Monday, January 21, 2013

Lawatan Sambil Belajar : Planetarium Negara

OK.

Aku nak start bercerita, so korang boleh duduk diam diam dan baca. Sediakan secawan kopi kalau perlu. Nyalakan rokok kalau mahu.

Jangan lupa. Fire extinguisher letak kat tepi takut berlaku kebakaran.

Ada cita cita mahu ke angkasa?

Ya. Angkasa raya, bukan angkasapuri. Tak de? Kalau tak de sudah.

Aku ni semenjak sekolah dulu memang suka benda benda sains angkasa, solar molar dan benda benda yang sewaktu dengannya. Tapi tak de la pernah pulak terfikir nak jadi angkasawan. Maybe sebab sedar diri dan tau limit diri tu sampai kat mana. Jadi, memasang angan angan pun kadang kadang orang kata budget budget la skit. Tak perlu nak poyo sangat. Sedar diri sikit. Macam kalau kita tak berapa sexy takkan nak impi jadi model Victoria Secret. Ya dak?

Dan aku dah lama jugak nak pegi Planetarium Negara ni. Pernah tau. Pernah nampak tapi tak pernah ter pegi.

Jadi kesempatan yang ada masa cuti sekolah hari tu pegi la ke sini bawak Hero untuk lawatan sambil belajar sekali dengan aku sekali lah.

Sapa yang tak pegi lagi meh sini aku bagitau apa yang menarik kat sini.

Ini signage pintu masuk

Tapi jangan sesekali tertipu sebab sebagai orang awam yang tidak menjawat jawatan di perkhidmatan awam tahap hebat hebat, tidak ada nya kita di benarkan masuk melalui pintu ni. 

* sedar diri lagi

Ada public parking yang terletak di kawasan luar. So park di sana dan menapak la ikut laluan yang ada sampai ke atas bukit.

Parking free. 

Bangunan Planetarium Negara

Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 kaki persegi (11,000 m²).

Kiralah anak tangga berapa banyak nak kena menapak. Tapi tak berapa membantu nak menguruskan badan kalau sekali panjat saja.

Dah sampai depan pintu Planetarium tu sila senyum. Lambai lambaikan tangan kepada peminat kalau ada. Kalau tak de, terus je beratur beli tiket !

Planetarium Negara di buka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang (kecuali pada hari Isnin, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji). Tayangan planetarium berlangsung setiap dua jam dari waktu ia dibuka sehingga waktu tutup. Tayangan berlangsung pada 11am dan 3pm. Tiket masuk adalah RM 1 untuk dewasa, dana percuma bagi kanak-kanak, sementara RM 6 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak bagi menonton filem.

Selamat Datang


"Ni siapa ni Yang?"

Aku tanya OR.

"Al Khwarizmi kot"
"Ya ke?"
"Ya la kot. Kalau bukan pun, macam la kita tau rupa dia sebenar cemana"

Adoi, terkono den.

OK. Masa kami pegi, ada tayangan di teater angkasa yang di tayangkan dalam format besar. Ada 4 shows hari tu dan masa time kita orang sampai, terus je sambar mana yang terdekat. Ada show Solar Storm

Show show yang di tayangkan

Sebab dah nak start jadi kami terus ke teater angkasa. Hero bukan main seronok dan tak sabar sabar.

Aku pun first time masuk teater besar macam ni. Agak impress jugak lah. Ramai yang turut serta nak menonton. Kat tiket dah ada seat number so duduk according to seat number.

Penonton mengambil tempat. Yang bahagian atas tu adalah skrin sebesar kubah yang kelihatan dari luar bangunan Planetarium

Cerita dah nak start

Sebab skrin dia besar gila so macam boleh terpusing kepala ke depan, atas, kiri dan kanan maka boleh menyebab kan pening pening lalat.

Kalau dapat seat tengah should be better, kalau tepi, nampak pening skit sebab skrin besar sangat dan agak senget sebab kedudukan layar yang melengkung. 

Apa apa pun, kalau rasa nak muntah bawak la plastik dan muntah la seperti biasa. Hahaha.


Actually show pertama yang kita orang tengok tu agak bosan. Cerita mengenai Solar Storm. Tapi macam budak budak tak berapa nak faham. Siap ada interview interview macam tengok National Geography ler pulak. Budak budak ni kan suka animation, benda benda kartun sikit.

So Hero agak bosan. Kejap kejap dia tanya.

"Papa. Lama lagi ke cerita ni nak abis?"
"Papa, tu apa?"
"Papa.... Hero rasa nak tidur lah"

Dan macam macam lagi la dia.

So tayangan ni agak fail bagi aku untuk di pertontonkan kepada budak budak. 

Tapi tak pe. Kadar 45 minit tayangan berlangsung dia layan bosan je. 

Lepas kami keluar tu, macam ada pengumuman supaya pemegang tiket untuk masuk ke teater Angkasa ni sebab tayangan yang seterusnya akan bermula.

Sebab excited terlebih dan agak kesian kat Hero sebab dia macam tak puas hati, aku pegi beli tiket sekali lagi.

"Lepas ni tayangan apa Dik?"
"Earth Movie and Sun"
"Ada animation ke macam documentary je?"
"Campur campur bang"
"Hmmm"

Kalau yang tadi langsung la tak de animation. Budak budak tak seronok. So hoping yang ni better skit ler kot sebab kalau tengok pada iklan tu ada kartun kartun jugak. Jadi aku beli je la sekali lagi dan sekali lagi la kami masuk dalam teater Angkasa tu.


OK. Yang ni best. Budak budak boleh faham. Ada Coyote dan animation. Ramai je dengar budak budak dalam panggung tu gelak gelak.

Kalau yang Solar Storm tadi semua macam diam. Semua macam tak faham. Cuma mungkin excited tengok skrin yang besar je ler kot.

"Seronok la Papa yang ni. Yang tadi tak best. Yang ni ada coyote............. bla bla bla bla"

Tu kata kata dari peminat. So aku assume memang dia seronok berbanding dengan yang sebelumnya. 

Moralnya di sini, usha dulu cerita apa yang nak di tengok. Ada yang too adult ( tapi tak de bogel bogel ) dan ada yang yang lebih relaks dan santai sesuai untuk budak budak dan bapak budak.

Lepas abis tengok show tu, baru la kami berkesempatan melilau di bahagian pameran.

Ada 4 bahagian dalam Planetarium yang di buka untuk orang awam. Aku pun sebenarnya lupa bahagian bahagian tu. Tengok gambar je lah.

Jadual berkala Elemen. Ingat? Semua ada di sini, Zirconia, Titanium, Ferum. Tak pasti Gold tu dia letak emas betul ke tak. Kalau betul mesti ada orang nak curi.

Ruang pameran. Macam macam ada kat sini, yang best, budak budak boleh test dan tengok sendiri setiap kejadian kejadian yang di pamerkan. Ada simple simple experiment dan games etc.

Budak budak seronok la tengok benda benda macam ni

Rakyat Malaysia pertama di Marikh. Insya Allah.

Anti gravity room. Masuk dalam ni ada rasa pening pening lalat sikit.

Ruang pameran dari bahagian Mezzanine floor

Di dewan utama adalah pameran kekal berkaitan dengan sains angkasa. Antaranya adalah enjin angkasa Arianne IV, yang juga merupakan salah satu enjin yang digunakan bagi melancarkan MEASAT 1, satelit pertama Malaysia ke angkasa.

Kat sini boleh dengar budak budak melalak samaada sebab nak duduk kat seat, nak berebut feeling feeling nak bergambar kat sini dan macam macam hal. Tapi actually tak boleh duduk, ada la pekerja yang datang bagitau. Dan lepas tu ada la dengar sound effect.

"Nak duduk !!!!!!!!!!!! Nak duduk !!!!!!!!!!!! Nak naik !!!!!!!!!!!"

Budak budak menangis dan mengamuk. Kesian bapak bapak tak reti nak pujuk.

Abis di lantai bawah, boleh naik ikut lif ke Galeri pemandangan yang terletak bersebelahan dengan bangunan Planetarium ni.

Naik je lif sampai atas.


Dah nampak 360 view of Kuala Lumpur.

Cool !



OK. Actually view dari atas ni agak lawa. So tak perlu nak naik Menara KL ( sebab kena bayar mahal ) walhal kat sini boleh tengok jugak dengan bayaran yang minima.

Siap ada teleskop lagi.

Kemudahan surau juga ada di sini.


Maka. Tamat la lawatan sambil belajar ke Planetarium Negara. 

Abis tu keluar then Papa boleh hisap rokok. Kadar nikotin dalam tubuh berkurangan jadi tak berapa best. Dapat sedut rokok baru rasa OK skit.

Tapi lawatan di Planetarium ni tidak berakhir di sini saja. Ada replika balai cerap silam terletak di luar bangunan Planetarium ni.

Terletak di depan pintu masuk 

Stonehenge

Lupa nama. Tapi Cina Cina sikit

Dan ini macam di Jantar Mantar, India

Dan balik ke tempat parking. 

Tamat dan lawatan ke sini. 

"Best tak tempat ni? Hero seronok tak?"
"Seronok"

Hero jawab. 

Oh. Moga moga, misi aku nak menghidupkan kesedaran dan minat dia dalam Sains Angkasa berjaya. Or at least sebagai pendedahan pertama untuk dia berkeinginan dan ada rasa lebih ingin tahu.

"Papa ! Papa tengok pokok ni. Canggih !"


"Hmmm"

Atau mungkin tak berapa berkesan lagi.

Lain yang aku suruh dia tengok, lain pulak yang dia lebih excited. Akar pokok macam ni lak dah yang di canggih canggihkan nya.

Tak pe. Misi Papa bawak gi tempat lain pulak lepas ni.

p/s Dari Agensi Angkasa : Kepada pemilik blog SUPERMENG MALAYA, ribuan terima kasih diucapkan atas perkongsian maklumat ini. Walau bagaimana pun terdapat kesalahan fakta berkenaan masa tayangan dan bayaran masuk ke Galeri Pameran. Jadual tayangan adalah setiap 1 jam dan pada setiap Jumaat tiada tayangan jam 1 pm & 2pm. 

Kemasukkan ke Galeri Pameran adalah PERCUMA. Selamat membaca!

12 comments :

  1. agaknya Hero nak sebut berselirat kot...xtau dia sebut canggih....hhehe

    err...memang canggih la akar pokok tu.

    ReplyDelete
  2. abg meng...

    best r ko cite pasal planetarium...aku pn tetibe rase nak pg, sdgkan petrosains kt klcc pn xjejak lg...pdhal dh tua...zmn dolu2 xmampu...

    lps ni aku pn nak pg melawat zoo negara la pulak...hehehe..

    bkn setakat hero jer belajar...aku pn blh belajar gak...

    ReplyDelete
  3. aku rasa aku xyah gi la planetarium tu aku dh baca Meng punya citer ni pon dh macam aku dh gi hehehehe...

    ReplyDelete
  4. hoi

    planetarium ni wajib pegi...

    aku x pernah pegi zoo negara

    * nanges

    nanti aku bakal pegi.

    ReplyDelete
  5. oooo cite yg lalat 3 ekor fly to the moon tu dah takde ek? yg tu comel dan best, budak2 suka.

    apa barang tak penah pegi zoo negara menggggggg hahahaha! cepat pegi dan blog!

    ReplyDelete
  6. aku kuciwa nak pegi kuala gandah tapi dah x boleh bermanja ria dgn gajah now..

    ReplyDelete
  7. meng,

    kidszania tu sesuai ke utk hero? aku yg tua2 ni pulak teringin nak pih...

    next time aku nak try p jugra pulak...lps ni ko bt aktiviti beriadah, bawah OR n HERO naik broga...tp lupe lak ko kan boleh terbang jer nak sampai puncak...

    hik.hik...

    ****larikkkkkkk laju-laju

    ReplyDelete
  8. Meng boleh terbang lg ke? bukan badan dia dh mcm gajah ke skang ni?

    *mamakkk mee karikk rendekkk

    ReplyDelete
  9. aku tunggu bawah je la..

    jugra dgn broga tu memang dlm list. cuma bila plan tu rasa semput semacam je. tangguh dulu la.

    kidzania dah pernah pegi. nanti la aku pegi lagi. mak pak bosan menunggu. anak anak ok ler

    ReplyDelete
  10. HB.. aku dah jogging di tasik raja lumu..

    tapi gagal kurus.

    * nanges

    ReplyDelete
  11. Best la baca stori ttg planetarium ni..ada rasa macam nak bawak anakanak lak pegi terjah dan ciku nak bergambo ngan stonehenge walaupun tak ori ..hihi..thanks:)

    ReplyDelete
  12. Ciku : pegi la.. menarik jugak la tempat nya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...