Saturday, September 13, 2014

Melaka 2014 : 06 - Ikan Bakar Parameswara, Umbai

Orang kata kalau ke Melaka tak complete kalau tak pegi try ikan bakar di sana. Orang yang kata, aku tak kata sebab aku tak makan ikan.

Tapi, aku nak jugak la pegi menyebok seperti mana kata orang orang yang mengata tu.

Mengata? Macam salah jerrr.

Dan tempat yang menjadi pilihan kami adalah di Restoran Ikan Bakar Parameswara, Umbai !

Berikan tepukan gemuruh berserta halilintar.....

Di buka setiap hari kecuali isnin !

Nak sampai ke sini aku pakai Waze. Jadi ikut je la apa kata pompuan tu. Kadang menyirap jugak aku dengan pompuan Waze ni.

"Turn right.......... now !"
"Sabar lah !! Traffic light merah ni !!"

Macam tu aku pun biol pegi melayan.

Tapi berkat kebijaksanaan Pompuan Waze tu lah (dan aku harap dia sexy juga) aku akhirnya sampai ke sini. Tapi parking memang boleh buat jantung berdegup kencang. Tempat ni memang pack la malam malam. Tak leh nak kata apa. 

Pegi atau tak ! Kalau pegi, bertabah la untuk mengharungi keadaan yang macam ni.

Tapi nasib kami baik gak la. Tak menunggu lama, kebetulan ada kereta keluar.

Dah park tu, terus la menuju ke restoran ni. Memang senang nak nampak sebab hujung sekali dan orang pun agak ramai

Pitam tengok orang

Boleh jugak makan dalam perahu. Hero tanya "Papa kalau tengah tengah makan kapal tu bergerak macamana?" Hahahaa.. Jawapannya makan free je lah !

Orang memang ramai walaupun tempat ni agak luas. Memang menjadi tumpuan jelata la rasanya kot tempat ni termasuk la jugak aku.

Princess lak tidur. Dia awal awal dah tanya masa dalam kereta.

"Papa, kita nak pegi mana?"
"Kita pegi makan"
"Ala.. adik tak nak makan. Adik dah kenyang"

Macam macam la alasan dia sebab dia memang anti bab bab makan ni.

"Makan lah nasi sikit"
"Adik tak nak makan nasi. Adik nak Mee je. Nanti Ibu beli Mee adik ya?"

Mee tu adalah maggie cup !

Dia masih kecewa sebab kat hotel tak de maggie cup

On the way tu dia tidur. Dia kalau tidur memang lena terus. Dah sampai kejut pun tak bukak mata. Terpaksa la dukung dan pangku.

Nasib kami baik gak la, sampai je terus dapat meja.

Nak kena beratur nak ambik order. Air dengan nasi je dia ambik order kat meja. Lain semua kena beratur kat sini.

Sementara tu order satay, takut lambat nak dapat lauk. Perut dah berkeroncong

Satay sampai dulu. Sorry makcik, kuah kureng sedap !

Beratur la macam orang lain. Pilih la apa yang nak di makan

Cuma ada ikan, udang, ketam je kat atas meja ni, yang lain lain dia dah buat sample dan kalau order pun memang harga dah siap pakej dah untuk kerang kerangan, sayur etc

Yang tak bestnya, kalau ambik sotong ke apa, tak leh suruh dia masak 2 jenis lauk.

Dia kata, satu lauk, 1 jenis masakan sahaja !! Maksudnya kalau ambik Sotong Kurita, tak leh nak suruh Kurita masak pedas dan Kurita goreng tepung. Kena pilih 1 jer.

Aku pun tak faham kenapa. Maybe dia orang pun pening kalau orang order banyak banyak lauk.

Segala pecicah yang di bagi

Abis makan satay dah kenyang.

Kejut Princess, dia bukak mata tengok kiri kanan. Pastu cakap.

"Haaaa. Ibu tak beli Mee adik eeeee"

Pastu sambung pengsan. Hahah ngigau.

Nasib jugak la menunggu makanan tak lama.

Kupang Masak sambal. OR yang nak ni, aku tak makan pun, nampak banyak sebab dia dah pakej siap siap sepinggan tak kira berapa orang makan pun. Of course la tak abis.

Tetiba buah sampai. Aku mengiyakan jer lah.

Sotong goreng tepung. Yang ni sedap !

Kailan Ikan masin. Sayur pun kira pakej sepinggan. So tak abis sebab banyak

Udang goreng butter. Aku expect butter kering tapi macam butter basah. Nasib la tak banyak. Abis jugak la tapi tak berapa sedap mana

Ketam masak cili. Sambal tu sedap tapi ketam tak fresh. 

Makanan. Macam banyak jer kan? Banyak tak abis ! Lagi la kalau aku yang order lauk lauk ni mesti tersalah budget

Ikan last sampai ! Siakap 3 rasa tapi sampainya masam manis. Aku dah la tak makan ikan, tapi kalau garing tu boleh gak la aku korek korek. Malangnya tak garing dan tak sedap ! Sudahnya OR makan sebelah jer. 

Overall verdict, aku rasa tak sedap mana.

Juvita kat Banting tu lagi sedap. Mesra Port Dickson lagi enak walaupun orang komen situ tak berapa mesra. 

Tak tau la, nak recommend suruh pegi ke tak, sebab tekak masing masing, tapi bagi aku, sekali ni je lah. By the way di sekitar kawasan Ikan Bakar Umbai ni selain daripada kedai Parameswara ni banyak jugak kedai kedai lain dan kedai kedai tu pun nampak menjadi perhatian orang ramai jugak.

So kena try and error la mana yang paling sedap. Tapi for this Parameswara, aku bagi 3 bintang jer.

Dan lebih malang lagi.

Nasik dah abis makan, air tak sampai sampai.

"Erk erk erk. Tercekik, tolong !!!!!!!!!!!!"

Ha......................... kena drama minggu ini sebabak baru dapat air.

Atas sebab tu aku tolak 1 bintang so tinggal la 2 bintang jer !

Ni tempat bayar.

Kata Hero.

"Papa ni tempat bayar dia ke?"
"Haah"
"Kenapa tempat bayar dia lawa tapi kedai dia tak lawa"

Hahahha...

Dan jumlah bil kami makan tu adalah RM 113.

Bagi aku murah ! 

Atas sebab murah, so aku up semula 1 bintang.

So Paramewara Ikan Bakar mendapat 3 bintang bergemerlapan malap malap.................. !

Dari segi rasa dan servis, tak berapa nak recommend.

13 comments :

  1. memang dah tak sedap, hari tu singgah service plak lambat....kalau pergi melaka lagi cuba kat alai pulak...tapi tak boleh lawan ikan bakar teluk tempoyak, bayan lepas, penang....pergilah

    ReplyDelete
  2. hero molot cam papa!

    tp dah mcm klinik ni dah kenapa counter nye?

    dasyat gak la korang bdua bole mkn sbijik2 pinggang pnya byk cenggitu. kite geng. tibah!

    aku mlk tak nmpk lain dah. tp nak gak la try tempat2 lain. insyaAllah. mkkn dlm kapal perahu pejadah tuh cam x tentu hala je aku nengok nye. tak semenggah. kbye

    ReplyDelete
  3. Byknye makanan bang, x obes ke blog nye :-)
    Ahaha princess leh geng ngan auntie jm suka mkn maggie pastu susah hati sbb rambut byk gugur. Ikar bakar! Mmg favourite tu sbb suka mkn ikan!!!

    ReplyDelete
  4. Nasa : dari Melaka terus ke penang?

    kau ingat aku boleh terbang ke?

    oh. aku lupa aku supermeng.

    * betul2kan spentot.



    Beb : biar kedai buruk tapi tempat bayar terkepung sebab banyak duit dlm tu kot... hehehe

    makanan banyak tak abis. leceh la kalau orde kena prescribe size dia orang ... kalau aku pegi satu rombongan lain lah.

    anyway.. nasib la tak mahal mana.


    JM : oh suka makan maggie cup jugak la ni?

    hish.. not good not good.. ( tapi kalau time travel belasah jugak kan? )

    ReplyDelete
  5. Aku mmg xsuka ikan bkr melaka.kureng...klo parameswara masih idup mesti dia mrh sbb kdai ni xsedap! Tp klo bwk org tua kna gk ler pi sini...klo ngn mmber, xdo dah aku pi ikn bkr mlka ni...

    Aku frust xdpt mkn juvita pi bnting aritu...huhu tp bgn lalang tetap terbaik so far...hehe eh sape sebut teluk tempoyak tu...haaa situ pun boleh tahan nyumsss....mesraa??ok nnti aku cuba!

    ReplyDelete
  6. Mak aiiii... ramainya orang. Tapi sayang, service tak berapa ok.

    ReplyDelete
  7. DJ : kalau parameswara masih hidup dia makan ayam berempah jer.

    org dulu dulu suka rempah kot. hahahah

    bagan lalang ok cuma situ semua penuh dan servis slow motion.

    dah lama tak pegi bagan lalang. nanti la nak pi



    Ali : org memang ramai.. dan kedai2 di tepi jalan tu pun ramai jugak org. aku rasa kedai2 tu pun mungkin sedap. hanya org org yang tau je boleh aim kedai kedai tu .

    bagi org yang x berapa tahu mcm aku ni, mesti la gi terjah parameswara ni. now dah tau.. tak kan ku ulangi lagi..

    eh kau paham ke apa aku ckp ni?

    ReplyDelete
  8. haaa baru sampai ke entry ni ahhaha

    kalo nak makan seafood sedap kat Melaka, I pergi ke Alai. Umbai dah common sangat.

    kat Alai not bad. harga ok, rasa pun ok takde lah nak terbalikkan meja ke apa hihihi ikan pun fresh. kat sini nak masak udang 8 jenis pun boleh hihihi :)

    ReplyDelete
  9. Hani : thanks Hani. Insya Allah next time kalau berkesempatan sesat ke sana.. aku try la pegi.

    ReplyDelete
  10. selalu kalau pergi melaka takde tempat lain pergi.. medan ikan bakar sg duyong kat permatang pasir.. last time pergi tahun lepas service still tip top..makan pun sedap kat tekak. murah pun murah.

    ReplyDelete
  11. MNSC : wokey.

    buleh try la nanti kalau ke sana

    ReplyDelete
  12. Kedai ni mahal giler...kerang Rm9 boleh kire dgn jari....cekik darah...makan ikan siakap entah ape rase.sotong goreng tepung.anak pari.mkn 2 org dewasa.air milo ais.air kosong.Rm98.80..terkejut aku bayar..tp sbb mkanan punye pasal..kalu aku org jenis x tahu hukum haram aku blah mcm tu jer....mahal....jgn duk pergi...aku baru pergi...tobat2 x nok pergi doh....ikut lah masing2 punye poket...tp aku mmg x puas hati dgn harge mcm tu...lain lah aku ambik ikan besor.pari besor.semua besor....mahal2.!!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...