Saturday, September 20, 2014

Lawak Ke Der.. Ep II

Koleksi cerita lawak ke der, episode II.

Gambar tak de motip

++++ 01

Receptionist aku buat lawak paling abadi.

Dia mengamuk-ngamuk marah kat sapa ntah over the phone. Ke hulu ke hilir sambil membebel tak tentu pasal.

Suara garang giler.

"Hello... I dah dapat barang yang I ordered hari tu.. tapi color dia salah la. I tak nak kaler hijau. I nak kaler intercourse !!!!"

Aku dengan member opis berpandangan.

Dan serentak dengan itu, kami pasti apa yang kami dengar adalah tidak salah sama sekali.

Dia nak sebut turquoise agaknya, tapi jadi intercourse.

Pecah perut gelak macam nak terkeluar susuk !

Oh. My English....

+++++ 02

Hari tu aku ada interview sorang budak ni, aku tanya dia.

"Kalau customer marah marah, apa you nak buat?"

Aku bantai cakap Melayu sudah. Tau apa jawapan dia?

"Kita suruh dia relaks.. pastu kita bagi dia air sejuk !"

Macam sedikit nak koma dengan jawapan macam tu.

+++++ 03

Satu hari tu aku bawak Princess gunting rambut sebab rambut dia ada kutu. So pegi stim kat salon sorang Nyah ni. So aku masuk check dia kot dia OK ke tak. Princess nampak iPhone bercharge atas meja solek kat salon tu.

"Papa. Adik nak telepon Papa. Adik nak main game"
"Tu bukan phone Papa lah"
"Tu phone siapa?"
"Tu phone .......... kakak..."

Pastu aku terdiam.

Bukan main lagi Nyah tu tersimpol simpol malu.

Kakak kah sheols?

+++++ 04

Princess tengok ketiak aku, dia cakap.

"Ketiak Papa ada rambut !!"

Rambut pegi nya. Janggut dia panggil bulu.

+++++ 05

Ada satu hari Princess mengamuk ngamuk.

"Adik nak Chos.."

Tak de orang nak layan.

"Adik nak Chos"
"Chos apa? Abang.. adik nak apa ni?"

Macam biasa Hero akan busy main game dia dan malas layan.

Princess melalak lalak. Last sekali aku ikut dia pegi dapur, buka fridge.

Rupanya dia nak Cheese !

+++++ 06

Hari tu aku lepak kat kedai mamak ni, sebelum tu alu dengan member dah pegi tapi ramai sangat orang, rupa rupanya ada orang tengah shooting filem.

Masa duduk tu, mamak tu cakap.

"Abang... tadi ada shooting la.... itu Yaaron Aziz sama Adi Putra.. Gado gado"
"Ooooo... "
"Manyak syok la abang tengok.. abisssss.."

Beriya iya dia bercerita.

"Aku nak tau sapa heroin dia?"

Aku tanya.

"Itu... Yarra...."
"Yarra? Mana ada pelakon pompuan nama Yarra !?"
"Ada abang.. Yarra Fazira"

Terus berguling guling kita orang di buatnya................. Yarra Fazira. Cerita apa pun tak tau.

++++ 07

Member aku buat lawak sengal.

"eh beb.. hari tu lu pegi Tampon tu best tak?"
"Huh?"

Blur blur sotong aku....

"Alah.. yang mandi dekat dgn Ipoh tu..."
"Tambun?"
"Haa.. Tambun.. eh bukan Tampon ke? Dah tukar nama ek?"

* koma tepi lif

++++ 08

 Borak borak dengan client kat tangga sambil merokok. Dia dok cerita wife dia baru lepas bersalin.

"Haaaa.. Orang lepas bersalin ni memang kena banyak makan Bra-coli"

OK. Dah bra.. coli pulak. Sebenarnya dia nak cakap Broccoli.

++ 09

Mamak kedai jugak. Satu hari tu aku sampai, dia beriya nak introduce aku menu baru.

"Abang.. try abang.. Kitten..."
"Kau biar betik?"
"Ayoo Abang.. banyak sedap.. Ini Kitten masak merah"

Aku gi usha. Rupanya ketam !

Bongok. Aku ingat apa laaa.

Satu kali tu pulak dia goda goda aku suruh makan kambing.

"Abang.. Try abang.. Kambing fruit"
"Kambing apa?"
"Fruit"

Siap tarik aku pegi tengok kat tray. Rupa rupanya 'perut'. Dia siap eja Kambing Fruit.

+++ 10

Ini paling tak menahan.

Member aku bawak anak dia pegi tengok pameran Dinosaur. Anak pompuan dia dah takut takut. Dia pelik jugak apsal anak lelaki dia confiden terlebih jer.

"Abang OK ke?"

Dia tanya anak lelaki dia.

"Abang OK. Abang tak takut Dinosaur. Abang ada ni !!!"

Anak dia bawak tasbih dengan harapan jadi tangkal untuk Dinosaur yang boleh gerak gerak tu ketakutan.

15 comments :

  1. hahaha...lawak ker de, spentot tu cam nak tunjuk yg supermeng Malaya pakai spento1 1 Malaysia......gelak sambil guling2....

    ReplyDelete
  2. Kambing Frut yang aku pernah nampak di Maju Utama Cyberjaya. Tak tau lah kalau mamak lain pun ada Kambing Frut.

    Aku suka nasi kandar mamak tu. Terangkat kari dia. Biasa aku mintak aje daging kambing seketul-dua. Free je hehe

    ReplyDelete
  3. chop! bro tu tau x YTL hotel ade buat promo name resident jadah tah. masih ade iols tgk smlm. yg paling ketara n berbaloi pangkor laut. siap mkn mnum bfast, lunch n dinner. boat ke pgkor pg blk skali.. tak nk try ke? weols gerem je. tp cam princess weols kecik lgi.. belom ade keberanian nak bwk dlm hutan n boat2 bagai..

    sila CIO bro (Check It Out!)

    ReplyDelete
  4. Thanks abang meng. Guling2 sy gelak. Part nyah tuh sy xtau nk ckp apa bahahaha

    ReplyDelete
  5. Meng tgk spender 1 mesia tu.aku nk gelak sbb br dpt kt whatsapp gmbo org guna spemder tpakai buat headband!kehkeh tp xleh share sini plk..hahaha

    ReplyDelete
  6. kaler intercourse itu ialah tujuh warna pelangi -- cakap kat receptionist tu meng. kesian dia dapat kaler hijau. kekeke


    ReplyDelete
  7. Gila! Pecah perut aku! err... ada jugak spentot 1 Malaysia ya... kihkihkih

    ReplyDelete
  8. Amir : kau gelak ya...


    Nasa : spentot tu aku ada extra.. ada sesapa mau? hahahah


    TC : mamat yang sama dah pindah keje kot. hahaa. ni kat Bukit Dsara lah.


    Beb : aku dah pi lah dulu PLR tu... tak syok sebab banyak monyet !

    tapi teringin gak nak pegi lagi. ni residence package kan? teringin nak duduk sea villa tu tapi kalau ada budak tak leh dok situ la pulop

    ReplyDelete
  9. CS : suka ko ya


    Ajla : nyah tu pun bukan main lagi kembang kempis hidung dia di panggil kakak.

    aku lak rasa mcm nak muntah


    DJ : spender tu getah dia kuat tak? haha takut pakai nanti terlerah jer..

    muahahaha


    NanaT : tu la kesian dia. tapi dia dah x de dah. dah resign. hahaaha kecewa kot


    Ali : nak ke? aku carik kan. hahahaha

    ReplyDelete
  10. Lepas baca tajuk d sajikan pulak spender size XL, ehh ye ke pastu besar pulak kat ar tooott berdebar pulak rasa ahaha

    Mmg lawak laaaaa terutama no 4 & 10 hahaha ktiak ada rambut tu! Mesti lebat

    ReplyDelete
  11. JM : tak de lebat dah. dah timbang kati jual buat duit tambahan utk travel. hiks.

    now dah tak travel sebab hasil semaian tak memberangsangkan

    ReplyDelete
  12. hadoi mmg lawak..sakit perut cover gelak xnak bos dgr..hahaha ilang ngantuk jap ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...