Saturday, February 8, 2014

TMM 2014 | Seremban - Part 2 : Masjid Negeri

Lepas makan kami singgah di Masjid Negeri, Negeri Sembilan untuk solat.

Aku sebenarnya memang dah lama teringin nak datang sini dan jenguk masjid ni. Kenapa? Sebab aku macam suka tengok design dia yang mengabungkan gaya modern dan kesenian minangkabau.

Masjid Negeri

Masjid Negeri, Negeri Sembilan, dibina dikawasan atas bukit berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri di Seremban. Bermula pembinaannya pada 25 Mac 1966. 

Asas rekaannya berdasarkan satu bentuk berpecah sembilan, yang dapat dilihat jelas melalui bumbungnya yang mempunyai 9 corong runcing yang di bercantum lalu membentuk umpama sebuah payung. 

Pembukaan secara rasminya disempurnakan oleh DYM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada hari Jumaat, 24 November 1967. - Sumber

Pintu masuk

Bangunan masjid dengan kawasan parking

Menara yang terletak bersebelahan bangunan utama

salah satu corong runcing dibumbung masjid

Tempat wudu

Dewan solat utama

Bahagian atas

Karpet

Mimbar.. ada acara hari tu, tak pasti acara apa...

Chandelier di tengah tengah dewan solat

Dewan solat

Bahagian dewan solat muslimah

Perkarangan....

Hotel Royale Bintang Seremban,. betul betul berdepan dengan Masjid Negeri

Bagi aku struktur binaan Masjid Negeri ni lawa cuma macam maintenance nya not at its best. 

Rasanya Masjid Negeri ni diwartakan sebagai bangunan Warisan, tapi cari plague Warisan tu tak jumpa pulak. Tak cari betul betul kot.

Salah satu yang patut dibanggakan oleh warga Seremban dan Negeri Sembilan khususnya... Apa apa pun masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang. Marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

Kat perkarangan ada gerai gerai jualan. Sempat aku sambar beli Habbatul Sauda.

Habbatul Sauda Oil.

Aku dah lama makan Habbatul Sauda ni. Pagi pagi sesudu kecik. Tapi dulunya beli yang bijik dia tu then OR kisar halus halus pastu gaul dengan madu dan minyak Zaitun. So aku amalkan setiap pagi. Lepas dah abis tak jumpa jumpa nak cari Habbatul Sauda.. kat sini jumpa pulak minyak nya.

Tak de sebab specific aku makan cuma jadikan satu amalan.

Selain daripada Masjid Negeri ni, bangunan gereja ni pun agak menarik. Cuma tak berapa berani nak usha. Tengok dari jauh je lah...

Visitation Church Seremban...

Layan lagu minang !



Bapisah bukannyo bacarai
Usahlah adiak manangih juo
Basaba sayang nantikan denai
Taguahkan malah iman di dado

Bapisah bukannyo bacarai …

Uda bajalan padamlah palito
Kasia nasib ka den kadukan
Kampuang den jauah da, sanak tiado
Denai jo sia Uda tinggakan

Ondeh, gunuang Marapi, gunuang Singgalang
Hei, tolong caliakkan kasiah hati den
Nan den tinggakan, antaro pintu nan jo halaman
Uda den nanti antaro pintu nan jo halaman

Bapisah bukannyo bacarai …

bersambung...............

5 comments :

  1. Dulu waktu muda selalu lepak kat sini....best masjidnya.

    ReplyDelete
  2. walaupun warganegeri sembilan, tapi tak pernah sampai sini...sobss....next kena buat visit n9 ni...hehe

    btw, skang ada habbatus sauda oil dalam bentuk softgel gak...senang sikit nak telan...hehe

    ReplyDelete
  3. suka baca n3 pasal gi jejalan kat sini.

    walaupun anak pernah belajar di seremban tapi tak pernah singgah solat kat sini

    ReplyDelete
  4. bagus Meng makan habatus sauda ni, badan sihat, otak cergas! Aku dah masuk mesjid ni... cantik.

    ReplyDelete
  5. MKL : yup.. sejuk je sebab pintu besar dan angin banyak masuk. cuma buruk skit.

    kena suruh cat baru la sikit baru comel..

    DJ : ya.. sila la pegi..

    haha aku dah lama teringin tu yang gigih mencari.. sesat jugak dlm taman taman tu tersilap jalan.

    dah jumpa jugak habbatul sauda dalam capsul tu. ada ustaz hari tu jual rm13 satu pack.

    Kak Ina : boleh repeat... throwback seremban ! hahaha..

    Ali : lawa kan. kan. kan..

    * telan habbatul sauda dgn riang supaya tampak cergas dan bertenaga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...