Friday, September 19, 2014

Jom Makan : Lalapan, Ayer@8 Putrajaya

Makan lagi.

Pada suatu hari, hari tu hari Jumaat, saya ada meeting di Putrajaya.

Lepas abis meeting sebelum nak pegi solat Jumaat, saya tercari cari tempat makan. Cuaca panas terik jadi saya memandu dengan bukak aircond blast kuat kuat kasi angin kepuk kepuk di muka.

Saya memandu tanpa arah tujuan.

Akhirnya saya sampai di Ayer@8. Di situ saya usha usha tempat makan. Banyak tempat makan dah kat situ tapi macam dah pegi sebelum ni, jadi saya dan kawan saya tercari cari kedai makan yang kami belum pernah cuba.

Jadi kami jumpa kedai ni.

Lalapan

"Lalapan?"

Kawan saya bertanya. 

Macam pernah dengar perkataan tu. Tapi di mana ya? Yang pasti bukan la balapan, latujuh mahupun lasembilan. Lalala?

Tapi tengok dalam kedai tu ramai orang Melayu yang makan mostly pompuan. Ada jugak kaum kaum lelaki. Mungkin mereka pun mahu pegi solat macam saya tapi singgah mengisi perut dulu.

Jadi saya dan kawan saya pun bercadang untuk makan dulu. Kami parking kereta dan menuju ke kedai tersebut.

Bangunan Ayer@8

Kedai nya

Kami usha di dalam. Ramai orang. Sedap lah agaknya

Tengok setting kedainya dulu. Yang menariknya, Kalau duduk tepi tingkap nampak view Masjid Besi dan Tasik Putrajaya !

Boleh feel feel.

OK. Agak comfortable

Dalam resto. 

Selepas mengusha apa yang patut, kami di beri buku menu.

Jadi kami pun merelakan diri di goda dengan gambar gambar makanan yang kelihatan kacak dan jelita.

Asam Pedas

Gulai lemak dan Ayam Tumis

Ikan Singgang pun ada

Ayam Tumis tadi

Lalapan Ayam

Apa itu lalapan?

Pastinya ada yang bertanya.

Baca di sini

Jadi kami sebulat suara mengorder Lalapan Ayam dan Lalapan Daging untuk mengisi selera. Air sirap bandung sebagai penghilang dahaga.

Dan bermula lah sesi menunggu.....

Air sampai dulu.

 
Sirap bandung

Bagi lagi teruja

Setelah di kacau bilau

Dan menunggu makanan adalah forever and everrrhhh.

"Bang. Boleh cepat sikit tak, kami nak pegi solat Jumaat ni"

Ayat merayu setelah menunggu makanan kami tak kunjung tiba. Lagi haru bila semua pelanggan lelaki dah beredar. Cuma ada pelanggan wanita jer dalam tu. Malu la kalau di chop tak pegi sembahyang dan bertenggek di kedai makan waktu orang solat.

Tapi pekerja pekerja dia orang pun ramai lelaki dan Melayu.... 

Jawapan agak tak memberangsangkan. Jadi terpaksa terus akur menunggu !

Masa seolah olah begitu perlahan.

"Syai... cemana ni kang orang dah khutbah?"
"Kita blah je lah.. Tak pun cancel ker"
"Hmmmm"

Berbolak balik nak buat decision. Sampai dalam kedai tu semua pelanggan lelaki dah tak de. Yang ada pompuan pompuan je. Mesti dia orang keji nampak 2 manusia ni bertenggek kat kedai makan time orang nak solat.

Fuh.

Namun akhirnya..................

Lalapan Ayam dengan nasi

Set nya..

Ada ulam ulaman untuk mengurangkan kedut di wajah

Lalapan Daging berkunjung jua

Juga untuk awet muda

Sup penambah selera

Kami makan dengan gelojoh tak pandang kiri kanan. 

Pertama sebab lapar. Kedua takut di pandang melenggah lenggahkan solat Jumaat dan ke tiga sebab memang nak cepat !! Masa kecederaan.

Makan sepantas mungkin. Hilang nikmat sikit. Tapi verdictnya.... hmmm biasa biasa jer. Or mungkin tekak saya memang bukan untuk lalapan sesuai dengan diri yang tak mampu berlari di balapan.

Harga makanan adalah set dalam range RM 12 - RM 15.

Repeat? Tak mahu... !

Sila cuba kalau rasa berminat.

Kami tinggalkan Ayer@8 sepantas kilat selepas membuat bayaran

Alhamdulillah. Sempat bersolat Jumaat dengan tenang.............

Sekian laporan saya mengenai restoran Lalapan. Moralnya untuk kaum lelaki, makan lah selepas solat Jumaat !

Salam Jumaat.

17 comments :

  1. Nasi lalap terkenal di Sabah, ada persamaan dengan nasi ayam penyek.

    ReplyDelete
  2. macam bukan abam meng yang menaip..hahhahaha..
    kat Miri glemer dengan nasi lalapan ni..memula tu terpikir gak lalapan???ape yg lalapan nye kan..
    so member bawak la g mkn..oh bila dh smpai hidangan tu baru tau lalapan tu cmne..hihihihi..nasi dengan lapan jenis lauk sikit2..gigih tau mj kira dlm pinggan tu cukup ke 8 or lebih..hahahaha.. sedap ke abam meng?mj x test pun hari tu..tgk cm bese je..
    mayb kalo kat sini dipanggil nasi ayam penyet :))

    ReplyDelete
  3. Hahahaa... entri yang indah bahasanya. Macam ayam penyet je ye dak... Lajunya makan, sib baik sempat semayang!

    ReplyDelete
  4. Nampak nasik tu mcm biasa2 aje...apesal lama sangat nak sampai..? nampak air bandung tu plak yang sangat mengiurkan... Kat area atmosphere ni macam ade satu kedai nama lelapan...ke lalapan..mcm tu la lebih kurang...

    ReplyDelete
  5. Lalapan tu klu ikut bahasa Sunda = ulam/ salad yg ada sayur. Baru tau dia dr Miri.

    Nampak pic cam menarik & sedap. tp supermeng kata taknak dtg lagi. Cancel nak g makan. kahkah

    ReplyDelete
  6. 'saya'
    ' kami '

    baik budi bahasa budak ni..
    boleh berkenalan..?

    ReplyDelete
  7. Nasa : macam nasi penyek ya? mungkin betul jugak tu.. tapi pedas pun boleh tahan sama..


    MJ : logik akal jugak 8 lauk tu tapi kalau kira mcm lebih..

    tu aku yang tulis tapi masa tu jin baik dan sopan santun merasuk diri..

    tu yang baik skit tu.


    Ali : nasib baik tak tercekik...

    ReplyDelete
  8. F : tu la pasal. nampak macam dah ready siap. tapi lama jugak nak tunggu. pekerja dia semua lelaki lak tu..

    maybe masa tu tunggu nasik kot. tp mcm dia masak kat luar. bawak ke situ dan hidang kan je.

    slow jugak.


    NML : sila sila..


    LindaF : kau pegi usha dulu. tekak kita tak sama.. selera pun beza2...

    ReplyDelete
  9. Amiza : boleh tahan la cantik..rasa je kureng skit.


    DrS : jangan la jangan.

    malu dah ni...

    * pusing belakang dan muntah hijo


    ReplyDelete
  10. Ingatkan hero yg buat karangan tadi naif nya sekali ahaha minah tertipu sib baik dah kawin

    Klau lihat ke nasik lauk dan ulam tu dh boleh agak x sedap!

    ReplyDelete
  11. JM : kalau hero yang buat karangan kejap kejap lagi nanti keluar naga la. naga berapi ler.. ada je benda benda fiction muncul

    ReplyDelete
  12. oh mcm tu eh abam meng..hahahhaa..bagus2...sesekali jd baik ape salahnya..hakhakahkah
    JM baik mkn nasi ayam penyet..sedap la jgk..hihihihi..

    ReplyDelete
  13. mkn nasik ayam 'penyet'?..kena penyet dgn kereta kebal or kereta langgar lari..dh pernah mkn..x SEDAP!! tapi bukan di ayer@8 lah

    ReplyDelete
  14. MJ makan kat ampang sedap Jm..hihihi..katemerloh pun ada yg sedap..nasi ayam penyet+ tea o ais rm 5 je..hihihihi

    ReplyDelete
  15. MJ & JM : nasi ayam penyek yang sedap pastinya di wong solo.

    ahh lama tak gi wong solo.. dah tekak aku bergetar riang ni ..

    nanti nak pi terjah lah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...