Thursday, February 13, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 02 - LOMBOK | Pantai Senggigi

Biasanya bila dah masuk area Senggigi tu, driver Bas Damri akan tanya.

"Senggigi nya di mana Mas?"

Ha.. sebut je nama hotel nanti dia tau nak berhenti di mana. Aku rasa dia hafal semua nama hotel kat Senggigi ni kot. Dari Mataram ke Senggigi tu dah tak lama. Tapi tengok traffic jugak lah.

Untuk trip ni aku memang dah book first night di Senggigi ni just to make sure aku tak terkapai kapai bila sampai dan tak de arah tujuan.

Tempat yang aku book namanya Raja's Bungalow.

Senggigi Main Strip

Aku orang paling last turun. Bersama sama dengan aku hari tu ke Senggigi cuma ada 1 couple Mat Salleh dengan 1 couple Indon tapi dia orang dah berhenti dulu sebelum aku turun.

Mundar mandir kejap aku tepi jalan tu sebab tak tau mana nak di tuju. Tiada sebarang signage.

Pekan Senggigi ni tak de la busy mana. Tapi di kawasan ni la saja yang paling ramai tourists. Ada banyak hotel dan resort di bina di kawasan ni. Kat tepi tepi jalan tu banyak kiosk kiosk yang menjual pelbagai tiket dan pakej pelancongan dan dia orang pun sama asyik dok panggil je.

"Mas..... udah ada penginapan ya Mas?"
"Udah"
"Di mana Mas?"
"Raja's. Di mana yach?"

Haaa.. Mintak bantuan tunjuk jalan. Nasib dia baik dan tolong tunjukkan lorong masuk.

Lorong masuk ke Raja's

Raja's Bungalow ni terletak agak ke dalam. So dari jalan utama tu kena menapak masuk dalam lebih kurang 100 meter. Ada nampak sign.


Ketibaan aku di Raja's Bungalow di sambut dengan bunyi dengkuran 2 orang pekerja dia. Dua dua tengah membuta. Mengantuk sangat la tu. Buat aku rasa bersalah nak kejutkan.

"Hello. Selamat siang Mas......"

* suara kepit sikit.

"Mas !!!"

Masih berdengkur ria.

"MAS !!!!!!!!!!!!!!!!!"

Akhirnya terpaksa bersuara garau. Keluar suara Abang Hamid tertelan jagung.

Serentak mereka terjaga dan bingkas bangun.

"Ya... oh.. dari Malaysia ya?"
"Ya.. saya"

Pastu yang sorang lagi bangun menuju ke dapur.

Apparently dia orang memang tunggu aku sampai. So urusan check in semua mudah sangat sangat. Langsung tak de ambik passport ke apa. Tau tau dia bagi aku kunci.

"Minum Mas?"

Lelaki yang sorang lagi pelawa aku minum.

Owner dia nama Andri. Agak baik dan English dia agak bagus. Siap berslang slang lagi. OK lah. Tapi staff dia sorang tu mula ambik alih dan mula la tanya aku apa plan dan apa aku nak buat. Dan macam biasa, dia nak suruh aku ambik pakej dengan dia.

Tung Tang Tung Tang.. Transport pegi sini etc siap pegi Gili sampai Bali.. dia quote aku 1.9 Juta Rupiah !! Hmmm.. bagi aku agak mahal lah tu. Dekat RM600. Belum kira hotel di Gili, hotel malam ke dua ( sebab aku book satu malam je ) dan makan apa semua. Then aku cakap nanti aku fikir dulu.

Badan letih dan perlukan rehat. 

Aku ambik kunci dan terus ke chalet.

Tadaaaa.... ini la kamar nya di Raja's ni. Harga bilik RM50 satu malam. Murah tak?

Siap berkelambu.

Lama jugak aku fikir, cemana aku nak tidur dalam kelambu kelambu ni. Aku rimas !!

Tapi tengok ni.

Open bathroom !

Hahahaha. Puas aku intai atas bawah. Kalau aku mandi bogel aci ke orang mengendap? Tapi banyak pokok. Ada pokok kelapa je. Satu keje lak orang nak panjat pokok kelapa semata mata nak intai aku.

Masalahnya kalau intai aku, apa je pun dia dapat?

Kann?

Ada !

Penyesalan.. Hahahahaha.

Ni chalet bahagian luar

Tak de banyak bungalow di sini. Cuma ada 5 je kot. Dan hari tu aku nampak cuma ada 3 yang berpenghuni. Overall, aku rasa quite a nice place jugak la tempat ni. Luas dan agak berpokok pokok. Aku risau banyak nyamuk.... memang ada nyamuk jugak la..

Open roof kat bilik air tu buat banyak daun daun jatuh dan bersepah dalam bilik air. Kalau mandi, bergenang genang daun daun. Dan paling tak best, aircond tak de dan kipas sangat lembab. 

Nombor 5 lagi lembab pada no 1 !! How???

Lokasinya pun agak ke dalam sikit dan bukan dekat dengan pantai. Tapi nak ke pantai tu adalah dalam 200 meter. Dan kat jalan utama dari tempat aku turun Damri ada banyak kedai kedai termasuk Indomaret dan sebagainya. So senang la, kedai makan pun banyak. 

Yang menarik, wifi free dan agak laju. 

Mula mula aku ingat macam nak tidur kejap. Tapi pusing pusing atas katil tu macam tak leh nak lena pulak. Cuaca kat luar mendung pulak tu. Akhirnya aku bangun, mandi dan solat dan bersiap siap.

Tak boleh lepak sangat. Kena keluar dan berpeleseran !

Keluar ke jalan utama aku terus singgah ke tour kiosk kat situ. Banyak dan biasanya dia orang boleh bagi free info pasal Lombok dan free map. Kalau nak ambik pakej dengan dia orang pun boleh.

Aku mintak map je la kat situ. Then ke pantai. Cuaca memang tak berapa menarik dan suasana di pantai agak sendu jugak. 

Pantai Senggigi

Itu Pantai Sengigi belah yang pertama aku pegi. Tapi tak boleh nak jalan terus sebab ada resort dan tak boleh masuk kawasan resort tu.

Akhirnya aku keluar balik ke jalan utama.

Tau apa aku jumpa?

Sendok Hotel.!!!!  Patut la Kak Sendok tak update blog, rupanya dah ikut jejaka Lombok dan bukak hotel, bar and restaurant di sana. Hiks.... 

Dari jalan utama Senggigi ni baru la aku masuk jalan ke pantai yang betul.

Ada banyak resort resort mewah di kawasan ni tapi jalan tu memang jalan public ke pantai. Nanti jumpa kedai kedai jual macam macam barang dan terus je boleh tembus ke Pantai Senggigi.

Jalan menuju ke Pantai Senggigi

Akhirnya sampai di pantai

Ada jetty untuk penumpang ke Bali dari sini ( dengan fast boat )

Suasana tepi pantai Senggigi

Bot bot kecil bergelimpangan

Pantai dia memang tak berpasir putih tapi cukup bersih

Kak Eton !!! Jangan menaruh harapan nak letak barang di atas tembok ni ya !

Pasirnya yang kehitaman

Bot bot tersadai

Warga tempatan melepak dan main dam

Cuaca mendung

Ombak yang agak ganas dan mencabar. Ada jugak sorang dua yang mandi

Bot bot Lombok

Actually belah kiri ni semua resort !! Banyak resort tepi pantai ni

Pantai Senggigi

Frankly aku agak kecewa dengan Pantai Senggigi ni.

Aku fikir.

"Ni je ke?? Dah la tak luas mana. Air tak lawa mana. Ombak kuat, tapi banyak resort, dan pasir tak putih.. ini je ke pantai di Lombok?"

Macam tu aku tertanya tanya.

Some part of the beach tu memang tak boleh masuk sebab belongs to Sheraton dan ada Sheraton Senggigi di situ. So tak boleh jalan terus. So aku naik balik dan jalan balik ke main strip tadi tu.

Art Market. Di sini ada banyak jual cenderamata, tapi harga lumayan mahal

Kiosk kiosk Tourist Info

Lombok Next Top Model... kau mampu?

Papa Besar Cafe

Sebenarnya aku lapar !

Aku tak makan apa apa dalam flight. Tak jugak sempat breakfast pagi tadi sebelum keluar. Minum kopi je dalam kereta on the way ke airport.

So sekarang dengan cuaca mendung tak berseri, buat rama rama dalam perut riang menari nari.

Aku kena cari something untuk mengisi perut.


Ada nampak banyak kedai makan. Ada yang nampak high class ada jugak warung warung biasa. So aku ambik yang pertengahan.

Tak perlu risau sebab rata rata di sini ramai yang Muslim. Nampak tuan kedai pakai tudung aku jadi bertambah yakin. Akhirnya kedai ni aku pilih.

Yessy Cafe

Buku Menu

Menu hari tu. Nasi Putih. Ayam Goreng Taliwang dan Mango Juice... 

Sebab aku lapar kot so aku abiskan makan Orang kata kalau ke Lombok kena cuba Ayam Taliwang samaada yang bakar atau goreng. Ayam nya kecik je kat sini. Cuma rasanya bagi aku biasa biasa je. Terlalu kering. Rasa kunyit hidup je banyak pada rempah dia tu.

Apa apa pun. Itu la rezeki untuk hari tu.

Cost makanan IDR70,000 ( RM24). Agak mahal jugak la kot. Tapi Alhamdulillah. Mengenyangkan.

Lama jugak aku melepak kat kedai ni sebab time ni la aku baru nak membaca apa yang patut aku buat dan mana yang sepatutnya aku pegi.


Seriously... few jam pertama dan lepas tengok pantai Senggigi tadi aku sebenarnya agak kecewa dengan apa yang ada di Lombok ni.......................

* sigh

Tapi aku percaya, Lombok bukan hanya setakat ini. Aku kena lebih explore !!!

"Come on Lombok ! Give me more ! Make me fall in love with you. Youuuuuuuooooooouuuuuuu............."

* tarik head tone Whitney Houston tengah tengah jalan.



Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya padaku
Sakitnya aku
Jika lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau.. kau..

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

bersambung........................

12 comments :

  1. aku baru nak cakap, maybe sbb cuaca mendung kot...sbb aku ada tgk blog yg gambar pantainya cun melecun serta panas terik giles...

    emmm...emmm...ayam tu bukan puyoh? ke mmg ayam kecik mcm serama tu? ala sian nyerrrrrrrr!

    ReplyDelete
  2. MKL : macam di kampung2 kan? pokok pun banyak. tapi dauh dauh tu jatuh dalam bilik air tu .. tersumbat tempat air keluar...

    Biq : haaah. mendung time tu... tapi aku bukan risau sebab mendung, tapi sedih sebab macam lombok tak de apa sangat..

    kuciwa abangnda...

    pantai2 yang lawa lawa tu jauh dari senggigi ni.

    tu ayam bukan puyoh. ayam di sana kecik kecik belaka...

    ReplyDelete
  3. Meng, bundle kat sana murah tak? Thanks, banyak info aku dapat baca kisah Lombok ni (ada hati nak pegi jugak)

    ReplyDelete
  4. lagi nak komen.

    kak sendok is lejen.
    tapi imah lenggok lagi lejen.
    mana dia eh..hilang dah hiburan aku..

    ReplyDelete
  5. Bab bilik air tu...kalau org mengendap aku x kisah... tp kalau entiti lain mengendap tu yg ngeri hehehe...

    ReplyDelete
  6. apa binatang yang melekat kat dinding bilik dan bilik mandi tu err? macam seram jer nengok..

    ReplyDelete
  7. Ali : hahah aku x check la bundle murah ke tak. tapi t shirt mcm murah jugak la.. cuma tak terbeli...

    kain x berapa cun..

    kau kena pegi lombok wey !! aku rekomen.

    NanaT : imah mana lak ni? maybe dia dah jadi komodo kat flores nuh.

    kan lagi legend dari kak senduk..

    hahahhaa..

    HB : btol ! aku pun cuak dowh nak kencing. intai atas bawah. macam macam aku fikir..

    kot la ada kuntilanak lombok ka..

    mau kencing tak basuh aku...

    LD : tu komodo tapi kecik je la.. dari kayu jadi perhiasan..

    banyak kat dinding2 dia orng..

    ReplyDelete
  8. abg bole share berapa jauh/brp jam perjalanan dr lombok airport ke senggigi?thanks

    ReplyDelete
  9. EC : allow about 1 hr by public bus.

    kalau peak hour biasanya jalan agak jem.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...