Sunday, September 7, 2014

Jom Makan : Onde Onde - Flavours of Malaysia, Citta Mall

Mari la ke mari hey hey hey hey hey !!!

Ada port baru untuk makan, tapi for now aku rasa ada kat Citta Mall di Ara Damansara je. Biasa lah ini kan port aku tengok wayang sebab kurang orang.

Jadi masa gi tengok wayang hari tu singgah la makan.

Ayuh layan pemakanan sihat dan tak berapa sihat ni.

Onde Onde nama kedainya

Setting kedai yang boleh tahan menarik tertarik kau memang the bomb

Boleh pilih duduk di belah dalam.

Atau kat luar berbumbungkan pokok pokok

Duduk cantik cantik. Kalau cantik lah !

Now panggil waitress dan mintak buku menu. Boleh pilih waitress yang cun atau yang biasa biasa.

"Waitresss !!!"

OK. Yang datang yang tak berapa cun. Redha dan pasrah. 

Jadi jangan lihat muka dia... lihat saja pada buku menu yang ada.

Pilihan western

Noodles

Rice

Minumang

Pencuci mulut

At first order Nasi Goreng Belacan. Macam dalam gambar.

Yang datang tak serupa macam dalam gambar dan malangnya rasa adalah tak memukau langsung. Nasinya kering !

Dan order Nasi Goreng apa ntah ni aku lupa. Pun sama.... tak sedap.

Air Serai apa benda ntah... dengan sirap bandung. So so jer...

So kami pasrah. Rasanya menu nasi nasi adalah tak berapa memberangsangkan. At first tu kami berdua je sebab gi tengok cerita Lucy. 

Lucy muka dah keronyok... cantik lawa macam ni ujung ujung jadi pen drive jerr...

Selepas beberapa ketika. Kami pegi lagi. Kali ni memang niat nak makan makan. Sambil tu tengok Teenage Mutant Ninja Turtles, so budak budak adalah dibenarkan ikut.

Onde Onde.. tapi aku tak rasa dia ada jual onde onde pun....

Ini gerai ABC. Ada jugak jual satay

Makan dekat dengan tangga ni.... aci je nak skodeng kalau mata bionic

Bagi menjaga tubuh badan. Ambik All Day Mega Breakfast.... OK. Not bad lah.

Air peach laichi mulberry apa benda ntah aku lupa.... sedap !

ABC..... tak menarik !

Hainanese Chicken Chop. Agak manis tapi boleh la...

Kuew Tiaw.. Ha yang ni agak sedap

So overall nya, nasi nasi kureng sedap sikit. Western boleh di cuba. Yang lain lain tu ikut selera dan anak tekak masing masing.

Gambar dalam buku menu adalah ilustrasi semata sebab bila makanan sampai, nampak tak berapa cantik mana. Tak macam dalam gambar.

Tunggu la kot nanti dia bukak cawangan kat tempat lain pulak. As of now, kalau nak try, sila lah ke Citta Mall. Tapi jangan pegi ramai ramai, nanti tak syok lak aku gi tengok wayang kat situ......

Selamat menjamu selera.........

11 comments :

  1. Hohohoi...mari ramai-ramai pergi Citta Mall kalau nak skodeng skodeng Supermeng.

    ReplyDelete
  2. Wah.... Awek cun jadi pilihan semua jejaka...

    ReplyDelete
  3. ada jual kuih onde-onde tak?..hihi..deco cafe ni memang menarik..

    ReplyDelete
  4. Nk pegi citta mall nk jumpa retis antarabangsa nk minta sign n foto

    Nampak nya Jm antara gadis bukan pilihan lelaki macho huhuhu x pe lah :-)

    ReplyDelete
  5. hehe aku ingatkan ko buat review kueh onde onde...macam ko buat entry resipi kueh talam tu hahahha.

    ok ok its a kedaimakan. some hit and misses. bole la dichoba. harga pun taklah mahal sangat.

    citta mall ni aku tak penah langsung jejak...takde padang penuh maknusia main bubbles kan?

    ReplyDelete
  6. Aku ingat ada customer datang kedai mak aku, dia tunjuk menu tu..."Saya nak order yang sebiji dalam gambar, kalau xsama saya reject".

    Nak pengsan kot tukang masak dengar masa tu.

    ReplyDelete
  7. Memang betul la nasik-nasik dia nampak tak meriah. Tak aci betul la tak sama dalam buku menu. Aku suka kalau nasik-nasik tu basah-basah ala-ala berminyak-minyak gitu.... hohohoho... (tu yang kolesterol banyak tu)

    ReplyDelete
  8. NM : tidak ! tidak !

    no camera please.

    Cheh... tak de pekdah kau nak skodeng aku. takut nanti tak lalu makan lak seminggu...


    MKL : of chosssss


    pB : Lucy? hmm maybe sebab scarletJo je kot. citer biasa2.. ending mcm hampeh..


    ReplyDelete
  9. Nohas : ya deco cun.. onde onde dah tgk dlm buku menu memang tak der...


    JM : jangan pegi ! jejaka macho tak de di situ. artis antarabangsa tu pun yang jenis sendu sendu je ada..


    Nana : confirm selamat dari bahana beli mainan sebab citta mall ni semua tempat makan jer...



    ReplyDelete
  10. BK : hahaha aku imagine aku mcm customer tu dan aku ckp kat kedai onde onde ni.

    agak2 aku kena pukul tak nanti? hahaha


    Ali : ya betul. xde juicy juicy tak berminyak2.. tak havoc la org org boroi dan berkolestrol tinggi ni nak makan.

    kan kan kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...