Sunday, September 28, 2014

Jom Makan : Trumpet @ Ara Damansara

Makan lagi !!

* mati lah gemok

Kali ni nak pekena Thai food lagi ! Aku yang kemaruk. Batin menjerit jerit nak makan tomyam hari tu so aku kerah semua belaka untuk makan Thai Food. Nasib baik OR memahami jeritan batinku... ( padahal dia malas nak masak kan ).  Kalau tak nescaya kempunan tido kain pelikat terselak ke atas tutup muka. Bawah cover dengan piring Astro.

Cari cari yang berdekatan macam tak berapa nak jumpa. Teringat E-San Thai Kitchen  kat Ara Damansara yang aku pernah try satu ketika dulu, tapi bila riki riki terjumpa lak kedai ni.

Namanya Trumpet !

* tolak Kassim Selamat dengan seksefonnya jatuh atas riba Chombi.

Jadi dah jumpa, kena la terjah. Sebab dia tutup pukul 10.30 pm so kena bergegas, takut tak sempat.

Pusing pusing keliling, maka jumpa la kedainya yang terletak di kawasan Oasis Square tu.

Ada gambar gajah main trumpet. Pandai ke?

Kedai dia tak susah nak cari. Masuk dalam compound Oasis Square tu buat satu pusingan maka nanti nampak la dia sebelah dengan kedai mamak. Aku lupa nama kedai mamak tu apa. Tapi kedai dia mengadap ke arah Citta Mall.

Entrance kedai

Ada seat belah luar

Dan ada belah dalam. Kami memilih duduk kat luar. Senang aku nak hisap rokok.

Lagipun kat luar tu ada buai ni. Maka, adalah yang tak nak makan dan nak main buai jer

Princess aku tu, kalau mood dia tak nak makan memang dia tak nak langsung. Kalau paksa paksa kang ada lah keluar dialog dia.

"Adik tak nak makan. Adik kenyang"
"Makan sikit je"
"Ala.. nanti adik muntah cemana?"

Macam macam alasan.

"Adik tak boleh makan. Adik pening kepala"

Tu lagi alasan tak leh blah. Sama jugak kalau alasan tak nak berjalan dan suruh dukung. Pendek kata, kalau dia tak nak makan tak boleh la nak paksa. Biarkan je dia main apa yang dia nak. Hujung hujung nanti dia mintak nak menetek jerr..

Ops....

Usha dulu menu nya..

Selection agak banyak.. nama pelik pelik tapi ada translation

Banyak pilihan... 

Yang macam ni pun ada. Set set 'Yang'... ada pelbagai. Apa benda ntah aku pun lupa..

Kedai dia tak besar mana tapi cukup selesa. Pekerja dia OK la. Sebab hari tu tak ramai orang, maka cepat jugak servis dia. Tapi bila aku cakap Melayu dia cakap omputih. Bila aku cakap omputih, dia balas cakap Melayu. Hahahaha

Minuman pembasah tekak

OR order Noodles Tomyam. Dia kata sedap !

Tomyam Campuran yang aku nanti nanti kan... sedap walau nampak tak menarik. Cuma.. banyak ikan ikanan.. aku kurang gemar

Chicken P0ndan... sesedap rasa

Menu makanan

Ada udang dalam tomyam

Sebagai penutup dan mencuci mulut serta tahik gigi.....

Dig in !!! Memula aku tak tau nama apa. Kaler merah pun tak tau apa...dia kata namanya Red Ruby, tapi apa benda ruby tu? Sejenis motosikal? penunu bunsen? atau selak pintu? OK. Aku dah tau jawapan dia. Itu adalah chestnut. Di letak bersama nangka dalam kuah santan. Sedap juga

Halal food

Perut pun dah kenyang. Customer pun semua dah blah

Sekali sekala mencari kelainan.. aku recommend

Cuma harga agak pricey sebab dia tak de small plate. Medium dengan large jer.. Tapi kalau makan ramai ramai OK la kot boleh kongsi.

Kalau kebetulan berada di kawasan ni, sila cekidaut ! Not the best tomyam I have tasted but certainly sedap jugak lah !

* burping sambil gelek gelek gajah kekenyangan

"Mari lah bergoyang.............."


Alhamdulillah, jeritan batinku nak makan tomyam akhirnya tercapai di Trumpet Cafe - Bangkok Street Eats ! 

Trumpet tak der, kita layan Abang Osman Jailani main saksofon jer....



Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada…

Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

7 comments :

  1. Red Ruby Seri Melaka, yang paling sedap dan urmphhhh.

    ReplyDelete
  2. Mana nak cari kerabu sotong yg sedap?

    ReplyDelete
  3. Habang ganazz nye tdo sampai kain pelekat terselak ke muka ahaha i cant imagine apa yg tertutup dgn piring astro tu

    Ohh trumpet bangkok street eat! Ckp mcm pernah ke sana.

    Tomyam campur letak ikann, sah! Tahu dah habang mesti x inzal punya

    ReplyDelete
  4. Hahahaa... ayat pembuka kata tu aku tak bleh tahan. Tutup dengan piring Astro? Hahahahaha.... tak boleh nak komen apa dah. Ayam pandan dia sedap dak Meng?

    ReplyDelete
  5. Ahkak is surprised kau tak penah rasa red ruby.

    Sedap kan?

    Tapi dessert tu bisa buat kau lontar kentut sepanjang malam

    sebab ada chestnut dan nangka tu...angin berkodi kodi datang !

    ReplyDelete
  6. NM : seri melaka di mana tu?


    pB : aloh.. x tau. sotong boleh menyebabkan kegatalan..


    JM : tu la ikan banyak sgt. potong terus selera..


    ReplyDelete
  7. Ali : ayam pandan ok la. tak abis makan. balik rumah esok makan sekali lagi.

    sedap gak la..


    Nana : sedap. dan memang boleh menyebabkan terkentot kentot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...