Monday, September 1, 2014

Jom Celebrate : Birthday @ Delicious, Setia City Mall

Baru baru ni birthday Hero, jadi kami plan makan makan di luar jer. Tak tau nak ke mana. Lagipun cuaca hujan hari tu, malas nak pegi jauh jauh, kami ke Setia City Mall dan makan di Delicious.

Macam dah lama tak makan di Delicious ni.

Delicious

Ambik port kat luar, boleh layan air pancut

Orang pun tak ramai duduk luar. Belah dalam macam ramai juga

Buku menu

Usha buku menu

Desserts

Tak tau la apasal. Maybe sebab kami duduk luar kot. Layanan adalah macam tak nak layan jer. Macam la kami ni tak de duit. Setiap kali nak kena panggil. Pastu datang bawak satu satu.. Letih nak panggil.

Nasib baik budak budak ralit buat hal masing masing.

Tengah mood rajin nak mengaler

Hasilnya.. hampa !

Dah order, tunggu makanan agak lama. Tapi tu OK lagi. Cuma aku bengang kalau datang bawak sudu garpu pastu letak jauh di hujung meja. Dah la tak set up kan meja. Pastu bubuh terus blah jer. Haram tak de senyum ke or acting friendly !

Tau la letih, tapi... aku pun datang, nak jugak la di layan dengan baik !

* emo sikit.

Now makanan tiba.

Prawn apa benda ntah

Calamari goreng tepung. OK. Yang ni memang fav aku setiap kali ke Delicious. Memang enak !

Minuman

Ni boleh dapat special recognition sikit...

Now di persilakan masuk menu menu utama.

Spaghetti Bolognese. Tak menarik. Tapi abis jugak la

Hainanese Chicken Chop.. Big portion. Tak berapa abis.

Chicken Tenders untuk kid

Carbornara untuk kid. Ada sayur hijau atas tu Princess cakap.. "Adik tak nak daun pokok ni"... hahaha

Tak berapa abis. ...

Nasib baik kids eat for free !!

Tapi Delicious tak sehebat namanya. Makanan tak berapa delicious langsung. Biasa biasa jer. Lagi aku bengang sebab tak berapa di layan dengan baik. Ada je pekerja tu lepak kat luar tapi borak borak dan hisap rokok.

Hmmm..  nasib baik kedatangan utama adalah nak celebrate birthday.... so cake for birthday. Thanks to Delicious sebab ada jugak la lilin.

Cake

Birthday boy dengan cakenya. Tapi nampak tak pompuan kecik menonggeng tepi tu? Tu tanda tak puas hati.

Tapi sebelum dia amok, ada jugak cake untuk dia walaupun birthday dia lambat lagi

Rambut yang huru hara sebab tunjuk perasaan namun riang menyanyikan lagu 'epedey.....der to you' untuk diri sendiri ( walaupun bukan birthday dia )

Cake cake bawak balik

Delicious yang tak sedap mana

Overall, foods mengecewakan. Service memang suck. Big time !

Memang aku emo. Nasib la anak dara aku tu pandai ambik hati. Lepas makan je macam biasa, ayat hikmat dia bila masuk kereta.

"Terima kasih Papa bawak adik jalan jalan...."

Haaaa. Tak jadi nak angin lama lama kat Delicious ni.

Anyway sebab nak celebrate birthday punya pasal. OK lah.

Balik rumah, aku peluk Hero.

"Happy birthday Abang. Papa doakan semoga abang jadi anak yang baik. Jangan nakal nakal. Belajar rajin rajin..... bla bla bla...."

Baru nak heart to heart talk. Tetiba.

"Papa.. abang nak XBOX dengan TV games yang baru !!!"

Errk............

"Dah. Tido !!"

Malas layan.

Princess pun dan dan nak hadiah.

"Papa.. adik nak kucing boleh tak?"
"Kucing? Nak buat apa?"
"Adik nak lah. Nak bagi dia makan"
"Kalau dia berak?"
"Adik basuh lah"

Yo yo ooo jer...

Dah la masa kat mall naik lif orang tengah ramai dia sound tepek jer.

"Papa.. adik terkentut"

* Papa cari cleavage nak sembam muka sebab malu

Luca Cadalora in the making.

Happy birthday to my Hero .... Papa loves you !

16 comments :

  1. Epedey Hero! Brp taun ek?
    Setuju. Delicious skrg x sesedp dulu dah...

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Hero dari Aunty DJ...eh macam seswai akak dari aunty kan?kan? #fefeelingmuda

    Aku lama giler kot tak mkn kat delicious nih...mcm takde sgt la food dia yg mencengkam jiwa...tp hainan chicken chop tuh nampak sedap...nyums!

    ReplyDelete
  3. Meng;

    Setia City ni kat KL ker? Bunyi macam bandar kat Johor jer !

    Apa apa pun, Tahniah buat Hero mu ... muga dia menjadi penyejuk mata buat kedua ibu bapanya ....

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak lepak sini...kalau baca mesti ade jer benda nk bt aku gelak...

    Hepy Belated Birthday Hero..dah gemuk nampaknya hero..princess pulak nmpk kurus..ape2 pun mmg cute..

    ReplyDelete
  5. Mak aiii.. takut nyer.
    Tak sampai kehendak ati.. siap tonggeng2..

    Apa2 pun..
    sanah helwa ya habibi..
    jgn noti2..
    dengar nasihat ummi & abi..
    semuga hidup terus diberkati..

    ReplyDelete
  6. macam hensem je hero ni..
    btw selamat hari lahir hero..esok besar jgn jd mcm papa tau..hahhaha.. semoga jadi anak yg soleh,berbakti kepada kedua ibubapa..

    abam meng,nak cop hero buat anak ikan MJ aci dop????wakakakka..

    adik,nak kucim ke?mai amik kat umah kakak..kt umah kakak ada byk kucim :))

    ReplyDelete
  7. happy bday heroooo ~

    klaka laa pwincess sampai tertonggeng haaa tunjuk perasaan , rambut pun kusut masai dah jadinya memang menang dalam tunjuk perasaan ah kiranya ni..hehe

    aku penah gi setiamall baru-baru ni, 1st time jejak sana. mak aii princess elsa aku dok rayu nak main bubbles yang byk jual kat padang luar tu...rengsa ok nak elak ! last-last beli fish food kasik mkn ikang...muka nak nanges jee bile ajak balik tanpa main bubbles ...

    tobat nak gi sana lagi...

    ReplyDelete
  8. Amir : terima kasih uncle Amir. dah darjah 3...


    DJ : hinanese chic chop tu banyak. 2 ketul ayam.. makan tak abis.

    read : aku jaga body.

    tapi balik rumah belasah lagi...


    Ghaz : terima kasih. Setia city mall ni dekat shah alam... ada township baru nama setia alam..

    ReplyDelete
  9. DATT : kau dah bersalin blom.

    apa apa pun moga kau sihat2 selalu ada nya...

    rajin2 la dtg jenguk aku sini. hehehee


    SAR : terima kasih.

    princess tu dia merajuk je tak de la mengamuk melalak pun..

    merajuk2 manja je

    ReplyDelete
  10. MJ : kau serious?

    anak aku tu makan boleh tahan.. banyak !!!

    takut kau letih nak ke dapur nak siapkan makanan dia.


    NanaT : tq..

    aku pun selalu elak area bubble2 dgn lampu2 dia org jual ni. tapi kdg kdg terkena jugak la..

    kena beli jiwa cara lain pulak la nak bagi selamat

    ReplyDelete
  11. Hai hero, epy belated besday dari auntie Jm! Hahhh x kenal yg mana satu? X pe xpe sbb auntie bukan retis :-)

    Hero dpt x XBOX dan TV baru dari papa tu? Belajar rajin2 tau dpt keje yg best2 nanti leh bwk auntie Jm jln2 obersea heeeee

    ReplyDelete
  12. eleh abam meng..setakat nak masak2 utk hero kecik nye hal la..Mj cop tau anak ikan MJ tu...wakakakaka :))

    ReplyDelete
  13. Selamat hari jadi Hero. Dah besaq dah... anak pompuan ko yang sorang tu lawak la Meng, dia kaler tu yang aku tak tahan tu...

    ReplyDelete
  14. JM : hero ckp makasih auntie JM..

    tak dpt hadiah2 tu. papa malas nak bagi. nanti mengadap game 24 jam..

    dia tgh goda nak gi australia..

    mana ntah dia tau pasal australia pulak.



    MJ : hahaha.. siapkan beras seguni di rumah..


    Ali : terima kasih uncle ali. dia tu mood kaler tu dtg kejap2 je.. yang lain2 ada mood buat sampah

    ReplyDelete
  15. seram bonda tgk adik kaler princess mcm tu hahaha!

    happy bday hero, sorry auntie biqque sibuk mengulit ixora sampai tak terbaca post2 papa hero ni...nanti jeli jeli sbb tgk asik dok berjaaaaaaaaaaaaalan je papa ko ni ha!

    ReplyDelete
  16. Biq : tima kasih auntie Biq...

    papa hero dah tak de trip tahun ni sebab dah tak de cuti.

    tahun depan nak tukar hobi...

    simpan begpack dalam guni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...