Monday, September 22, 2014

Jom Santai : E&O Residences, Kuala Lumpur - Part 1

Kalau cuti sekolah menjelang budak budak mesti nak ajak berjalan.

Aku suka je part berjalan ni, tapi part nak drive jauh jauh tu memang aku malas. Now dah jumpa formula baru. Budak budak ni berjalan asal tempat ada kolam, duduk hotel dah kira bercuti la tu bagi mereka.

Dan aku pulak nak gi bersantai santai tanpa perlu drive jauh jauh. Tak de la terperangkap dalam jem.

Jadi..............

Lokasi percutian adalah di sekitar ibu kota saja.

Check in hotel untuk few nights, lepak lepak tak buat apa apa. 

Just enjoice, tido, lepak, makan dan mandi kolam...................... dan semuanya gumbira.

Aku memang dah lama nak stay kat E&O kat Penang nuh. Jadi, tak sempat gi penang kita lepak kat KL jer. Lokasi lepak lepak santai kali ni adalah di E&O Residence di Kuala Lumpur.

E&O Residence, KL

Dulu aku selalu gak la ulang alik marching jalan P Ramlee depan tu masa keje kat Rohas Perkasa sebab aku park kereta dekat parking Jalan Raja Chulan depan Ambank tu. Area ni kalau hari jumaat tengahari ada pasar jual jual.

Oh. Terkenang kisah lama lak. Kenangan dulu masih memburu.

* pitam tepi tembok

Jom usha bilik dia dulu.

Sebab tempat ni macam residence so dia macam apartment je. One bedroom dengan fully equipped residence. Semua complete. 

Just bawak badan jer. Dan bawak barang barang untuk masak dan makan.

Lokasinya di tapak bekas Sekolah St Mary, Kuala Lumpur

Check in yang pantas dan tuntas. Belakang receptionist tu agak minimalist tapi bila dia bukak pintu pintu kayu tu, ada mesin photostat lah, mesin fax lah.. macam pintu suka hati doremon. Terkesima jap aku.

Lobby dia simple jer

Part aku suka adalah security dia.

Masa nak masuk compound ada guard. Pastu sampai kat lobby, park kereta dan check in. Then dapat pass kad baru boleh gi parking kat bawah. Pak guard adalah merata rata. Then nak naik lif, kena pakai pass card lagi dan akhir sekali masuk bilik.

Ada 4 layered security.

Living area yang luas. Aku suka sebab bumbung dia tinggi so rasa luas ruang

Pass key

TV dan channel yang complete

Sofa yang cozy

Ruang makan

Dapur yang cukup complete

Siap ada washing machine dan dryer tapi tak de sabun basuh

Peti sejuk siap dengan ice maker

Complete dengan periuk belanga, kitchen utensils etc

Pendek kata macam duduk kat rumah je la

Now bilik nya pulak.

One bedroom

Bilik yang luas dan katil yang selesa

Room

Bedroom

Meja study

Bath tub

Sinki untuk Mr and Mrs.. Tak payah berebut. Padahal nak gosok gigi je pun.

Space yang luas

Sabun

Bathrobe

Ini toilet no 2

Living hall

Telefon

Now the funny part.

View nya.

Aku suka sebab balcony dia besar dan aku memang request higher floor walaupun hari tu agak penuh so kami dapat tingkat 17 jer.

Tapi view tak menahan.

KL Tower. OK lagi la kan?

Pakcik ni tersengeh 24 jam. KFC setabung !!!

Tu lah yang agak tak best sikit. KLCC nampak sikit je tu.

Kalau bukak tirai memang nampak Kolonel tersengeh... saja la tu nak goda suruh aku makan KFC

Tapi overall, memang selesa dan puas hati.

Nanti aku sambung facilitiesnya pulak.

bersambung.....

7 comments :

  1. Bestnyaaaa... cantiknya bilik... aku tak sabar nak tengok swimming poolnya. Cepat upadte! (Nak tengok je, tak mampu lagi nak dok situ...)

    ReplyDelete
  2. semart gils. aku tatau ade hotel cenggini kat kl ala2 apartment kat nuyok. merembes2 keinginan nak pg plak. kat counter tuh lu ke bro? ahaks.

    ReplyDelete
  3. rajinnya duduk hotel kat kl...
    rumah ko luar KL kah..

    tak lama lagi aku pun duduk luar kl..Nampak gayenye kena buat cara kau...asal turun KL kena sewa hotel ^ ^ hakak YES sajorkkk...

    btw I loikee the bathroom. so noicee

    ReplyDelete
  4. Ali : swimming pool dia memang inzal.. hahaha

    tapi aku segan silu gak nak mandi sebab body tak sado..

    * pumping 40 kali bermula sekarang !


    Beb : haa kau buleh pegi nanti.. aku anak anak dah besar.. hotel x buleh nak pegi sgt. kalau apartment at least ada couch. bapak boleh tidur luar jerrr

    tu bukan aku lah. pak arab mana tu. nampak tak bahu dia senget sebab wallet dia berat dgn wang ringgit?


    Nana : rumah aku alamat selangor. so kira luar kl je la kot.. walaupun tak sampai 20 km hahahaha

    nanti kau dtg kl buleh check in sini la weh

    ReplyDelete
  5. Mampu tgk je lah gambar yg d kongsi ni mmg berbaloi byr mahal klau gini rupa paras biliknya baru puas hati spt byr mahal2 anak dara org cantik luar dan dalam jgn cantik luar je sekali bukak pengsan!

    ReplyDelete
  6. JM : pengsan tu sebab apa?

    sebab terlebih cantik ke? ke ada lalat? hahahaha

    ReplyDelete
  7. ahahahaha abang!!! pandai2 lah describe yg mana satu, i can't imagine

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...