Monday, January 7, 2013

Karangan Cuti Sekolah 2012 - Teluk Intan

Asalnya memang nak gi berjalan. Mana mana pun tak pe. Sebab dah janji dengan Hero masa dia bersunat hari tu nak gi bercuti cuti. 

Tempat wajib dia mesti la hotel yang ada kolam renang sebab dia nak pose pose Ian Thorpe.

Aku pulak tak de plan nak ke mana pun. Asal boleh je. Actually dah tak de tempat nak pegi, macam dah tak tau nak pegi mana.

OR pulak senang je jawapan dia.

"Mana mana je la Yang. Asal awak ada"

See?

Jadi membuat pemilihan lokasi percutian adalah double susah. 

Kejap nak gi Melaka. Kejap nak gi JB. Kejap nak gi Penang. Tapi semua macam tak jadi. Kang aku ajak pegi Peru kang !

Pastu aku pulak datang idea gila aku syorkan kat OR.

"Kita buat road trip. Kita drive je dari rumah, tak de arah tujuan. Tak de itinerary. Kita pilih je, utara ke selatan ke. So kita drive. Bila malam, rasa nak berhenti, kita berhenti. Esok kita jalan lagi, try la sejauh mana kita boleh pegi. Along the way tu mana mana tempat yang menarik kita singgah lah"

Dan suggesi aku telah mendapat jelingan tajam tak percaya.

Tu la. Kalau aku cakap nak buat keje keje gila macam tu OR mesti tak leh terima. Pastu dia tanya aku balik.

"Abis tu, cemana kita nak jalan tanpa arah tujuan? Tu adalah tu tujuan?"
"Memang la ada tujuan, tapi tujuan kita tak confirm. Mungkin kita stop over kat Ipoh, pastu kita jalan sampai Penang jalan la terus sampai sempadan ke"

Lagi la dia tak nak terima.

Dah. Tak nak terima sudah lah. Tapi sebenarnya dia kata...

"Ikut awak lah"

Hahahaha. Tapi aku pulak fikir, susah jugak nak berjalan tanpa arah tujuan ni. Kalau aku sorang sorang tak pe jugak. Kalau aku dengan dia pun OK lagi. Tapi ni ada bagasi berpuluh kilo. Kang budak tu asyik tanya bila nak sampai, bila nak sampai.

Aku nak jawab apa kalau lokasi sampai pun tak ada?

Ding dong. Ding dong. 

Akhirnya baru la aku teringat ada staff aku buat majlis kahwin dia kat Bidor. Sedang elok la, lagi pun sebelum sebelum ni, kalau staff aku sendiri yang kawin aku memang miss nak pegi. So kali ni aku rasa aku pegi la. Alang alang, elok benar la sebab dia kawin kat Bidor tu maka aku terus terfikir nak pegi Pangkor !

Cadangan mendapat persetujuan OK tak OK. Macam biasa.

Tapi sebab nak gi kenduri, so kena gak la fikir pasal penginapan nak menginap di mana walaupun Bidor tu boleh je nak balik hari ke KL ni.

Maka, sampai masa aku pun decide lah. OK. Let's kita pegi bercuti ke Pulau Pangkor.

Sebab last minit, nak cari hotel adalah payah. Lagi lagi musim cuti sekolah. Lagi lagi cuti Christmas.

Riki punya riki, ada bilik kat Pangkor Laut. So ingat nak ke sana. Tapi yang available cuma Sea Villa. Masalahnya Sea Villa ni tak boleh ada budak budak. So how?

Cari cari lagi, jumpa la Pangkor Island Beach Resort. Dung Dang Dung Dang. OK lah. Aku decide nak stay situ je. Booking apa semua so confirmed ! Cuti cuti macam ni harga bilik berganda ganda. Tapi tu je bilik yang available. Belasah je lah. Hujung bulan makan roti je la anak beranak.

Hari yang di nanti pun tiba.

Dan dan tu la aku di serang batuk dan selsema. Hari sebelumnya tu dah keluar satu hari cari barang sekolah Hero. Masa tu aku dah rasa tak sedap badan dah.

"Nak pegi ke tak ni Yang?"

OR berkali kali tanya aku pagi tu.

"Pegi je la, nak buat cemana. Tak pegi kang rugi, bilik dah tempah. Dah bayar dah pun"
"Hmmm"

Nak tak nak dia bersiap. Aku macam biasa, barang simple simple bagitau dia dan dia kemas kan.

So pagi tu kami bergerak ikut PLUS menuju Utara selepas breakfast kat rumah. Memang tak bawak bekal pun sebab nak gi kenduri kawin.

Hero paling excited. Siap suruh buat rambut spikey spikey lagi. Pastu masuk je kereta?

Terus tido.. Ces.


Perjalanan ke Utara agak tenang.

Aku yang tak tenang sebab sibuk nak buang hingus lah. Kejap batuk la. Pastu nak buang kahak lah. Last sekali peluk tisu sekotak.

OR je la yang drive. Kesian dia.

"Awak OK tak Yang?"
"OK"
"Ngantuk tak?"
"Ngantuk Yang"
"Kalau ngantuk, berhenti je la, kita semua pakat tidur"
"Abis tu pukul berapa nak sampai ni?"
"Kata road trip. Mana ada budget sampai mana mana?"
"Kenduri tu?"
"Haah ek"

Lupa pulak. Misi aku selain daripada nak gi bercuti adalah nak gi kenduri staff aku.

Sampai pekan Bidor

Singgah kedai runcit depan sekolah cina kat Bidor ni beli penadol berpapan papan

Bebudak opis pun dah buat collection dan since aku sorang je yang nak pegi, so semua pakat kirim kat aku. Memikul tanggung jawab nak bagi duit kat pengantin pulak, maka terpaksa la berhempas pulas sedut hingus, buang hingus sepanjang perjalanan dan akhirnya berpandukan peta pada kad kawin, kami selamat sampai di rumah pengantin.

Pegi makan kenduri dulu.

"Papa kita nak pegi mana ni?"
"Kenduri staff Papa"
"Lepas pegi kenduri?"
"Pegi hotel lah"
"Jauh lagi ke hotel tu Papa?"
"Jauh. Hero tidur lah dulu nanti"

Dia yang tak sabar sabar nak sampai hotel. Aku sibuk bertarung dengan hingus yang meleleh dengan riang. Batuk tok sah cerita lah.

Sampai tempat kenduri sedang elok pengantin tengah nak bersanding. Dengan tak selesanya aku ni, dengan cuaca agak panas, hingus meleleh, batuk mengalahkan bunyi orang berkompang. Ergh.. Ikutkan hati malas nak singgah. Tapi singgah jugak la. Dah sampai.

Makan nasik kenduri pastu orang tengah bersanding, aku cari peluang jumpa staff aku tu then aku blah. Masa tu dia atas pelamin lagi. Hahahaha

Borak borak macam tu je dengan dia. Lagi pun dia tengah busy nak di renjis renjis di pilis, malas la nak kacau sangat. 

Tapi lauk kenduri adalah marvelous. Macam rugi tak tapau. 

Aci tak?

Hahahaha

Pastu kami meneruskan perjalanan.

Penumpang kat belakang sibuk main PSP.

Alang alang dah sampai kat Bidor. Nak la singgah ambik gambar di Menara Condong, Teluk Intan. Nak gi Pisa Italy tak tau la bila, jadi, tengok menara condong kat Teluk Intan ni je la dulu kot.

Akhirnya sampai.

Condong jugak

Menara condong Teluk Intan

Bumbung bumbung

Ada laluan naik ke atas

Masa ni aku dah start tak larat gila.

Memula aku sorang je turun. Memang cakap dengan OR aku nak ambik gambar je. Lama sangat aku teringin nak tengok menara ni selepas sekian lama aku tak datang sini dah. Aku pun lupa bila last aku datang.

Hero nak turun jugak tapi cuaca panas. Tengah aku ambik gambar dia turun jugak dengan kamera dia. Nak ambik gambar jugak.

Pusing pusing sekejap je kat sini. Aku dah start hanyut. Kepala dah weng dan ting tong. Ambik gambar ala kadar je.


Cilok Wiki

Menara Jam Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Fungsi

Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Menara Jam adalah seperti berikut :
  • untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
  • dalam memastikan kemudahan Pengurusan Air British ditingkatkan
  • untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
  • sebagai penjaga masa
Persekitaran pekan Teluk Intan

Bangunan lama di Teluk Intan

Ada je aku nampak orang naik atas tu. Tak sure berapa bayaran di kena kan

Condong jugak la

Cobaan nak menahan menara condong adalah gagal. Lagipun Papa malas nak melayan. ( sibuk main hingus )

Kedai kedai lama di Teluk Intan

Lepas tu, kami bergerak terus melalui pekan Teluk Intan menuju ke Sitiawan.

Hingus makin parah. Sroh Sreh Sroh Sreh.

Kejap kejap lagi kang.

Kong. Kong. Kong. Kong.

Ya ampun. Lama nya rasa nak sampai Lumut.

Aku dah nampak katil hotel. Nak tidur. Hero dah bising kata tak sabar nak mandi kolam. Harapkan OR je gigih drive.

Tapi sepanjang perjalanan dari Teluk Intan ke Lumut agak scenic gak la.

Aku sempat snap ni !!!


Ada kebun kelapa

Sawah padi

Kebun kelapa sawit

* tapi snap on the way balik sebenarnya ni, masa pegi hanya memandang sepi jer lah.

Akhirnya sampai la jugak ke Lumut.

Tengok tengok orang kat jetty tu, ya ampun................. ramai gila !!!!

Macam ada 2 choice je. Nak gi hotel atau nak gi spital.

Aku dah rasa berpusing pusing nak pitam !

bersambung..............

9 comments :

  1. Hhaha terus nak komen...

    best kan bang meng hero letak towel ek kat tep tingkat kreta nak elak panas? Hahahah macam style iols kekecik dulu. hhihih.

    ReplyDelete
  2. ala jgn la patah balik, aku nak baca cite niiiii.

    ReplyDelete
  3. Meng...ko pakai camera model apa arr? aku nak beli satu la...nak bawak gi Laos nnt nak lawan gambo ko hehehe...

    ReplyDelete
  4. kesian abg meng demam...tp gagah jugak nak pg pangkor...

    ReplyDelete
  5. FJ : haah elak panas la tu.

    Biq : of choss tak patah balik, patah seribu je atas katil lepas tu.

    HB : aku pakai canon 550D. harap maklum.

    DATT : gagah dan gigih, lepas tu.......?

    ReplyDelete
  6. 550D? ha ko bleh geng la ngan sekupang...50D dia dah kena rompak dulu, kesian...

    ReplyDelete
  7. jahanam punya perompak.. sapa rompak?

    ReplyDelete
  8. aku baru masuk rumah baru, alarm cctv tak sempat install, perampok dah shopping dulu. dia angkut complete set camera, lens siap beg 50D, ricoh r8 aku, lcd tv, cash, perfume, kasut, DENGAN KETA HONDA SEKUPANG.

    bleh? *nangis*

    tapi keta jumpa balik, radio dia kipau.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...