Wednesday, July 29, 2015

Jom Santai : Fraser Residence, Kuala Lumpur - 02 - Room

Ayuh kita tengok bilik di Fraser Residence, Kuala Lumpur ni.

Sewaktu menginap di sini, aku ambik 1 bedroom executive. Pilihan bilik dia ada suite, 1 bedroom Executive. 1 bedroom Premier dan 2 bedroom. 

Pilih lah mana yang bersesuaian. Harga adalah berbeza mengikut setiap jenis bilik tu.

Ni bangunan hotelnya

Lobby dan reception.

Ada free parking di bahagian atas dan ada lif turun terus ke lobby. Parking kira OK lah sebab free dan tak penuh.

Tapi service waktu sampai agak menghampakan.

Dekat reception tu cuma ada 2 kaunter di buka. So aku pegi yang mana available. Ada sorang perempuan Receptionist kat situ. Waktu aku sampai dia tengah gelabah macam hilang barang. Pastu tanya kawan dia, borak borak pastu dengan dialog dialog penyesalan. 

"Alah.. mana I letak eh? Abis lah..... "

Macam tu la dia dok berborak dengan sorang mamat ni. 

Aku berdiri depan kaunter. Dia langsung tak pandang. Dia sibuk dok kalut cari barang dia.

Lama jugak. Dekat 5 minit. Then baru dia datang dekat dengan computer dia. Aku terus hulur IC dan dia ambik.

Langsung tak de ucap salam !

Ucap selamat datang ke apa ke.

Memang betul la otak dia berserabut aku rasa.

Dia ambik IC aku.. key in sikit pastu siapkan borang untuk registration sampai ke sudah muka tak friendly langsung.

Nasub la aku memahami. Tapi sebagai hotel 5 bintang, sepatutnya mereka lebih professional dan melayan tetamu yang datang ni dulu !

Kan?

Or at least, mintak maaf ke apa ker...

Dah last last tu baru dia bersuara. Tu pun sebab tanya bayaran dan jugak dia pass room key. Memang tak mesra langsung !

Aku lak yang terlebih kecewa sebab aku ingat masa di Fraser Place dulu tu receptionist dia selain daripada cun, mereka mesra alam dan beramah tamah.

Nasib aku tak berapa baik kot masa check in tu.

Yang penting dapat room key

Bilik kami di tower 1 so boleh nampak view KLCC

Bilik terletak di tingkat 15. Aku memang request high floor.

Jom masuk.

"Assalamualaikum....................."

Masuk masuk terus nampak kitchen. Hujung sana tu pintu masuk

Ruang tamu

Kamar beradu

Dalam bilik

Aku suka style bilik 1 bedroom apartment macam ni sebab ada 2 area. Bilik dan jugak living hall. Luas bilik agak besar berbanding di Fraser Place. Dan aku lebih suka sebab ada 1 extra bilik air kat luar dekat kitchen. Sama macam setting E&O Residence, Kuala Lumpur !

Usha kitchen area dulu.

Kelengkapan semua cukup. Ada utensils, stove, fridge dan dryer serta washing machine. Nak masak masak pun boleh ! Tapi tak de orang rajin nak masak.

Bilik dia agak besar jugak dan ada 1 king size bed.

Luas dan puas

Katil yang best, bantal yang best dan banyak.

Tapi macam biasalah kalau tidur hotel, budak budak dah conquer katil ni. Aku terpaksa la tidur kat sofa kat ruang tamu * gigit hujung selimut

Sofa di ruang tamu. Tempat tidur aku

Meja, magazine dan TV.. Ada 2 LCD TVs. Satu di ruang tamu dan 1 dalam bilik. So OK, tak berebut nak tengok cerita. Channels dia pun agak OK. Semua ada. Budak budak pun suka.

Meja telefon. Princess macam biasa, sampai sampai capai pen dengan notepad tu dulu dan mula menulis !

Wifi free dan agak laju !

Ada ruangan closet yang memisahkan tempat tidur dengan bilik mandi

Bath tub

Bilik mandi dengan standing shower area

Toilette amenities by Malin + Goetz ! Aku so in love dengan bau shower gel dia since kat Fraser Place lagi. Kat sini pun ada shower gel tu. Nak guna pun sayang. Masa check out aku siap mintak extra 2. Nasib mamat bangla housekeeper tu kasi ! 

Kami cuma menginap 1 malam je kat sini.

Malam tu malas nak keluar so kami order in house food. 

OR memula nak belut dari Japanese Kitchen tapi abis pulak. Sudahnya kami settled down dengan menu menu ni jer.

Nasi Lemak Rendang dan Kuew Tiaw Goreng. Sememangnya tak berapa sedap !

Menu budak budak. 2 ketul ayam goreng tu nama dia Upin & Ipin !

Masa aku called nak pesan order ni, aku sebut la nama Upin Ipin sebab aku tengok dalam menu book dia. 

Boleh pulak minah dari kitchen tu tanya aku balik.

"Is that in the menu book?"

Nak je aku sound dia.

"Eh... aku keje sini ke kau keje sini ?"

* baling telefon celah dinding

Makanan adalah so so saja. Tak menarik pun. Makan pun tak abis !

Princess dengan maggie dia. Marah betul dia. Benda dah la sikit, pastu semua orang paw termasuk aku ! Hehehee. Sekali sekala mengenyam jugak tengok maggie ni.

Strawberry ni kami beli masa keluar rumah.

Now view dari bilik penginapan kami.

Kalau duduk Tower 2 boleh nampak view yang ni dan ke arah Kampung Baru.

Ni view dari bilik kami. Bilik tak de balkony so agak susah aku nak merokok. View boleh tahan lawa. Nampak KLCC, Maya Hotel dan jugak Tanah Perkuburan Jalan Ampang !

Tanah perkuburan Islam Jalan Ampang

Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang ni adalah tempat persemadian tokoh besar seni negara iaitu P Ramlee dan Puan Sri Saloma.

Al Fatihah.

Hari tu aku tertengok Biopic Saloma kat Astro. Sedih rupanya kisah dia orang ni.... Semoga Allah mencucuri rahmat untuk mereka berdua. Amin.

Sesungguhnya ada Airmata di Kuala Lumpur.



Hancur musnah impian mulia
Istana ku bina menjadi pusara
Gelaplah pasti masa hadapan
Jiwaku merayau utara dan selatan

Hidup sudah tiada bererti
Zahirku hidup hai batinku mati
Remuk redam hatiku hancur
Airmata di Kuala Lumpur

Hidup sudah tiada bererti
Zahir ku hidup hai batin ku mati
Remuk redam hatiku hancur
Airmata di Kuala Lumpur

bersambung...........

6 comments :

  1. ddk hotel tapi megi jugak menjadi pilihan.. hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...

      biasalah dpt makan maggie kalau tido hotel jer... tu yang kemaruk tu

      Delete
  2. Itulah ... patut nyer the first encounter ngan customer ler kena tip top !!! To set the mood kan !!! (I baca dari buku pengasas Hotel Marriot ! Dia kata dia memang pilih front staffs dia , dari doorsman , receptionist, counter dan sebagainya yg terbaik !!! Sebab dia percaya mereka adalah org pertama yg jumpa pelanggan gitu !)

    Tapi cantik bilik dia !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu en Ghaz.

      Lagi lagi kalau hotel berbintang2 ni... front desk kena mantap ya tak?

      anyway... small matter je la kot, maybe kalau xde problem dia layan ok. cuma hari tu je dia gelabah semacam jer.

      Delete
  3. Maunya tak menggelabah labah..berdepan dgn artis antarabangsa kot dari Hitaly..
    Hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..

      x de pun dia nak mintak sign !!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...