jaraknya kira-kira tiga kilometer dari Pantai Losari. 

Pelabuhan Paotere merupakan salah satu aset yang penting dari Kerajaan Gowa Tallo pada abad ke 14. Pelabuhan Paotere berperanan penting apabila Raja Gowa Tallo menghantar 200 kapal untuk berperang melawan penjajah Belanda. Warisan yang sangat berharga untuk dilupakan.

Kini, Pelabuhan Paotere masih mempunyai banyak kapal kapal seperti ini yang berlabuh di pantai. Sisa-sisa kejayaan Raja Gowa Tallo dengan kapalnya yang terkenal, tidak mudah dihapuskan dari Pelabuhan Paotere.

Meskipun fungsi utamanya sudah tidak lagi sebagai pelabuhan rakyat, dan lebih kepada pelabuhan perdagangan dan pengangkutan antara pulau, tetapi masih banyak kapal-kapal yang bersandar dan berhilir mudik setiap harinya. 

Selain sebagai lalu lintas perdagangan, Pelabuhan Paotere juga mempunyai tempat lelongan ikan dan menjadi pasar nelayan Makassar.

Di sini masih dapat kita saksikan kapal kapal yang masih mengekalkan layar. Walau tidak seperti dulu, tapi suasana dan persekitaran di sini tidak mungkin kita perolehi di mana mana kawasan lain selain daripada di Makassar ini sendiri.

* rebah celah celah buritan kapal










Lama sudah kuterbuai perasaan hatiku
yang slalu ingin mencintai kamu..
yang sudah tak cinta lagi kepadaku..
Cukup sudah kau sakiti perasaan hatiku..
karna kamu memang sudah tak cinta kepadaku lagi...

Dahulu kau bilang sayang padaku..
Dahulu kau bilang cinta padaku
Tetapi apa yang kini kurasakan
tak seperti yang dahulu

Ternyata kini kau telah berubah
Selalu menyakiti perasaanku
Tak tau kah apa yang tlah kau katakan
padaku waktu itu...

6 comments :

  1. Yg mana satu kapal layar ko meng?

    ReplyDelete
  2. Korang dh tengok cite Life of a Pi? Survivor di atas kapal layar bersama setandan pisang, seekor harimau, seekor zebra dan seekor orang utan..

    Korang tengok x? ke aku ja yg tgk..hiks

    ReplyDelete
  3. okay la..cerita dalam cerita..flashback..sikit2 mcm Cast Away by Tom Hanks dulu tuh..tp sket la x byk..tp cerita terdampar di atas kapal dan pulau sblm ke pangkal jalan

    boleh la meng takat nk layan..jgn bwk hero, kang dia boring and terlena lagi..hiks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...