Monday, September 29, 2014

Jom Santai : Pantai Remis, Jeram

Satu hari minggu tu aku rasa bosan duk rumah. Aku ni bukan rajin sangat keluar kalau tak de ke mana mana.

Ya ke?

Hahahaha.

Sebab bosan sangat terasa nak gi merayap. Aku cakap kat OR.

"Jom Yang, petang ni kita gi tengok sunset"

Dia OK jer...

Bersiap siaga lepas makan tengahari pukul 4 petang ( sebab tidur seharian ).... Dah kerah budak budak mandi dan bersiap.

"Kita nak gi mana Papa?"
"Kita nak gi jalan jalan"
"Terima kasih Papa bawak adik gi jalan jalan"

Ayat meracun kalbu. Padahal tak pegi pun lagi.... Dia seronok je kalau bab berjalan ni.

Lepas Asar baru bergerak dengan semangat kerajinan yang luar biasa. Destinasi kami adalah ke Pantai Remis, Jeram di Kuala Selangor.

Jumpa pakcik ni tepi jalan tengah tanam serai.... Bagus pakcik rajin petang petang berbakti kepada tanah.. bukan macam aku ni...

Sampai di Pantai Remis. Parking agak payah sebab ramai orang juga...

Ya.. gambar atas ada monyet melintas. Ni rupa mereka tatkala posing.... Ada banyak jugak monyet di sini. Tapi macam dia tak kacau sangat.

Ada part kelakar.

Hero ketakutan tengok monyet dan monyet ni dok pandang dia. Dia berdiri sebelah aku takut takut monyet serang dia.

Tetiba.. aku bagi bom seketul. Terkentut. Terus dia terkejut.

"Papa !!!"

Hahahahaha. Tak macho la terkejut bunyi kentut. Lagi tak macho bunyi kentut macam alihkan perabot ! 

Sunset yang belum begitu menjadi

Orang agak ramai bersantai di tepi pantai. Belah sana tu macam lagi ramai sebab ada pasar malam... Malas nak gi usha

Layang layang terbang melayang. 



I can see the sky
The birds are flying
Clouds are moving by
My heart is light
The moon will be my witness tonight
In my dreams I see myself fly

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki
Kan ku cari langit
Terbang, terbang tinggi awan biru menanti
Bersama pelangi

Always thought that I could be on my own
But you make me feel alive and I don’t feel alone
The moon will be my witness tonight
Coz in my dreams you and I were both fly

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki
Kan ku cari langit
Terbang, terbang tinggi awan biru menanti
Bersama pelangi
Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki
Kan ku cari langit
Terbang, terbang tinggi awan biru menanti
Bersama pelangi

I can see the sky
The birds are flying

Menanti mentari terbenam

Ada yang main layang layang...Budak budak pun sibuk nak main layang layang, tapi layang layang dia orang dalam kereta satu lagi. Aku malas nak beli dah. Main pasir je sudah.

Adik ni berharapan dapat mandi laut agaknya. Air tak cantik mana.... macam keruh juga

Adik ni pulak.. kalau dapat pasir.. memang alpa terus...

Kasih sang Ayah...

Dari samudera sepi..............

Sunset

Petang yang hening

Terasa damai di jiwa

Matahari ku....

Siang bakal berganti malam

Snappy !

Ada kedai makan kat situ. Tapi orang macam ramai gila. Tak de la kami nak check dia jual apa. Tapi macam ada kerang bakar...

Monyet bergayutan di cable letrik

Sepetang di Pantai Remis

Mentari yang pudar

Cahaya suci

Usai menakluk waktu

Hilang

Abang abang Adesh yang sampai lewat.. Matahari dah tak der...

Keta sapa ntah ni. Tumpang snap jer.. Hero suka sebab dia tau tu watak game apabenda ntah..

Sepetang di Pantai Remis.

Tak de apa aktiviti yang boleh di buat sangat. Hanya sekadar duduk dan menikmati waktu berlalu.............

Perut pun lapar. Krok krek krek.......

14 comments :

  1. Salam.cantik gambar dan best gak santai bersama famili area sini pastu mkn nasi ambeng dan cendol area kuala selangor.

    ReplyDelete
  2. Gila cantik punya sunset. Terpana aku kejap. Ko tak gi jalan-jalan cari makan ke kat situ. dengar kerang bakarnye agak inzal jugak. Orang kata laa...

    ReplyDelete
  3. watak kartun street fighter tu meng..Vega,hehe

    ReplyDelete
  4. Orang cakap ikan bakar kat sini sedap...oppps lupa Supermeng Malaya spisis tak makan ikan ikangan....

    ReplyDelete
  5. Pandai Meng melukis...Lukisan mesti score semasa di sek dulu.

    ReplyDelete
  6. Meng ...

    Bukan kah Pantai Remis kat Perak???

    Dah bertukar tempat ker Pantai Remis? Sebab rasanya waktu saya kecik kecik dulu, ada pergi ke Pantai Remis, umah my Pak Cik ... tapi kat Perak.

    ReplyDelete
  7. Ciku : boleh di cuba tu... nasi ambeng tu pernh terbaca dan nampak. jln nak pegi sekinchan tu ek?


    Ali : org ramai sgt. x lalu nak menunggu...


    Pacak : terima kasih. anak aku ada sebut tapi aku lupa


    ReplyDelete
  8. NM : tau tak per.. hahaha


    MKL : belah mana la aku melukis.


    GA : pantai remis kat perak pun ada. kat jeram pun ada...

    ReplyDelete
  9. Hadoilaaahh ahahah dahsyat tul bunyi kentut nye dorang ckp klau bunyi kuat x busuk klau x de bunyi tu yg x leh tahan tu

    ReplyDelete
  10. JM : kentut artis. kalau busuk pun peminat pasti boleh menerima..

    * lari keliling perigi

    ReplyDelete
  11. cun ahh pic2 tuh...
    kiterang pon rajin bawak anak2 gi main kites kat pantai remis ni... dekat jek ngan rumah...
    ----
    Pesta Buku Selangor

    ReplyDelete
  12. Farra : syok aaa dekat dgn rumah. kalau aku hari hari aku snap sunset ..

    hahaha

    ReplyDelete
  13. MKL : lamanya kau berjalan baru sampai sini

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...